Bab 19~[Lamaran si Lelaki]
Wajah Schwi yang comot dengan kesan darah yang mengalir keluar daripada hidung, dilap dengan sehelai kain basah.
Dahi si gadis pula dituam dengan tuala lembap. Demam panas si gadis terlalu tinggi. Sebab itu hidungnya berdarah dan dia jatuh pengsan.
"Lembap. Degil. Keras kepala. Semuanya bagi dekat kau. Selalu buat aku geram." Kazu mula membebel sendiri. Wajah pucat Schwi ditatap dengan penuh perasaan.
Tangan Schwi dicapai dan diusap lembut.
"Disebabkan sikap kau tulah, aku susah nak lupakan kau."
Tangan menyeluk poket seluar. Sebentuk cincin dikeluarkan.
"Aku tahu, ni bukanlah masa yang sesuai untuk hal sebegini. Tapi, aku hanya berani berlaku macam ni dengan keadaan kau macam ni je. Bila kau sedar, aku tak kuat nak luahkannya. Sebab tu aku layan kau dingin je. Aku tak tahu macam mana nak tunjukkan perasaan aku ni pada kau."
Kazu meluahkan kejujurannya meskipun tidak didengari oleh Schwi. Dia sudah tidak peduli. Memang niatnya tak mahu Schwi mendengar luahan hati yang sudah lama dipendam.
Cincin yang bertatahkan permata biru itu disarungkan dengan perlahan pada jari manis kiri si gadis.
"200 tahun lebih aku tunggu seorang gadis yang mampu membuka pintu hati aku. Sakit. Penantian itu sememangnya satu penderitaan. Aku kesunyian sepanjang hidup. Tetapi semuanya berubah tatkala aku terjumpa Lina yang tika tu bersendirian di dalam hutan.
Sejak tu, dialah permata aku. Dialah kesayangan aku. Aku sayangkan dia, tapi aku tak tahu bagaimana nak tunjukkan rasa sayang tu pada dia. Dialah anak kesayangan aku."
Satu persatu diceritakan pada Schwi yang masih lena. Entah si gadis dengar atau pun tidak, dia langsung tak ambil peduli. Asalkan dia dapat meluahkan setiap satu yang dipendam.
"Tahniah pada kau. Kaulah gadis pertama yang berjaya mencuri hati aku. Sebab tu aku ambil keputusan untuk jadikan kau sebagai permaisuri dalam hidup aku."
Tangan Schwi yang sejak tadi digenggam kemas, dibawa ke bibir. Cincin yang tersarung pada jari manis si gadis, dikucup.
Kasihnya sudah tumpah pada gadis dari kacukan puak Angel dan Zodiak yang diberi nama Schwi Cassia.
▶◀▶◀
Schwi terjaga. Dia memandang suasana di luar melalui pintu gelongsor yang terbuka luas.
Matahari terbit dari sebelah Timur sememangnya mendamaikan. Indah dan tenang saja hati tatkala mata memandang.
Lirikan mata beralih pada Kazu. Lelaki itu tidur di sisi katil dengan lenanya.
Tidak semena-mena, wajah Schwi berubah merah.
Ingatannya teringat akan mimpi yang dialaminya malam tadi.
Ia bukanlah satu mimpi yang buruk seperti selalunya, tetapi satu mimpi indah yang membuatkan dirinya tak mahu bangun dari mimpi itu.
Ah! Ia sangat memalukan!
Wajah diraup beberapa kali. Saat itu, baru dia perasan. Sebentuk cincin sudah tersarung elok pada jari manis kirinya.
"Eh?"
Cincin berpermata biru itu menjadi tatapannya.
'Dari mana datangnya ni? Sejak bila muncul?'
"Kau dah bangun rupanya."
Schwi tersentak. Pandangannya terus beralih pada Kazu yang sedang mengeliat.
Kazu pula terpandang pada tingkah Schwi yang bermain dengan cincin pada jarinya.
"Oh! Kau perasan rupanya." Mata digosok.
"Ha?"
"Cincin tu dari aku." Jujur Kazu sebelum menguap.
"Dari kau? Gila apa bagi cincin ni dekat aku?" Schwi bertingkah seolah-olah mahu mencabut cincin itu dari jari manisnya.
"Aku nak kahwin dengan kau."
Terus terbantut laku Schwi.
Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangan pada Kazu. Lelaki itu kelihatan selamba dan bersahaja apabila meluahkan hal tadi.
"Apa yang kau katakan tadi? Ulang balik." Pinta Schwi seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya tadi.
"Aku nak kahwin dengan kau. Itu pun tak dengar ke?"
PAK!
"Sakitlah gila!" Kazu menekap pipinya yang perit dan panas dek ditampar oleh jari-jemari halus Schwi.
"Oh! Sakit. Jadi, ni bukan mimpilah ya." Terangguk-angguk Schwi dengan teorinya.
Perlahan-lahan wajah Schwi kembali membahang.
"Mengarut!" Dia menggeleng.
Kazu menepuk dahi melihat sikap Schwi.
"Meh aku buktikan kebenarannya."
Kazu mendekatkan wajahnya dengan wajah Schwi.
Membulat mata Schwi dengan jarak yang terlalu hampir. Dia langsung terkaku.
PAP!
"Aduh! Sakit la!" Schwi mengusap laju dahinya yang baru saja dijentik dengan padu.
"Kesimpulannya, ia bukanlah mimpi."
"Ya. Bukan mimpi." Schwi mengakuinya sambil mengusap dahi yang masih pedih.
"Maksudnya apa yang aku dengar malam tadi pun bukan mimpilah kan?"
Riak wajah Kazu terus berubah.
Kantoi!
"Itu mungkin mimpi. Aku tidur lena je malam tadi. Penat sebab kau kan hampir nak bunuh aku malam tadi."
"Mungkin jugakan." Schwi percayakan saja. Dia bukannya sedar pun malam tadi. Langsung tak mampu nak membezakan antara realiti dan mimpi.
Perlahan saja Kazu menghela nafas lega. Lega kerana Schwi mempercayai kata-katanya.
Schwi berhenti menggosok dahinya. Dia duduk tegak menghadap Kazu.
"Aku tahu ini adalah mimpi. Tapi aku tetap nak tanya kau."
"Macam serius je?"
"Hmm." Schwi mengangguk serius.
"Ha, apa? Cakap jelah."
"Berapa umur kau? Kazu dalam mimpi aku cakap yang dia dah menunggu selama 200 tahun lebih. Jadi, aku nak tahu umur kau yang sebenarnya."
Kazu diam. Dia tak tahu hendak menjawab apa.
Melihatkan langsung tiada respon dari Kazu, Schwi terus mengeluh.
"Baiklah. Aku beritahu kau dulu. Umur aku 210 tahun." Schwi berkata jujur.
"Aku 234."
Schwi mengangguk.
"Maksudnya, kau ni bukanlah manusia biasa, kan?" Duga Schwi lalu tersenyum kecil.
"Apa maksud kau?"
"Manusia biasa tak mungkin akan mencecah usia sebegitu. Kalau betul pun, wajahnya tak mungkin akan semuda kau."
Kazu mengangguk mengiakan saja.
"Baiklah. Aku terima alasan kau."
"Tapi... Kalau kau ni bukannya manusia biasa, jadi kau ni siapa sebenarnya?" Schwi kelihatan berminat mahu mengetahui Kazu dengan lebih lagi.
Kazu tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit kirinya.
"Kau akan tahu segalanya tentang aku selepas kita kahwin nanti." Hidung Schwi dicuit sekilas.
Memerah terus wajah Schwi. Malu kerana diperlakukan sebegitu.
"Ka-kau serius ke tentang hal kahwin ni?"
Kazu megangguk dengan seriusnya.
Schwi terdiam.
Kazu cuba menyentuh wajah Schwi, tetapi dengan pantasnya si gadis mengelak.
Terhenti tindakan Kazu apabila melihat tidak balas Schwi.
Tangan diturunkan.
Anak mata hazel Schwi ditatap sedalam-dalamnya.
"Aku ikhlas dan aku hanya cintakan kau seorang saja."
Schwi menunduk.
Dia menggenggam selimutnya.
"Merepek!"
Schwi kembali baring dan selimut terus ditarik menyelubungi seluruh tubuh termasuk kepala.
Malu hendak berhadapan dengan lelaki itu.
Kazu tersenyum saja.
"Kau jangan nak tidur balik! Pergi mandi lepas ni. Baju kau tu dah comot dengan kesan lumpur. Ikutkan hati, nak je aku tukarkan baju kau tu semalam."
"Merepek! Ah! Keluar!" Terjerit-jerit Schwi di dalam selimut. Dia malu!
Kazu menahan tawa.
Dia berdiri dan berdehem sedikit.
"Aku nak balik bilik. Nanti aku datang lagi."
Diam. Langsung tiada balasan.
"Pastikan kau dah siap mandi bila aku datang balik." Kazu menitipkan pesanan lagi.
Dia terus menggeleng apabila Schwi langsung tidak mahu membalas kata-katanya.
"Ingat pesan aku ni."
Kazu terus berlalu keluar. Pintu bilik ditutup rapat.
Schwi mengintai sedikit. Kelibat Kazu langsung tidak kelihatan. Dia terus mengeluarkan kepalanya dari selimut.
"Kau memang gila, Kazu."
Cincin pada jari dipandang.
"Aku pun cintakan kau dengan penuh ikhlas," ucap Schwi spontan.
Sedar akan kelancaran kata-katanya, mulut terus ditekup.
'Apa aku merepek tadi? Ah! Mulut jahat!'
Mulut ditepuk-tepuk, tetapi dalam masa yang sama, senyuman bahagia tetap juga terlakar pada bibir kecilnya.
'Nolan, aku harap kau tak risaukan aku lagi. Dia akan jaga aku dengan baik. Aku yakin dengan dia.' Secebis senyuman perit terlakar di bibir Schwi.
Ada sesuatu yang dipendamnya. Ada sesuatu yang dirahsiakannya daripada pengetahuan Kazu. Belum masanya, bukan?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top