Bab 31~[Kasih dan Kebencian]


7 bulan kehamilan

"Schwi, nak ke mana tu?" Kazu menahan Schwi yang baru ingin menapak keluar melalui pintu belakang.

Schwi mencebik.

Sejak dia sarat, Kazu terlalu menjaga dan melindungi. Semua tak boleh dilakukannya. Sentuh saja pisau, terus dirampas. Pegang penyapu pun dirampas juga.

Schwi merasakan kebosanan kerana tak boleh membuat sebarang kerja rumah.

"Nak tengok budak-budak tu je."

Kazu menggeleng.

"Kalau nak pergi sana, jangan pergi seorang diri. Panggil aku."

Schwi mengembungkan pipinya yang semakin berisi.

"Dah! Jangan nak buat comel depan pintu dapur ni."

Kazu menarik Schwi jauh dari pintu.

Hati Schwi memberontak marah.

Punggung dihenyak di atas kerusi makan dengan rasa marah.

Kazu abaikan saja tingkah si isteri. Apa yang penting baginya, Schwi perlu sentiasa ada di depan mata.

"Lina mana?"

"Jumpa Emilia. Katanya nak rancang kelahiran anak kita nanti."

Bulu roma Schwi terus menegak. Seram apabila mengingati usia kandungan yang masih berbaki 2 bulan dan menunggu masa saja.

"Nah minum."

Segelas susu suam dihidangkan.

"Aku rasa macam mak kucing pulak. Asyik minum susu ni, je." Terkumat-kamit mulut Schwi membebel sendirian.

Gelas susu itu diambil lalu sedikit demi sedikit isinya diteguk.

Kazu senyum saja. Dia tahu Schwi memang suka merungut sejak mengandung. Jadi, dia abaikan saja setiap rungutan dan bebelan Schwi.

Setelah habis isi gelas itu, Kazu mengambilnya lalu dibasuh.

Dalam pada itu, tiga ekor harimau peliharaan mereka meredah masuk melalui pintu dapur yang terbuka luas.

"Sayang!" Suara Schwi berubah teruja.

"Ya?" Kazu yang perasan, menoleh pada si isteri.

Senyumannya memudar. Dia mendengus geram.

"Apa? Aku bukannya panggil kau," kata Schwi dengan selamba sambil mengusap ketiga-tiga mereka.

Kazu mendengus geram.

Gelas yang dipegangnya sudah retak dan nasib baik tidak pecah. Nasib baik  ketukan di pintu utama membuatkan tingkah Kazu terbantut.

Kazu berlalu ke depan dengan membawa gelas itu sekali.

"Lina dah balik ke?"

Terkial-kial Schwi bangun dan berjalan ke ruang hadapan.

"Lina?"

Semua yang berada di ruang tamu menoleh.

"Kau ni memang tak boleh duduk diamlah." Kazu berjalan pantas mendapatkan Schwi.

Schwi dipimpin dan didudukkan dengan selesa di atas sofa.

"Tiga ekor ni pun semak je." Kazu memulas telinga salah seekor dari harimau itu. Geram dia kerana mereka hanya mengekori Schwi saja .

"Kazu." Schwi memandang tajam pada kazu.

Jangan sesekali sesiapa pun sakiti kesayangan Schwi jika tidak mahu mati.

Kazu mendengus lalu duduk di sisi Schwi.

Lina, Emilia dan Zas tertawa kecil melihat telatah mereka.

Apabila Kazu menjeling, barulah mereka diam.

"Ada apa datang sini?"

"Kami datang nak tengok bilik bayi korang. Dah siap hias ke?"

"Belum. Sikit je lagi. Lagipun, Kazu dengan Lina je buat, sebab tu lambat siapnya." Schwi membalas sambil mengusap perutnya yang besar.

"Bagus! Aku dengan Emilia datang memang sebab tulah. Nak juga merasa menghias bilik bayi." Zas menyampuk.

"Baguslah. Cepat sikit siap." Schwi senyum saja. Sokong sangat jika mereka ingin membantu.

"Aku bukan nak menolak, cuma kalau boleh, aku nak hias bilik tu  sendiri." Kazu mencelah pula.

"Kazu, janganlah macam tu. Biar mereka tolong. Ringan sikit kerja kau nanti." Schwi memujuk lembut.

Kazu diam.

Tiba-tiba Schwi meringis kesakitan.

"Kenapa ni?" Kazu bernada panik.

Semua juga berasa panik apabila mendengar intonasi suara Kazu.

"Apa masalah kau ni? Aku sakit belakang je."

Bantal kecil diambil lalu diletakkan di belakang badan.

Lina, Emilia dan Zas ketawa. Lucu dengan reaksi mereka yang cemas tadi.

"Ingatkan apalah tadi."

Schwi menjulingkan matanya ke atas.

Tiba-tiba Emilia menukar tempat duduk. Dia duduk di sebelah Schwi.

"Nak pegang boleh?" Soalan itu ditujukan pada perut Schwi yang membulat.

Schwi ketawa kecil.

"Peganglah."

Emilia senyum suka.

Tangannya menyentuh lembut perut Schwi.

Tiba-tiba dia tersentak.

"Kenapa?" Schwi bertanya bersama senyuman yang terlakar di bibir.

"Dia menendang," katanya dengan teruja.

"Dah! Jangan sentuh lama-lama."

Tubuh Schwi ditarik menjauhi Emilia.

"Apa ni?" Tangan Kazu ditepuk. Marah dengan sikap Kazu yang satu tu.

Kazu buat tak tahu saja.

"Kedekut." Emilia merungut lalu kembali duduk di sebelah Lina. Merajuk wanita itu dibuatnya.

Zas menggeleng.

"Jadi, boleh tak kami nak tolong ni?" Zas bertanya lagi.

"Boleh." Pintas Schwi sebelum sempat Kazu menjawab.

Kazu menjeling si isteri.

"Bagus. Boleh tunjukkan biliknya?"

"Jom saya tunjukkan." Lina sudah berdiri. Dia berasa teruja untuk menyiapkan bilik itu walaupun proses untuk menyiapkannya hanya tinggal 30 peratus saja lagi.

"Lina."

Tak sempat Kazu menahan mereka, mereka bertiga sudah pun mendaki anak tangga naik ke atas.

Kazu mengeluh.

"Janganlah macam ni. Mereka tu bukannya sesiapa. Kawan-kawan kita juga," pujuk Schwi tidak mahu suaminya itu terasa dengan tindakan Lina.

"Tapi aku nak siapkannya sendiri. Proses nak siapkannya pun tinggal sikit je."

Schwi menggeleng.

"Biarlah. Kau dah buat semuanya. Baki tu, biar mereka pula yang buat. Mereka pun nak merasa juga."

Kazu mengeluh. Apabila Schwi berkata lembut sebegitu, dia tidak mampu untuk membantah. Tak sampai hati, lebih-lebih lagi dengan keadaan Schwi yang sedang sarat.

"Nak naik atas?"

"Boleh juga."

Kazu tersenyum sendiri.

Dia berdiri lalu membantu Schwi pula.

Pinggang si isteri dirangkul dan dia memimpin Schwi mendaki anak tangga.

'Alahai, makin comel isteri aku ni.' Kazu tertawa di dalam hati.

Tersenyum-senyum Kazu melihat langkah Schwi.

***

"AARGH!"

Bilik yang tadinya kemas habis bersepah dengan cadar yang berlonggok di atas lantai, dengan serpihan cermin dan pelbagai lagi.

"Musnah! Musnah! Jahanam betul!" Terjerit-jerit Lysda di dalam biliknya sendiri.

Kaki katil disepak sehingga patah.

Condong sebelah katil itu dibuatnya.

Lysda melabuhkan punggungnya di atas katil itu.

Wajahnya yang tidak terurus diraup beberapa kali sebelum ditekup dengan telapak tangan.

'Setahun aku cuba siapkan semuanya, tetapi asyik musnah je. Ah! Malangnya hidup aku ni!'

"Tuanku?" Seorang pembantu perempuan muncul di muka pintu bilik.

"Kau nak apa?"

"Err... Saya dengar bising-bising tadi. Sebab tu saya naik ke sini. Tuanku tak apa-apa ke?"

Lysda mengetap gigi.

"Lain kali buat tak tahu je."

Kelibat Lysda menghilang lalu muncul di belakang pembantu perempuan tadi.

Mulut wanita itu ditekup lalu beberapa bilah belati menembusi tubuhnya.

Terbeliak mata wanita itu sebelum dia mati.

Lysda melepaskan tubuh tidak bernyawa itu jatuh di atas lantai.

Lopak darah berwarna biru terhasil.

"Dasar budak baru menyusahkan."

Lysda melangkah jasad itu lalu kembali duduk di atas katilnya.

Tangan yang masih berbekas darah dilap pada permukaan tilam putih. Dia langsung tidak peduli akan keadaan bilik itu.

"Aku yakin, ada satu kuasa yang menghalang aku daripada melakukan semua ni. Tapi siapa? Mereka semua sudah aku musnahkan." Lysda diselubungi dengan tanda tanya. Dia buntu dengan apa yang sedang belaku. Otaknya tidak mampu untuk berfikir.

***

Sejam kemudian

Kazu menepuk dahinya sendiri.

Schwi ketawa melihat reaksi Kazu.

"Mereka fikir ni bilik untuk mereka ke?"

Schwi memandang tiga manusia yang sudah 'tumpas' setelah berhempas pulas menghias bilik bayi mereka tadi.

Zas terbaring di sebelah katil bayi dengan kaki yang tersangkut di celah-celah pagar katil itu.

Entah macam manalah kaki lelaki itu mampu muat masuk dalam tu.

Lina dan Emilia pula tertidur dengan dikelilingi oleh mainan bayi.

"Adeh! Macam-macam ragam betullah."

"Biarlah mereka berehat."

Kazu mengangguk saja.

"Nak makan tak?"

Schwi mengangguk sambil tersenyum. Pantang apabila ditanya soal makan, pasti tak akan ditolaknya.

"Patutlah isteri aku ni makin comel. Makan je kerjanya." Pipi Schwi dicubit geram.

Tangan Kazu ditolak.

"Kau jugak yang bagi aku makan." Pipi yang sudah memerah digosok laju.

"Hahaha... Yelah sayang. Jom ke dapur ya."

Pintu bilik itu ditutup sebelum Kazu memimpin Schwi turun ke ruang dapur.

Kasihan pada si isteri kerana tak makan tengah hari dek menantikan mereka bertiga.

Ingatkan buat kerja, rupanya sudah tertidur di atas lantai bilik.

Makanya, biarlah Schwi makan dahulu.

Kazu memerhati saja Schwi yang makan dengan penuh selera.

"Tak nak makan sekali?"

Kazu menggeleng.

"Makanlah. Alu lebih suka tengok kau makan."

Schwi buat riak tidak puas hati.

Daging grill yang dilimpahi dengan sos lada hitam dipotong sedikit lalu disuakan pada Kazu.

"Buka mulut."

Kazu layankan saja. Terima saja suapan itu.

Schwi tersenyum melihat Kazu mengunyah daging itu.

"Schwi, nak tanya sikit ni." Kazu berbicara setelah menelan daging yang sudah lumat dikunyahnya.

"Hmm?"

"Nak bagi nama anak kita apa?" Tangan mendarat pada perut Schwi.

Schwi berhenti makan. Matanya memandang ke atas memikirkan nama.

"Kalau perempuan, aku rasa macam nak letak nama Aeryn Scarlet. Okey tak?" Bersinar mata Schwi saat menyebut nama itu.

Kazu senyum saja.

"Kalau lelaki?"

Schwi berfikir lagi. Kali ni dia berdiam dengan lebih lama.

Kazu menongkat dagu sambil merenung wajah Schwi yang berkerut-kerut memikirkan nama.

Lelaki itu tersenyum lucu.

"Fikirkanlah sekali." Schwi menepuk peha Kazu.

Kazu menggosok pehanya sambil ketawa.

"Apa kata kalau Kyril Isaac? Macam okey jugakkan?" Cadang Kazu pula.

Schwi tersenyum suka.

"Cantik nama tu. Aeryn Scarlet dan Kyril Isaac. Aku suka."

Perut diusap penuh teruja. Tak sabar mahu menunggu kelahairan anak pertama mereka berdua.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top