Bab 25~[Kenangan Pedih]
"Cassia!"
Cassia tersentak. Pensil ditangan terus terpelanting jatuh ke tanah.
"Apa abang ni? Terkejut Cassia." Dada diusap sambil dia menunduk mencapai pensilnya semula.
"Hahaha." Nolan mentertawakan Cassia. Dia mengambil tempat di sebelah remaja perempuan itu.
"Buat apa tu?" Dia menjengah pada lakaran kasar yang sudah siap dilakar cantik pada kanvas putih.
"Melukis ni." Cassia menyambung lakarannya yang terbantut dek diganggu sebentar tadi.
Nolan hanya memerhati tingkah Cassia. Tangan kecil remaja perempuan itu laju saja melakarkan pemandangan tasik yang terbentang luas di depan mereka.
Hatinya mula disapa dengan rasa bosan.
"Cassia."
"Hmm..." Tanpa menoleh dia menjawab.
"Jomlah main. Abang bosanlah. Tengok Cassia melukis lagilah bosan."
Cassia tidak mengendahkan kata-kata Nolan. Lukisan itu lebih penting baginya berbanding remaja lelaki yang duduk di sebelahnya itu.
Nolan mendengus geram. Kanvas lukisan terus ditarik.
"Abang!" Cassia berasa marah. Rosak lukisanya kerana ditarik sebegitu kasar.
"Jangan abaikan abang. Abang tengah bercakap tadi." Nolan berkata tegas.
Cassia berdiri.
"Nak cakap, cakap jelah. Cassia dengar. Tapi tak payah la nak rampas-rampas lukisan orang."
Kanvas lukisan yang dipegang Nolan segera dirampas semula dengan kasar. Dia terus berlalu meninggalkan Nolan yang diselubungi dengan rasa serba salah.
♥♥♥
30 tahun kemudian
"Abang, cantik tak?" Cassia memperagakan gaun ungu lembut yang diberikan oleh rakannya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-45 semalam.
"Cantik," balas Nolan acuh tak acuh. Dia sibuk dan terlalu leka dengan gajet yang ada di tangannya.
Cassia mencebik. Dia tak berpuas hati dengan komen yang diberi.
Dia menghampiri katil lalu duduk di sebelah Nolan yang berbaring.
"Jawab dengan ikhlaslah." Lengan Nolan digoncang.
"Hmmm..."
"Abang." Tangan Nolan direntap. Gajet yang dipegang Nolan terus terjatuh terkena pada mukanya.
Cassia terdiam.
"Cassia."
Cassia terus berdiri dan bersedia untuk membuka langkah seribu.
"Mari sini kau!"
Gaun diangkat lalu mereka berdua berkejaran keliling istana.
♥♥♥
10 tahun 5 bulan kemudian
Malam tu, Nolan meluahkan perasaannya. Katanya, sejak kecil lagi dia sudah memendam rasa suka pada Cassia.
Kini, sudah 5 bulan mereka mengikat ikatan pertunangan. Semuanya indah buat mereka berdua.
Saling mencintai dan saling menyayangi.
Sehinggalah satu perkara yang tak pernah diduga, berlaku di dalam hubungan mereka berdua.
"Apa maksud semua ni abang?" Beberapa keping gambar dicampak tepat pada wajah Nolan.
Nolan terkedu dengan tingkah Cassia yang tiba-tiba menerjahnnya tika dia sedang sibuk.
"Apa ni Cassia?" Kepingan gambar yang berterabur di atas meja kerjanya dikutip. Satu demi satu gambar itu dilihatnya.
Riak wajah Nolan berubah kecewa.
"Cassia percayakan semua ni?"
"Cassia tak tau nak percaya atau pun tidak. 2 bulan abang kerja luar kerajaan. Tika tu, apa-apa pun abang boleh buat tanpa pengetahuan Cassia." Perlahan-lahan kepercayaan Cassia pada Nolan kian memudar.
"Cassia tahukan yang abang hanya cintakan Cassia seorang saja."
Cassia menggeleng.
"Tipu! Kalau abang cintakan Cassia seorang, kenapa hari-hari Cassia nampak Lysda keluar masuk bilik abang tiap malam? Kenapa Cassia selalu nampak Lysda bersama abang di taman belakang?" Cassia mula mempersoalkan setiap satu perkara yang selalu dilihatnya tetapi dipendam saja.
"Lysda masuk bilik abang tiap malam? Abang tak tahu pun tentang perkara tu. Pasal taman, ya, abang akui. Memang abang selalu ajak Lysda ke sana. Tapi tujuan abang hanyalah nak bertanyakan tentang Cassia. Itu saja."
Riak wajah Cassia masih tegang.
Nolan berdiri lalu menapak menghampiri Cassia.
"Cassia.." Tangan Cassia cuba dicapai, tetapi gadis itu segera mengelak.
"Bagi Cassia berfikir. Biarkan Cassia berseorangan untuk sehari ni." Cassia terus berlalu keluar dari bilik kerja Nolan.
Nolan menjerit namanya pun, dia langsung tidak menyahut. Dia terluka. Dia kecewa.
Gambar Nolan berpelukan dengan dua orang gadis yang berlainan membuatkan dia terluka. Sakit sehingga tak terkata dan tak terlihat lukanya itu.
♥♥♥
"Seharian aku berkurung dalam bilik. Tapi bila aku keluar je, berita kematian Nolan sampai ke telinga aku."
Air mata mula bergenang di tubir mata. Rasa sesal masih tersisa di dalam hati.
Kazu mengusap tangan Schwi. Dia mahu mendengar dengan lebih lagi. Dia tak mahu Schwi terbawa-bawa dengan emosi yang dialaminya.
"Semua salahkan aku. Kata mereka, disebabkan tindakan aku yang melukakan hati Nolan, Nolan bertindak membunuh diri."
Schwi menghela nafas berat.
"Semua tuduh aku, akulah punca segalanya. Mereka juga menuduh aku, yang aku memutuskan pertunangan kami walhal hakikatnya, kami masih pasangan tunangan tika tu."
Schwi diam sejenak untuk mengesat air mata yang masih bertakung di dalam mata.
"Aku tak tahu macam mana pertelingkahan kami boleh diketahui orang. Mereka salahkan aku sebab aku yang memulakan pergaduhan. Aku mengugut Nolan. Semua jenis keburukan dilemparkan pada aku."
Gigi diketap. Buku lima dikepal sebagai tanda marah, benci dan dendam.
"Boleh aku tahu macam mana kau tahu yang Nolan disabotaj?" Kazu berasa pelik apabila mendengar cerita Schwi sebentar tadi.
Mana tidaknya, semua menuduh yang Nolan membunuh diri, tetapi bagi Schwi, lelaki itu disabotaj oleh seseorang.
"Aku nampak makanan berterabur dalam bilik kerja tu. Botol kaca jernih di dalam genggaman Nolan dan ia kosong. Langsung tiada sisa titisan cecair di dalamnya. Sebab tu aku mula rasa curiga dan syak sesuatu tidak kena dengan kematian Nolan."
"Apa kau buat lepas tu?"
"Aku geledah bilik Nolan untuk cari sesuau yang boleh dijadikan bahan bukti. Bila tak jumpa, aku geledah pula semua bilik yang ada secara senyap. Sehinggalah aku terjumpa satu botol berwarna coklat di dalam tong sampah yang ada dalam bilik Lysda."
Schwi diam sejenak. Dia mengambil nafas dalam.
"Dia pembunuh tu?"
Schwi menggeleng.
"Aku tak pasti. Sebab tu aku lakukan uji kaji."
"Uji kaji?"
Schwi mengangguk.
"Aku titiskan sedikit sisa cecair yang ada dalam botol tu ke dalam bekas air dan bekas air tu aku letakkan di tempat yang tersorok. Esoknya, aku ternampak seekor burung mati di sebelah bekas air tu dan bekas tu dah kosong. Mungkin tertumpah dilanggar haiwan lain."
"Kau ada syak sesiapa?"
"Tak."
"Kau tak syak Lysda?"
"Tak juga. Waktu tu aku ni bodoh. Aku buat kesimpulan yang seseorang telah membunuh Nolan dan botol itu dibuang di dalam bilik Lysda dengan niat mahu mempersalahkan Lysda. Bagi aku, Lysda dianiaya oleh seseorang."
Kazu mengangguk mendengarnya. Fahamlah dia kini mengapa Schwi susah untuk menerima hakikat kematian Nolan.
"Tapi sekarang, aku yakin dialah pembunuh tu."
Kazu kelihatan terkejut dengan tuduhan itu.
"Kenapa?"
"Untuk pengetahuan kau, dialah punca aku ditendang ke dunia ni. Dia fitnah aku mencuri punca kuasa puak kami iaitu Qzured."
Kazu terdiam.
Schwi mengeluh.
"Aku malas nak fikir semua ni dah. Apa yang aku tahu, aku nak cipta kebahagiaan dengan kau je sekarang ni. Biarlah apa nak jadi dekat sana sekalipun, ia bukanlah hal aku lagi."
"Aku adalah urusan kau sekarang." Pipi Schwi disentuh.
"Kau masalah aku. Perlu ditangani segera."
Kazu ketawa. Ya, dia adalah masalah Schwi yang selalu mengganggu ketenteraman si isteri.
Hanya pada Schwi saja dia bertingkah sebegitu. Kerana Schwi saja yang layak mendapat 'masalah' darinya.
♥♥♥
Diera memegang segulung utusan yang masih belum diberikan kepada bonda dan ayahandanya.
Gulungan kertas itu dibuka. Isi kandungannya dibaca berulang kali.
"Aquilla? Rasa macam pernah dengan nama kerajaan ni. Tapi dekat mana ya?" Diera cuba menggali memorinya untuk mengingati di manakah dia pernah mendengar nama kerajaan itu.
Mata dipejam rapat. Dia membayangkan satu persatu memori sehinggalah dia teringat akan seseorang.
"Hai! Nama saya Schwi Cassia."
Mata terus dicelik luas.
Ingatan mula memainkan memorinya bersama kanak-kanak bernama Schwi Cassia tika dirinya berumur 6 tahun.
"Ya, perempuan tu dari Aquilla kalau tak silap aku."
Secebis senyuman terlakar di bibir Diera.
"Dia nak datang sini ke? Ah! Dah lamanya aku tak jumpa dia. Tiba-tiba rasa rindu pula."
Diera merebahkan badan di atas tilam empuknya.
"Mesti kau semakin cantikkan? Aku harap kau masih ingat pada aku."
Mata dipejam rapat.
Diera terlena dibawa arus memori bersama sahabat baiknya ketika kecil.
P/s: pusingan masa di Aquilla adalah berbeza. Makanya, masa Schwi bertunang, umurnya dianggap sebagai remaja
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top