Chapter 10

DESTINY Shadow leka berbual di ruang tamu sebelum telefon rumah berbunyi.

"Kenapa telefon?" Mereka berlapan memandang Aydina bengang.

"Jangan lupa hari ni hari terakhir korang di bumi. Jangan sesekali bocorkan rahsia kepada The KnightZ di sana jika sesuatu terjadi kepada korang. Rahsia tetap rahsia," balas Aydina.

"Faham!"

"Tak bersiap ke cik akak? Korang ada date dengan The KnightZ, kan?" usik Fiyu dengan sengihan.

"Mana jejaka  idaman kau? Tak ikut ke?" tanya Hanni.

"Siapa? Putera Carl? Kau ingat dia ada masa ke nak ikut aku ke bumi? Dia kena uruskan pentadbiran kerajaan di sana. Lagipun, aku keluar senyap-senyap."

"Kami balik dulu!"

Destiny Shadow pening apabila melihat almari yang penuh dengan pakaian. Pelbagai jenama dan rekaan serta jenis kain dilihat dengan teliti. Sorry to say, tetapi Dastiny Shadow tidak mengenakan solekan tebal. Pelbagai jenama solekan berada di atas meja bulat. Pin-pin tudung, keronsang juga diletakkan di atas kain tebal untuk mengelakkan kecederaan ringan.

"Tak ada baju nak pakai la."

Mereka mengeluh serentak tetapi tangan mencari pakaian yang berkenan di hati. Farz sedang leka menggosok tudung bawal sambil berangan tersentak apabila telefonnya berbunyi.

"Kacau betul orang tengah berfeeling berangan jadi puteri ni," marah Farz sebelum menjawab panggilan itu dengan bengang.

"Kau nak apa?" tanya Farz kasar.

Zurinz melihat telefonnya beberapa saat sebelum menekan ikon speaker. The KnightZ yang lain tercengang.

"Kau telefon ni nak apa?" tanya Wani berang. Dia berang apabila tiada sahutan.

"Err... sebenarnya aku nak tanya. Jadi tak kita keluar kejap lagi?" tanya Rubah perlahan.

Silap hari bulan memang gugur jantungnya.

"La... kenapa tak cakap awal-awal? Mestilah jadi. Kau tahu tak mereka pening nak pilih baju apa. Jangan langgar akulah, Hilya! Pergi gosok tudung bawal kau tu!"

"Sabarlah! Kenapa kau berdiri dekat sini? Padan muka kau kena langgar!"

"Siapa punya jodoh ni, mohon bawa jauh-jauh. Aku boleh pekak kalau macam ni," sindir Akira lalu matanya memandang Rayz.

"Apa?" tanya Rayz pelik. 

"Aku tak tahu apa-apa, aku pula yang kena," gumam Rayz selepas memakai jam tangan. Pantulan dirinya dilihat buat kali terakhir.

"Dah kacak dah. Farz tak akan pandang orang lain. Kau kan jejaka hot di sekolah,"usik Tsukasa sebelum ketawa.

"Abang pengawas malu wei!" jerit Akabane lalu mencapai telefon dan dompetnya.

"Aku dah hantar video dekat Farz," balas Rubah selamba selepas melihat wajah kemerahan Rayz.

"Jangan la sakat dia, nanti kita yang susah kalau kena jawab dengan Madam Arena," balas Hiroshi sebelum menguap.

"Apa kaitan?" tanya Rayz pelik.

"Madam dan Sir mesti tanya kenapa Rayz tak ada. Tak akan kita nak jawab Rayz merajuk pula," balas Yuu tenang.

"Dah siap!" jerit Iris selepas selesaikan menggayakan tudung bawal merah batu.

"Siapa yang nak bawa kereta?"  tanya Diana selepas memegang segugus kunci. Mereka memandang Melysa yang leka membetulkan rantai tangannya.

"Apa?" tanya Melysa tanpa memandang Destiny Shadow kerana bimbang rantai tangannya itu akan terjatuh.

"Kau pandu kereta," balas Haya lalu meletakkan segugus kunci di telapak tangan Melysa yang tercengang.

"Cepat pakai kasut tumit tinggi sebelum aku pancitkan tayar kereta ni," balas Hilya dengan sengihan. Mereka memilih kasut dengan segera kerana bimbang Hilya akan mengotakan kata-katanya.

"Tak lawak la Hilya!" marah Hanni bengang kerana dia baru sahaja menyarung stokin.

Tsukasa meletakkan tangan di dada selepas jantungnya berdegup laju.

"Kenapa ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati?" gumam Tsukasa sebelum mendail nombor partner tak bertauliahnya.

"Wani bercakap," sahut orang di talian.

"Kau ada dekat mana?"

"Dalam kereta dan sedang menuju ke pagar utama, kenapa kau tanya?"

"Aku saja tanya."

Kesunyian melanda mereka berdua.

"Kalau ada sesuatu berlaku kepada aku, kau risau tak?"

"Tak."

"Kalau aku hilang ingatan, kau nangis tak?"

"Tak."

"Kalau suatu hari nanti aku tinggalkan kau tanpa khabar berita, kau akan cari aku tak?"

"Tak."

Tsukasa tahu Wani sebak kerana suara serak.

"Jahat." Walaupun Wani hanya bergumam, dia tetap mendengarnya.

"Kalau sesuatu berlaku kepada kau, kau hilang ingatan dan suatu hari nanti kau tinggalkan aku tanpa khabar berita, aku akan..."

Jeritan yang nyaring kedengaran apabila mereka berhenti di lampu isyarat. The KnightZ cemas.

"Wani! Wani! Apa yang berlaku? Wani!" Panggilan ditamatkan tanpa jawapan.

"Aku akan jadi gila, sebab aku sayang kau lebih daripada nyawa aku. Jika kau pergi, separuh jiwa aku melayang." Jawapan itu tergantung sepi kerana tidak dia membalas pertanyaan Wani.

....

THE KnightZ menunggu dengan sabar sebelum seorang doktor keluar dari bilik pembedahan. Kata-kata yang didengari membuatkan mereka bertujuh memejamkan mata, tersandar di dinding, terduduk di atas lantai dan meraup muka.

"Terima kasih, doktor," ucap mereka lemah.

Ini kali pertama mereka selemah ini, adakah kerana Destiny Shadow sudah bertakhta di hati mereka? Hanya mereka sahaja yang tahu.

"Semua ni salah aku." Mereka memandang Tsukasa yang mengusutkan rambut.

"Kalau aku tak ajak mereka keluar, mesti semua ni tak akan berlaku. Kalau kau tak telefon Wani, mereka mesti sedang bergembira sekarang. Semua ni salah aku!" 

Tsukasa menghampiri dinding sebelum menumbuk dinding sekuat hati. Darah yang mengalir membasahi kasutnya dibiarkan. Luka di tangannya tidak boleh dibandingkan dengan sakit hatinya apabila mendengar perkharabaran daripada doktor.

"Mereka koma." Dua ayat itu sudah cukup membuatkan separuh jiwanya hilang.

"Bukan salah kau, semua ni takdir." Akira menenangkan Tsukasa yang mengamuk. Rayz memandang Akira.

"Macam mana kau boleh tenang walaupun hati kau sedang terluka? Kau kuat, Akira Hanase. Aku tak boleh lawan kau dalam aspek emosi," gumam Rayz sebelum mengesat air mata.

"Kita akan siasat siapa dalang di sebalik kemalangan ini. Kita mesti!" kata Akabane semangat.

"Apa kata kita makan dulu? Empat orang turun bawah, yang lain tunggu sini. Kalau ada apa-apa yang berlaku, telefon. Okey?" tanya Rubah seraya menggosok perutnya yang berbunyi.

"Aku tunggu sini!" kata Yuu seraya menggosok hidungnya yang kemerahan.

"Aku turun bawah," ujar Hiroshi selepas keluar daripada wad. Dia sempat membeli sejambak bunga tetapi dia tidak tahu itu permintaan terakhir gadis itu sebelum koma.

....

FIYU menarik nafas lega apabila empat orang ahli The KnightZ turun ke kafe kantin.

"Kau tunggu apa lagi?" tanya Aydina bengang.

"Kau tak nampak The KnightZ dekat luar wad tu?" marah Nia kembali.

"Sudah, jangan bergaduh. Gunakan magik untuk menggaburi mata mereka, sekarang."

"Baik!" balas Nia dan Aydina.

Fiyu terbang mengelilingi Destiny Shadow dengan menaburkan serbuk magik yang diberi oleh Putera Carl.

"Selesai. Mari kita balik," ajak Fiyu.

"Kerja kamu belum selesaikan lagi, Fiyu."

"Apa Putera Carl buat dekat sini?"

"Saja. Lagipun, beta sudah arahkan pengawal-pengawal agar membawa mereka berlapan pulang ke kerajaan masing-masing. Kesian Destiny Shadow kerana terpaksa menghadap semua ni."

"Kebahagiaan akan menanti sekiranya mereka berjaya harungi semua ni," balas Aydina sebelum menghilangkan diri.

"Selamat kembali ke Fantasy World, Destiny Shadow. Kami akan tunggu sehingga korang bangun," ujar Nia sebelum menghilangkan diri.

Tbc

15/8/19

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top