Chapter 11

PUTERA Carl menggelengkan kepala apabila melihat Aydina, Fiya dan Nia keluar dengan tergesa-gesa daripada bilik rawatan.

"Mesti mereka dah sedar," ujar Putera Carl sebelum merenung ke luar jendela.

Tidak lama kemudian, Putera Carl terdengar jeritan Fiya.

"Kenapa? Apa yang berlaku?" tanya Putera Carl termengah-mengah.

"Mereka hilang! Mereka baru sahaja sedar, mereka tak ingat jalan dekat sini. Bertuah betul. Aku dapat budak berlapan tu, aku jadikan kambing bakar," bebel Aydina seraya mencari bahan bukti yang boleh dijadikan jejak mereka berlapan.

"Mereka buat kerja tak ada kesan langsung," puji Nia selepas memerhati keadaan bilik itu.

"Ini bukan masa untuk puji mereka, Nia!" marah Fiya berang.

"Kecuali tingkap," sambung Putera Carl. Pandangan mereka terarah pada tingkap yang terbuka luas.

"Lari wei, lari!" jerit Crystale seraya menoleh ke belakang.

"Aku sakit kaki!" balas Hanni Sakura seraya duduk di atas bangku di taman di tengah bandar.

"Kenapa duduk?" marah Violet Zedra namun dia juga melabuhkan punggung di sebelah Hanni Sakura. Cakap tak serupa bikin.

"Kita ni dah la lari dari istana, pakai pula kerudung putih, kau tak rasa ke orang pandang kita pelik?" tanya Iris Herlac bengang.

"Kau patut bersyukur aku sempat capai kerudung ni tahu," bentak Alvella Aline seraya menghentak kaki. Pentengkaran antara mereka berlarutan sebelum disampuk oleh suatu suara sumbang.

"Cik adik buat apa dekat sini?"

Bulu roma mereka meremang apabila mereka telah dikepung oleh beberapa orang lelaki.

"Jangan kacau kamilah!" bentak Scarlet Zaver seraya menepis cengkaman di tangannya.

"Tolong!" jerit Lyana Alice dengan kuat malah kucing yang lena tidur terjaga.

"Kenapa aku tak boleh guna kuasa aku?" tanya Reol cemas. Tongkat belian diseru namun tiada hasil.

"Jangan kacau mereka!"

Jejari bayang membelit tubuh kumpulan itu dan memberi laluan kepada si penyelamat.

"Kau tak apa-apa?" tanya Endene Ayll kepada Reol. Reol menggelengkan kepala.

"Beredar atau..." Red Hood menunjukkan kuasa api merahnya serta kuasa mata pembunuh kepada kumpulan itu.

"Dia, aku punya!" bentak Yuu Kousuke sebelum menggunakan kuasa elemennya. Si penjahat terbang jauh sehingga ke penjara diraja.

"Nasib baik kita meronda hari ni," keluh Luz sebelum membetulkan topinya.

"Berapa lama lagi kita kena meronda?" tanya Sayaka atau digelar sebagai Dark Blade.

"Sampai malam," balas Rayven de la Crusz tenang.

"Siapa kau?" tanya Destiny Shadow pelik.

Entah daripada mana tiba-tiba selamatkan mereka. Pelik.

"Lupa pula nak perkenalkan diri. Aku Kitsune Yamamoto, selamat berkenalan." Sebelah mata dikerdip ke arah Iris Herlac. Gadis itu hanya beriak kosong sahaja.

"Kita diarahkan untuk menjaga tahanan malam nanti," ujar Alex Nightmare seraya memandang Crystale. Dia memandang kipas di tangan Crystale. Entah kenapa seperti dia biasa lihat kipas itu.

"Macam kenal je kipas tu," gumam Alex Nightmare.

"Kita di mana?" tanya Crystale perlahan.

"Hah?" Mereka berenam terkejut.

"Kau jangan main-main. Tak akan korang tak tahu jalan di sini?"

"Tak."

"Parah wei parah."

"Maaf!" Nafas Aydina tidak teratur selepas mendarat.

"Mereka pesakit aku. Mereka hilang ingatan. Jangan ambil hati dengan kata-kata kasar mereka," ujar Fiyu.

"Kita berada di Fantasy Kingdom. Ibu kota Fantasy Kingdom ialah Fantasy City. Kita berada di tengah-tengah bandar. Kumpulan yang mengacau korang tadi merupakan penjenayah yang sangat dikehendaki," terang Sayaka.

Namun, Destiny Shadow hanya memandang kosong lalu melihat sebuah kedai yang tidak ada pelanggan di dalamnya.

"Kedai apa tu?" tanya Violet Zedra pelik.

"Kedai apa?" tanya Red Hood pelik.

"Kedai tu sepatutnya dirobohkan tetapi pemiliknya meminta tempoh masa sehingga dia mampu membayar hutangnya," terang Yuu Kousuke sayu. Mereka banyak menghabiskan masa kecil di kedai itu.

"Jom pergi." Hanni Sakura menarik kawan-kawannya tanpa menghiraukan pandangan orang ramai.

"Jangan biar mereka merayau lagi, bahaya. Nasib baik kami ada untuk selamatkan mereka, kalau tidak, tak tahu apa nasib mereka," bebel Kitsune Yamamoto.

"Jangan risau, kami akan jaga diri. Aku harap aku tak jumpa korang lagi," kata Iris Herlac dingin sebelum beredar.

"Pelik," kata Rayven de la Crusz sebelum beredar.

"Kau tu yang pelik," bebel Alvella Aline di dalam kedai apabila dia membaca gerak bibir jejaka itu.

Scarlet Zaver melihat siling berwarna merah dan dihiasi dengan bintang putih selepas pulang dari bandar.

"Kau tak rasa pelik ke?" tanya Scarlet Zaver tiba-tiba.

"Apa yang peliknya?" balas Lyana Alice malas.

"Aku rasa kita ada kaitan dengan mereka. Kalau tak, kenapa semasa kita diserang tadi, mereka tolong kita?" tanya Reol.

"Tu aku tak tahu," balas Lyana Alice seraya menyimpan pakaian yang dibeli di bandar.

"Kenapa aku rasa aku pernah nampak muka lelaki tu? Tak mungkin la aku pernah jumpa dia," gumam Reol.

"Kenapa aku rasa dia macam seseorang yang pernah aku jumpa?" tanya Scarlet Zaver perlahan.

"Korang! Mari turun makan!" jerit Aydina dari tingkat bawah.

"Baik!"

"Kenapa aku rasa Reol macam bayangan Haya? Atau mungkin hanya imaginasi aku saja?" gumam Endene Ayll.

"Kau dah kenapa, gila?" sindir Luz.

"Kau tak rasa ke yang Scarlet tu, Wani?" tanya Sayaka.

"Aku pun rasa macam tu juga. Tapi, tadi kita lawat mereka, kan? Jasad mereka masih ada di sana."

....

AYDINA mengeluh apabila dia melintasi bilik Destiny Shadow.

"Identiti mereka tidak boleh terbongkar sekarang. Jika tidak, habislah rancangan dia."

"Lambat kau hari ni," tegur Yuu Kousuke selepas memandang Aydina.

"Bebudak tu punya pasal la. Nak makan itu, nak makan ini," balas Nia penat.

Fiya menoleh selepas mendengar Destiny Shadow disebut.

"Misteri betul mereka, tapi siapa mereka sebenarnya?"

"Mereka cuma orang yang hilang ingatan sahaja, bukan sesiapa. Mereka dah lama jadi anak yatim piatu," balas Fiya. Nia dan Aydina menjegilkan mata ke arah Fiya.

"Kau tak sembunyikan apa-apa daripada aku, kan?" tanya Rayven de la Crusz.

"Mana ada. Patik tak berani menipu tuanku," balas Aydina tenang.

"Bagaiman keadaan Putera Carl, Fiya. Maksud beta..."

"Tuanku selamat tapi adakalanya dia sedih kerana tidak bebas seperti yang lain. Baginda sering kali melukis gambaran sayapnya setelah kuasanya meningkat," ujar Fiya sayu. Kalau tidak kerana kelalaian mereka, sudah tentu sayap Putera Carl masih ada.

"Bukan salah kau, Fiya," pujuk Luz.

"Alangkah bagusnya kalau Destiny Shadow ada di sini, bersama kita sekarang. Mereka mesti tahu apa yang perlu dilakukan jika sesuatu masalah timbul," kata Sayaka sebelum meraup wajah. Mereka berlima menganggukkan kepala.

Alex Nightmare menatap kotak yang berada di atas meja lama. Dia rasa sangat menyesal kerana tidak menyerahkan kotak hadiah itu kepada Diana lebih awal.

"Diana..." seru Alex Nightmare perlahan. Entah apa yang merasuk dirinya sehingga dia melukis potret Crystale.

"Kenapa aku fikirkan dia? Apa kena dengan aku ni? Nyah kau daripada fikiran aku," gumam Alex Nightmare sebelum menyimpan potret ke dapam laci selepas menggulung.

"Kita berkumpul hari ini untuk berbincang mengenai puteri-puteri kegelapan yang menjadi bualan para rakyat." Kitsune Yamamoto menunjukkan wajah puteri-puteri kegelapan yang dilindungi kerudung. Hanya mata sahaja yang kelihatan.

"Mata mereka memukau tapi sayangnya kejam," kutuk Red Hood selamba. Buah epal dikunyah selepas dikupas kulitnya.

Perlakuan Aydina diperhati oleh Rayven de la Crusz. Aydina cuba menghubungi Destiny Shadow namun gagal.

"Mana pula bebudak ni pergi?" gumam Aydina bengang.

"Kami kena balik. Mereka ada hal yang nak dibincangkan."

"Jangan lupa cakap dengan gadis mata biru tu supaya jaga diri," ujar Endene Ayll selamba walaupun dijeling oleh The KnightZ.

"Tak sangka kau curang," balas Nia terkejut.

"Aku cakap je tapi aku tetap setia kepada Haya."

Kepala Endene disekeh oleh Fiya.

"Aku bagitahu Haya!!"

Tbc

2/11/19

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top