Bab 29~[Good News]


3 bulan kemudian

"Lina! Bawa bubur tu naik atas ya!" Schwi melaung dari tangga.

"Baik." Sahut Lina yang berada di dapur.

Setelah mendapat balasan, Schwi berlalu masuk ke dalam biliknya semula.

"Lama lagi ke?" Kazu yang terbaring di atas katil merengek seperti anak kecil.

Schwi senyum saja. Dia menghampiri si suami yang sudah tiga hari demam panas dan hanya terlantar di atas katil selama sakitnya.

"Sabarlah. Kejap lagi siap la tu." Pujuk Schwi lembut.

Tuala yang berada di dalam besin di perah lalu wajah Kazu dilap dengan kain basah itu.

"Aku tak sukalah macam ni je."

Schwi senyum saja mendengar rungutan si suami.

"Maaf lambat."

Lina masuk ke dalam bilik dengan membawa sedulang bubur panas, air kosong dan beberapa biji pil yang diletakkan di dalam piring kecil.

"Sampai pun."

Dulang dihulurkan dan Schwi mengambil bubur terlebih dahulu.

"Kita makan ya."

"Haih... Sakit-sakit ni asyik makan bubur je."

"Makanya, cepatlah sihat ye sayang."

Schwi mencedok sedikit bubur. Ditiup perlahan bubur panas itu sebelum disuakan pada Kazu.

"Kita makan sekali ya."

Schwi anggukkan saja. Begitulah mereka sejak Kazu demam. Apabila Kazu makan, Schwi juga perlu makan sama. Adakalanya, Lina juga akan disuapnya juga.

Sesudah makan, Kazu diberikan ubat pula. Walaupun lelaki itu sukar untuk menelan ubat, tetapi disebabkan desakan dan pujuk rayu Schwi, dipaksakan juga diri untuk menelannya.

"Kau berehatlah ya."

Schwi membantu Kazu untuk baring semula.

Setelah Kazu berbaring dengan selesa, Schwi kembali duduk di sisi si suami.

Tangan Kazu digenggam erat dan ditepuk perlahan.

"Rehatlah. Aku ada di sini."

Lina senyum saja melihat pasangan itu.

Dulang makanan segera dibawa keluar.

"Schwi... Berapa lama lagi aku kenapa berehat macam ni? Aku rasa tak sedap badanlah."

Schwi senyum saja mendengar rungutan Kazu.

"Tak apalah. Kau sakit, aku akan jaga. Aku akan jaga kau sampai kau sihat." Tangan Kazu dikucup kejap.

Kazu mengusap kepala isterinya.

Sayang dan cintanya semakin tumpah buat si isteri walaupun baru tiga bulan membina rumah tangga.

◆◆◆

Lina menoleh tatkala terdengar derap kaki melangkah masuk ke ruang dapur.

"Kazu dah tidur?"

Schwi mengangguk. Dia mengambil tempat di meja dapur lalu meneguk air kosong yang sudah tersedia di dalam botol.

"Lena dia tidur. Suhu badannya dah menurun sikit. Kuranglah sikit rasa risau ni."

Schwi mengeluh tiba-tiba.

"Kenapa kak?" Lina menghampiri lalu duduk bertentangan dengan Schwi.

"Entah la. Sejak akhir-akhir ni, badan aku selalu sakit-sakit. Lepas tu cepat penat walaupun baru berdiri sekejap." Schwi memberitahu kerisauan yang melanda dirinya.

"Dah beritahu Kazu tentang ni?"

Schwi menggeleng.

"Aku tak nak buat dia risaulah." Dagu ditongkat, mata memandang tepat ke luar sana.

"Betul jugakkan."

Lina menghela nafas berat.

"Tiga ekor tu dah makan?"

Lina mengangguk saja.

"Hmm..."

Mereka diam sejenak.

Tiba-tiba Lina berdiri.

"Nak ke mana?" Schwi yang hanya memerhati dengan lirikan mata bertanya.

"Nak ke pekan. Barang dapur dah semakin berkurang. Nak tunggu Kazu belikan, entah bila jugaklah dia akan sembuh."

Lina mencapai bakul yang terletak elok di atas rak. Bakul itu sememangnya untuk kegunaan mereka berdua. Senang untuk membawa barang basah mahupun barang kering yang dibeli. Letak je dalam bakul tu.

"Aku nak ikut."

Lina menggeleng tidak membenarkan.

"Siapa nak jagakan Kazu nanti?"

"Alah, dia tidur kut. Bukannya perasan pun ketiadaan orang dalam rumah ni."

Lina mengeluh.

"Buat apa nak ke sana? Jaga Kazu dekat rumah lagi bagus."

"Aku nak jumpa Emilia."

Schwi tersenyum saja.

Lina mendengus geram.

"Nah la. Akak pergi. Lina tinggal dekat rumah jagakan Kazu." Lina terpaksa mengalah apabila mengenangkan Kazu yang mungkin akan keseorangan jika mereka berdua keluar.

Pantas saja Schwi berdiri dan merampas bakul dari Lina.

"Aku pergi dulu."

Schwi berlalu keluar dari dapur. Laju saja langkahnya berjalan meninggalkan kawasan rumah.

Semakin jauh dirinya dari rumah, semakin perlahan langkahnya.

Tiba-tiba langkahnya terhenti.

Schwi mengeluh sendiri. Dia mendongak memandang langit biru yang dihiasi awan gebu.

Langkah diatur semula. Perlahan saja dia berjalan dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Schwi."

Schwi mendongak tatkala mengenali empunya suara yang memanggil namanya.

"Emilia."

Schwi terus terjelepok jatuh ke tanah.

"Schwi." Emilia segera mendapatkan Schwi. Cemas dirinya apabila melihat keadaan kawannya itu.

Dengan bantuan Emilia, Schwi kembali berdiri.

"Kenapa dengan awak ni?"

Perlahan-lahan langkah diatur sambil dipapah oleh Emilia.

"Tak tahu la. Entah kenapa, aku selalu rasa penat sejak akhir-akhir ni. Ni sakit kepala pulak."

Emilia diam saja mendengar cerita Schwi. Dia cuba menganalisa kata-kata Schwi tadi. Baginya, ada sesuatu yang tak kena pada gadis yang dipapahnya itu.

"Kita ke butik saya ya?"

Schwi angguk saja. Akur kerana dia juga sudah tak bertenaga hendak berjalan dengan kaki sendiri tanpa bantuan.

Sepanjang perjalanan, Emilia banyak bertanyakan perihal keadaan diri Schwi dan Kazu.

Schwi menjawab saja soalan yang dituju padanya tanpa bantahan.

◆◆◆

Masuk saja ke dalam butik, Emilia segera menutup dan mengunci pintu kedainya.

Papan tanda 'buka' juga ditukarkan kepada 'tutup'.

Setelah itu, dia kembali mendapatkan Schwi semula dan gadis itu dipapah masuk ke dalam sebuah bilik yang ada di bahagian belakang butik.

Di dalam bilik itu memang serba lengkap dengan perabot seperti almari, katil, meja solek serta bilik mandi.

"Kau baring sini kejap ya."

Schwi dibaringkan di atas katil sementara Emilia meloloskan diri ke dalam bilik mandi.

Sementara Emilia tiada, Schwi melilaukan matanya, memandang sekeliling bilik.

Tiada apa yang menarik di dalam bilik itu pada pandangannya, sehinggalah pandangannya terhenti pada sebuah bingkai gambar yang berada di atas meja solek.

Entah mengapa, dia berasa ingin melihat gambar itu dengan lebih dekat. Tetapi ditahan dirinya daripada menyibuk hal Emilia.

"Maaf buat kau menunggu."

Emilia masuk ke ruang bilik dengan membawa sebekas air sabun yang masih berbuih-buih.

Dia duduk di atas katil dan menghadap Schwi.

"Kau nak buat apa?" Schwi disapa dengan rasa cuak tatkala melihat tingkah Emilia.

"Jangan risau ya."

Baju Schwi diselak sedikit.

"Emilia." Schwi cuba menurunkan semula bajunya, tetapi tangannya ditepuk kuat oleh Emilia.

"Jangan kacau keja aku boleh tak?" Emilia berkata dingin.

Terus terdiam dan menikus Schwi apabila melihat perubahan riak wajah Emilia.

Emilia kembali tersenyum.

Kedua-dua belah tangannya dicelupkan ke dalam air sabun tadi sebelum tangan ditekap pada perut Schwi.

Schwi memerhati saja tingkah Emilia meskipun dia berasa geli pada perut, tetapi ditahan saja rasa itu.

Mata Emilia berubah hitam semuanya tanpa Schwi sedari.

Beberapa minit kemudian, Emilia mengalihkan tangannya, lalu permukaan perut Schwi dilap dengan kain kering.

Baju diturunkan semula.

"Apa yang kau buat pada aku tadi?"

"Tak ada apa." Emilia berkata penuh bersahaja sambil mengelap tangannya pula.

"Awak duduk-duduk dulu sementara saya buang air ni."

Emilia membawa bekas air tadi masuk ke dalam bilik mandi.

Schwi duduk bersandar pada kepala katil sambil tangan mengusap perut.

"Schwi."

Teguran Emilia membuatkan pandangan Schwi beralih pada pemilik suara.

Emilia menghampiri lalu duduk di tempatnya tadi.

Tangan Schwi dicapai dengan senyuman mekar yang terlakar di bibirnya.

"Kau dah kenapa?"

"Tahniah! Awak mengandung dan dah masuk sebulan usia kandungan awak," kata Emilia dengan rasa teruja.

Schwi tergamam mendengarnya.

"Merepeklah. Aku tak ada alahan pun."

"Sebab alahan tu  dah beralih pada Kazu."

Schwi terdiam.

"Kenapa ni? Tak suka ke?" Terus berubah riak wajah Emilia. Hilang senyuman dan kegembiraannya yang telakar sebentar tadi.

Tiba-tiba Schwi mengalirkan air mata.

"Eh? Kenapa ni?"

"Aku gembira... Gembira sangat-sangat." Emilia terus didakapnya dengan erat.

Emilia tersenyum kembali. Belakang Schwi diusap bagi meredakan tangisan si gadis.

'Bonda, Cassia mengandung. Beginikah perasaannnya tatkala kali pertama ibu tahu akan kehadiran aku dalam rahimnya? Bahagianya perasaan ni.'

◆◆◆

Sepanjang hari tu, Schwi tersenyum saja.

Lina dan Kazu yang melihat tingkah Schwi pun disapa dengan rasa aneh.

Tetapi malam tu,

"Boleh akak masuk?" Schwi terpacul di muka pintu bilik Lina.

Lina menutup buku yang dibacanya.

"Masuklah." Si remaja duduk bersila di tengah katil.

Schwi menghampiri lalu duduk menghadap Lina.

"Ada apa ni? Kazu macam mana?"

"Kazu dah tidur semula lepas makan ubat."

Lina mengangguk.

"Akak nak beritahu kau sesuatu ni."

"Ya?"

Senyuman leret terlakar di bibir Schwi.

Tangan Lina dicapai lalu diletakkan pada perutnya.

"Seperti yang dijanjikan, kau akan dapat hadiah sempena perkahwinan akak dan Kazu yang dah lama berlalu tu."

Lina berkerut dahi. Dia tak memahami maksud kata-kata Schwi.

Pandangannya dialihkan pada tangan sebelum dia dapat menangkap sesuatu.

"Akak... Mengandung ke?"

Schwi tersenyum lalu mengangguk mengiakan tekaan Lina.

"Argh!" Lina menjerit kegembiraan.

"Oi!" Mulut Lina terus ditekup.

"Bisinglah kau ni. Terjaga Kazu nanti."

Lina mengangguk akur sebelum Schwi melepaskan Lina.

"Berapa bulan dah?" Lina terus bertanya dengan rasa teruja.

"Sebulan. Itu pun Emilia yang beritahu."

"Emilia? Macam mana dia boleh tahu? Dia bukan ada ilmu perubatan pun." Berkerut dahi Lina dek rasa hairan.

"Pada mulanya akak pun fikir macam tu. Tapi dia dah ceritakan segalanya. Katanya, sebelum ni dia dah banyak merantau dan dah banyak ilmu yang dipelajarinya, termasuklah ilmu perubatan. Sebab tu dia boleh tahu yang akak mengandung." Schwi bercerita dengan penuh semangat.

Telalu teruja mungkin.

"Ohh..." Lina mengangguk saja.

"Lina bakal dapat adik. Yeay!" katanya penuh teruja dan rasa tidak sabar.

"Kazu dah tahu?"

Schwi menggeleng.

"Aku nak buat kejutan. Mungkin bulan depan. Pada tarikh yang sama dengan perkahwinan kami."

Lina terdiam. Entah kenapa, dia berasa tidak suka dengan tindakan Schwi itu.

"Tak terlalu lambat ke?"

"Kau jangan risau. Aku akan jaga diri dan kandungan sementara nak tunggu tarikh tu."

Lina senyum terpaksa. Dia terpaksa akur saja dengan keputusan Schwi meskipun dia tidak setuju.

◆◆◆

Lysda duduk di atas takhta diraja sambil bersilang kaki dan bernyanyi kecil.

Hatinya berasa senang dan lapang. Tiada lagi bebelan, tiada lagi 'adik' yang biadab.

Semuanya sudah tiada.

"Ah! Sunyi jugak ya istana ni bila semua dah 'pergi'."

Lysda tersenyum sendiri.

"Tapi, inilah yang aku inginkan selama ni. Tiada siapa yang mampu memarahi aku lagi. Hanya aku yang berkuasa!"

Lysda berdiri dengan megah dan penuh agkuh. Dia bangga dengan pencapaian dirinya sendiri.

Siapa sangka, dalam 7 bulan saja, dia mampu menghapuskan kesemua ahli keluarga itu.

Si raja dan permaisuri kini sedang nazak. Eliz dan adik lelakinya pula, sudah dihapuskan seperti mana yang pernah dia lakukan kepada Nolan sebelum ini.

"Ah! Hidup aku semakin senang."

Sedang Lysda berangan, tiba-tiba seorang pengawal memasuki ruang menghadap itu.

Angan-angan Lysda berderai. Dia kembli duduk dan memaparkan riak bengis pada pengawal itu.

"Ada apa kau datang ni?"

"Tuanku, angkatan kita sudah sedia. Kelengkapan juga sudah hampir siap." Pengawal itu menyampaikan laporan.

Lysda tersenyum kecil.

"Jika semua dah selesai, kumpulkan semua. Aku mahu perkara ini disegerakan."

"Baiklah tuanku."

Pengawal itu mengundur diri, meninggalkan Lysda sendirian di ruang menghadap.

Senyumam meleret terlakar di bibir.

"Nova, tunggu kehadiran aku dan yang lain. Akan aku musnahkan kerajaan tu, dan padamkannya dari peta dunia sehingga kewujudannya dilupakan oleh semua."

Lysda ketawa sendiri. Baginya, diri dia lebih berkuasa kini. Tiada sesiapa yang mampu menghalang tindakannya lagi.

Eliz juga sudah tiada untuk menghalang segala rancangannya. Dialah yang berkuasa di kerajaan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top