Bab 32~[Kelahiran Si Permata Kecil]


9 bulan kehamilan

Tidur lenanya tiba-tiba terganggu.

Mata yang tadinya elok terpejam rapat, kini terbuka dengan perlahan.

Wajah dipalingkan.

Dia memandang si suami yang masih lena.

'Dah kenapa pulak ni?'

Dia mula berasa tidak selesa dengan keresahan yang tiba-tiba hadir menyapa diri.

Dari posisi baring, Schwi perlahan-lahan mengubah posisi kepada duduk.

Belakang badan disandarkan pada kepala katil.

Perut yang sudah mengeras diusap lembut.

"Kazu... Kazu..." Si suami digoncang, tetapi langsung tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Schwi mendengus marah.

Perlahan-lahan dia bergerak menuruni katil.

Langkah penuh hemat diatur menuju ke arah bilik air.

Langkah saja ke dalam bilik air, Schwi tergelincir tetapi nasib baik dia sempat berpaut pada pintu.

"Adeh! Macam mana boleh licin pulak ni? Nasib baik tak jatuh." Schwi merungut sendirian sebelum meneruskan hajatnya.

Usai melepaskan hajat, dia keluar semula dengan lebih berhati-hati. Risau jika perkara tadi berlaku lagi.

Baru satu tapak dia melangkah, tiba-tiba terasa air mengalir di celah peha.

'Ah! Sudah!'

"Kazu!"

Tiada sahutan. Lelaki itu masih dibuai di alam mimpi.

"Kazu! Sakit ni! Bangunlah!" Jerit Schwi lagi dengan harapan lelaki itu mendengarnya.

'Tidur mati ke oi!'

Schwi mengambil nafas dalam dan menghembusnya perlahan.

'Sabar ya sayang. Bagi ibu kejut papa kamu tu.'

Perlahan saja Schwi berjalan ke arah katil. Sakit pada perutnya juga terpaksa diabaikan seketika.

"Kazu... Bangun..." Schwi hanya mampu memanggil dari sisi katil memandangkan dia tiada daya untuk memanjat.

Schwi mengetap gigi. Dia marah dan sakit dalam masa yang sama.

"Kazu!"

Lelaki itu terus terjaga tatkala mendengar jeritan nyaring Schwi.

"Schwi."

Kazu tercari-cari kelibat Schwi, memandangkan si isteri tidak berada di sebelahnya.

"Sakit..." Tangisan seseorang menarik perhatian.

Dia meninjau di sisi katil.

"Schwi."

Dengan segera dia mendapatkan Schwi yang sudah terduduk bersandarkan meja lampu.

"Nak melahirkan dah ke?"

Schwi mengangguk pantas. Malas nak bercakap.

"Kejap... Biar aku panggilkan Emilia dekat sebelah."

Schwi tidak membalas.

Dahinya berkerut-kerut menahan sakit. Peluh juga sudah membasahi wajah.

Tika Kazu membuka pintu, Emilia sudah pun terpacul di depan muka pintu.

"Apa yang bising-bising tu?"

"Kau jangan nak buat-buat tak tahulah! Cepat masuk!"

Emilia tersenyum melihat riak cemas di wajah Kazu walaupun lelaki itu cuba untuk menyembunyikannya.

Pintu dibuka luas, memberi ruang buat Emilia untuk masuk sebelum ia ditutup rapat.

"Apa kau ni? Kenapa biarkan Schwi atas lantai ni? Bawak dia naik atas." Emilia memarahi Kazu

Kazu akur.

Dia mencempung tubuh Schwi lalu dibaringkannya di atas katil.

"Kau nak aku sambut anak kau ni dalam gelap ke?" Sekali lagi Kazu ditegur.

Kazu kelam kabut mencari suis lampu.

Emilia menggeleng.

'Masalah betullah dia ni.'

Setelah lampu bilik dihidupkan, Kazu kembali kepada Schwi.

Dia duduk di atas katil, bersebelahan dengan Schwi.

"Schwi... Hei, bertenang." Emilia menegur.

Schwi anggukkan saja.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar.

"Ni barang yang akak minta." Lina meletakkan sebesen air dan tiga helai tuala di sebelah Emilia.

"Sejak bila..."

"Aku yang beritahu. Dah! Tak payah nak banyak tanya lagi. Aku ada kerja ni."

Kazu terus memegang erat tangan Schwi. Dia tahu, isterinya memerlukan sokongan dia sekarang.

"Bukaan dah cukup. Schwi, aku suruh teran, kau teran ya."

Dia mengangguk.

"Argh!"

Schwi menjerit kesakitan.

***

Kerajaan Aquilla mengalami gegaran yang sangat hebat sehinggakan terhasil kemusnahan pada istana kerajaan.

Lysda merengus marah. Dia semakin tertekan. Dirinya semakin tidak terurus.

"Apa benda yang berlaku pula ni?"

"Kami tak tahu, tuanku. Kerajaan Nova sudah lama menghentikan kegiatan mereka sejak beberapa bulan yang lepas. Makanya, kami tak tahu dari mana datangnya gegaran itu," jawab seorang pengawal yang melutut di hadapan Lysda.

"Bodoh! Lembap! Cari puncanya sampai dapat. Kalau tidak, akan aku pancung seorang demi seorang dari kalian! Pergi!" Teriakan Lysda membuatkan lima pengawal itu bertempiaran menjalankan arahan.

Dada Lysda turun naik menahan amarah.

"AAARRGH!"

Takhta, tempat yang selalu dibanggakannya dihentak sehingga terbelah dua.

Tingkap-tingkap kaca yang ada di ruang itu juga pecah berderai. Serpihan kaca memenuhi ruang lantai.

"Aku akan balas dendam, Nova... Kau tak akan terlepas."

***

Penat lelah melahirkan terus menghilang saat telinga disapa dengan tangisan bayi.

Kazu tersenyum gembira saat melihat Emilia mengendong anaknya yang baru lahir.

"Tahniah! Anak lelaki." Emilia bersuara penuh teruja.

Bayi kecil itu dibersihkan sebelum dibedung kemas dan diberikan pada Kazu.

Kazu menyambutnya perlahan.

Hatinya tersentuh melihat ahli baru dalam keluarganya.

"Sayang, tengoklah. Comel anak kita ni."

Tubuh direndahkan sedikit lalu si anak didekatkan pada ibunya.

Schwi tersenyum.

"Kyril... Anak ibu." Pipi merah anak itu diusap.

Menitis air mata Schwi melihat anak yang baru lahir tu.

"Dia ada tanda Scorpio pada bahu," beritahu Kazu lalu menyelak sedikit balutan anaknya itu.

"Jadi, Kyril adalah kekuatan. Kekuatan ibu."

"Okey! Cukup untuk drama ni. Schwi perlu dibersihkan. Proses ni belum habis ya." Emilia menegur.

Meskipun dia agak terharu dengan drama tadi, tetapi Schwi tak boleh dibiarkan kotor sebegitu.

"Lina, bawa adik awak tu ke biliknya ya. Kazu kena temankan saya dekat sini."

Lina mengangguk faham.

Dia menghampiri Kazu dan mengambil anak kecil itu.

Nasib baik Kazu benarkan saja Lina mengambilnya. Jika tidak, perang mulutlah mereka nanti.

Setelah Lina pergi dan menutup pintu dengan rapat, Emilia kembali menghadap Schwi.

"Schwi, saya nak awak teran sikit ya. Uri bayi tu perlu dikeluarkan dan rahim awak perlu dibersihkan."

Schwi mengeluh penat.

Sudah la hilang tenaga teran bayi, ni nak kena teran lagi? Memang habislah tenaga Schwi pada awal pagi tu.

Sementara itu, Lina di dalam bilik bayi sudah kegelisahan.

Kyril tidak mahu berhenti menangis sejak dibawa masuk ke dalam bilik itu.

Bayi kecil itu seperti ketakutan.

"Kenapa ni sayang? Alahai awak ni."

Lina mendodoikan bayi yang tidak mahu berhenti menangis itu.

Tiba-tiba Lina teringatkan sesuatu.

Bayi itu dibaringkan di dalam katilnya.

Lina mencabut rantai miliknya lalu dipasang pada Kyril.

Dalam sekelip mata saja, bayi itu terus berhenti menangis. Dia tersenyum-senyum memandang riak wajah Lina.

"Kau gelakkan aku? Macam Kazulah kau ni." Lina kembali mendukung Kyril.

"Hmm... Tak sangka berhasil juga cara aku ni. Bijak aku ni sebenarnyakan?"

Lina tertawa sendiri dengan kata-katanya.

"Kau dah kenapa gelak sesorang? Meroyan?"

Lina menoleh. Riak wajahnya berubah geram.

"Bisinglah. Lina tengah main dengan Kyril ni."

"Dah! Bagi sini anak aku tu." Kazu menghampiri.

"Kedekutlah kau ni." Lina mencebik lalu menyerahkan bayi itu pada si ayahnya semula dengan gaya terpaksa.

"Kenapa rantai kau dekat anak aku ni?"

"Dia menangis tadi, sebab tu Lina pakaikan je."

"Hmm..."

"Akak macam mana?"

Renungan Kazu terhadap rantai tadi terbantut. Dia beralih pandang pada Lina.

"Dah siap semuanya. Dia okey je."

"Baguslah. Dah! Pergi bawa Kyril tu jumpa ibunya."

"Aku tahulah."

Kazu menapak keluar sambil mengendong anak kecilnya.

Lina pula mengambil kesempatan itu untuk menyambung tidurnya yang terbantut.

"Kenapalah kau lahir awal pagi? Kak Lina nak tidur pun tak senang."

Tubuh dibaringkan di atas sofa yang sedia ada di dalam bilik bayi itu. Mata dipejam rapat lalu dia pun terlena.

***

"Mana Lina?" Emilia bertanya saat terlihat Kazu sendirian.

"Sambung tidur kut." Kazu duduk di sebelah Schwi dan anaknya diserahkan pada Schwi yang meminta.

"Biarlah. Dia penat tu."

"Schwi lagi penatlah."

PAK!

"Jangan menjawab boleh tak." Schwi memarahi Kazu. Geram dengan kelancaran mulut Kazu yang suka menjawab.

Emilia ketawa kecil.

"Oh ya! Apa nama si kecik tu? Saya dengar korang panggil dia Kyril je dari tadi."

"Namanya Kyril Isaac. Kazu yang berikan nama tu."

Emilia mengangguk.

"Sedap nama tu. Tinggi juga cita rasa kau."

"Semestinya." Kazu berkata penuh bangga.

Schwi dan Emilia membuat riak meluat sebelum kedua-duanya ketawa lucu.

"Isaac." Emilia memanggil.

"Kyril." Kazu mencelah tiba-tiba.

"Suka hati akulah nak panggil dia apa. Masalah la kau ni."

Kyril tersenyum tiba-tiba.

"Ha! Tengok. Anak kau pun suka bila aku panggil dia Isaac."

Ternyata kata-kata Emilia itu benar.

Kyril tersenyum tiap kali nama keduanya disebut-sebut.

"Comelnya anak mama ni." Schwi mengucup pipi Kyril berkali-kali. Geram dia melihat pipi si anak kecil.

"Rimas dia nanti." Kazu menegur.

Schwi menjeling tak puas hati.

Kazu terdiam. Faham benar akan maksud jelingan maut isterinya itu.

Emilia ketawa besar. Suka benar dia apabila melihat Kazu sebegitu.

"Diamlah gila." Kepala Emilia dipukul dengan bantal peluk kecil milik Kyril.

"Kazu."

Schwi melindungi Kyril. Risau dia jika pukulan bantal itu terkena pada anaknya pula.

Emilia masih lagi ketawa. Terhibur dia dapat mengusik lelaki itu.

Awal pagi itu dipenuhi dengan usikan Emilia dan teguran Schwi. Mangsanya, sudah semestinya Kazu.

Kehadiran Kyril Isaac ternyata telah menyempurnakan keluarga kecil itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top