IRIS Herlac mengukir senyuman apabila tiada pengawal berkawal di hadapan kamar. Dia memandang belakang sebelum mengangguk.
Cystale sempat mencapai kipas tangan yang dihadiahkan oleh seseorang apabila Hanni Sakura menarik tangannya menuju ke bilik ahli sihir kecil. Lyana Alice ditarik bersama kerana hanya dia seorang saja yang tinggal. Alvella Aline, Reol, Scarlet Zaver dan Violet Zedra mengalihkan perhatian Aydina, Fiya dan Nia.
"Mana bola kristal ajaib Fiya? Masa ni la nak hilang," gumam Hanni Sakura sebelum tangannya terpegang sesuatu.
"Iris. Kau pernah tengok bola kristal Fiya, kan?" Iris Herlac menoleh sebelum sekeping gambar diletakkan di atas meja.
"Jumpa!" Bola kristal yang ditutupi dengan sehelai kain hitam diletakkan di atas meja.
"Sekarang ni kita nak buat apa?" tanya Iris Herlac tidak sabar. Dia mula merangka pelbagai rancangan baik atau jahat. Lyana Alice menggelengkan kepala.
"Kau ahli sihir dan orang pertama yang guna kuasa tahu tak? Kau cari buku jampi atau kau baca je jampi apa pun janji kita tahu kita dekat sana macam mana," arah Lyana sambil berlatih.
Sia-sia saja kerana kuasa mereka berenam tidak boleh digunakan lagi. Kenapa berenam? Scarlet orang kedua menggunakan kuasa tetapi dia orang pertama yang menggunakan kuasa di sini.
"Apa jampi yang dia nak baca?" tanya Crystale.
"Kau terlupa ke kepala dia pernah terhentak dulu?" tanya Hanni Sakura perlahan. Entah kenapa mereka boleh lupa akan hal itu.
"Tak kisah la jampi apa pun, kau suruh la dia baca," arah Lyana Alice. Crystale memandang Iris Herlac sebelum memukul kepala gadis itu dengan kipas tangan. Tanpa sengaja, gadis kecil menyebut jampi yang betul.
"Eh? Itu bukan kita ke?" Mereka tersentak apabila melihat jasad mereka terbaring kaku.
"Kenapa kita perlu berada di sini? Apa yang terjadi dengan jasad kita di Bumi?" Iris bertanya sebelum berjalan ke hulur ke hilir beberapa kali. Mereka bertiga berfikir seketika namun mereka tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian.
"Kenapa kami tak boleh guna senjata untuk melindungi diri? Geramnya aku." Suara Reol bergema.
Mereka berempat tahu itu amaran bahaya bahawa ahli sihir kecil semakin menghampiri. Hanni Sakura meletakkan semula bola kristal dengan tertib sebelum masuk ke dalam portal. Tiada jejak atau kesan yang ditinggalkan seperti bilik ini tidak pernah diusik langsung.
Beberapa jam sebelum itu, mereka berlapan terjaga sebelum merangkak turun dari katil dan baring dalam bulatan. Mereka tersengguk-sengguk kerana pukul 2 pagi baru mereka berjumpa dengan katil tercinta. Ini semua rancangan Hanni Sakura yang mahu mencungkil rahsia.
"Kenapa kau gerak aku pagi-pagi ni? Aku nak tidur la. Aku tak tahu kenapa aku boleh mimpi Tsukasa. Apa yang dia buat sekarang ni?" bebel Scarlet Zaver namun dua ayat terakhir dia bisik kepada dirinya.
Mereka yang lain mengangguk mengiyakan kata-kata Scarlet Zaver. Mereka menguap sebelum melihat jam di dinding. Baru pukul empat pagi mereka sudah dikejutkan supaya berkumpul. Niat ingin sambung tidur dikuburkan begitu saja apabila Hanni Sakura menghamparkan sesuatu di hadapan mereka.
"Ni bukan peta kerajaan ni ke? Peta kerajaan yang lain pun ada juga. Mana kau dapat?" tanya Alvella Aline sebelum membelek sehelai peta di hadapannya.
"Aku rasa peta-peta ni dalam beg aku, macam mana boleh ada dengan kau? Apa yang aku tahu, peta ni tiba-tiba ada dalam beg aku," kata Violet Zedra bengang.
"Ini bilik ahli sihir kecil. Kita kena berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan alihkan perhatian mereka, manakala satu kumpulan lagi geledah bilik mereka."
Mereka saling berpandangan kerana terkejut kecuali Lyana Alice.
"Aku sertai kumpulan kedua. Soal mengalihkan perhatian orang bukan kemahiran aku." Lyana Alice meletakkan gelang tangan di atas kertas tanda dia menempatkan diri dalam kumpulan dua.
"Kita tak boleh letakkan Iris, Crystale dan aku dalam kumpulan pertama kerana kami mulut becok. Aku takut tindak-tanduk kita akan dihidu sekelip mata. Aku, Crytale, Alice dan Iris akan geledah bilik ahli sihir kecil sementara yang lain lengahkan serta alihkan perhatian mereka bertiga."
Mereka mengangguk sebelum Reol menyedari sesuatu.
"Apa kata kita minta tolong mereka latih kita untuk menyeru senjata? Ingat tak semalam kita tak boleh seru senjata? Ini boleh dijadikan alasan," cadang Reol sebelum menyeru senjata iaitu tongkat belian namun hasilnya tiada.
"Aku rasa aku tahu orang yang sesuai untuk alihkan perhatian pengawal," ujar Iris Herlac sebelum memandang Scarlet Zaver.
"Aku akan selesaikan mereka. Boleh kita tidur sekarang? Aku risau tiba-tiba ada dayang ketuk pintu."
"Masa untuk tidur!!"
Mereka menjegilkan mata apabila Hanni Sakura menjerit.
"Destiny Shadow! Mandi dan turun makan! Jangan lupa hari ini kau orang ada latihan!"
"Sakura!!" Jeritan keluar antara celah gigi sebelum mereka bangkit dan menuju ke kamar mandi.
....
MEREKA menjerit kesakitan apabila Iris Herlac membuka portal ke lorong sunyi. Mereka jatuh di atas timbunan dedaun dan ranting-ranting.
"Iris!!" Mereka bertujuh menjeling Iris Herlac yang terkial-kial mahu bangun kerana terpijak kerudung.
"Aku tak sengaja," balas Iris Herlac tanpa rasa serba salah. Wajah mereka calar-balar gara-gara dia.
"Kenapa kau buka portal bawah kaki kami?" tanya kumpulan pertama. Sudahnya, mereka hilang begitu sahaja tanpa sempat memberi penjelasan.
"Bukan aku yang buat la. Aku tak tahu kenapa kau orang boleh terikut sama. Nampaknya, aku kena hafal semula jampi-jampi yang berguna waktu kecemasan."
"Mereka pelajar akademi, kan? Pakaian mereka sama seperti sekumpulan lelaki yang selamatkan kita semalam," ujar Alvella Aline teruja. Dia menarik tangan Hanni Sakura dan Lyana Alice. Destiny Shadow yang lain terpaksa akur dengan kehendak ketua mereka.
"Kau orang ni siapa?" Mereka menoleh apabila mendengar seseorang bertanya. Rupa-rupanya, seorang lelaki tua bertanya kepada penyelamat mereka.
"Pak cik boleh panggil kami The KnightZ. Kami pelajar Akademi Izumi," balas Yuu Kousuke.
"Terima kasih tolong pak cik. Susah nak jumpa orang muda macam kamu semua tolong orang tua macam pak cik ni." Destiny Shadow saling berpandangan.
Rasanya macam pernah dengan nama tu, tapi di mana? getus Destiny Shadow.
"Alvella, aku rasa mamat dingin tu macam aku kenal la," kata Lyana Alice. Mereka mengangguk.
"Kalau tak silap aku, mereka ialah kumpulan pengawas bajet hot!" The KnightZ menoleh apabila mendengar jeritan Violet Zedra. Destiny Shadow melarikan diri apabila The KnightZ mula membuka langkah.
"Aku sumpah kau jadi katak, Violet!" marah Iris Herlac sambil memegang kerudung.
"Aku tak sengaja!"
Mereka berpecah kepada empat kumpulan. Mereka melajukan larian sebelum bertembung di tengah taman. Mereka mengurut kepala sebelum menarik kerudung menutupi rambut.
"Kalau aku ada kuasa, aku bakar kau," ujar Lyana Alice perlahan. Mereka tidak menyedari The KnightZ mengepung mereka dari lapan arah.
"Kenapa korang lari bila nampak kami?" tanya Sayaka. Dia berdiri di belakang Lyana Alice. Mereka terus kejung dan tidak membalas sebaliknya mereka berbicara melalui mata.
Ni semua salah kau!
Mata mereka tajam memandang Violet Zedra yang tersengih tidak bersalah.
"Siapa kau orang sebenarnya?" tanya Rayven de la Crusz.
"Destiny Shadow. Alvella, Reol, Violet, Sakura, Crystale, Alice, Iris dan aku, Scarlet." Mereka menurunkan kerudung selepas memerhati keadaan sekeliling.
"Gadis mata biru!" Endene Ayll melambai ke arah Reol. Reol hanya memandang tanpa mengoyakkan senyuman.
"Hai," sapa Reol tanpa perasaan.
"Korang. Apa kata kita bawa mereka pergi makan? Aku dengar bunyi gendang dari perut mereka," ujar Kitsune Yamamoto sebelum dijeling oleh Destiny Shadow.
Mereka terlupa mahu bersarapan kerana sibuk menjalankan rancangan mereka. Kesakitan semakin mencengkam perut. Badan terbongkok ke hadapan selepas melutut. Kedua-dua belah tangan memeluk perut dengan erat.
"Haa... degil lagi, padan muka kau orang!" Mereka tidak mampu mengangkat kepala kerana pandangan mereka semakin kabur. Nia bercekak pinggang tanda bengang.
"Diamlah. Jangan sampai aku kejar korang nanti," ugut Hanni Sakura sebelum terbatuk-batuk.
"Aku akan bekukan kau..." Crystale pengsan selepas pandangannya menjadi kelam. Satu persatu lapan orang gadis itu pengsan.
"Nakal betul. Aku kurung nanti baru tahu," bebel Fiya sebelum melutut di hadapan mereka.
"Aku rasa ada satu cara saja untuk hentikan siasatan merbahaya mereka ni. Kita kena hantar mereka ke akademi," ujar Aydina serius. Dia menghantar maklumat Destiny Shadow melalui seekor kucing.
"Mereka nak apa sebenarnya? Kenapa mereka ada di di sini?" tanya Alex Nightmare. Dia tidak menyangka lapan orang gadis yang baru ditemui semalam akan muncul semula.
"Apa kata kita bawa mereka balik ke istana kau? Sekurang-kurangnya keselamatan mereka terjaga. Kita ada banyak kerja dan tugas yang perlu dilaksanakan." Mereka memandang Red Hood yang bercekak pinggang.
"Aku tarik balik kata-kata aku. Tak sangka kau boleh fikir cara ni," puji Aydina, Nia dan Fiya.
"Nak mengata agak-agak la."
"Jom balik. Aku lapar." Luz melangkah pergi selepas berkata.
"Boleh jadi gaduh kalau Luz bertemu Violet."
"Aku setuju dengan kau, abang. Macam mana kau kenal mereka?"
"Rahsia."
Tbc
25/12/19
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top