Extra 3
Lysda berjalan bersendirian menghala ke perpustakaan. Dia mahu meletakkan semula buku-buku yang diambilnya semalam.
Saat dia melintasi kawasan taman, ekor matanya ternampak susuk dua orang yan amat dikenalinya. Mereka berdua duduk bersama sambil menikmati sarapan pagi.
Lysda memandang kiri dan kanan. Setelah memastikan tiada sesiapa yang memerhatikan, Lysda perlahan-lahan berjalan menghampiri pasangan itu. Dia menyorok di balik sebatang pokok yang besar. Kedudukannya juga agak dekat dengan pasangan itu. Mudah baginya untuk mencuri dengar perbualan mereka berdua.
"Kenapa pandang Cassia macam tu?" Cassia bertanya dan dalam masa yang sama, berasa tidak selesa.
"Saja. Lagipun abang seronok sebab dapat bersarapan berdua dengan Cassia."
"Macamlah selama ni tak pernah sarapan dengan Cassia." Cassia mencicip minimun panasnya.
"Itu lain. Kali ni istimewa sikit bagi abang." Nolan tersenyum lebar.
"Istimewa dari segi apa pulak tu?" Cassia menjongket kening.
Nolan tidak menjawab soalan itu.
"Abang nak tahu, apa pendapat Cassia kalau abang berkahwin?"
Cassia dan Lysda yang mendengarnya berasa terkejut apabila Nolan bertanyakan soal perkahwinan.
"Mestilah Cassia akan gembira. Sekurang-kurangnya Cassia tahu yang abang ni sebenarnya ada jugak perasaan dekat perempuan."
"Apa, Cassia ingat abang ni jenis yang suka lelaki ke?"
Cassia hanya tertawa mendengarnya.
"Jadi, siapa perempuan bertuah tu? Tak nak perkenalkan dia dekat keluarga ke?"
Nolan tiba-tiba menghela nafas berat.
"Kenapa?" Berkerut dahi Cassia melihat Nolan mengeluh begitu.
"Sebenarnya perempuan tu tak tahu pun yang abang ada menaruh hati dekat dia. Jadi, masalah sikit bila nak jujur dekat dia."
"Abang nak Cassia tolong ke? Cassia teringin jugak nak berjumpa dengan dia tu."
"Cassia nak tahu siapa dia?"
Cassia mengangguk.
Nolan tiba-tiba mencapai tangan Cassia dan menggenggamnya erat.
"Dia dah ada depan mata abang."
Cassia terkebil-kebil mendengarnya. Dia tidak dapat menangkap maksud kata-kata itu.
Nolan tertawa kecil melihat reaksi Cassia. Manakala Lysda yang faham akan situasi itu sudah mula memendam perasaan marah.
"Perempuan yang bertuah itu adalah Cassia sendiri."
Cassi terkejut.
"Apa maksud abang ni? Jangan nak merepeklah." Cassia mahu melepaskan tangannya dari genggaman Nolan, namun semakin erat pula genggaman lelaki itu.
"Abang dah lama menaruh perasaan dekat Cassia. Kita membesar bersama. Banyak yang kita lalui bersama dan ia membuatkan abang mula jatuh hati dengan Cassia."
Cassia kelu lidah. Dia tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan eksperi wajahnya kini.
Nolan menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan kotak kecil yang disimpannya malam tadi.
"Abang nak kita terus hidup bersama. Abang nak lalui kehidupan abang dengan Cassia di sisi abang." Kotak itu dibuka, maka terserlah la sebentuk cincin yang dilihat mereka semalam.
Lysda tidak sanggup berada di situ lebih lama lagi. Dia berlari ke arah bertentangan dari jalan ke perpustakaan.
"Cassia, sudi tak Cassia jadi permaisuri hidup abang?" Nolan akhirnya meluahkan hajatnya. Dia melamar Cassia tatkala tidada sesiapa yang memerhatikan mereka.
Cassia tidak menjawab. Dia sendiri tidak tahu hendak menjawab apa. Hatinya tidak bersuara sedangkan kepalanya mengingati seseorang.
"Cassia?" Nolan memandang Cassia dengan riak risau.
"Cassia... Cassia tak tahu. Cassia sayangkan abang jugak. Tapi... ia hanyalah perasaan seorang adik kepada abangnya." Kata-kata yang bukannya datang dari hati meluncur keluar dari mulut.
Nolan tersenyum tenang.
"Abang faham. Tapi, abang tak akan mengalah. Selagi Cassia tidak dimiliki oleh sesiapa, selagi tu abang akan berusaha untuk memiliki hati Cassia."
Cassia tersenyum tawar.
"Terima kasih, abang."
*****
"Argh!"
Lysda mencampak semua barangan yang terdapat di dalam biliknya.
Biliknya bersepah dengan cebisan kaca dan cebisan kain yang dikoyakkan oleh gadis itu.
"Kenapa? Kenapa semuanya tentang kau!? Argh!" Lysda mengoyakkan bantal tidurnya.
"Apa kurangnya aku? Aku benci kau!"
Semakin banyak kejadian yang terlintas di kepala, samakin membuak-buak rasa marah gadis itu.
13 tahun hidup di dalam keluarga diraja itu, tidak sekalipun Lysda merasakan yang dirinya dihargai. Ayahanda, bonda, dua adik angkatnya serta abang yang dicintainya semua menyayangi Cassia. Cassia dianggap sebagai permata dalam keluarga walhal dirinya juga berusaha keras untuk mendapatkan perhatian dari mereka semua.
Bukan itu saja, semua orang di akademi turut menyukai Cassia. Mereka menganggap bahawa Cassia adalah pelajar yang sangat cemerlang, cantik dan aktif.
Itu semua membuatkan Lysda berasa sangat marah. Mereka mungkin seusia, namun Lysda langsung tidak pernah bergaul dengan Cassia meskipun gadis itu ada juga mencuba untuk bergaul dengan Lysda.
Tok! Tok!
Ketukan pada pintu membuatkan tingkah Lysda terhenti.
Pintu terbuka dari luar dan Cassia memasuki bilik itu. Pintu ditutup dan dikunci.
Cassia berdiri di depan muka pintu. Tangannya bertaut antara satu sama lain dan kepalanya menunduk memandang lantai.
"Apa yang kau nak? Tak puas lagi ke kau dah sakitkan hati aku pagi-pagi macam ni?!" Lysda mengherdik Cassia.
"Maaf, Lysda. Aku tak sangka benda akan jadi macam ni."
"Ah! Sudah la dengan lakonan kau yang bodoh tu! Kau fikir aku percaya ke? Kau sebenarnya sukakan dapat sakitkan hati aku!"
Cassia mengangkat kepala dan menggeleng laju.
"Bukan macam tu, Lysda. Tak pernah terdetik pun..."
"Kau diam!"
Lysda menyambar lampu tidurnya lalu mencampaknya ke arah Cassia.
Lampu itu terkena pada kepala Cassia. Namun Cassia langsung tidak mengaduh kesakitan. Kepalanya berdarah dan ia dibiarkan mengalir menuruni kepala.
"Aku harap kau tak pernah wujud!"
"Maafkan aku, Lysda." Cassia hanya mampu membisikkan kata-kata maaf itu.
"Berambuslah kau dari depan mata aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi!"
Cassia menunduk dan mengundur diri.
Lysda memerhati pemergian Cassia dengan pandangan yang tajam. Dadanya turun naik menahan amarah di dalam diri.
*****
Beberapa minggu berlalu. Cassia akhirnya menerima lamaran Nolan. Itu pun setelah berita itu sampai kepada pengetahuan keluarganya dan mereka semua sangat menyokong Nolan.
Cassia dan Nolan bertunang seminggu selepas itu.
Nolan berasa sangat gembira, sedangkan Cassia diselubungi rasa bersalah kerana keputusan yang dibuatnya itu telah menimbulkan kemarahan sesorang.
Sepanjang dalam tempoh pertunangan, mereka berdua sangat bahagia dan gembira. Apabila bersama, mereka akan berbincang tentang perkahwinan.
Namun, hubungan mereka tidaklah sesenang seperti yang dijangka.
Pertunangan mereka mengalami banyak dugaan dan ia membuatkan kedua-dua hati berasa tidak kuat untuk meneruskan pertunangan itu
Keadaan semakin keruh apabila Cassia peroleh beberapa keping gambar Nolan yang sedang bermesraan dengan perempuan yang berlainan. Disebabkan gambar itu, mereka berdua bergaduh teruk.
Pengakhirannya, ia membawa kepada kematian Nolan.
Semua menganggap bahawa Nolan membunuh diri kerana tidak tahan dengan hubungannya dengan Cassia. Ada juga yang menuduh bahawa Cassia adalah punca kepada segalanya.
Namun, hanya Cassia saja yang tahu apa yang berlaku. Bukti yang diperolehinya dari dalam bilik Lysda disembunyikan dari pengetahuan ramai.
Lysda yang hanya menjadi pemerhati, berasa gembira apabila semua kesalahan itu diletakkan di atas bahu Cassia. Tetapi, dia masih berasa tidak puas hati. Baginya, selagi Cassia masih berlegar-legar di kawasan istana mahupun kerajaan, selagi itu hatinya tidak tenteram.
Akhirnya Lysda membuat keputusan untuk mencuri bebola Qzured dan meletakkan kesalahan itu pada Cassia.
Ternyata rancangan itu berjalan dengan sangat lancar. Lysda sendiri pun tidak menyangka bahwa semuanya terjadi dengan sangat mudah. Seolah-olah takdir memihak kepdanya dan berpaling dari Cassia.
Cassia dibuang dari dunia langit. Sayapnya dipisahkan dari tubuhnya.
Saat hukuman untuk memisahkan sayap Cassia, itu adalah kali pertama dia melihat sayap Cassia. Meskipun mereka tinggal serumah, Lysda langsung tidak pernah melihat sayap Cassia. Gadis itu menyimpannya dengan sangat baik.
Sedang semua berbangga denga sayap mereka dan sering menunjuk-nunjuk, Cassia langsung tidak menunjukkan kecantikan sayapnya. Tatkala semua menggunakan sayap mereka untuk terbang, Cassia pula lebih rela menggunkan kedua-dua belah kakinya untuk berjalan.
Lihat saja pada sayap Cassia yang sangat cantik dengan pelepah yang putih bersih dengan warna hitam dihujungnya dan berkilat, sekali lagi ia menimbulkan rasa cemburu di dalam hati Lysda. Baginya, Cassia tidak layak memiliki sayap seindah dan secantik itu jika tidak reti menunjuk kepada orang ramai.
Hari seterusnya, Lysda menjadi orang yang bakal menjatuhkan Cassia dan menendang gadis itu keluar dari hidupnya. Lysda berasa sangat gembira apabila mendapat peluang itu.
Setelah dia mencampakkan Cassia keluar dari kerajaan, dia merasakan ketenangan di dalam diri. Dia merasakan bahawa dirinya akan dihargai setelah Nolan dan Cassia berjaya dihapuskan.
Tetapi ternyata telahannya salah. Dia terdengar perbualan ayahandanya yang menyatakan bahawa Elyz akan mengambi alih kerajaan. Ia membuatkan Lysda sangat marah sehinggakan dia sanggup membunuh semua keluarganya demi kepentingan dirinya.
Akhirnya Lysda dijadikan sebagai pemerintah kerajaan. Sayap-sayap keluarganya dijadikan sebagai perhiasan di dalam sebuah bilik rahsia. Baginya, sayap-sayap itu umpama trofi lambang kemenangannya.
Tetapi, dia tidak berasa puas walaupun sekali. Lebih-lebih lagi apabila memandang pada sayap Cassia yang sangat cantik.
Setiap kali melihatnya, perasaan marah itu pasti akan datang dengan sendirinya. Pernah juga dia mengambi sepasang sayap milik Cassia itu dan mencarik-carik bulu pelepahnya. Tetapi apabila keesokkannya dia masuk ke dalam bilik itu, sayap Cassia yang rosak kembali cantik seperti asal.
Lysda telah menggunakan perbagai cara untuk menghapuskan sayap Cassia. Tetapi tiada satu rancangan pun yang berhasil. Akhirnya, Lysda membuat keputusan untuk mengeluarkan sayap itu dari dalam bilik rahsianya itu. Letakkan ia di satu tempat yang lain. Tempat yang tak mungkin dia pergi dan melihat sayap itu lagi.
*****
Maka, berakhirlah cerita ni dengan rasminya!! Yeah!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top