Bab 34~[Permulaan]
Bayi kecil itu didodoikan. Ditepu-tepuk punggung si kecil itu sambil dia bernyanyi kecil.
Jam dinding dijeling sekilas.
Jam sudah menunjukkan jam 8 malam dan Kazu baru saja masuk mandi.
Sedang Schwi leka mendodoikan anak kecilnya, tiba-tiba dia merasakan sesuatu.
Firasatnya kuat menyatakan yang seseorang dari Aquilla kini dalam perjalanan ke Nova.
Gelang tangan dengan anak kunci sepasang sayap yang pernah diperolehnya dari hasil membantu seorang makcik, bercahaya.
Schwi terkejut. Tubuhnya juga tiba-tiba berasa bertenaga.
"Qzured? Tapi... Macam mana?"
Kazu menapak keluar dari bilik mandi.
Rambut yang basah dilap dengan sehelai tuala.
"Schwi..." Lidahnya terus terkelu. Matanya tidak berkelip memandang Schwi yang berdiri membelakangkannya di depan tingkap yang terbuka luas.
Schwi menoleh.
Matanya yang bercahaya mengalirkan air mata.
"Schwi... Apa yang terjadi?"
"Gelang tangan bersayap tu... Ia bertukar menjadi sayap aku," jelas Schwi masih lagi mengalirlan air mata.
"Kenapa kau menangis?" Kazu hanya bertanya dari jauh. Entah mengapa, dia tidak berani untuk mendekati isterinya itu.
"Perempuan tu ada di sini. Kini, bukan dia seorang saja. Dia merancang untuk musnahkan kerajaan ni. Laluan Qzured telah dibuka dan tubuh aku menyerap tenaga tu dengan sendirinya."
Kazu menapak menghampiri.
"Jadi, apa yang kau mahu lakukan?"
Mata bercahaya Schwi berubah kepada mata hazelnya semula.
"Aku perlu hentikan dia."
"Tak!" Bantah Kazu lalu menggenggam erat tangan Schwi.
"Aku tak akan izinkan! Aku tak akan biarkan kau ke sana!" Tegas Kazu dengan keras.
"Aku juga tak akan izinkan perempuan tu musnahkan kerajaan ni. Mereka semua tak bersalah. Perempuan tu tak boleh nak membunuh sesuka hati dia saja. " Schwi turut bertegas.
Kazu menggeleng. Sungguh dia tak mahu kehilangan Schwi. Dia tak mahu tekaannya menjadi kenyataan. Dia juga tak mahu Kyril bersendirian di masa hadapan.
"Kazu... Ini adalah tugas aku. Jika aku tak halang dia, semua wilayah Nova akan musnah dan jika dia temui Kyril, dia tak akan lepaskan anak kita tu. Tolonglah faham."
"Tapi kau belum habis pantang lagi. Sekiranya kau dah habis pantang sekalipun, aku tetap tak akan izinkannya. Aku arahkan kau agar jangan keluar rumah!" Kazu tetap dengan keputusannya. Mana mungkin dia akan membenarkan Schwi pergi.
Baginya, biarlah kerajaan itu musnah sekalipun. Asalkan dia tidak kehilangan si isteri tercinta.
Schwi menggenggam tangan Kazu lalu mengucupnya lembut.
"Terima kaaih untuk kasih sayang ni dan terima kasih juga kerana selalu ada bersama tika senang da susah."
Kazu tersentuh hati. Dia berasakan seperti akan kehilangan si isteri.
Schwi mendongak semula.
Dia menatap wajah Kazu dengan secebis senyuman yang terlakar di bibir.
"Maafkan Schwi, Kazu."
Wajah Kazu ditiup lembut.
Pandangan Kazu tiba-tiba berubah kabur. Tubuhnya juga berasa longlai tidak mampu untuk berdiri.
Schwi perlahan-lahan membaringkan Kazu di atas lantai. Kepala Kazu dialaskan dengan sebiji bantal yang tiba-tiba muncul.
"Terima kasih, sayang."
Pipi Kazu dikucup.
Itulah perkara terakhir yang Kazu rasakan sebelum matanya terpejam rapat.
Schwi melintasi Kazu lalu menghampiri si kecil yang masih tidur di atas katil.
Si kecil dikendong.
"Ibu sayangkan kamu." Pipi kiri Kyril dikucup.
"Tunggu kepulangan ibu ya, sayang." Pipi kanan pula dikucup. Kali ini lebih lama. Seolah-olah dia tak akan mampu melihat si kecil itu lagi.
Air mata bertakung di tubir mata, tetapi tidak mengalir.
Setelah puas melempaskan rasa di hati, Schwi kembali membaringkan Kyril di atas katil.
Dia berundur beberapa tapak, menjauhi sisi katil.
Tubuh Schwi perlahan-lahan menghilang dan yang tinggal hanyalah debu emas dari tenaga Qzured.
⚫◀▶◀▶⚫
Serangan demi serangan menghentam tanah kerajaan itu.
Nyawa manusia yang tidak bersalah menjadi gadaian akan ketamakan dan dendam Puak Angel.
"Musnahkan segalanya! Jangan biarkan seorang manusia pun hidup!" Suara Lysda bergema di ruang udara, di bawah langit kelam.
Matanya yang hitam memandang tepat pada kawasan bandar yang musnah.
Meskipun begitu, hatinya masih berasa tidak puas hati.
Istana utama yang masih megah berdiri, menjadi tatapan matanya.
Jeritan dan raungan para manusia diabaikan. Telinganya dipekakkan daripada mendengar semua itu.
"Tuanku." Seorang pengawal menghampirinya.
"Serang istana tu," arah Lysda tanpa memandang wajah si pengawal.
Pengawal, selaku ketua angkatan mengangguk akur.
Dia dan anak-anak buahnya terbang menghampiri istana.
Sementara itu, di dalam istana berlakunya huru-hara.
Para pengawal yang menjaga kawasan istana mula berkumpul dengan senjata masing-masing.
"Mereka dalam perjalanan ke sini." Seorang peninjau memasuki dewan berkumpul lalu memaklumkan hal itu.
"Mengikut perancangan semua! Bersedia untuk berjuang.
Bunyi but menghentak lantai dewan bergema di dalam dewan serba luas itu.
Barisan demi barisan mula keluar dari dewan itu.
"Keir." Han menyapa sahabatnya itu.
"Kita perlu berjuang. Pastikan kau terus hidup."
Han tersenyum sendiri.
"Kau pun."
Empat orang lagi sahabat mereka menghampiri.
"Kawal mengikut posisi yang telah ditetapkan. Aku mahu, kalian semua terus hidup."
Buku lima diangkat lalu mereka berenam saling melagakan buku lima.
"Jangan cakap kami je. Kau pun sama."
Kata-kata Zes membuatkan mereka semua bersemangat.
Mereka berpecah mengikut aturan yang sudah ditentukan.
Di luar istana, Puak Angel menyerang istana utama bertubi-tubu. Malangnya, serangan itu langsung tidak mampu menembusi sebuah pelindung yang melindungi istana itu.
Lysda mengetap gigi. Dia berasa marah apabila setiap serangan dari pihaknya langsung tidak mampu untuk memecahkan pelindung itu.
Dalam pada itu, tiba-tiba saja seorang demi seorang tenteranya jatuh ke tanah.
Sayap mereka ada yang berlubang banyak, ada juga yang mati dengan kepala yang berlubang, seolah-olah ditembusi sesuatu.
Lysda memandang tajam pada sekumpulan pengawal istana yang berbaris di laman istana dengan senjata di tangan mereka.
Seorang demi seorang pengawal melepaskan tembakan tepat ke arah pengawalnya.
Peluru senjata api mereka bukanlah bebuli besi, tetapi cahaya plasma yang mampu menembusi sasarannya.
"Tsk! Tak sangka pula yang manusia ada senjata semoden ini. Aku perlu cari kelemahan pelindung ini. Jika tak, tentera aku akan kalah dengan mudah."
Lysda berfikir dan matanya memandang segenap kawasan istana.
"Tak! Aku tak akan izinkan tentera aku kalah dengan manusia lemah ni!"
Dia semakin tertekan.
Mata meliar memandang sekeliling istana, sehinggalah pandangannya tertancap pada empat permata yang berada di empat penjuru.
Dia berkerut dahi sebelum senyuman sinis terlakar di bibir.
"Musnahkan permata tu walau dengan apa cara sekali pun!" arah Lysda tanpa mempedulikan risiko yang bakal dihadapi oleh tenteranya.
Semua akur akan arahan itu.
Serangan mereka mula tertumpu pada permata empat penjuru itu.
"Pertahakan permata tu!" Keir melaung kuat.
Malam itu menjadi malam di mana peperangan dua puak berlaku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top