Extra 2

10 tahun kemudian

Masa berlalu dengan sangat pantas.

Nolan kini bekerja di bawah arahan ayahandanya. Dia belajar semuanya tentang kerajaan kerana tidak lama lagi, dia yang akan mengambil alih tempat ayahandanya.

Tetapi, disebabkan terlalu penat, Nolan tertidur di atas sofa di dalam biliknya malam itu. Apabila terjaga, barulah dia perasan bahawa dia sudah terlajak tidur sehingga ke tengah hari.

"Abang dah bangun." Cassia memasuki bilik sambil menolak troli makanan.

"Kenapa tak kejut abang?"

"Ayahanda tak kasi. Dia suruh kami jangan ganggu abang dan bagi masa untuk abang berehat."

Nolan mengusap wajahnya.

Cassia mencapai tuala Nolan lalu ia diberikan kepada si abang.

"Abang mandi dulu ya baru makan. Seharian abang tak mandi. Busuk dah." Cassia menutup hidungnya lalu tertawa kecil.

"Busuk eh? Meh sini, biar bau badan abang melekat dekat Cassia sekali."

Cassia mahu melarikan diri tetapi lengannya sempat ditangkap dan tubuhnya ditarik.

Cassia terjatuh ke dalam pelukan Nolan.

Nolan memeluk erat tubuh Cassia.

Wajah Cassia tiba-tiba berona merah.

Nolan meletakkan dagunya di atas bahu Cassia.

"Hari ni Cassia temankan abang boleh tak? Dah lama kita tak luangkan masa berdua. Abang rindu nak bergurau senda dengan Cassia. Boleh kan? Luangkan masa untuk hari ni je." Nolan membisik.

Hembusan nafas Nolan yang terkena pada pangkal leher membuatkan gadis itu semakin memerah mukanya.

"Cassia?"

Cassia menyusup keluar dari pelukan Nolan.

Nolan terkejut dengan tindakan Cassia.

"Sebelum tu, abang mandi dan makanlah dulu. Nanti cari Cassia dekat perpustakaan," kata Cassia tanpa berpaling ke arah Nolan. Dia tak mahu lelaki itu melihat wajahnya yang sudah bertukar merah.

"Okey! Terima kasih, Cassia."

"Cassia keluar dulu."

Cassia segera berjalan laju keluar dari bilik itu.

Nolan duduk bersandar. Tangan didepakan di ataas kepala sofa. Kepala mendongak memandang siling bilik. Senyuman terlakar di bibir apabila teringatkan perubahan warna pada hujung telinga Cassia tadi. Ia bertukar kemerahan dan ia menunjukkan bahawa Cassia sedang menahan malu.

Nolan menekup wajahnya. Dia tidak mampu memadamkan senyumannya yang semakin melebar.

"Haish! Sudah la Nolan." Nolan segera berdiri dan berjalan memasuki bilik mandi sambil bernyanyi kecil dengan senang hatinya.

*****

Seperti yang diperkatakan Cassia, setelah selesai mandi dan makan, Nolan terus berjalan keluar dari biliknya. Langkah diatur menghala ke perpustakaan istana yang bertempat di bangunan sebelah.

Hati lelaki itu bernyanyi kecil dan melonjak keterujaan apabila mengenangkan dia akan meluangkan masa bersama Cassia seharian.

Pintu perpustakaan dibuka. Langkahnya terus diatur ke arah sebuah rak buku.

Dicelah-celah rak buku itu, terdapat satu kawasan yang mana dia dan Cassia suka duduk di situ apabila mereka membaca buku bersama.

"Cassia!" Nolan muncul dan menjerit nama gadis itu dengan tujuan mahu mengejutkan empunya nama. Namun diri sendiri pula yang terkejut apabila melihat oang lain pula yang berada di ruangan itu.

Senyuman Nolan terus memudar.

"Lysda, apa kamu buat dekat sini?" Nolan bertanya.

Lysda mendongak.

"Abang Nolan." Lysda tersenyum apabila memandang wajah Nolan.

"Kenapa buat muka macam tu. Tak suka ke jumpa Lysda dekat sini?" Lysda menjawab soalan Nolan dengan soalan.

Lysda dan Cassia seusia. Namun Nolan tidak berapa akrab dengan gadis itu kerana dia tidak membesar dengan Lysda. Semasa ibu dan ayah angkatnya mengambil Lysda, Lysda pada ketika itu berusia 10 tahun. Walhal dirinya pula sudah mencecah 18 tahun.

"Cassia mana?" Nolan turut tidak menjawab soalan Lysda.

"Entah la. Tadi rasanya Elyz ada panggil dia. Mungkin Elyz minta tolong Cassia dengan kerja rumah dia kot."

"Oh, okey." Nolan mahu berlalu pergi. Namun Lysda segera berdiri dan mendapatkan Nolan.

"Alang-alang abang ada dekat sini, apa kata abang temankan Lysda membaca. Abang pun suka membaca, kan."

Nolan melepaskan tangannya dari pegangan Lysda.

"Tak apalah. Abang ada janji dengan Cassia. Lain kalilah ya."

Lysda tersenyum saja.

"Tak apalah kalau macam tu."

Nolan tersenyum kecil dan dia terus meninggalkan Lysda sendirian.

Senyuman Lysda terus menghilang. Dia mengepal buku lima dengan erat.

*****

"Terima kasih, kak Cassia. Kalau akak tak tolong, tak tahulah macam mana nak buat." Elyz menggenggam tangan Cassia dengan erat.

"Tak ada apalah. Kalau Elyz ada masalah dengan kerja rumah, datang je dekat akak. Akak akan tolong."

"Wah! Terima kasih akak." Elyz memeluk Cassia.

Cassia menggosok kepala Elyz dengan senang hati.

"Akak kena pergi. Dah janji dengan abang Nolan nak keluar."

"Eh." Elyz tersenyum mengusik.

"Keluar temu janji ke? Yelah, dah lama tak luangkan masa berdua, kan." Elyz cuba mengusik.

"Jangan nak merepeklah."

Elyz masih dengan senyuman nakalnya.

"Berseronoklah, ya." Elyz mengengitkan sebelah matanya.

Cassia hanya mampu menggeleng dan tersenyum.

Dia kemudiannya melangkah keluar dari bilik Elyz.

"Sampai hati Cassia mungkir janji."

Cassia segera menoleh apabila terdengar suara Nolan.

"Maaf, abang. Cassia tolong Elyz sikit tadi. Kesian dia."

Nolan mencebik sambil berpeluk tubuh

"Sebagai hukuman, abang nak Cassia belannja abang minum petang ni. Boleh?"

"Mestilah boleh. Untuk abang, apa saja Cassia akan tunaikan."

"Oh!" Nolan menjongket kening. Dia menapak menghampiri Cassia. Tubuh dibongkokkan sedikit.

"Kalau abang nak Cassia, Cassia tunaikan tak?" Nolan bertanya dalam nada mengusik.

"Merepeklah abang ni." Cassia menekup wajah Nolan dan menolak lelaki itu.

Padahal hakikatnya, jantungnya sudah berdegup kencang apabila mendengar kata-kata itu.

Nolan tertawa senang.

"Tapi tak salah pun kalau abang nak Cassia." Nolan memicit hujung hidung Casia.

Cassia segera menepis.

"Sudah la. Mengusik je kerjanya. Nak merajukah macam ni."

Cassia segera berpaling dan mengatur langkah.

"Eh! Cassia jangan nak lupakan janji tadi eh." Nolan mengejar langkah Cassia.

Tanpa mereka sedar, tingkah dan perbualan mereka berdua telah diperhatikan dan didengari oleh seorang gadis. Hatinya terbakar panas melihat kemesraan mereka berdua.

*****

Seharian itu, Cassia dan Nolan berjalan berdua mengelilingi bandar. Mereka membeli-belah, minum petang di tepi sebuah tasik, berbasikal dan melakukan pelbagai aktiviti lagi.

Bila malam menjelma, mereka singgah di sebuah pusat membeli-belah utama. Rancangnya mahu makan malam di sebuah restoran yang terdapat di dalam itu, namun mereka kini berada di dalam sebuah kedai barang kemas.

Cassia memerhatikan satu demi satu barang kemas yang tersusun di raknya.

"Cassia nak belikan untuk siapa?"

"Untuk bonda. Ulang tahun kelahiran bonda hari tu Cassia tak sempat nak belikan hadiah," kata Cassia tanpa memandang ke arah Nolan.

"Oh." Nolan mengangguk faham.

Dia turut memerhatikan satu demi satu barang kemas yang ada. Sehinggalah matanya tertumpu pada sebentuk cincin emas putih. Rekaan cincin itu sangat kemas. Dua permata merah jambu menghiasi ros kecil yang terletak di atas cincin tersebut.

Seorang tukang jual menghampiri.

"Boleh saya tengok yang ni?" Nolan menunjuk ke arah cincin itu.

Si penjual akur lalu mengeluarkan cincing tersbut dan diberikan pada Nolan.

Nolan menilik cincin itu.

Ia sangat menarik perhatian lelaki itu.

"Cantik cincin tu, abang." Cassia menegur.

Nolan menoleh pada Cassia.

"Tapi macam tak sesuai je nak hadiahkan pada bonda. Sebab rekaannya lebih sesuai untuk orang muda." Komen Cassia.

Nolan menghampiri Cassia.

Tangan kanan gadis itu dicapai. Cincin yang dipegang itu disarungkan pada jari manis Cassia.

Cassia terkejut dengan tindakan Nolan.

"Cantik. Memang sesuai untuk orang muda." Nolan tersenyum

Wajah Cassia berona merah.

Dia segera menanggalkan cincin itu dan menyerahkannya semula pada Nolan.

"Abang ni, kita datang nak cari hadiah untuk bonda. Bukannya bergurau senda dalam kedai orang." Cassia menapak menjauhkan diri dari Nolan.

Nolan tersenyum. Dia memandang pada cincin yang ada di atas telapak tangannya.

Setelah beberapa minit kemudian, Cassia akhirnya membuat pembelian dan mereka berdua terus berjalan menuju ke restoran pilihan untuk makan malam.

Selesai makan, mereka terus pulang ke istana.

*****

"Terima kasih sebab sudi temankan abang sampai malam macam ni."

Mereka berdua kini berdiri di hadapan pintu bilik Cassia.

"Sama-sama. Tak ada masalah pun."

Nolan mengusap kepala Cassia.

"Selamat malam. Tidur nyenyak."

Cassia mengangguk. Pintu dibuka dan Cassia terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Selamat malam, abang." Cassia melambai sebelum menutup pintu.

Nolan membalas lambai Cassia dan kemudian pergi ke biliknya.

Pintu bilik dikunci.

Nolan menghampiri katil dan terus melompat ke atas tilam empuk.

"Hah! Penatnya." Muka disembamkan pada bantal.

Nolan menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil.

Tubuh dibalikkan.

Kotak kecil itu diangkat ke udara.

"Kau boleh, Nolan!" Nolan tersenyum sendiri.

Tangan terus menekup mulut. Wajahnya sudah berbahang dan berubah kemerahan.

"Okey! Berhenti berangan dan mandi." Nolan bangkit. Kotak kecil disimpan di dalam laci meja tidur.

Tuala diambil lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top