Bab 3~[Kejutan]
Kazu menghadap cermin kecil yang tergantung di dalam bilik air. Pantulan wajahnya yang terhasil pada permukaan cermin, dipandang lama.
Ingatannya teringat akan satu simbol yang ada di belakang leher Schwi. Memang susah untuk tahu kehadiran simbol itu jika gadid itu asyik melepaskan rambutnya.
"Haih..." Keluhan meniti di bibir lelaki itu.
Dia sepertinya sedang memikirkan sesuatu yang sangat membebankan kepalanya.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini? Ni bukan tempat kau." Kazu berkata sendiri.
"Kazu! Kazu! Mana kau?!" Jeritan Schwi yang menggegarkan rumah membuatkan Kazu geram.
"Dia jerit sekali lagi, mesti runtuh rumah aku ni."
Kazu segera memakai baju. Dia perlu segera keluar jika tidak mahu Schwi menjerit lagi.
"Ka..." Mulut Schwi ditekup.
"Bisinglah." Kazu melepaskan tangannya dari terus menutup mulut Schwi.
"Tak lah, aku ingatkan kau dah pergi tinggalkan aku. Sebab tu aku menjerit panggil kau."
"Aku sendiri yang nak bawa kau ke sana. Kenapa aku perlu tinggalkan kau?"
Schwi diam tidak menjawab.
"Dah siap kan? Jomlah. Aku malas nak buang masa bercakap dengan kau." Kazu melangkah terlebih dahulu.
Schwi mencebik.
"Macamlah aku suka sangat bercakap dengan dia." Sambil berpeluk tubuh, Schwi mengekori langkah Kazu.
"Kau nak bawa aku ke mana ni?" Schwi bertanya saat Kazu sedang memakai but di depan pintu.
"Kau ni banyak soal betullah. Ikut je diam-diam tak boleh ke?" Kazu memarahi si gadis.
"Aku tanya pun salah ke?"
"Diamlah kau."
Kata-kata Kazu yang mendatar dan tidak bernada itu sememangnya membuatkan dia terbakar.
"Kau..."
"Aku memang dah diam. Kau tu je yang banyak cakap, banyak soal, dan kuat melawan cakap orang." Kazu memotong kata-kata Schwi dengan pantas.
Memerah wajah Schwi dek kata-kata Kazu.
"Aku dah banyak bazirkan air liur bercakap dengan kau." Kazu berdiri. Hujung butnya dihentak beberapa kali pada permukaan lantai.
"Jom."
Sebuah portal terbuka. Kazu melangkah masuk terlebih dahulu.
Schwi pula masih terkaku ditempat dia berdiri kini. Tidak mahu menjejak masuk ke dalam portal itu.
"Kau dah kenapa?" Kazu keluar semula dari dalam portal itu.
"Aku trauma." Jujur Schwi. Wajah yang tadinya merah kerana marah akan Kazu, kini berubah pucat seperti tidak berdarah.
Kazu memandang portalnya.
"Banyak hal betullah kau ni." Kazu merungut.
Dia menghulurkan tangannya.
Schwi memandang kosong huluran Kazu.
"Pegang tangan aku. Aku tak tahu apa yang membuatkan kau trauma, tapi aku nak kau percayakan aku. Aku tak akan buat kau macam tu."
Walaupun Kazu berkata sebegitu tanpa reaksi di wajah, Schwi tetap tersentuh. Debaran di dadanya semakin kuat.
Dengan rasa yakin terhadap Kazu, Schwi menyambut huluran tangan Kazu.
Lelaki itu menggenggam erat tangan Schwi.
'Hangatnya.'
Wajah terasa berbahang tatkala Kazu menggenggam erat tangannya.
Mereka melangkah masuk ke dalam portal dengan serentak.
♥♥♥
"Apa semua ni?! Aku ingatkan, lepas aku buang perempuan tu dari kerajaan ni, kerajaan ni akan baik-baik saja. Tapi sama saja! Malah semakin teruk!" Seorang perempuan memberontak marah.
Dokumen yang dibacanya tadi dicampak saja sehingga berteraburan di atas lantai.
Pembantunya terpaksa mengutip setiap helaian dokumen itu dan menyusunnya semula. Terkial-kial dia mengutip itu semua.
"Keluar! Aku malas nak tengok semua tu!" Katanya lagi.
"Baiklah tuanku." Si pembantu segera keluar dengan membawa dokumen yang dikutipnya tadi.
Keluar saja dia dari bilik itu, seorang lelaki terus mendapatkannya.
"Kau kena marah lagi, Sara?"
Sara sekadar tersenyum.
"Aku dah biasa dengan semua ni. Janganlah risau sangat, ya."
"Aku kesiankan kau. Kau tu kakak aku. Tak sanggup aku tengok kau kena macam ni hari-hari." Luahnya.
Sara masih tersenyum.
"Aku harap sangat Cassia akan balik dengan kadar segera." Harapnya sambil membuang pandang ke luar tingkap.
"Ish kau ni! Jangan cakap tentang Cassia dekat sini. Kalau tuanku dengar, mengamuk habis dia nanti."
Si lelaki mencebik.
"Jomlah. Banyak lagi kerja dekat bawah sana. Kalau tuanku nampak kita bersembang macam ni, kita juga yang kena nanti."
Sara menarik adiknya turun. Dia takut jika adiknya terus-menerus mengungkit nama Cassia di depan pejabat wanita tadi.
♥♥♥
"Woah! Rumah siapa ni?" Schwi kekaguman melihat sebuah rumah sederhana besar yang tersergam indah di depan matanya.
Rumah itu mungkin sederhana besar saja, tetapi dekorasi yang menghiasi laman rumah itu yang membuatkan ia kelihatan cantik tatkala mata memandang.
"Rumah aku." Jawab Kazu lalu mendahului langkahnya.
"Berapa banyak rumah kau ada ni?"
Kazu menghentikan langkahnya lalu menoleh.
"Jangan banyak tanya boleh tak?"
Schwi mengangkat tangan. Dia membuat gaya menzip mulut.
Kazu mengangguk. Dia menoleh semula dan secebis senyuman terlakar dalam diam.
Mereka berjalan lagi menuju ke pintu utama.
"Hebatlah rumah ni." Schwi memuji semasa melintasi sebuah kolam air pancut. Tanpa sedar, dia telah mengeluarkan suara.
Sekali lagi Kazu berhenti. Dia menoleh memandang Schwi.
"Kau memang tak boleh diam, kan?"
"Maaf." Schwi menutup mulutnya dengan tangan.
"Nampaknya aku kena biasakan diri dengan mulut becok kau tu."
Schwi tersenyum dari balik tangan yang menutupi mulut.
Pintu rumah terbuka.
"Kazu?" Seorang remaja dalam lingkungan 15 tahun berdiri di muka pintu.
Kazu dan Schwi terus menoleh.
"Kazu!" Remaja itu berlari ke arah mereka berdua. Tubuh Kazu didakap erat.
"Lina rindukan Kazu sangat-sangat." Katanya.
Kazu tidak bersuara. Dia sekadar mengusap kepala remaja yang tingginya hanya separas bawah dada Kazu.
Schwi pula terkejut. Terkejut dengan sikap Kazu yang kelihatan prihatin terhadap remaja itu.
'Mata aku menipu ke ni?' Mata digosok beberapa kali.
Lina mengintai ke arah Schwi.
"Kazu bawa isteri baru ke?" Lina menghampiri Schwi.
Memerah muka Schwi apabila Lina berkata sebegitu.
"Mulai hari ni, dia akan tinggal dengan kau dekat sini." Beritahu Kazu tanpa memandang pada Schwi.
"Apa?! Kau tak cakap pun sebelum ni!" Schwi terkejut dengan kenyataan Kazu tadi.
Lina tersenyum suka. Dia sememangnya kebosanan tinggal di rumah itu sendirian. Dengan hadirnya Schwi, pasti akan meriah sedikit.
"Buat apa aku beritahu kau. Aku yakin kau tak akan setuju dan akan membantah semahunya."
Wajah Schwi memerah menahan marah.
"Kau ni..." Schwi mendengus. Tiada kata-kata yang hendak diluahkan lagi. Sakit kepalanya apabila berbicara dengan lelaki tidak berperasaan itu.
"Lina, tunjukkan Schwi sekeliling rumah ni. Aku tak nak dia sesat dalam rumah sendiri pula." Kazu memberi arahan dan sempat memerli Schwi.
"Baik."
Lengan Schwi dipaut. Senyuman terlakar di bibirnya.
"Jom kita jalan-jalan." Katanya dengan teruja.
Schwi akur. Malas dia hendak menghadap Kazu yang tak sudah-sudah menyakitkan hatinya.
Lina dan Schwi berjalan bersama mengelilingi kawasan rumah. Dari luar rumah, sehinggalah ke dalam rumah, diterokai oleh mereka berdua.
Sementara itu, Kazu pula terpaksa pulang tanpa sempat dia meminta diri.
♥♥♥
Schwi terduduk kepenatan. Peluh di dahi disapu dengan belakang tangan.
Lina menghidangkan segelas jus. Dia tersenyum sendiri saat melihat gelagat Schwi.
Schwi dengan rakusnya meneguk jus sejuk itu sehingga habis.
Gelas diletakkan semula di atas meja.
"Besar juga ya rumah ni, walaupun luarannya hanya nampak biasa-biasa je."
Lina sekadar mengangguk.
Schwi menyandarkan tubuhnya pada sofa. Matanya terpejam rapat.
Lina baru ingin membuka mulut untuk bertanya. Tetapi terbatal niatnya saat terdengar dengkuran halus Schwi.
Senyuman di bibir menghilang.
Lina berdiri dan mengambil gelas minum Schwi untuk dibasuh.
Setelah membasuh gelas itu, Lina kembali ke biliknya dan meninggalkan Schwi yang tertidur di ruang tamu, sendirian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top