Bab 28~[Kasih dan Dendam]
Schwi naik ke bilikya dengan selamba. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sepanjang ketiadaannya di rumah.
Buka saja pintu bilik, matanya terpandang akan susuk tubuh suaminya yang sudah lena di atas katil.
Lelaki itu kelihatan terlalu lena. Penat mungkin.
Pintu ditutup dengan perlahan. Langkah perlahan menghampiri katil.
Punggung dilabuhkan di sebelah si suami.
"Maaflah sebab keluar tanpa minta izin dulu." Kepala Kazu diusap penuh kasih.
Schwi tersenyum kecil melihat wajah lena Kazu. Ya, dia akui, wajah tenang Kazu tika lena sangat menyentuh hati dan membuatkan dirinya jatuh cinta lagi pada lelaki itu.
Badan direbahkan.
Wajah menghadap wajah Kazu sehinggakan deruan nafas hangat menyapa wajah.
Degupan jantung hilang rentaknya.
Schwi tertawa sendiri. Lucu dengan sikap diri yang masih tidak hilang rasa segan meskipun sudah bergelar pasangan yang sah.
"Apa yang lucunya?"
Schwi terus terkaku. Tawa kecilnya terhenti.
Tangan si suami melingkari pinggang dan tubuhnya terus ditarik rapat.
"Mana kau pergi? Jangan buat aku risau boleh tak?"
Schwi menatap wajah Kazu.
Matanya berkelip memandang Kazu yang masih terpejam matanya.
"Schwi, jawab soalan aku." Belakang tubuh Schwi ditepuk perlahan seperti mendodoikan anak kecil.
"Err... Aku jumpa seseorang..."
Diam sejenak.
"Siapa?" Pelukan semakin erat.
Schwi buntu. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan si suami.
"Jangan buat aku risau. Kau tu tak sihat."
Kucupan hangat singgah di dahi.
Schwi berasa serba salah. Dia akui, tidak sepatutnya dia bertindak sebegitu tanpa kebenaran Kazu terlebih dahulu.
"Maaf."
Kazu menggeleng perlahan.
"Aku rindukan kau."
Kazu menunduk sedikit.
Wajah Schwi didongakkan sedikit lalu bibir si isteri dikucup kejap.
Pasangan itu mula tenggelem dalam perasaan penuh rindu. Berlayar dengan kasih yang mengikat hati.
♥♥♥
Lysda kembali ke istana dengan muka yang bengis.
Tiada siapa yang berani menyapa gadis itu tatkala berselisih dengannya.
"Menyinga je kerja kau. Tak penat ke?"
Lysda menjeling Eliz yang entah dari mana, tiba-tiba saja muncul di sebelahnya.
Malas hendak melayan, Lysda terus mempercepatkan langkahnya. Melayankan Eliz, boleh gila dirinya.
"Kau dari Nova, kan?"
Langkah Lysda tiba-tiba terhenti.
"Aku tak bodoh. Orang lain mungkin kau boleh tipu, tapi bukan aku. Aku dah muak dengan helah kau. Tak habis-habis nak menyusahkan orang saja."
Lysda berpaling. Matanya tajam menikam wajah Eliz yang sudah tersenyum sinis.
"Kau tergugat dengan aku ke?" Eliz memprovok lagi. Dia suka membuat gadis di depannya itu mengamuk.
"Pergi matilah," kata Lysda perlahan.
"Apa... Arggh!"
Eliz terjatuh.
Dia tidak perasan akan rekahan yang mengelilinginya saat Lysda berkata ayat tadi. Di sebakan kelekaannya, dia terjatuh dari tempat dia berdiri.
"Kau tu yang menyusahkan aku." Lysda berpaling ingin pergi.
"Pengecut!"
Tiba-tiba badan Lysda terasa berat. Dia tak mampu bergerak dek kerana pentagram tarikan graviti yang terhasil di bawah kakinya.
Lysda yang tadinya berdiri terus melutut. Dia cuba sedaya upaya untuk menahan badannya daripada melekat pada lantai istana.
Eliz muncul di hadapannya.
"Kau yang patut mati!"
Eliz menyepak Lysda dengan sepenuh tenaga.
Lysda merempuh dinding sehingga pecah lalu dia terbaring di tengah-tengah taman bunga yang berada di tengah-tengah istana.
Eliz muncul di depan Lysda. Sekali lagi di ingin menyepak Lysda. Tetapi kali ni, kakinya ditangkap kemas oleh Lysda.
"Menyusahkan."
Dengan hanya menggunakan sebelah tangan, Lysda mencampak Eliz sehingga remaja itu tercampak merempuh dinding. Gaya gadis itu seperti mencampak seketul betul yang kecil saja.
Lysda bangkit. Sayapnya dibuka seluasnya lalu dikibas sehingga menghasilkan jejarum angin yang tajam.
Jejarum angin itu menerpa ke arah tempat di mana Eliz dicampakkan.
Eliz yang baru sedar terus menggelabah mengelak serangan tersebut. Tak sempat dia hendak membuka sayapnya untuk terbang.
Lysda berdecit geram kerana serangannya tidak mengena.
"Argh!"
Eliz menggunakan kuasa kinesis lalu mencampak Lysda sekali lagi merempuh dinding.
Sayap dikibas, bunga dandelion yang menghiasi kawasan itu beterbangan memenuhi ruang perlawanan.
"Aku tak akan maafkan perbuatan kau!"
Badan Lysda dicengkam dengan tanah.
Dia menghampiri.
"Mula-mula kau bunuh abang Nolan."
Cengkaman semakin kuat.
"Lepas tu akak Cassia."
Air mata mula bergenang di tubir mata. Dendamnya, tekadnya kuat untuk membunuh Lysda.
"Lepas ni giliran siapa pula!"
Lysda sudah tercungap tidak cukup nafas, tetapi senyuman sinis tetap terlakar di bibirnya.
"Giliran kau," katanya perlahan.
Tanah pencengkam merekah dengan perlahan sebelum ia pecah.
Serpihan tanah terpelanting lalu menghiris lengan Eliz.
Eliz berundur lalu menekap lukanya yang mengalirkan darah berwarna biru.
"Giliran kau pula untuk mati!"
Pentagram muncul di atas kepala dan di bawah kaki Eliz.
Eliz pula tidak mampu bergerak. Dia terkaku di antara dua pentagram itu.
Tiba-tiba remaja itu berasa pedih dan panas.
Dia menjeling, memandang sayapnya dan dia disapa dengan rasa terkejut.
Api hitam menjamah sayapnya yang terbuka luas. Api itu memakan sayapnya secara perlahan-lahan.
Eliz tidak mampu berbuat apa-apa.
"Masa untuk tamatkan hayat kau."
Lysda membuka sayapnya.
Puluhan bilah belati keluar dari celah-celah pelepah sayap Lysda.
Tangan diangkat lalu dia mengarahkan pisau belati itu menuju ke arah Eliz.
Eliz ingin memejamkan matanya. Dia tak sanggup untuk melihat puluhan pisau itu menembusi tubuhnya. Tetapi malangnya, dia langsung tak mampu untuk menggerakkan kelopak matanya.
Lysda sengaja membiarkan mata Eliz terbuka luas. Dia mahu remaja itu melihat sendiri saat kematiannya.
Tiba-tiba pisau itu berdenting jatuh ke tanah.
Pentagram yang mengurung serta api yang ada pada Eliz juga menghilang. Eliz jatuh terduduk.
Lysda menoleh.
Matanya terpandang akan wajah ayahandanya.
Reaksi si tua itu kelihatan marah dengan kerutan yang terlakar di dahi.
Si raja menghampiri dan dia diiringi oleh permaisuuri dan anak angkat lelakinya yang bongsu.
Lysda mendengus marah.
"Apa yang berlaku ni?" Si raja bertanya dengan nada suara menahan marah.
"Tak perlu tahu," jawab Lysda tanpa perasaan.
Si permaisuri dan anak lelakinya membantu Eliz yang kelihatan lemah semangat dan tak mampu untuk berdiri dengan kakinya sendiri.
"Jangan nak biadap! Ayahanda dah lama perhatikan perangai kamu. Kamu semakin teruk. Makin menjadi-jadi perangai kamu."
Amarah si raja itu bagaikan angin lalu saja. Langsung tak diendahkan oleh Lysda.
"Kalau kamu terus bersikap sebegini, ayahanda akan tarik balik kelayakan kamu sebagai puteri mahkota."
Ugutan si raja berjaya mendatangkan satu perasaan marah dalam diri Lysda.
Ikutkan rasa hari, mahu saja dia membantah. Tetapi dia tak mahu menanggung risikonya.
Dalam fikirannya, dia sudah mula merangka sesuatu yang dapat mengekalkan gelarannya dalam tampuk pemerintahan sebelum menguasai kerajaan itu.
"Ayahanda mahu kamu pergi sekarang."
Lysda kelihatan akur, tetapi sebelum berlalu, dia sempat menoleh.
Tika semua tidak sedar, dia mencampakkan satu jarum yang halus dan tak mampu dilihat, dan targetnya adalah Eliz.
Eliz terperasan dek kilauan yang dihasilkan oleh jarum itu.
Dia mengelak.
Pegangan si permaisuri dan adik lelakinya terlepas, lalu Eliz terhembas punggungnya di atas tanah.
Pipi mengalirkan darah.
Semua tergamam dengan kejadian yang berlaku sepantas kilat dan tanpa diduga itu.
Lysda berpaling ingin pergi, tetapi saat dia menoleh, satu tamparan kuat menyinggah pada pipinya.
Tertoleh dia menahan peritnya tamparan itu.
"Balik bilik dan jangan keluar dari bilik kamu!"
Lysda berdecit. Dia terus berlalu pergi meninggalkan mereka semua.
Si raja segera mendapatkan anak angkatnya itu.
"Apa yang terjadi? Betul ke apa yang ayahanda dengar tadi. Tentang..."
Si raja berasa sedih tiba-tiba.
"Lysda yang bunuh Nolan?"
Tidak berfikir apa lagi, Eliz terus mengangguk laju.
"Boleh ceritakan segalanya pada ayahanda?"
"Semestinya." Eliz setuju.
Dia berdiri dengan bantuan mereka bertiga.
'Aku akan jatuhkan kau seperti mana kau jatuhkan Cassia suatu masa dulu.' Tekad Eliz dalam hati.
Lysda yang bersembunyi di balik tembok berasa menyirap darahnya.
"Aku perlu hapuskan perempuan tu." Pandangan tajamnya ditumpukan pada Eliz yang berjalan masuk ke dalam istana bersama yang lain.
♥♥♥
Dalam kegelapan bilik, Kazu menatap wajah isterinya yang elok lena di dalam dakapannya.
Dari dalam kesamaran cahaya bulan, dia dapat melihat garis-garis kerutan yang terlakar di dahi si isteri. Peluh juga merinik membasahi dahi.
"Mimpi apa jugalah kau ni?"
Kain selimut ditarik, lalu peluh di dahi dilap dengan lembut.
"Tidur dengan tenang sayang. Semoga tiada lagi mimpi buruk."
Dakapan dieratkan. Pipi gebu Scgwi dikucup lembut.
'Pergilah mimpi... Jangan kau ganggu isteriku lagi. Biarlah bintang saja yang menemani kami malam ini. Biarlah keindahan saja yang menyinari kehidupan kami. Pergilah mimpi. Izinkan kami hidup pada realiti yang diinginkan.'
Setelah memastikan yang si isteri sudah kembali tenang, Kazu kembali memejamkan matanya. Dakapannya langsung tidak renggang.
Baginya, biarlah mereka berkeadaan sebegitu jika dengan cara itu saja mereka mampu untuk terus bersama.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top