Bab 36~[Kehilangan dan Kemaafan]
Mata Schwi membulat luas.
Angin lintang yang membalikkan serangan Lysda tadi, datangnya daripada seekor harimau belaannya.
"Schwi." Kazu mendapatkan Schwi.
"Maafkan aku," kata Schwi sambil menahan lelah dan pedih.
"Sudah. Tak ada masa nak buat sesi maaf-maafan sekarang ni. Jom kita pergi dari sini."
Kazu membantu Schwi bangun.
"Terima kasih, Leon." Kepala harimau tadi diusap.
Leon berdengkur manja sebelum dia berubah reaksi. Mungkin marah kerana Lysda cuba mengapa-apakan tuannya.
Dua ekor harimau lagi mara. Berdiri di hadapan Schwi dan Kazu.
Lysda mengetap gigi.
"Jangan ganggu aku!"
Tanah tempat mereka berpijak bergegar hebat.
Leon mengaum, lalu menghasilkan puting beliung yang muncul dari awan.
"Lily. Tolong abang awak," arah Schwi pada harimau betina.
Lily seakan faham.
Tiba-tiba saja petir hitam terhasil di dalam puting beliung tadi.
Lysda yang berada di udara, mula tidak stabil.
Dirinya dikepung oleh beberapa puting beliung. Tubuhnya juga ditarik oleh daya tarikan yang dihasilkan oleh puting beliung itu.
Lysda mula berasa tidak selesa.
Petir juga seolah-olah cuba menyambarnya.
"AARGGH!"
Setu demi satu petir menyambar tubuhnya.
"Lien."
Schwi memanggil seekor lagi harimau yang sejak tadi menghasilkan pelindung di sekeliling mereka.
"Habiskan dia."
Lien mengaum.
Api marak yang tiba-tiba muncul, menyambar tubuh Lysda.
Lysda meraung-raung kesakitan. Diseksa dengan tarikan puting beliung. Disambar puluhan kilat dan dimakan api marak.
"Aku... Tak akan... Kalah!"
Tiba-tiba tiga anak panah menembusi ketiga-tiga ekor harimau itu.
Schwi terkedu.
Air matanya berlinangan saat melihat tubuh tiga ekor itu menggelitik kesakitan.
"Leon... Lily... Lien..." Menangis gadis itu.
Lysda bebas dari seksaan itu.
Wajahnya terbakar dek panahan petir dan bakaran api.
"Maaf saya lambat, tuanku." Seorang Angel bertopeng, muncul di sebelah Lysda.
"Kau memang nak tengok aku terseksa dulu ke?" Lysda kelihatan marah akan kelewatan pemanah itu.
Si Angel menunduk.
"Maafkan saya tuanku."
Lysda berdecit.
"Habiskan mereka."
Angel itu akur.
Tali busur ditarik dan anak panah dilepaskan pantas.
Serangannya yang bertubi-tubi dihalakan pada Schwi dan Kazu.
Lysda hanya memerhati saja. Wajahnya sudah ditutupi dengan sebuah topeng hitam.
"Schwi." Kazu memujuk Schwi yang meratapi kematian tiga ekor kesayangannya itu.
Pelindung yang melindungi, membantu menahan serangan si pemanah.
"Aku ambil mereka, sebab aku tahu mereka akan berguna suatu hari nanti."
Schwi mengusap kepala Leon yang berada di atas pangkuannya.
Harimau itu saja yang masih bertahan. Itu pun sudah dihujung nyawa.
"Maafkan aku. Aku tak mampu nak selamatkan kau."
Harimau itu mula sesak. Nafasnya tersangkut-sangkut.
"Maafkan aku... Maafkan aku."
"Schwi." Kazu cuba memisahkan Schwi dari Leon.
Malangnya, tubuh si isteri seolah-olah kaku. Langsung tak mampu dipisahkan.
Mata Leon perlahan-lahan terpejam rapat. Nafasnya terhenti dan degupan jantungnya juga tidak berasa lagi.
"Leon... Leon... Bangun..."
Air mata mengalir deras.
"Leon!"
Lysda mengetap gigi. Dia marah kerana serangan pemanahnya berjaya dipatahkan oleh pelindung kukuh milik Schwi.
"Tak boleh dimaafkan."
Suara garau bergema di ruang udara.
Lysda disapa ketakutan. Matanya tidak berkalih dari terus memandang pelindung milik Schwi.
"Kau dah melampau!"
Schwi mendongak. Memandang tepat pada Lysda.
Tenaga Qzured diserap oleh Schwi.
Mata si gadis bercahaya marah.
Lambang Zodiak Leo (♌️) di belakang lehernya berubah kepada lambang diamond (🔶).
Kazu menjarakkan dirinya dari si isteri yang sedang diamuk kemarahan.
Tubuh Schwi tiba-tiba ditutupi baju perisai. Sayapnya juga berubah kepada sayap besi.
Lambang di belakang lehernya menghasilkan lakaran yang panjang dan banyak sehingga melitupi sebahagian wajahnya.
Sayap dikibas, angin menderu kuat sehingga pelindung yang melindunginya sejak tadi, pecah berderai bak kaca.
"Kau perlu tebus dosa-dosa kau."
Lysda tak sempat menoleh, tubuhnya sudah dihentam.
Gadis itu terhempas ke tanah.
Schwi muncul.
"Aku akan buat kau rasakan bagaimana seksanya aku!"
Schwi membuat gerak tangan.
Tubuh Lysda terapung.
Sayapnya terbuka luas.
Saat Schwi mahu memotong sayap Lysda, si pemanah sempat menghentikan tindakan gadis itu.
Malangnya, anak panah itu langsung tidak kena pada Schwi. Malah ia terapung-apung di belakang si gadis.
"Tiada siapa pun yang mampu menyerang hendap aku."
Schwi menoleh, lalu menolak anak panah itu semula kepada si pemanah.
Pemanah itu mengelak, tetapi telahannya salah.
Bukan satu saja anak panah, malah ia jadi berganda dan ia mengelilingi diri.
Datang dari arah bawah, atas, kiri, kanan, depan dan belakang.
Si pemanah jatuh ke tanah dengan tubuh yang dipenuhi puluhan anak panah.
Schwi kembali menumpukan perhatianya pada Lysda.
"Inilah penamatnya."
Lysda tiba-tiba tersenyum sinis.
"Ini bukanlah penamatnya." Dengan bibir yang pecah dan berdarah, Lysda masih tetap mahu berbicara.
Tiba-tiba Schwi mendongak dan mengelak. Menjauhkan diri daripada Lysda.
Hampir-hampir saja tubuhnya disambar petir.
Seorang Angel yang bertutup wajahnya dengan kain, mendarat di sebelah Lysda.
Dia memapah Lysda lalu terbang ke udara.
Schwi mengetap gigi, mengepal buku lima.
Puluhan Angel yang bertutup wajahnya, berada di udara. Mereka semestinya berpihak pada Lysda.
"Schwi! Jangan lawan mereka. Mereka bukan lawan kau." Suara Kazu dari jauh.
Schwi berpaling. Dia memandang pada Kazu yang kerisauan.
Schwi tersenyum.
"Demi Kyril."
Gadis itu berdiri tegak. Sayapnya dibuka luas.
Beberapa buah pentagram berlapis terhasil di depannya. Dari saiz kecil, sehinggalah ia besar.
Satu bebola cahaya terhasil pada pentagram yang paling besar.
Tika dia mahu menyerang, suara seseorang membatutkan tindakannya.
"Schwi."
Schwi kenal akan suara itu. Dia menoleh dan matanya bertemu dengan mata biru milik Diera.
Diera berlari ke arah Schwi.
Lysda tersenyum sinis.
"Jangan dekat!"
Diera terkaku saat sebuah tombak yang bersaiz besar, menerpa ke arahnya dari belah kanan.
♠♠♠
"Kenapa ni? Kenapa Kyril menangis je ni?"
Lina tidak keruan. Sejak tadi si kecil itu menangis dan merengek.
"Kyril risaukan ibu dengan papa ke, sayang?"
Lina mengeluh tiba-tiba.
Pelbagai usaha sudah dilakukannya untuk memujuk si kecil itu. Semuanya langsung tidak membuahkan hasil.
"Mana akak dengan Kazu ni? Cepatlah balik."
Hatinya mula merasakan sesuatu yang tidak baik telah berlaku pada Kazu dan Schwi.
"Apa ni? Jangan fikir yang negatif Lina. Tak baik. Harap mereka balik dengan segera."
Lina menanam sepenuh pengharapan agar mereka berdua pulang kepangkuannya dan Kyril.
Dalam tidak sedar, rantainya tiba-tiba menghasilkan cahaya suram dan ia berkelip-kelip.
♠♠♠
"Bagaimaa keadaan ayahanda saya?" Diera bertanya pada Emilia.
Emilia menggeleng.
"Maafkan saya. Racun di dalam badan ayahanda awak dah merebak sepenuhnya."
Si permaisuri dan Diera menangis semahunya.
"Maksudnya, ayahanda saya... Dah mati?"
Emilia teragak-agak mengangguk.
Raungan dua beranak itu bergema di ruang koridor itu.
Sedang mereka meratapi kematian si raja, tiba-tiba Diera ternampak kelibat seseorang yang amat dirinduinya.
"Schwi."
Dia berdiri lalu berlari lantas meninggalkan bonda dan ayahandanya.
"Diera!"
'Schwi... Aku yakin dia boleh kembalikan ayahanda aku semula.'
"Schwi." Air mata mengalir di pipi.
Schwi jatuh melutut di hadapan Diera.
"Aku... Gembira dapat... Berjumpa dengan kau lagi." Tangan mengusap pipi Diera.
"Schwi... Tahan ya."
Kazu yang berdiri di sebelah Schwi berkata.
Schwi diam saja.
Kazu menarik keluar tombak yang menembusi tubuh isterinya it.
Luluh hatinya saat mencabut tombak itu.
Schwi memuntahkan sejumlah darah.
"Maafkan Diera." Diera meraung. Dia akui kesalahanya. Jika dia tidak ada di situ, pasti Schwi tak akan cuba untuk menyelamatkan dirinya daripada ditembusi tombak tadi.
Schwi tersenyum saja.
Kazu membaringkan Schwi di atas tanah. Ribanya menjadi alas kepala Schwi.
"Baju perisai ni pun tak mampu... Nak menahan... Serangan tadi..." Schwi terbatuk darah.
"Jangan banyak bercakap, Schwi." Rayu Kazu.
Diera menangis di sisi Schwi.
"Kuasa aku pun... Tak mampu nak melawan mereka..." Schwi tersenyum saja meskipun dia dalam kesakitan.
"Habiskan mereka!" arah Lysda. Di kesempatan itulah yang sesuai baginya untk membunuh Schwi. Bukan itu saja, malah mudah baginya untuk musnahkan segalanya.
Seorang demi seorang Angel menghasilkan satu bebola tenaga yang berwarna hitam.
Satu-persatu bebola hitam itu dilepaskan menghala pada mereka bertiga.
"Maaf sebab aku... Tak dapat nak lindungan kalian semua..."
Schwi memejam rapat matanya.
Kazu memeluk Schwi dengan erat.
BUM!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top