Bab 37~[Penamatnya]
Lysda mengetap gigi. Dia marah kerana ada saja yang cuba menghalang kerjanya.
"Serang lagi! Pastikan mereka semua mati!" laungnya dengan amarah yang membara.
"Kak Schwi!"
Schwi membuka kelopak matanya semula.
"Akak..."
Schwi tersenyum.
"Lina."
Tangannya menyentuh wajah Lina.
"Macam mana kau boleh sampai sini? Kenapa bawa Kyril sekali?" Kazu kelihatan marah.
Lina memandang Kazu.
"Tak tahu. Tiba-tiba saja Lina muncul di sini."
"Kyril?" Schwi memanggil nama anak kecilnya.
Lina memandang Schwi semula.
"Kyril ada dekat sini kak."
Lina menunjukkan Kyril yang berada di dalam kendonganya pada Schwi.
Schwi mengusap wajah Kyril yang lena.
"Kekuatan ibu." Air mata mengalir.
Diera memandang wajah Kyril.
Secebis senyuman terlakar di bibir.
"Rantai kau... Adalah pelindung kami..." Schwi berkata walaupun matanya memandang tepat pada Kyril.
"Ha?"
Schwi memandang wajah Lina.
"Rantai yang kau pakai tu... Yang membawa kau ke sini."
Lina menyentuh rantainya.
"Kazu..."
Kazu mendekatkan wajahnya dengan Shwi.
"Gunakannya."
Tangan menutup mata Kazu.
Kazu yang faham akan maksud Shwi, terus terkedu.
Tangan Schwi digenggam.
"Aku tak akan gunakanya. Ia amat berbahaya dan kesannya... Aku akan tanggung..." Nada suara Kazu berubah perlahan.
"Demi Kyril, Kazu. Kita perlu lindungi... Satu-satunya anak kita..."
Kazu diam.
Dia sepertinya sedang memikirkan kata-kata Schwi tadi.
Kazu memandang wajah lena Kyril.
Hatinya disapa rasa sayu.
Ya, dia mahu Kyril meneruskan hidupnya. Dia tak mahu Kyril hidup di bawah naungan Lysda yang kejam itu. Dia tak akan izinkannya.
Meskipun perbuatannya nanti akan mendatangkan risiko pada dirinya, tetapi dia tidak peduli akan semua itu lagi. Semuanya demi Kyril.
"Baiklah."
Schwi tersenyum.
"Aku bersama kau."
Diera dan Lina tidak memahami maksud perbualan mereka berdua.
"Lina..."
"Jagakan Kyril," kata mereka berdua serentak.
"Ha?"
Pelindung tiba-tiba berubah kecil da ia hanya melindungi Lina dan Diera saja.
"Kazu! Akak! Apa maksud semua ni?" Lina menghentak-hentak permukaan pelindung itu.
"Maafkan kami."
"Schwi!" Air mata tidak habis mengalir dari tubir mata Diera.
"Jaga diri."
Schwi menyentuh wajah Kazu.
"Selamat malam, sayang."
Perlahan-lahan kelopak mata Schwi tertutup rapat. Tangannya longlai jatuh ke tanah.
Kazu memeluk erat tubuh tidak bernyawa Schwi.
Air mata lelakinya mengalir di pipi. Menangisi pemergian si kekasih hati.
"Aku akan tuntut kematian kau, Schwi."
Belakang badan Kazu tiba-tiba bercahaya.
Pelbagai lambang Zodiak mengelilingi mereka berdua.
Tiba-tiba Kazu melebarkan sepasang sayap hitam yang selama ini disembunyikannya daripada sesiapa saja.
Lysda terkejut.
"Puak... Zodiak?"
Dirinya disapa ketakutan.
"Bunuh lelaki tu! Jangan bagi dia lakukan apa-apa serangan!" arah Lysda terburu-buru.
Dia terlalu takut kerana dia tahu, Puak Zodiak asli sememangnya mampu mengawal ke semua kuasa Zodiak dan dia mampu memusnahkan Qzured dengan hanya satu serangan.
Puak Agel yang masih bersama Lysda, menyerang Kazu. Malang sekali, serangan itu langsung tidak mengena.
Seolah-olah ada sesuatu yang menepis setiap serangan mereka daripada terkena pada Kazu.
"Inilah hukumannya buat makhluk seperti kau."
Kazu mendongak memandang langit.
Matanya bercahaya. Cahaya yang mampu menembusi sehingga ke Kerajaan Aquilla.
"Semua berundur."
Mereka terbang ingin melarikan diri.
"Jangan harap!"
Satu dinding halimunan terhasil. Ia menghalang mereka daripada pulang ke kerajaan.
"Ini adalah balasan bagi kalian yang membunuh isteri aku."
Cahaya tenaga Qzured yang menghiasi langit, menghilang.
Sayap mereka Puak Angel tiada fungsinya saat tenaga itu menghilang.
"Argh!"
Menjerit-jerit mereka kerana jatuh dari udara.
"Inilah penamatnya."
Satu lohong hitam terhasil di bawah mereka semua.
Seorang demi seorang disedut masuk ke dalam lohong hitam itu.
Kazu memandang wajah Schwi yang sudah memucat.
Dia tersenyum sendiri.
"Selamat malam juga, sayang."
Sayap lebarnya melindungi dirinya dan Schwi.
Lohong hitam itu terus menyedut. Menyedut apa saja yang ada di ruang udara itu.
"Argh!" Lysda menggelupur saat dirinya disedut masuk ke dalam lohong itu.
10 minit kemudian, lohong hitam itu pun berhenti menyedut. Ia mengembung sebelum meletup.
Langit yang hitam terus berubah cerah.
Pelindung yang melindungi Lina dan Diera menghilang.
"Kazu!" Lina terus berlari ke arah tempat di mana Kazu dan Schwi berada.
Lariannya terhenti.
Air mata mengalir.
Tiada siapa di situ. Yang ada hanyalah cincin kahwin mereka berdua dan rantai milik Schwi saja.
Lina menghampiri kawasan itu.
Dia terduduk melutut di situ.
Barangan milik Kazu dan Schwi diambil.
Lina menunduk. Dia menangisi kehilangan dua insan yang disayanginya itu.
Tiba-tiba rantai yang tergantung pada lehernya pecah.
Emilia muncul di hadapan Lina.
"Kazu dan Schwi korbankan diri mereka demi Kyril."
Si waita menahan air matanya.
Sedih hatinya saat melihat Kyril. Bayi itu langsung tidak terjaga dari tidurnya.
Mesti si kecil itu akan kekurangan kasih sayang, kan.
Diera yang masih ditempatnya, hanya mampu menangis.
Dia sudah kehilangan dua orang yang disayanginya pada hari yang sama.
Dalam satu hari, ramai yang sudah terkorban. Manusia dan Angel, tiada siapa pun yang menang.
Kedua-duanya kalah kerana ketamakan diri masing-masing.
Meskipun Kerajaa Nova musnah sebegitu teruk, tetali Aquilla menanggung segalanya.
Kerajaan itu musnah sepenuhnya.
Semuanya disebabkan oleh kuasa Kazu.
Kuasa Kazu telah memusnahkan permata Qzured yang menjadi punca tenaga utama untuk pembangunan kerajaan langit itu.
-Tamat-
Maaflah... Agak pendek mmandangkan author dah tak tau nak buat aksi lawan² ni.
Maka dengan ini, tamatlah kisah Schwi dan Kazu...
Author harap, readers enjoy dengan cerita ni sepanjang korang membaca...
Sebarang typo, author memohon kemaafan ya
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top