Bab 35~[Tanggungjawab]


Krak! Krak!

Permata kian retak dan kekuatan pelindung mulai lemah.

Dua puak itu saling tidak berputus asa. Saling serang menyerang dan mempertahakan diri.

Tetapi kekuatan manusia tidak mampu menandingi kekuatan puak Angel.

Permata pelindung itu pecah serta-merta.

Lysda tersenyum sinis.

"Serang!" laungnya kuat.

Semua menyerbu ingin masuk ke dalam kawasan istana itu.  Malangnya, sekali lagi mereka dihalang. Kali ini dihalang oleh seseorang pula. 

"Maaf aku lambat."

Keir terkedu buat seketika.

Dia memandang belakang badan seorang perempuan yang tiba-tiba muncul di hadapanya.

"Kau... Berpihak pada kami?" Keir bertanya tidak percaya.

Mana tidaknya, perempuan itu bersayap, maksudnya, dia adalah puak Angel, bukan?

"Ya." Dia memalingkan sedikit wajahnya.

Mata Keir membulat.

"Schwi."

Dia tersenyum.

Lysda mengetap gigi memandang gerangan yang menghalang kerjanya.

"Aku tak akan izinkan kau musnahkan kerajaan ni!" Amarah Schwi membuatkan langit malam itu digegarkan dengan dentuman guruh dan sambaran kilat.

"Tak ada sesiapa pun yang mampu menghalang kerja aku! Termasuklah kau, Cassia."

Ribuan tombak terhasil di belakang Lysda.

Gadis itu mengarahkan ke semua tombak itu ke arah Schwi. Ia menerpa ke arah pelindung yang melindungi kawasan.

Tatkala tombak itu menyentuh permukaan pelindung, tombak itu terus menghilang.

Pelindung yang digunakan oleh Schwi telah menyerap kuasa tombak itu. Sebab itu ia menghilang.

"Aku tetap akan hentikan kau!"

Puluhan pentagram terhasil dan ia melitupi pelindung separa bulat milik Schwi.

Ribuan tombak keluar daripada puluhan pentagram itu. Ia keluar  tanpa henti.

Di kesempatan itu, Schwi berpaling memandang Keir.

Tika itu, bukan Keir saja yang ada, malah semua jeneral termasuklah Zes, sudah berada bersama-sama Keir.

"Masuk ke dalam. Keluarkan semua penghuni di dalam sana dengan selamat." arah Schwi sambil menahan kekuatan pentagram miliknya.

"Macam mana dengan kau?" Zes bertanya kerisauan. Bukannya dia tak tahu yang Schwi masih dalam pantang. Malah dia pun terkejut dengan kehadiran gadis itu.

"Jangan risau tentang aku. Aku boleh uruskan perkara ni. Pergi sekarang! "

Mereka mengangguk akur.

Keir mengarahkan tenteranya berundur dan membantu penghuni istana untuk keluar dari situ.

"Keir..."

Tingkah Keir terhenti. Dia menoleh memandang Schwi.

"Aku ada tugasan untuk kau."

Keir mengangguk tanda sedia. Sedia untuk menerima apa saja arahan.

♦♦♦

DBUSH!!

"Bagunlah!" Tubuh Kazu dikuis dengan hujung kaki.

Kazu bangun terpisat-pisat. Dia seolah-olah tidak sedar yang tubuhnya sudah dibasahi air.

"Bisinglah kau ni. Kacau je aku nak tidur," rungut Kazu lalu menguap.

"Mana isteri kau?"

"Ha?"

"Mana Schwi? Aku cari dia tapi dia tak ada. Mana dia?"

Tiba-tiba Kazu tersedar. Dia tersedar yang Schwi telah membuatkan dia tidur.

"Anak aku mana?"

Kazu terus terdiam saat melihat Kyril dalam kendongan Emilia.

Wajah diraup beberapa kali.

"Dia dah ke sana."

"Apa maksud kau?"

"Dia sedar akan kehadiran tenaga tu. Aku tak dapat nak halang dia sebab dia berjaya tidurkan aku, sebelum aku sempat hentikan dia."

Kazu bernada kesal.

Emilia menunduk.

"Kau nak tolong dia?"

Kazu mendongak memandang wajah Emilia.

"Macam mana dengan Kyril?"

"Lina akan jagakan." Lina tiba-tiba muncul di muka pintu.

Remaja itu menghampiri, lalu Kyril diambil dari kendongan Emilia.

"Lina mungkin tak faham apa yang Kazu katakan. Tapi, Lina akan lakukan apa saja demi Kyril."

Kazu berdiri.

"Terima kasih, Lina."

Ubun-ubun Lina dikucup sekejap.

Lina tersentak seketika.

"Jagakan Kyril sepanjang aku tak ada."

Remaja itu mengangguk akur.

Kazu menunduk lalu mengucup kedua belah pipi Kyril.

"Papa akan balik bawa ibu. Papa janji," bisiknya pada si anak.

"Kazu." Emilia menyapa.

Kazu mengangguk akur lalu mewujudkan sebuah portal.

Emilia mendahului langkahnya.

Saat Kazu ingin melangkah masuk, dia sempat berpaling memandang dua insan yang disayanginya.

"Jika apa-apa berlaku, aku nak kau jagakan Kyril dengan baik."

Lina tersentak mendengarkan ayat terakhir Kazu, sebelum lelaki itu menghilang dengan portalnya.

Lina menunduk memandang wajah tenang Kyril.

Hatinya disapa kesedihan.

♦♦♦

Seorang demi seorang tentera Lysda kalah di tangan Schwi.

Lysda memandang Schwi dengan perasaan tidak puas hati.

"Aku tak akan izinkan kau mara!"

Kilat menyambar seorang demi seorang tentera Lysda.

Kemarahan Schwi membuatkan keadaan alam menjadi tidak menentu.

Sedang Schwi diamuk perasaan, tiba-tiba sebilah belati menusuki bahunya.

Kuasa Schwi terbantut. Tumpuan gadis itu beralih pada bahunya yang mengalirkan darah.

Schwi menggenggam bilah pisau itu lalu ia dipatahkan.

Matanya menangkap kelibat seseorang yang berlari masuk ke dalam istana, setelah menikamnya sebentar tadi.

"Tsk! Ada pula pengkhianat," katanya sendiri.

Schwi kembali memandang ke depan, tetapi tubuhnya terus melayang.

Lysda menerpa ke arah Schwi yang terbaring.

Schwi pantas menggolekkan tubuhnya ke sisi. Mengelak daripada serangan Lysda yang mahu menghentaknya.

Lysda mengetap gigi.

Dia menghilang.

Schwi yang dapat mengagak gerakan serangan Lysda, segera menoleh lalu menangkap buku lima gadis itu.

"Aku dapat baca setiap gerakan kau."

Lysda memandang ke dalam anak mata Schwi dengan berani.

Tetapi pandangannya itu menjadi 'buta' tiba-tiba.

Semuanya disebabkan mata Schwi yang tiba-tiba bercahaya terang.

"Argh! Mata aku!" Gadis itu terbang tidak tentu arah.

Schwi mengambil kesempatan itu dengan mengibaskan sayapnya.

Bulu pelepah yang tajam dan panjang menerpa ke arah Lysda.

TING! TING!

Dentingan terhasil saat bulu pelepah itu melanggar tubuh Lysda.

Lysda tertawa.

"Aku bukannya bodoh, Cassia!"

Jubah Lysda jatuh ke tanah lalu menampakkan baju perisai si gadis yang masih berkilat dan kelihatan kuat.

Schwi berdecit geram.

♦♦♦

"Tuanku." Keir menegur keluarga diraja yang sedang bersembunyi di kawasan bawah tanah.

"Kita perlu keluar daripada sini. Saya akan iringi tuanku semua."

Raja Czer faham dan percaya akan Keir.

Tiga beranak itu keluar daripada ruang bawah tanah itu. Seorang demi seorang keluar dengan bantuan Keir.

"Kau jalan depan," arah Keir pada seorang anak buahnya yang turut membantu.

Lelaki itu mengangguk akur, lalu dia berjalan terlebih dahulu.

Mereka berjalan di sepanjang koridor secara berbaris.

Si pengawal semestinya paling hadapan. Diikuti oleh si oermaisuri, puteri dan si raja. Keir pula di belakang sekali.

Keir yang berada paling belakang, hanya memerhati tingkah si raja yang berada di depannya.

Tiba-tiba kata-kata Schwi bermain di dalam kepala.

"Bunuh Raja Czer."

"Ha? Apa kau merepek ni?"

"Aku tak merepek dan ini adalah satu arahan."

"Aku tak akan belot raja!"

"Kau tak nak belot raja, tapi kau tahu tak yang dia dah lama belot kerajaannya sendiri?"

Senyuman sinis Schwi seolah-olah mengejek dirinya sendiri.

Keir kembali ke alam nyata.

Pandangannya masih tertumpu pada si raja.

Tanpa sedar, dia sudah pun mengeluarkan sebilah pisau. Tinggal tugasan terakhirnya saja.
Bunuh si raja.

Keir menapak menghampiri si raja.

Tika dia mahu melayangkan pisau, telingannya menangkap bunyi kibasan sayap.

Semua menoleh dan seorang Angel sudah pun berada di sebelah tingkap yang berada hampir dengan mereka.

Dia mengibaskan sayapnya. Menyerang dengan jejarum angin yang halus dan sukar untuk dilihat.

"Elak!"

Masing-masing menjatuhkan tubuh di atas lantai. Mengelak serangan itu daripada menembusi tubuh.

Si Angel memecahkan tingkap. Dia melangkah masuk ke dalam dan berdiri menghadap sekumpulan manusia yang dalam ketakutan itu.

Tangan diangkat dan dihalakan pada mereka. Sebuah pentagram kelabu terhasil pada telapak tangannya.

"Jangan kau berani apa-apakan mereka!"

Suara itu membuatkan si angel menoleh lalu kepalanya terputus dengan tiba-tiba. Ia terpisah dari tubuh.

Tubuh yang berlumuran darah itu rebah. Kepalanya bergolek-golek di atas lantai.

Mereka yang menyaksikannya berasa ngilu dan loya tekak.

"Semua tak apa-apa?"

"Kazu! Baguslah kau sampai." Keir meluahkan kelegaannya.

"Mana isteri aku? Mana Schwi?"

Keir tersentak saat mendengar perkataan 'isteri' terluah dari bibir Kazu. Hatinya tiba-tiba terasa seperti dilukai sekali lagi  meskipun memang sudah sedia maklum akan perkahwinan mereka berdua lama dahulu.

"Dekat luat. Dia tengah berlawan dengan seorang perempuan ni."

Kazu mengepal buku lima.

"Lysda."

Kazu menoleh ingin pergi, tetapi suara Diera membantutkan langkahnya.

"Ayahanda! Bangun!"

Semua menoleh.

Si raja yang terbaring di atas lantai, langsung tidak bergerak. Tubuhnya juga berdarah-darah. Mungkin dia terkena serangan tadi.

"Kazu. Tolong ayahanda." Diera merayu pada Kazu yang masih terkaku. Mungkin terkejut dengan apa yang baru berlaku.

"Emilia. Tengokkan keadaan raja. Aku nak cari Schwi."

Emilia yang sejak tadi ada bersama Kazu, hanya mengangguk akur.

Si wanita segera mendapatkan si raja yang kaku di atas ribaan permaisurinya.

Kazu segera berlalu pergi. Dia mahu mencari Schwi. Schwi lebih penting baginya, walaupun nyawa si raja sedang terancam kini.

Dalam pada itu, Keir yang duduk sedikit jauh daripada mereka  sekeluarga, hanya mampu menghelakan nafas lega.

Lega kerana Raja Czer bukannya mati di dalam tangannya sendiri. Malah dibunuh oleh si Angel yang sudah dibunuh tadi.

♦♦♦

Kazu berlari sehingga ke laman luar istana.

Matanya terpandang akan kelibat Schwi yang sedang berlawan dengan Lysda di ruang udara.

"Schwi!"

Schwi yang sedang menahan serangan pedang Lysda, segera menoleh.

"Kazu."

ZAS!

Libasan pedang Lysda menyebabkan perut Schwi terluka panjang dan besar.

Disebabkan kesakitan yang tidak tertahan, Schwi segera mendarat di atas tanah.

Lysda tersenyum sinis.

Bebola tekanan mengelilinginya.

"Aku dah lama nak saksikan kematian kau di depan mata aku sendiri."

Bebola tekanan itu ditolak ke arah Schwi.

"Schwi!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top