Bab 21~[Perancangan]
Petang itu, segala persiapan untuk pulang sudah diletakkan pada sisi kuda masing-masing.
Kazu sibuk membetulkan pelana kuda Schwi, sementara si gadis pula hanya memerhati. Lagipun, Kazu sendiri yang tidak mengizinkan dirinya berbuat apa-apa. Katanya, berehat saja.
Schwi mengeluh kebosanan.
"Kau dah kenapa?"
"Bosan." Luah Schwi dengan riak wajah yang jelas kebosanan.
Kazu langsung tidak membalas. Malas hendak melayan.
"Kazu..."
"Yo." Zas datang menyapa. Lelaki itu turut menarik seekor kuda bersamanya.
"Kau nak ke mana ni?"
"Aku akan ikut korang balik dan hadiri majlis perkahwinan tu sebagai wakil raja."
"Kau wakil raja?" Schwi bertanya seolah-olah tidak percaya.
Zas mengangguk saja.
"Hmm..." Itu saja yang dibalas oleh Kazu dan Schwi. Malas nak ambil tahu dengan lebih lanjut lagi.
"Eh, jomlah. Mereka semua dah tunggu kita dekat depan sana." Zas mengajak. Dia tak mahu keluarga diraja itu menunggu mereka dengan lebih lama lagi.
"Macam menghalau je," kata Schwi perlahan. Tak mahu dua lelaki itu terdengar kata-katanya.
"Schwi sini." Kazu melambai tangan, menggamit Schwi agak menghampiri.
Schwi berdiri dan mendekati Kazu.
"Naik."
"Ha?"
"Naik atas kuda ni."
"Tapi..."
"Jangan nak bantah boleh tak?" Riak wajah Kazu berubah marah dan serius.
"Okey. Tak payah la nak marah-marah." Schwi mencebik. Dia naik di belakang kuda kelabu itu dengan bantuan Kazu.
"Okey semua dah siap. Jomlah."
Zas mengangguk.
Zas dan Kazu menarik kuda masing-masing keluar dari bangsal dan berkumpul di laman depan istana untuk bertemu dengan keluarga diraja.
"Semoga perjalanan pulang kamu dimudahkan," ucap si permaisuri pada mereka bertiga.
"Terima kasih, tuanku."
Raja Czer menghampiri Kazu.
"Terima kasih sekali lagi kerana dah merawat puteri beta. Tanpa kamu, beta rasa anakanda beta tak akan mampu berjalan seperti sekarang ni," ucapan terima kasih diiringi dengan tepukan mesra di bahu Kazu.
"Itu dah menjadi tugas saya, tuanku." Dalam pada itu, Kazu sempat menjeling sekilas pada Schwi.
"Sebagai tanda perhargaan dan hadiah perkahwinan kamu berdua, beta dengan sukacitanya mahu memberikan kamu ini." Sebuah kotak sebesar buku tulis dihulurkan pada Kazu.
Kazu menerimanya dengan senang hati.
"Terima kasih tuanku."
Raja Czer mengangguk.
"Pakaikannya pada pengantin kamu nanti. Mesti sesuai dengan dia nanti."
Kazu tersenyum saja.
"Zas."
Si raja memanggil.
"Ya tuanku."
"Jagakan mereka sepanjang perjalanan dan seperti yang dibicarakan sebelum ni, kamu sebagai wakil beta."
"Saya faham tuanku."
"Kami berangkat dulu, tuanku. Hari pun dah semakin gelap ni." Kazu meminta diri mewakili mereka semua.
"Baiklah. Jaga diri sepanjang perjalanan."
Kazu mengangguk. Dia dan Zas segera menaiki kuda masing-masing.
"Jumpa lagi jika panjang umur."
Mereka saling berbalas lambaian.
Kuda berjalan perlahan meninggalkan laman istana.
Mereka memasuki kawasan kota.
"Ada nak singgah mana-mana ke?" Zas bertanya pada Kazu dan Schwi.
Kazu memandang Schwi untuk mendapatkan jawapan daripada gadis itu.
"Tak ada apa dah kut." Schwi menjawab sambil menggeleng.
"Baiklah. Kalau begitu, kita teruskan saja perjalanan."
Langkah kuda dipercepatkan sehinggalah mereka keluar daripada kawasan kota utama itu.
Kuda dipacu masuk ke dalam sebuah hutan tebal. Di sana, kuda diberhentikan langkahnya.
"Kenapa berhenti?" Zas yang hanya ikutkan saja tingkah Kazu, berasa hairan.
"Tunggu jelah." Schwi pula yang menjawab.
Kazu turun dari kudanya lalu menapak sedikit jauh dari mereka semua.
Dia menumpukan tumpuannya untuk membuka portal terus ke rumah.
Portal dibuka.
Zas tergamam dengan apa yang baru dilihatnya.
"Aku tertanya-tanya. Siapa kalian berdua ni ha?"
Kazu berpaling sedikit.
"Puak yang paling digeruni oleh semua kaum manusia."
Zas terdiam. Tak tahu bagaimana mahu bereaksi.
Schwi tertawa kecil. Lucu pula pada pendengarannya.
"Jomlah Zas. Jangan nak termenung je," sapa Schwi sempat mentertawakan lelaki itu terlebih dahulu.
Zas mengangguk akur. Dia dan Schwi menunggang kuda masuk ke dalam portal terlebih dahulu. Meninggalkan Kazu yang baru mahu memanjat kudanya semula.
Kazu menunggang kudanya, masuk ke dalam portal tersebut.
Portal tertutup sendiri.
Hutan mulai sunyi dengan hanya ditemani bunyi desiran dedaun.
※※※
Zas terpegun melihat kawasan sebuah rumah. Pada mulanya, dia terkejut kerana tiba-tiba saja mereka muncul di laman rumah tersebut. Tetapi perasaan itu digantikan pula dengan rasa terpesona tatkala melihat perhiasan laman rumah itu.
Cantik, kemas, sedap mata memandang dan tenang terasa di hati. Sungguh mendamaikan.
"Rumah siapa ni?" Zas bertanya dengan mulut yang terlopong kekaguman.
"Rumah kami," jawab Kazu lalu menunggang kudanya terus ke belakang kawasan rumah.
"Rumah korang? Maksudnya, korang dah duduk serumah sebelum kahwin lagi?" Zas kelihatan terkejut.
Schwi hanya mampu tersenyum. Tak tahu bagaimana mahu menjawab soalan itu.
Mereka berdua mengekori langkah kuda Kazu. Terus ke belakang laman.
Masing-masing turun daripada kuda.
"Schwi!"
Lina menerjah keluar dari rumah melalui pintu belakang dan berlari ke arah Schwi. Tubuh Schwi segera didakapnya dengan erat.
Schwi tersenyum saja. Kepala Lina diusap penuh manja.
"Rindunya."
"Aku pun rindukan kau."
"Schwi je? Aku kau tak rindu ke?" Ada nada rajuk di dalam kata-kata Kazu itu.
Lina menoleh pada Kazu. Senyuman dilakarkan buat lelaki itu.
"Lina pun rindukan Kazu. Tapi, rindu Lina lebih lagi buat Schwi."
Kazu mencebik geram.
Schwi tertawa melihat telatah Kazu. Bukan selalu dapat melihat lelaki itu bertingkah laku sebegitu. Geli hatinya.
Tiba-tiba pandangan Lina beralih pada Zas.
"Siapa lelaki tu?" Jari dituding lurus ke arah Zas yang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Oh. Kenalkan, nama dia Zas. Wakil keluarga diraja kerajaan." Kazu memperkenalkan Zas kepada Lina.
"Wakil diraja? Untuk apa?" Tumpuan beralih pada Kazu.
"Dia wakil diraja untuk majlis perkahwinan aku."
"Kahwin? Kazu nak kahwin dengan siapa?" Riak wajah Lina berubah. Dia langsung tak gembira apabila mendengar perkataan kahwin keluar dari mulut Kazu.
Lirikan mata Kazu beralih pada Schwi.
Lina memandang ke arah pandangan Kazu.
Matanya memandang wajah Schwi yang tersenyum saja.
"Kazu... Nak kahwin dengan akak ke?" Soalan ditujukan pada Schwi. Lupa sudah dia akan persoalannya mengenai Zas.
Schwi mengangguk malu-malu.
Senyuman meleret terlakar di bibir Lina.
"Wah! Lina akan dapat mama!" Jelas terpancar kegembiraan di wajah Lina apabila mengetahui, Schwi lah bakal pengantin Kazu dan bukannya wanita lain seperti yang dijangkanya.
"Lina, sudah-sudah la tu. Biarlah kami masuk dan berehat dulu. Malam ni kita bincang lagi, ya."
Lina mengangguk. Dengan pantas dia menarik Schwi masuk ke dalam rumah.
"Woi!"
Tepukan di belakang kepala Zas membuatkan lelaki itu terdorong ke depan sedikit.
"Apa masalah kau ni?" Zas menggosok belakang kepalanya.
"Jangan nak tenung anak dara aku macam tu kalau kau tak nak buta," ugut Kazu kerana tidak suka dengan cara Zas merenung Lina. Sungguh tidak beradab!
"Budak tadi tu anak perempuan kau ke?" Zas bertanya penuh minat. Langsung dia tidak peduli dengan ugutan Kazu tadi.
"Anak angkat aku." Kazu terus berlalu meninggalkan Zas di belakang. Malas dia nak nelayan kepala lelaki itu.
"Wow."
Zas juga memasuki rumah melalui pintu belakang yang digunakan oleh mereka bertiga sebentar tadi.
※※※
Sesudah makan malam, mereka berempat berkumpul di ruang tamu rumah bagi membincangkan hal majlis tersebut.
"Jadi, bila majlis tu?" Zas memulakan pertanyaan.
"Esok."
"Ha?" Schwi terkejut mendengar jawapan singkat itu.
"Ya, majlis tu aku nak adakan esok."
"Kau gila ke apa? Persiapan majlis macam mana? Mana mungkin segalanya akan siap dalam masa tak sampai 24 jam ni." Schwi membantah keputusan Kazu. Dia gemuruh sebenarnya.
"Aku nak mempercepatkan majlis. Aku risau lepas ni aku sibuk dengan hal dekat klinik." Kazu beralasan. Tetapi kata-katanya itu benar.
Seminggu dia tiada, bertimbun laporan kesihatan yang datang di kliniknya. Semua itu perlu diuruskannya dengan segera.
Schwi kelihatan resah dan gemuruh.
Kazu mencapai tangan Schwi lalu menggenggamnya erat.
"Kau jangan risau, aku dah uruskan segalanya. Apa yang kau perlu lakukan esok hanyalah berhias secantik yang boleh. Bolehkan?"
Schwi mengangguk saja.
"Akak jangan risau. Lina akan dandan akak dan menjadikan akak sebagai pengantin yang paling cantik di alam semesta ni." Lina berkata dengan penuh semangat.
Zas hanya menjadi pemerhati dan pendengar. Dia juga turut tersenyum melihat telatah mereka bertiga.
Di matanya, mereka kelihatan sempurna. Saling melengkapi meskipun tiada pertalian darah antara mereka bertiga.
"Bolehkan Zas?"
Soalan yang tiba-tiba membuatkan Zas tersedar.
"Apa?"
Kazu mendengus.
"Kau jadi pengapit aku." Ulang Kazu setelah kata-katanya tadi tidak didengari oleh lelaki itu.
"Ah! Kau. Kau dah lupa ke dengan apa yang pernah kau lakukan pada aku sebelum ni? Kau dah tumbuk aku, kau juga hampir bunuh aku dan dengan senang je kau nak aku jadi pengapit kau? Memang taklah." Zas berkata tegas. Dia mahu Kazu merayu dengan lebih lagi. Hehe.
"Bukan sebelum ni pun kau setuju ke nak tolong aku?"
"Mana ada!"
"Kau dah lupa ke? Mula-mula kau setuju nak tolong aku beritahu keluarga raja tu tentang perkahwinan ni. Tapi sekarang, kau tolak pula?" Kazu kelihatan tidak puas hati.
Zas pula buat tak endah.
"Tak apa, Kazu. Lina akan minta pertolongan Emilia untuk carikan pengapit lelaki buat Kazu." Lina berkata dengan terujanya.
Kazu tersenyum.
"Bagus. Aku pun malas nak pujuk merayu pada budak tu." Kazu menjeling geram pada Zas yang buat tak tahu saja.
Dalam pada rancak berbual, Schwi memandang tangannya yang masih digenggam erat oleh Kazu.
Pandangan dialihkan pada wajah Kazu.
Wajah lelaki itu kelihatan berseri dan gembira meskipun semua itu tidak diperlihatkan secara jelas.
'Aku janji. Aku akan bahagiakan kau walaupun kebahagiaan ini hanyalah untuk sementara. Aku akan bahagiakan kau hingga akhir hayat aku.' Ungkapan itu hanya mampu terluah di dalam hati saja.
Tangan menggenggam tangan Kazu.
Kazu yang tersentak, lantas menoleh.
Schwi tersenyum mesra padanya.
Kazu membalas senyuman Schwi. Genggamannya pada tangan Schwi dipereratkan.
Mereka mengingikan kebahagiaan. Mereka mahu meniti hari baru bersama. Sama-sama mahu mengecapi kebahagiaan dan saling melengkapi.
Kehidupan baru akan bermula esok.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top