Bab 6~[Si Angel Yang Mabuk]
"Cheers!!" Laung suara seorang perempuan lalu disambut dengan gema suara pelanggan di dalam bar kecil itu.
Segelas wain putih di tangannya diteguk lagi.
Gelas dihempas di atas meja.
"Lagi!" Pintanya.
Wajahnya sudah memerah kerana mabuk.
"Sudah la tu. Kau dah minum banyak sangat." Lelaki yang duduk tenang di sebelahnya menegah si gadis daripada terus meneguk minuman keras itu.
"Diamlah!" Marah si gadis tidak suka ditegah sebegitu.
Lelaki itu hanya tersenyum sumbing melihat telatah gadis mabuk yang dibawanya itu.
Tak sangka pula yang gadis itu akan jadi sebegitu. Tetapi, mudah baginya untuk dia melakukan helahnya.
Setelah berjaya memujuk si gadis, Zes terus membawanya ke satu lorong kecil yang terletak di kawasan yang agak tersorok dari kawasan pekan.
Sejak melangkah ke kawasan tersorok itu, Zes perasan yang gadis bersamanya itu kelihatan tidak selesa berada di situ. Tetapi dia langsung tidak peduli akan perasaan si gadis.
"Kau nak bawa aku ke mana ni?" Dia bertanya buat sekian kalinya.
"Ikut jelah."
Langkah diberhentikan di hadapan sebuah pintu yang agak tersorok.
Zes mengetuk pintu itu.
Pintu dibuka kecil dari orang dalam.
"Aku ni, Zes." Kata Zes memperkenalkan diri.
"Siapa perempuan tu?" Lelaki yang menjaga pintu itu bertanya.
"Orang baru." Zes menjawab beserta senyuman yang penuh makna.
Si lelaki mengangguk faham. Pintu ditutul semula.
Bunyi selak dibuka dari dalam menyapa gegendang telinga.
Pintu pun dibuka luas oleh orang tadi.
Zes menarik gadis itu untuk mengikut langkahnya masuk ke dalam.
Si gadis menapak masuk. Dia sempat menjeling si penjaga pintu.
Tubuh penjaga pintu itu tegap dan hanya bersinglet.
"Kita nak ke mana ni? Boleh tak jawab soalan aku ni dulu." Si gadis mula memberontak.
"Siapa nama kau?" Zes bertanya untuk menarik perhatian si gadis.
"Schwi." Jawabnya singkat.
"Aku Zes. Kau jangan risau. Aku tak akan apa-apakan kau." Kata Zes memujuk.
"Kau gila ke? Aku risaulah sebab kau bawa aku ke tempat yang entah apa-apa ni."
Mata Schwi memandang sekeliling. Lorong yang mereka lalui itu hanya diterangi dengan mentol oren yang disusun dengan jarak yang jauh.
"Aku tak bawa kau ke mana pun."
Mereka berjalan sehinggalah mata Schwi ternampak satu cahaya yang dilindungi oleh langsir yang nipis. Suara manusia juga menyapa halwa telinganya.
Zes menyelak langsir.
Schwi bertambah tidak selesa apabila melihat suasana di dalam itu.
Terlalu ramai manusia yang terdiri daripada golongan lelaki. Golongan perempuan pula kebanyakkannya memakai pakaian yang seksi dan melayan para lelaki.
"Aku nak cari kawan akulah!" Schwi cuba merentap tangannya dari pegangan Zes.
"Janga degil boleh tak." Zes menguatkan cengkamannya sehingga Schwi mendesis sakit.
Zes menarik Schwi ke satu tempat yang agak tersembunyi.
Di tempat itu, beberapa orang pelayan wanita sedang duduk bersembang sesama mereka. Apabila terpandang akan Zes, seorang wanita berdiri lalu mendapatkan lelaki itu.
"Dah lama tak nampak. Sibuk ke?" Wanita itu bertanya dengan suara manjanya. Jarinya dimain-mainkan pada dada Zes.
Geli-geleman Schwi melihat tingkah manusia itu.
"Sikitlah." Zes memaut pinggang si wanita.
"Hoi! Hello! Jangan buang masa aku boleh tak?" Schwi mencelah.
Sakit matanya melihat Zes dan entah wanita mana entah, bermesra-mesraan di depan matanya. Bukannya cemburu, tapi meluat!
Zes dan wanita itu mendengus serentak.
"Penyibuk." Bising wanita itu sebelum Zes membisikkan sesuatu di telinga wanita seksi itu.
Wanita itu kelihatan tidak berpuas hati, tetapi tetap mengekori arahan Zes. Dia berlalu ke meja bar lalu mendapatkan beberapa botol wain putih dan membawanya ke Zes.
"Duduk sini kejap." Zes mendudukkan Schwi jauh sedikit dari kelompok wanita yang ada di situ.
Zes menuangkan wain putih itu ke dalam gelas putih dan gelas itu diberikan pada Schwi.
"Apa benda ni? Aku bukan nak lepak sini lah. Aku nak cari kawan aku!" Schwi menekankan lagi niat asalnya. Di hatinya mula terbit rasa menyesal kerana mengekori lelaki yang tidak dikenalinya.
"Kau minum ni dulu sementara budak-budak aku carikan kawan kau tu." Gelas itu masih disuakan pada Schwi.
Schwi tidak mengambilnya.
"Kalau kau tak nak minum, aku tak akan cari kawan kau tu." Ugut Zes.
Schwi ingin memberontak, tetapi disabarkan hati.
Dia mencapai gelas itu. Dengan teragak-agak, dia meneguk wain putih itu sedikit.
Schwi terasa ingin memuntahkan semula air yang diminumnya itu saat ia melalui kerongkong.
"Teruknya." Kata Schwi tanpa menghabiskan wain itu.
"Minum lagi, nanti kau akan rasa nikmatnya." Pujuk Zes.
"Jangan nak merepeklah!" Marah Schwi. Wajahnya sudah memerah. Kepalanya terasa ringan.
Dan bermula saat itulah, Schwi perlahan-lahan menerima minuman keras itu mengalir dalam pembuluh darahnya. Sehinggalah dia menjadi seperti sekarang.
Zes berdiri. Tangan Schwi dicapai.
"Jom, Schwi. Budak-budak aku dah jumpa kawan kau tu."
"Ish! Jangan kacaulah!" Schwi menyentap tangannya lalu menolak Zes sehingga lelaki itu terduduk semula.
"Manusia jijik!" Schwi menghina.
Botol wain yang kosong diambil. Dengan selambanya, Schwi menghempas botol kaca itu di atas meja sehingga ia berderai.
Schwi tersenyum puas.
Zes geram melihat tingkah Schwi.
Dia segera berdiri dan menahan si gadis daripada melakukan hal yang lebih teruk.
"Lepaskan aku lah!" Schwi menggelupur dalam dakapan Zes.
"Kau dah melampau." Suara keras Zes membisik pada telinga Schwi.
Kaki Zes terus dipijak kuat.
Dakapan lelaki itu terlepas.
Schwi membalikkan tubuhnya menghadap Zes. Tamparan kuat diberikan pada lelaki itu.
"Lelaki biadap!" Tengking Schwi tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang.
Zes memandang tajam pada Schwi. Pipinya yang kebas dipegang.
"Dasar perempuan tak guna!" Zes mengangkat tangan hendak menampar Schwi semula.
Belum pun sempat tangannya singgah pada pipi Schwi, ada sepasang tangan menghalangnya.
Zes terkedu.
Schwi memandang belakang badan seorang lelaki yang menyelamatkannya.
"Kazu!"
Tubuh lelaki itu terus didakapnya dari belakang.
Kazu tersentak. Dia memandang Schwi sekilas.
Rongga hidungnya terhidu bau minuman keras pada Schwi. Rasa marahnya semakin meluap-luap pada lelaki di hadapannya itu kerana mengheret Schwi ke tempat jijik itu.
"Tak guna!" Kazu mengepal buku lima lalu menumbuk keras wajah lelaki itu.
Zes tersungkur. Hidungnya berdarah dan dua batangnya giginya tercabut.
Kazu masih tidak berpuas hati. Dia ingin menghabiskan lelaki itu tetapi tubuhnya segera ditarik oleh Schwi.
"Jom balik." Ajak Schwi dengan nada suara yang perlahan.
Kazu mengetap gigi.
Dia segera berpaling memandang wajah Schwi.
Gadis itu tersedu-sedu.
Kazu menggeleng. Kesal dengan kecuaian dirinya.
Tangan Schwi digapai. Dia membalikkan tubuhnya lalu tangan Schwi dipautkan pada lehernya.
Schwi digendong di belakangnya.
"Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi!" Tegas Kazu sebelum melangkah pergi.
Para pelanggan memberi laluan buat Kazu. Mereka tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Zes.
Zes mengelap darah yang mengalir. Rasa marahnya membuak-buak pada lelaki itu.
"Dia ada buat apa-apa pada kau?" Kazu bertanya saat melalui lorong suram itu.
Schwi menggeleng.
Mereka melangkah keluar.
Schwi sempat menjeling lelaki penjaga pintu yang tersandar pada dinding dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pintu kayu yang menjadi pintu utama ke bar kecil itu juga sudah pecah.
Mungkin ia angkara Kazu.
"Kazu... Mana kau pergi?" Schwi bertanya dengan mata yang tertutup rapat.
Kazu tidak menjawab. Sisa marahnya masih ada di dalam hati.
"Kazu... Kau nak tahu tak, tadi aku balik ke kerajaan aku. Kerajaan Langit yang bernama Aquilla." Schwi membuka cerita.
Kazu terkejut mendengar cerita yang dibuka sendiri oleh gadis itu. Dia memasang telinga untuk mendengar lebih lagi.
"Tak pernah terdetik di hati aku untuk mencuri Qzured. Mereka fitnah aku... Aku dibuang ke sini." Nada suara Schwi berubah sedih.
Kadang-kala, gadis itu tersedu. Mungkin penangan minuman keras tadi.
"Argh! Manusia dan puak Angel sama saja. Penuh dengan hasad dengki. Puak Angel yang dikatakan mulia, itu hanyalah dusta." Schwi melempiaskan rasa marahnya.
"Aku... Tak akan... Khianati Aquilla. Aku cintakan... Kerajaan aku..."
Nafas Schwi yang tadinya kencang, berubah tenang.
Kazu menoleh memandang wajah Schwi yang terlena di atas bahunya.
"Aku tak boleh bawa dia sekali. Aku kenapa tempah bilik nampaknya." Kazu menguh.
Nasibnya baik kerana kebetulan dia sedang melintasi sebuah hotel bajet.
Dia menempah sebuah bilik dan setelah mengambil kunci, segera dia mendaki tangga untuk ke bilik yang berada di tingkat dua.
Bilik bernombor 101 dibuka pintunya dan ditutup semula.
Tubuh Schwi dibaringkan. Alat kawalan jauh untuk ke penghawa dingin dicapai, lalu ditekan-tekan butang yang ada pada alat kawalan jauh itu.
Kazu memandang wajah Schwi. Satu keluhan meniti bibir.
"Menyusahkan betul lah kau ni." Rungut Kazu lalu menanggalkan sarung tangannya.
Dia merebahkan badan di sebelah Schwi. Saja nak merehatkan badannya yang penat mencari dan mengangkat Schwi.
Kazu berpaling memandang wajah tenang Schwi.
Pandangan matanya tertumpu pada rambut gadis itu.
Rambut itu kelihatan berwarna kelabu, bukannya hitam berkilat seperti yang selalu dia nampak.
"Berubah warna?" Dia bersoal sendiri.
Kazu segera duduk kembali.
"Buang masa aku je duduk sini." Sarung tangan disarung semula.
Kazu berdiri lalu berlalu ke arah pintu.
Pintu dibuka. Sebelum melangkah keluar, dia sempat berpaling ke arah Schwi.
"Harap kau tak terjaga dalam masa yang terdekat ni." Harapnya lalu keluar daripada bilik itu.
Pintu sempat ditutup dan dikunci.
Schwi yang berada di dalam bilik langsung tidak sedar akan sekelilingnya.
Dia hanyut di dalam mimpi ngeri yang membawanya ke masa silam yang tak mahu diingatinya lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top