Chapter 14
DESTINY Shadow mengeluh sekian kalinya apabila tabib diraja memberitahu denyutan nadi The KnightZ semakin lemah. Tiada cara untuk selamatkan The KnightZ. Mereka memandang Crystale yang hampir terlena. Mereka perlu melakukan sesuatu agar denyutan nadi lapan orang jejaka kembali normal.
"Kau tak boleh tolong mereka ke?" tanya Lyana Alice perlahan. Pertanyaan itu ditujukan kepada Crystale. Nak harapkan Iris Herlac, gadis itu masih lemah selepas kilat sabung-menyabung sebentar tadi. Reol pula menjadi tenang selepas melihat kilat. Pelik betul kawan-kawan dia ni.
"Macam mana aku nak tolong mereka kalau aku tak tahu cara nak keluarkan kuasa aku," ujar Crystale perlahan sebelum menggosok mata. Entah kenapa dia rasa Alex Nightmare ialah Miyaguchi Yuu, tapi betul ke? Dia rasa pilu apabila melihat wajah pucat milik Alex Nightmare.
Violet Zedra ke hulu ke hilir memikirkan jalan penyelesaian. Jari dipetik sebelum dia berpaling menghadap rakan-rakannya. Senyuman terukir walaupun kantuk semakin menguasai.
"Ingat tak macam mana kita boleh gunakan semula kuasa kita? Kita fikirkan tentang mereka," ujar Violet Zedra sebelum melompat beberapa kali. Tangan ditepuk tanda gembira apabila ideanya diterima baik. Namun apabila Scarlet bertanya bagaimana, terus dia berhenti melompat.
"Tak tahu." Dua perkataan membuatkan mereka mengeluh kasar seraya memandang Violet Zedra seperti serigala kelaparan.
"Rantai yang kita pakai ni. Letakkan rantai dalam genggaman The KnightZ. Aku akan cuba menyeru tongkat berlian lalu halakan ke arah kau. Itu saja cara yang aku dapat fikirkan," terang Reol sebelum membuka kekuda. Tumpuan mula difokuskan kepada memori bersama Zurinz Ed.
Endene Ayll. Kalau betul tekaan aku, aku akan belasah kau sebab tenung aku bagai nak tembus. Aku tak akan biarkan kau seorang saja membuli, aku akan seksa kau selepas ini, getus Reol sebelum mata biru itu bersinar terang.
"Tongkat berlian..." Destiny Shadow terpukau melihat rekaan tongkat berlian namun tidak kekal lama apabila tongkat itu dihalakan ke arah Crystale. Kuasanya tidak dapat digunakan atas faktor tertentu.
"Kuasa penyembuh!"
Kamar itu disinari cahaya putih lalu bertukar menjadi cahaya gelap. Crystale menghembus nafas sebelum mengipas Reol yang kepenatan. Destiny Shadow yang lain menggigil kesejukan walaupun kuasa ais tidak dikeluarkan sepenuhnya.
"Kau dah buat yang terbaik," puji Hanni Sakura sebelum menghulurkan tangan.
"Terima kasih."
"Tapi kenapa cahaya tadi warna gelap dan bukannya warna cerah?" Mereka memandang Scarlet Zaver. Mereka juga tertanya tapi mereka cuba berfikiran positif.
"Adakah kita berlapan ialah puteri lagenda?" Mereka mengangkat bahu sebelum mencebikkan bibir. Perut kenyang hati pun senang. Masalah sekarang ini, perut kenyang susah hati gara-gara The KnightZ pitam dan tidak sedarkan diri.
"Bangunlah. Jangan baring macam ni saja. Bangunlah! Jangan pejam mata saja." Mata mereka berlapan bersinar sebelum mereka tertunduk. Deruan nafas mereka semakin perlahan sebelum berhenti.
Aydina, Fiya dan Nia takut melihat Destiny Shadow menundukkan kepala tanpa terkutik walaupun sedikit selama 15 minit. Putera Carl dan Fiya berlanggar antara satu sama lain apabila Fiya menoleh.
"Macam mana ni? Muka mereka pucat tapi denyutan nadi mereka tiada," adu Fiya. Dia cemas. Mereka telah diamanahkan untuk menjaga Destiny Shadow sehingga dewasa.
"Susah la kalau macam ni. Kita telah diamanahkan untuk menjaga puteri-puteri lagen..."
"Betul ke mereka ialah puteri kegelapan?" Aydina dan Nia saling berpandangan sebelum perlahan-lahan mengangguk.
"Tapi mereka baik. Destiny Shadow tak pernah cederakan The KnightZ. Kami ada di sana tapi kami juga dibuang sekolah kerana dianggap bersubahat. Mereka kejam. Sangat kejam," ujar Nia sebelum mereka bertukar rupa selama beberapa minit.
Putera Carl tergamam. Jadi, betul apa yang dikatakan oleh dua orang pengawal tempoh hari. Mereka bersebelas dari puak kejahatan tapi entah bagaimana mereka boleh menjejakkan kaki di sini.
"Aduh, sakitnya kepala aku." Mereka berempat berpaling dan melihat The KnightZ perlahan-lahan bersandar di kepala katil. Destiny Shadow pula hilang sebelum The KnightZ membuka mata.
Pelik, getus Aydina.
Mereka bertiga saling berpandangan sebelum meminta diri. Rasanya mereka tahu keberadaan Destiny Shadow.
"Mana Destiny Shadow? Kenapa mereka tak jaga kami?" tanya Kitsune Yamamoto. Wajahnya bertukar mendung apabila tidak nampak bayang Iris Herlac. Sifat kebudak-budakan terserlah apabila dia bermain dengan jari. Kacak, tapi malangnya nakal.
"Tadi mereka ada tapi sebelum kau orang buka mata, mereka hilang sekelip mata," balas Putera Carl sayu. Entah ke mana Destiny Shadow menghilang.
Sebuah portal muncul di siling tanpa mereka sedar kecuali Yuu Kousuke.
"Apa yang..."
Lapan orang gadis berkerudung jatuh terlentang sambil menggenggam sesuatu.
"Kepala aku..." Mereka mengurut kepala sebelum menyerahkan benda yang berada dalam genggaman kepada The KnightZ.
"Belakang aku sakit." Crystale dan Iris Herlac menyembuhkan Destiny Shadow.
"Apa kau orang buat dalam portal tu?" tanya Yuu Kosuke kepada Hanni Sakura.
"Kau tanya Iris. Aku tak tahu apa yang berlaku." Iris Herlac menjegilkan mata ke arah Hanni Sakura. Sudah terang lagi bersuluh gadis bermata ungu itu tidak menyukai pengembaraan pendek tadi.
"Bukan aku yang buka portal kali ni," bidas Iris Herlac sebelum duduk bersila, begitu juga dengan Crystale dan Reol. Mereka memejamkan mata sebelum aura pelangi mengelilingi mereka. Tenaga dalaman perlu dipulihkan segera agar kuasa mereka tidak terjejas.
"Mereka buat apa sehingga perlu bertapa? Belasah orang ke?" gurau Sayaka. Lyana Alice memandang sekilas sebelum mengeluh kasar.
"Kami jaga kau orang seharian."
"Sayang juga kau dekat aku, kan?" tanya Red Hood.
"Gila." Violet Zedra membalas sebelum mengambil rantai dalam genggaman Red Hood.
"Nah. Makan ni. Pulihkan tenaga kau. Bstu ada tenaga nak gaduh dengan aku," kata Crystale sebelum menghulurkan dua bungkus roti coklat kepada Alex Nightmare. Jejaka itu mengambil tanpa banyak bunyi.
"Terima kasih." Itu pun tanpa suara, hanya gerakan bibir sahaja.
"Rayven de la Crusz! Pakai la baju lain. Macam kau tak ada baju lengan pendek atau lengan panjang selain baju tiada lengan ni," bebel Alvella Aline sebelum meletakkan kerudung di bahu Rayven de la Crusz.
"Biarlah. Aku yang sakit bukan kau yang sakit kalau aku tiada baju lain." Kerudung milik gadis bermata merah digenggam erat. Dia memejamkan mata perlahan-lahan, terasa haba dari kerudung itu. Kenapa hajat yang dia buat tempoh hari termakbul? Dia ingin memegang kerudung gadis itu dan kini menjadi kenyataan.
"Kenapa kau pandang aku macam tu? Aku ada buat salah ke?" tanya Endene Ayll sebelum mengambil selimut lalu berselubung dan hanya nampak mata hitam sahaja.
"Kau tak akan terlepas dari penyeksaan aku," balas Reol dingin. Dalam hati, dia ketawa jahat melihat perangai keanak-anakan Endene Ayll yang takut dengannya.
Sampai macam tu sekali dia takut dengan aku, getus Reol. Kepala digeleng sebelum dia menarik selimut Endene Ayll. Apa lagi, menjerit sakan la jejaka bermata hitam itu.
Scarlet Zaver dan Luz saling berpandangan sebelum Luz mengalihkan pandangan. Sebuah buku usang dihulurkan kepada Scarlet tanpa menoleh. Scarlet Zaver mengambil sebelum membaca tajuk buku itu.
"Macam kenal je tajuk buku ni. Aku rasa ada seseorang pernah bacakan aku buku ni, terapi di mana dan siapa?" gumam Scarlet Zaver sebelum membaca buku How To Be A Killer. Luz menarik nafas sambil menutup mata dengan tapak tangan, dia cuba membayangkan.
"Tamat."
Tujuh dengkuran dengan bunyi berbeza didengari selepas Scarlet Zaver menutup buku. Luz memandang Scarlet sebelum memandang siling.
"Tidurlah!"
"Macam mana nak tidur kalau aku tak boleh tutup mata?"
"Kau fikirkan tentang orang yang buat jantung kau berdebar-debar. Lebih kurang, dia koma dan kau nak sangat jumpa dia dalam mimpi. Tutup mata dan bayangkan macam mana kau dapat selamatkan dia daripada kemalangan."
Luz perlahan-lahan menutup mata dan dia patuh dengan arahan Scarlet Zaver. Scarlet meneruskan percakapan sehingga jejaka itu lena.
"Aku harap sangat kau boleh selamatkan aku. Kalau tak kita tak akan berjumpa dalam dunia ni. Kau tak kenal aku dan aku terpaksa berpura-pura tidak mengenali kau. Tak kisahlah siapa kau, kau tetap Waserin Tsukasa yang psiko dan cool."
Pintu ditarik sebelum ditutup dengan perlahan. Scarlet Zaver berjalan sambil memegang buku yang diberikan kepadanya. Buku yang dia fikir ketika kemalangan berlaku ada di tangannya.
"Terima kasih, Luz. Aku terlupa buku ni milik dia. Aku harap dia tak marah aku."
Tbc
31/12/19
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top