Bab 33~[Masanya Hampir Tiba]


Schwi memandang saja tingkah Emilia. Ke hulu ke hilir wanita itu, sibuk menguruskan bayinya walhal dia hanya duduk bersandar di atas katil.

Mandikan, tukar lampin, pakaikan baju, semuanya diuruskan oleh wanita itu. Dirinya dalam pantang pun, Emilia juga yang uruskan.

"Schwi."

Lamunan Schwi terhenti. Dia menoleh memandang Emilia yang tersenyum.

"Isaac nak menyusu." Bayi kecil itu dihulurkan pada Schwi.

Schwi menyambut bayinya itu kemudian menyusukannya.

Emilia hanya memerhati dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

"Kenapa?" Schwi bertanya kehairanan.

"Tak... Tak ada apa." Laju saja Emilia berdalih.

"Hmmm... Emilia, seminggu kau jaga aku. Pandai kau jaga orang pantang. Kau ada pengalaman ke sebelum ni?"

Senyuman Emilia memudar, tetapi bibir tetap melakar senyuman kecil.

"Saya turun dulu, ya. Makanan untuk awak perlu disiapkan segera." Sekali lagi wanita itu berdalih. Kali ini, dia terus berlalu keluar. Lari dari menjawab soalan itu.

Schwi hanya memerhati dengan tanda tanya.

"Kyril, sayang." Tiba-tiba Kazu pula muncul. Dia menerpa terus untuk mendapatkan anaknya.

Schwi menepuk tangan Kaxu yang sibuk mengacau si anak yang sedang menyusu.

"Jangan kacau boleh tak."

Kazu menjeling.

"Biarlah. Kyril pun rindukan papa, kan sayang."

Tanpa mempedulikan si anak yang sedang menyusu, Kazu terus mengambilnya dari kendongan Schwi.

Merengek si kecil itu.

"Kan dah merengek."

Kazu tidak mengendahkan Schwi.

Anaknya diagah-agah bagi mendiamkannya.

Bayi itu tersenyum. Tangan terkapai-kapai cuba memegang wajah Kazu.

Kazu merapatkan wajahnya dengan muka Kyril.

Tangan si bayi terus mencengkam rambut Kazu dan menariknya dengan kuat.

"Aduh... Aduh... Sakit sayang."

Schwi ketawa saja. Itulah padahnya kerana mengganggu si kecil menyusu.

Kyril diberikan semula pada Schwi.

"Adeh... Sakit kepala aku," rungut Kazu sambil menggsosok-gosok kepalanya yang pedih.

Schwi ketawa saja sambil menepuk belakang Kyril untuk menyendawakan bayi itu.

"Lain kali jangan kacau anak tengah menyusu. Tu bahananya."
Kazu menjeling tak puas hati. Dia melabuhkan punggung di sebelah Schwi.

Si kecil iu dikucup dengan rasa geram.

Merengek-rengek bayi itu dibuatnya. Nasib tak nangis.

"Jangan cari pasal boleh tak?"

Kazu senyum.

"Geram." Pip Kyril dipicit-picit. Saja dia memuncungkan bibir kecil Kyril. Geram!

Schwi tidak menegah. Bosan kerana Kazu bukannya dengar kata.

Sejak Kyril lahir, lelaki itu suka menyakat si anak. Lagi Kyril merengek, lagi dia suka mengusik. Selagi tak menangislah katakan.

Tok!tok!

Mereka menoleh.

Lina di muka pintu sekadar tersenyum.

"Kazu, kak Emilia panggil dekat dapur."

Kazu mengeluh.

"Apa dia nak? Kacau betullah."

Pipi Kyril digomol sepuasnya sebelum dia berlalu pergi.

Schwi bertambah geram apabila Kyril hampir menangis digomol si ayah.

"Geram aku dengan Kazu kau tu," luah Schwi sambil menepuk-nepuk Kyril.

"Kazu akak juga."

Schwi mencebik, Lina ketawa suka.

Sementara itu di dapur,

"Ada apa kau panggil ni? Menganggu masa aku dengan Kyril je," rungut Kazu tidak puas hati.

"Ada sesuatu yang aku nak tunjuk dekat kau." Riak wajah Emilia serius. Seolah-olah sedang memarahi sesuatu.

"Kau kenapa?" Berkerut dahi Kazu melihat riak wajah Emilia.

Emilia tidak membalas, malah dia segera menarik Kazu keluar dari rumah mengikut pintu dapur.

"Tengok langit," arah Emilia dengan pandangan tepat pada wajah Kazu.

Kazu berkerut wajah. Dia akur lalu mendongak memandang langit.

"Tak ada apa pun. Aku nampak awan je. Kenapa?" Dia kembali memandamg wajah Emilia dengan penuh tanda tanya.

"Perhatikan betul-betul. Pandang sekeliling dan kau akan nampak sesuatu."

Kazu ikutkan saja. Malas hendak mendengar kemarahan Emilia.

Kali ini Kazu perhatikan langit dengan betul-betul. Matanya dikecilkan, cuba menangkap sesuatu yang luar biasa pada langit.

Tiba-tiba matanya terbuka luas. Dirinya disapa dengan satu kejutan yang tak diduga.

"Tak mungkin." Pandangan dipalingkan pada Emilia.

Emilia mengangguk.

"Laluan Qzured. Cahayanya menuju ke bandar utama Nova. Aku dapat rasakan sesuatu yang tak baik akan berlaku." Serius Emilia berbicara.

"Aku patut beritahu Schwi tentang ni."

Emilia menghalang Kaxu dengan menggenggam lengan lelaki itu.

Kazu memandang Emilia.

"Jangan. Kalau kau beritahu dia, aku yakin, dia tak akan duduk diam. Dia akan lakukan sesuatu dan jika berlaku apa-apa pada dirinya, kau sendiri tahukan maksudnya apa?"

Kazu befikir. Ada benar juga kata-kata Emilia itu.

"Jadi, apa yang kau nak aku lakukan?"

"Tarik perhatian Schwi. Jangan biarkan dia tersedar akan kewujudan laluan tu."

Kazu mengangguk faham.

"Muka jangan serius sangat. Buat biasa je. Jangan sampai Schwi curiga." Sekali lagi Emilia berpesan.

Kazu diam saja.

"Aku masuk dulu. Nak siapkan lauk Schwi."

Emilia melangkah masuk dengan selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kazu mendongak memandang langit semula.

Aluran cahaya keemasan tanda kehadiran tenaga Qzured, membuatkan hatinya tidak tenang.

Dia yakin, ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

***

Diera menyelak langsir biliknya.

Titisan air mulai turun dari awan kelabu yang besar.

"Hujan."

Dia tersenyum sendiri. Tanpa dipinta, memori lana bermain di dalam mata.

Masih segar di mindanya saat dirinya bermain lumpur bersama Schwi di belakang laman istana.

Tika itu, mesyuarat sedang dijalankan di dewan, mereka dua puteri menyelinap keluar dari istana dan bermain lumpur di kawasan belakang. Kini, kawasan itu merupakan tempat latihan pedang buat 6 Jeneral istana.

Senyuman Diera termati saat dia merasakan rasa ngilu dan pedih pada bahagian perut hingga ke dada.

Dia menunduk lalu sejumlah darah keluar dari mulut.

"Bukankah penderitaan itu satu keseronokkan?"

Diera mendongak semula dan ruang matanya dioenuhi dengan wajah Lysda.

Lysda menggenggam tangan, lalu lima bulu pelepah yang pajang lagikan tajam, keluar dari tubuh Diera.

Memancut-mancut darah keluar dari luka tusukan pelepah itu.

"Manusia seperti kau sekeluarga perlu dihapuskan."

Tiba-tiba seutas tali halus melilit leher Diera.

Tali itu menjerut dirinya sehinggakan pangkal lehernya luka dan berdarah. Nafasnya sesak dan singkat.

"Mati!"

Lysda merentap tangannya ke belakang lalu kepala Diera terpisah dari jasad.

Jasad tidak berkepala itu rebah dengan darah membasahi tubuh.

"Aku akan hapuskan setiap seorang dari puak kau."

Diera terjaga dengan peluh membasahi tubuh. Leher dan tubuh diraba dek terbawa-bawa dengan mimpi tadi.

Dia menghela nafas lega kerana kepala masih bersama tubuh dan tubuh masih elok tanpa sebarang luka mahupun tusukan.

Wajah diraup dan peluh dilap.

"Mimpi buruk macam ni tak habis-habis mengganggu. Apa maksud semua ni?"

Dia menjeling langsir bilik yang menutupi tingkap.

Rasa takut menyapa diri tatkala memandangnya, tetapi diri tetap mahu tahu, adakah gadis di dalam mimpinya itu berada di balik langsir tu?

Perlahan-lahan Diera turun daripada katil lalu menghampiri langsir.

Takut-takut si gadis menyelak langsir yang hakikatnya, tidak menyembunyikan apa-apa di belakangnya.

Saat langsir diselak, Diera menghela nafas lega. Lega kerana Lysda tidak ada di belakang itu seperti di dalam mimpinya.

"Takut sangat." Diera ketawa hambar.

Dia memandang langit yang menitiskan titisan air.

Mata dipincingkan, memandang sesuatu di balik awan.

"Cahaya apa tu?"

Beberapa garisan kuning keemasan yang pudar warnanya, membuatkan Diera tertanya-tanya.

Sehinggalah dia tersedar akan sesuatu.

"Cahaya tu..."

Si gadis disapa ketakutan.

Langsir terus ditarik menutupi tingkap.

Dia berundur menjauhi tingkap lalu terduduk bersandarkan sisi katil.

"Perempuan tu datang lagi... Apa pula kali ni?"

***

Lysda tersenyum sendiri.

Sesiapa yang melihatnya, pasti semua akan menganggapnya gila. Lebih-lebih lagi dengan penampilan si gadis yang langsung tidak terurus.

"Aku tak akan putus asa untuk membalas dendam. Akhirnya, tenaga Qzured dapat dikumpul sehingga mampu membawa angkatan tentera aku ke dunia sana."

Lysda tertawa kecil, tetapi kedengaran agak menyeramkan.

"Siapa yang perlukan peralatan perang jika kami mampu menguasai magik? Ah! Bodohnya aku dulu sampaikan tak mampu nak berfikir."

"Tak apa, Lysda. Sekarang semuanya hampir selesai. Kau dan angkatan kau mampu ke sana dengan mudah."

Lysda seolah-olah berbicara dengan diri sendiri.

Sayapnya dibuka seluasnya.

Kali ni, tiada lagi pelepah lembut melainkan sayap besi yang dikuatkan dengan tenaga Qzured.

"Akulah yang berkuasa!"

Mata ungu Lysda berubah hitam semuanya.

Kegelapan sudah membutakan hati dan fikirannya. Dia sudah lama tenggelam di dalam dunia penuh kebencian dan dendam.

"Bersedialah, Nova."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top