Chapter 15
THE KnightZ sabar menunggu Destiny Shadow bersiap. Makanan turut dibawa bersama andai kata mereka perlu menjalankan tugas. Mereka segak memakai kemeja, dipadankan pula dengan seluar slack hitam. Kot yang diletakkan di atas sofa disarung segera apabila suara Destiny Shadow bergema di tangga.
"Jom pergi." Alex Nightmare dan Red Hood mengatur langkah mengikuti ketua mereka. The KnightZ yang lain terkocoh-kocoh mahu memakai tali leher.
"Tunggulah!"
"Mereka pergi macam tu je?" marah Alvella Aline sebelum membetulkan tali leher. Masalah melanda apabila dia terlupa cara memakai tali leher.
"Iris, boleh cepatkan perjalanan?" pinta Kitsune Yamamoto. Iris Herlac menyeru tongkat sihir sebelum membaca serangkap jampi. Mereka muncul di belakang empat orang ahli The KnightZ yang dingin.
"Cepatnya sampai," puji Sayaka. Lyana Alice mengangguk sebelum melencong ke tempat lain, begitu juga dengan Destiny Shadow tanpa disedari The KnightZ.
Luz, Yuu Kousuke, Endene Ayll dan Kitsune Yamamoto berbual-bual tanpa menoleh ke belakang. Kebetulan pula, mereka perlu bertugas. Mereka berpecah kepada empat kumpulan, di mana Rayven de la Crusz dan Kitsune Yamamoto akan menjadi pengerusi majlis hari ini. The KnightZ yang lain perlu meronda di blok-blok, kantin, pintu pagar dan sebagainya.
"Mereka hilang." Fiya dan Nia menutup mulut Aydina sebelum melarikan diri ke tempat lain.
"Tutup mulut kau tu." Aydina mengangguk sebelum menolak tangan dua orang rakannya daripada menekup mulutnya. Tak bernafas dibuatnya.
"Mana jejaka pujaan hati kau? Tak nampak pun bayang dia dekat istana," ujar Nia sebelum mencicip teh herba. Mereka ada kelas sejam lagi jadi mereka mengambil keputusan untuk berehat seketika di bawah pokok.
"Siapa seru beta?" Fiya terkejut apabila menoleh dan melihat Putera Carl bersandar di batang pokok di belakangnya.
"Dia." Aydina dan Nia menuding jari ke arah Fiya yang tergamam habis.
"Nia la yang seru tuanku!" bentak Fiya sebelum menyiku lengan Nia. Tersedak gadis itu dibuatnya.
"Jom, Fiya. Kita cari Destiny Shadow. Rasanya beta tahu keberadaan mereka."
"Bilik tu ke?"
"Ye..."
"Selamat mencari dan bertemu janji!" Fiya menjeling sebelum melangkah pergi.
....
DESTINY Shadow jatuh ke hadapan apabila Iris Herlac tersilap langkah. Mereka menoleh ke belakang sebelum menjeling tajam.
"Iris..." Iris mengukir senyuman sebelum bangun lalu menutup pintu. Mereka berlegar-legar dalam bilik itu tanpa halangan. Haruman bilik itu masih ada meskipun telah lama ditinggalkan.
"Bilik ni masih lagi bilik kita, kan?" tanya Lyana Alice sebelum menarik sehelai kain yang menutupi sofa. Gambar-gambar mereka, trofi-trofi serta pingat-pingat yang mereka menangi dahulu tidak terusik langsung tetapi tiada habuk yang melekat.
"Kenapa potret kita berlapan hilang? Hanya ada potret Aydina, Fiya dan Nia je," bebel Scarlet Zaver. Mereka mencari di merata-rata tempat potret berharga. Hadiah daripada The KnightZ sempena Kejohanan Akademi. 16 orang berjaya menaikkan nama sekolah dan mereka saling bertukar hadiah iaitu sembilan buah potret.
"Hadiah mereka tu!!" rungut Violet Zedra. Kaki dihentak beberapa kali sebelum dia duduk melunjur di tengah bilik.
"Kau tahu tak? Aku sanggup bazirkan duit semata-mata nak buat polaroid dan beli album. Album tu tak setanding potret yang mereka lukis sendiri," ujar Reol sebelum meraup wajah. Mata mereka kemerahan, hanya tunggu air mata berturun. Mata dikerdipkan beberapa kali sebelum mereka menjerit geram. Pasti jeritan mereka didengar sehingga ke dewan akademi.
"Apa kita nak jawab dengan mereka nanti?" tanya Hanni Sakura sebelum mengelap air mata yang tidak henti-henti turun. Degil. Disuruh berhenti, makin lebat dia turun.
Pintu dibuka perlahan sebelum bunyi derapan kaki semakin menghampiri. Gerangan yang menceroboh berdiri tegak dengan tangan di belakang.
"Kita kena lakukan sesuatu. Kita tak boleh berdiam diri." Crystale mengesat air mata sebelum bangun. Dia memikirkan sesuatu sebelum mengukir senyuman.
"Aku tahu satu cara supaya kau tenang."
Mereka berlapan kaku apabila dipeluk dari hadapan. Terkebil-kebil melihat The KnightZ muncul tanpa bunyi. Mereka melutut dengan sebelah kaki. Seperti Destiny Shadow anak kecil yang kecewa tidak dapat anak patung dibuatnya.
Sejak bila mereka berada di sini? getus Destiny Shadow.
Mereka cuba merungkaikan pelukan tapi makin kejap. Naik rimas tapi mereka hanya biarkan sahaja. Pelukan dilonggarkan namun tidak dileraikan.
"Bawa bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Cuba cerita apa yang berlaku? Kau menjerit tak tentu pasal, tak boleh selesaikan apa-apa selain mengurangkan tekanan," bisik Rayven de la Crusz di tepi telinga Alvella Aline.
Dia terpaksa membongkok kerana Alvella Aline lebih rendah daripadanya. Jejaka itu menepuk perlahan belakang Alvella Aline yang masih tersedu-sedan.
"Kenapa kau menangis ni? Aku cari kau satu akademi tapi Putera Carl dan Fiya kata kau di sini. Kenapa ni? Penting sangat ke potret tu?" tanya Luz lembut.
Sifat dingin ditolak ke tepi dahulu. Apa yang penting gadis bermata jingga ini kembali ceria dan mengacau hidupnya. Scarlet Zaver sambung menangis di bahu Luz. Terus kejung Luz apabila Scarlet Zaver memeluk lengan sasanya. Tidak pernah seorang gadis berada sedekat ini dengannya.
"Penting sangat," balas Scarlet Zaver.
"Kau buat aku lemah bila melihat air mata kau turun. Lap air mata kau, ye? Kenapa album tak setanding potret tu? Kita akan cari potret sama-sama sehingga kita jumpa. Aku janji."
Hanni Sakura menganggukkan kepala, mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Yuu Kousuke. Yuu Kousuke mengelap air mata di pipi Hanni Sakura dengan sapu tangan bercorak bunga sakura. Rasanya ini sapu tangan Hanni Khaira. Harap gadis itu tidak mencari sapu tangan ini.
Macam aku kenal je sapu tangan ni? getus Hanni Sakura.
Alex Nightmare mengusap rambut Crsytale tanpa suara. Gadis bermata biru cair itu terkebil-kebil dengan kelakuan Alex Nightmare.
"Kita akan cari pencuri tu sama-sama." Satu nada sahaja ayat itu dituturkan. Crystale mengangguk sebelum melihat kipas tangan bercorak kepingan salji. Kipas tangan itu menarik perhatian Alex Nightmare.
"Mana kau dapat?"
"Kipas tangan ni? Ada orang bagi. Aku dah lupa siapa," dalih Crystale. Hadiah daripada salah seorang ahli The KnightZ. Kebetulan pula nama kumpulan jejaka ini sama seperti mereka.
"Nak tengok." Crystale menyerahkan tanpa banyak cakap.
"Kau dan aku. Kita ada perkara yang diselesaikan. Kau boleh tolong aku, tak? Aku boleh tolong kau cari potret yang hilang dan tangkap pencuri. Kau kena tolong jauhkan peminat daripada aku. Aku rimas."
Reol menjulingkan mata. Ingatkan macam yang lain, rupanya ini lagi teruk. Romatik jauh sekali. Rasa menyampah pun ada, kesian lagi la ada.
"Baik... Bila nak mula?"
"Esok." Riak wajah Reol yang dingin berubah menjadi muka terkejut.
"Hah? Esok?"
Aku terfikir nak ponteng kelas esok. Mengacau rancangan aku betul la dia ni, getus Reol.
Red Hood menenangkan hati Violet Zedra dengan pertunjukan api merah. Dia meluahkan segala masalah dalam pertunjukan itu. Memori bersama Hilya turut ada.
"Siapa dia?"
"Dia? Aku tak tahu nak mula dari mana. Dia baik, mulut boleh tahan, masuk air dan gembira setiap masa seperti tiada masalah. Kami terlanggar mereka sebelum didenda. Mereka lebih teruk." Violet Zedra mengangguk namun dalam hati dia memikirkan semula kebenaran kata-kata Red Hood.
"Kau nak apa? Aku belanja. Tapi kau kena lap air mata dulu. Nanti orang ingat aku buli kau," rayu Sayaka. Lyana Alice memekakkan telinga sebelum sambung menangis. Potret dirinya juga turut hilang.
"Tunggulah sehingga aku boleh mengawal kuasa semula, aku panah kau hidup-hidup," gumam Lyana Alice.
"Belikan aku sarapan. Aku lapar. Satu lagi, jadual kelas mana?" Tangan ditadah minta sehelai kertas yang dilipat empat di dalam poket kemeja Sayaka.
"Tak tahu menyabar betul kau ni."
"Merungut pula kau. Bagi je la. Belikan sarapan, aku lapar."
"Baik... tapi sekejap lagi la. Pengawas sedang meronda. Habislah kalau aku pergi ke kantin sekarang."
"Okey."
Lyana Alice membelek rantai sebelum mengukir senyuman nipis. Nasib baik rantai tidak hilang.
"Iris. Apa kata kau lepaskan tangan kau dulu? Aku tak boleh nak ambil biskut la," ujar Kitsune Yamamoto.
"Tangan kau kan panjang. Ambil je la," balas Iris Herlac.
"Masalahnya wahai Cik Iris, macam mana aku nak bangun kalau kaki aku tak boleh gerak?" Kitsune Yamamoto menjeling Iris Herlac yang bermain dengan tali lehernya. Senget tali leher dibuatnya malah penampilan dia juga selekeh gara-gara perbuatan gadis itu. Rambut yang elok disikat kemas habis dikusutkan.
Iris Herlac ketawa sebelum mengalihkan kaki dari lutut jejaka bermata hijau. Jejaka itu menggelengkan kepala sebelum dia mengapai beg sekolah lalu mengeluarkan sekotak biskut.
"Terima kasih," ucap Iris Herlac.
"Sayang kau!" The KnightZ saling berpandangan sebelum memandang Destiny Shadow.
"Kau sayang aku? Sebagai apa?" Berdebar-debar The KnightZ menanti jawapan.
"Sebagai..."
Tbc
31/12/19
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top