Bab 17~[Kerisauan dan Amaran]
ZING...
Telinga dibingitkan dengan satu desingan yang panjang dan menyakitkan telinga.
Kelopak matanya dibuka perlahan.
Pandangannya yang berbalam-balam menyukarkan pandangan.
Desingan semakin lama semakin perlahan dan akhirnya diam. Langsung tiada lagi bunyi yang menyapa gegendang telinga.
'Ah! Sakitnya kepala ni.'
Dia perlahan-lahan bangun dari pembaringan. Tubuh disandarkan pada permukaan pintu. Mata dipejam kejap. Nafas diambil dalam, sebelum dihembus dengan perlahan.
'Aku tertidur depan pintu rupanya.' Senyuman tanpa perasaan telakar di bibir pucatnya.
Tangan ditekan pada dinding. Dengan tenaga yang ada, perlahan-lahan dia berdiri. Sedaya upaya dia menguatkan kaki yang tak mampu menampung berat badannya sendiri.
Setelah berjaya berdiri, langkah kecil dibuka. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah katil.
Dalam pada dia berjalan, terdengar suara riuh di luar sana.
"Tuan puteri dah sembuh!" kata satu suara pada yang lain.
Dia melakarkan senyuman gembira. Langkah diatur lagi.
Tiba saja di katil, badan terus direbahkan. Tangan mendepa luas dengan mata yang tepat memandang siling.
'Aku nak... Rehat...' Matanya terpejam semula.
Dia kembali lena, memandangkan tubuhnya sudah kehilangan sumber tenaga.
*****
Kazu berdiri di sudut bilik. Dia hanya memerhati kegembiraan keluarga diraja yang gembira melihat puteri tunggal mereka sihat dan mampu berjalan lagi.
'Mana Schwi ni?' Kazu tertanya sendiri. Kadang-kala matanya melirik ke arah pintu bilik yang terbuka luas. Dia mengharapkan yang Schwi akan muncul dan berdiri di sebelahnya.
Keluhan meniti bibir.
Mata memandang pasangan diraja yang menghampirinya.
"Terima kasih, Kazu," ucap si permaisuri sambil mengesat air mata kegembiraan yang masih tersisa di tubir matanya.
Kazu sekadar tersenyum.
"Memandangkan kamu dah pulihkan anakanda beta, beta dengan sukacitanya akan tunaikan apa saja permintaan kamu." Si raja menawarkan tawaran yang sememangnya akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang mampu menyembuhkan puterinya.
Pada mulanya, Kazu hanya diam. Langsung tiada niat hendak mengharapkan pembalasan dari keluarga itu. Tetapi ingatannya teringat akan Schwi dan terus dia mengambil keputusan untuk meminta satu perkara.
"Patik mahu bersiar-siar di kota ni." Minta Kazu.
Si raja dan permaisuri berasa hairan mendengarkan permintaan itu.
"Itu saja? Kamu hanya mahu bersiar-siar keliling kota?" Si raja bertanya untuk kepastian.
Kazu mengangguk penuh yakin. Ya, dia tak akan mengubah fikirannya. Semua ini demi Schwi, bukan dirinya.
Raja itu menghela nafas.
"Baiklah. Beta akan arahkan seseorang untuk membawa kamu bersiar-siar di sana nanti."
"Terima kasih, tuanku." Kazu menunduk tanda terima kasih.
"Boleh patik keluar?"
"Pergilah." Si raja memberi keizinan buat Kazu.
Tanpa menunggu lagi, Kazu terus membuka langkah laju, keluar daripada bilik itu.
Dia menuruni satu persatu anak tangga dan terus mengatur langkah ke arah bilik Schwi.
Pintu bilik gadis itu tertutup rapat dan sunyi. Langsung tiada bunyi-bunyian yang datang dari dalam bilik itu.
"Schwi." Pintu diketuk.
Tiada sahutan.
"Schwi. Kau ada dekat dalam ke?" Kali ini, Kazu cuba memulas tombol pintu pula. Tetapi malangnya, ia berkunci dari dalam.
"Schwi buka pintu ni." Pintu diketuk lagi. Hatinya disapa dengan rasa gelisah dan tak menentu.
Nafas dihela perlahan. Lelaki itu memandang kiri dan kanan. Tubuh dirapatkan pada pintu.
Tangan menggenggam kemas tombol pintu, lalu mata pula dipejam rapat.
KLAK
Bunyi kunci terbuka dari dalam.
Kazu memulas tombol dan pintu ditolak.
Matanya terpandang akan Schwi yang masih berselimut di atas katil.
Dari tempat dia berdiri, dia dapat melihat cara gadis itu bernafas. Seperti tidak cukup nafas saja, dengan dada yang berombak laju dan saat dia mengambil nafas, kelihatan tersangkut-sangkut seperti sukar untuk bernafas.
Kazu cemas.
Pintu ditutup kemas serta dikunci.
Langkah pantas dihalakan ke arah katil.
Perlahan-lahan Kazu melabuhkan punggungnya di sisi Schwi.
Gadis itu kelihatan tenang, tetapi cara penafasannya membuatkan Kazu risau.
"Schwi."
Tubuh si gadis digoncang perlahan.
Schwi membuka kelopak matanya dengan payah.
"Kazu." Schwi mengukir senyuman saat melihat wajah Kazu.
"Kau... Kenapa ni?" Kazu bertanya dek disapa kerisauan.
Perlahan-lahan Schwi menggeleng.
"Sakit kepala je," jawabnya dengan mata yang dipejamkan semula.
Kazu tidak percaya. Pandangan matanya beralih pada rambut Schwi yang sudah berubah kepada warna kelabu sepenuhnya.
"Kau buat apa malam tadi?" Kazu bertanya serius. Riak wajahnya juga serius.
"Aku tidur... Sakit kepala sejak lepas makan malam." Jujur Schwi dalam penipuan.
"Jangan tipu aku, Schwi." Kazu kelihatan marah apabila melihat ketidak jujuran Schwi.
Schwi membuka kelopak matanya semula.
Matanya bertemu dengan mata Kazu.
Segaris senyuman dilakarkan pada bibir.
"Aku tak tipu, Kazu."
Kazu menatap anak mata Schwi sedalam-dalamnya. Malang sekali, lelaki itu tidak dapat mengesan sebarang penipuan dari anak mata Schwi.
Kazu mengeluh.
"Baiklah. Aku percayakan kau."
Schwi tersenyum suka.
"Petang nanti kita jalan keliling kota ni, ya. Aku dah minta kebenaran raja." Kazu memberitahu dengan terujanya.
Schwi sekadar tersenyum.
Keterujaan Kazu memudar. Dia berasa tidak senang tatkala melihat Schwi yang terbaring seperti tidak sihat.
"Kau... Betul ke sakit kepala je?"
Schwi mengangguk.
Kazu sepertinya tidak percaya. Hatinya kuat menyatakan yang Schwi bukan sakit kepala. Ada sesuatu yang gadis itu sembunyikan dari pengetahuannya.
"Kazu... Aku nak rehat. Kalau kau nak jalan keliling kota, kau pergi sendiri sajalah, ya." Schwi cuba memujuk. Dengan keadaannya yang kini, dia langsung tiada rasa hendak berjalan. Kaki pun bukannya kuat sangat nak berdiri lama-lama.
"Tapi..."
"Maaf, ya."
Kazu menatap wajah tidak bermaya Schwi.
Keluhan meniti di bibir.
"Baiklah. Kau rehat je dalam bilik ya. Nanti aku belikan sesuatu untuk kau."
"Jangan lupa tentang Lina. Belikan juga sesuatu untuk dia." Schwi memperingatkan.
Kazu tersenyum. Dia mengangguk akur.
"Aku... Keluar dulu."
Schwi mengangguk.
Kazu berdiri. Wajah Schwi ditatap kejap sebelum dia melangkah keluar.
Setelah perginya Kazu, Schwi terus menghela nafas berat.
"Maafkan aku..." Mata terpejam rapat. Sekali lagi, Schwi terlena.
*****
Kazu duduk di birai katilnya.
Wajah diraup beberapa kali.
"Aku tahu semua ni kerja kau. Kenapa kau perlu tipu aku? Kenapa kau lakukan semua ni tanpa pengetahuan aku?" Kazu bertanya seolah-olah Schwi ada bersamanya.
"Haih." Lazu mengeluh panjang.
Dia berdiri dan berlalu keluar dari biliknya.
Dia perlukan ketenangan. Jika dia terus tertekan, sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Langkah diatur saja. Dia langsung tidak tahu hendak ke mana. Lagi pula, itu bukannya rumah dia.
Tiba saja di kawasan belakang istana, telinganya menangkap bunyi dentingan besi yang berlaga. Langkah diatur ke arah bunyi itu.
Semakin lama, semakin kuat. Bunyi itu datangnya dari balik hutan buatan yang sememangnya milik keluarga diraja itu.
Kazu berdiri di sebelah sebatang pokok. Dia berpeluk tubuh dan matanya memandang lurus ke arah dua orang lelaki yang sedang bermain pedang.
Langkah mereka lancar dan pantas. Kemas dan cantik saja gerakkan dua lelaki itu.
"Kazu. Kau buat apa dekat sini?"
Kazu memandang lelaki yang menyapanya.
"Hilangkan bosan," katanya tanpa reaksi di wajah.
"Han!" Henry melambai, menyapa dua lelaki itu.
"Marilah ikut serta kami berlatih. Aku nak tengok juga kau ni pandai berlawan ke tak." Kening dijongket tanda mencabar.
"Malas." Laju saja Kazu membalas.
"Tadi kata bosan."
Kazu diam sejenak. Ikutkan rasa hati, dia malas hendak melayan Han.
"Kazu! Sinilah, kita lawan pedang sama-sama." Keir yang sudah berhenti bermain pedang, mengajak Kazu.
Kazu mengeluh malas. Dengan langkah yang perlahan, Kazu menghampiri enpat sekawan itu.
Keir terus menghulurkan pedangnya saat Kazu sudah berdiri di sebelah.
"Kau lawan dengan Han, ya."
Kazu anggukkan saja.
Han sudah bersedia di tengah kawasan. Pedangnnya diputar-putarkan seperti dia adalah pemain pedang yang handal.
Kazu berdiri bertentangan dengan Han. Pedangnya yang mencecah tanah, dibenamkan sedikit hujungnya.
"Sedia!" Jeff bersuara sambil memandang Han dan Kazu silih berganti.
Han mengangkat pedang tanda sedia.
"Mula!"
Han pantas berlari ke arah Kazu, manakala Kazu pula masih lagi kekal di posisinya.
Tatkala pedang dilibas, Kazu pantas menunduk. Pedangnya masih tetap di atas permukaan tanah. Langsung tidak berganjak.
Han melibas lagi dan kali ini di bahagian bawah pula.
Kazu melompat dan dia menghayunkan sepakan tepat pada telinga kanan Han.
"Argh!" Lelaki itu mengerang kesakitan lalu mengundur menjauhi Kazu. Telinga ditekup kerana desingan yang kuat bergema di dalam telinganya.
Mereka terpempam dengan kepantasan Kazu. Ternyata lelaki itu bijak dalam mengawal keadaan.
"Ah! Berderah pulak!" Han baran. Dia terus berlalu keluar dari tempat berlawan.
Kazu telah memenangi perlawanan.
"Yo! Semua!"
Mereka semua berpaling pada suara yang menyapa.
"Yo, Zas!" Keir mengangkat sebelah tangan dan menyapa seorang lagi rakannya yang baru muncul.
Riak wajah Kazu terus berubah bengis serta-merta.
Zas juga begitu. Riak wajahnya berubah seram tatkala bertemu mata dengan Kazu. Dia kenal lelaki itu dan itu membuatkan dia berasa seram.
"Aku nak lawan dengan dia," pinta Kazu dengan pedang yang lurus ditujukan pada Zas.
Semua terkejut.
"Tapi dia baru saja balik. Zas perlukan rehat." Keir melarang.
Kazu tetap dengan keputusannya itu.
"Baiklah. Aku terima cabaran kau."
Keir terkejut dengan keputusan sahabatnya itu.
Kazu mengukir senyuman sinis dalam diam.
"Kau baru saja sampai. Takkan kau nak berlawan pula?" Keir kelihatan tidak setuju dengan keputusan Zas.
"Ada aku kisah." Zas menjatuhkan beg serimpangnya. Pedang yang tersisip di tepi pinggang ditarik keluar dari sarungnya.
Lelaki itu berjalan menghampiri Kazu dengan perasaan gamuruh.
Mereka berdiri saling bertentangan.
Zas mengangkat pedang dan Kazu berkedudukan seperti semasa sedang berlawan dengan Han sebentar tadi.
"Mula!"
Kazu menghilang dalam sekelip mata.
Zas tiba-tiba mengelak dan tetakan Kazu menghempas tanah.
"Pantasnya." Mereka berlima terkejut melihat kepantasan Kazu yang tiba-tiba muncul di belakang Zas.
Zas menghela nafas lega. Rasa gerun menguasai diri saat melihat rekahan pada tanah yang terhasil dari tetakan Kazu tadi.
"Jangan... Lari." Keras intonasi suara Kazu.
Kazu terus menyerang lagi. Asakan demi asakan diberikan buat Zas yang cekap menghadang, mengelak dan menyerang balas serangan Kazu.
'Kenapa langsung tak kena ni?'
Kazu bertambah geram.
"Jangan biarkan kemarahan kau menguasai diri."
Entah dari mana, suara Schwi bergema di dalam mindanya.
Kazu memandang sekeliling, mencari kelibat Schwi. Mana tahu, kutlah gadis itu ada memerhati dari mana-mana, kan.
Zas tersenyum sinis melihat kelekaan Kazu.
Pantas dia menujahkan diri ke arah Kazu dengan pedang yang sudah sedia hendak menembusi Kazu.
Kazu memejamkan matanya kejap. Masa seakan menjadi perlahan.
Hujung pedang dibenamkan ke dalam tanah.
Zas semakin menghampiri.
Dengan perlahan, Kazu mengelak dan belakang Zas dihentak dengan sikunya.
Zas tersungkur jatuh.
Di saat itu, Kazu mengambil peluang dengan menyepak Zas sekuat hati.
Lelaki itu terseret sehingga merempuh sebatang pokok.
Kazu melangkah menghampiri. Pedangnya diheret dan menghasilkan satu aura yang menakutkan.
Zas yang baru bangun, tersandar pada batang pokok itu. Darah mengalir dari mulutnya.
Dia mendongak memandang Kazu yang sudah berdiri di hadapannya.
Kazu mengangkat pedangnya tinggi. Zas pula sudah memejam rapat matanya. Dia akui kekalahannya.
ZUP!
KRAK!
Pokok tempat Zas bersandar tumbang dengan satu hayunan pedang sahaja.
Membulat mata Zas dek rasa terkejut dan takut.
Semua terlopong.
"Jauhkan diri kau dari Schwi," kata Kazu dengan nada yang serius.
Zas mengangguk dengan teragak-agak.
Kazu terus berpaling dan menghampiri Keir.
Pedang yang digunakannha dihulurkan semula pada Keir dan lelaki itu menyambutnya.
"Maaf jika pedang kau ada cela mana-mana. Kalau ada rosak dan perlu dibaiki, beritahu saja pada aku. Aku akan bayarkan segalanya." Usai berkata sebegitu, Kazu terus berlalu meninggalkan mereka berenam.
Jeff dan Henry segera mendapatkan Zas, manakala Keir dan Han pula melihat-lihat pedang yang baru saja digunakan oleh Kazu.
"Elok wei. Langsung tak ada calar. Matanya pun masih tajam dan tak sumbing," beritahu Keir pada Han yang berada di sebelahnya.
Han mengangguk dan membenarkan kata-kata Keir.
Dia sendiri pun terkejut dengan apa yang dilihatnya kini.
"Keir! Han! Jom bawa Zas ke bilik rawatan. Pengsan dah kawan kita ni." Suara Jeff, yang sedang memapah Zas. Lelaki itu sudah tidak sedarkan diri. Mungkin terlalu takut dan terkejut kerana nyawanya hampir melayang.
Keir dan Han segera mendapatkan sahabat mereka dan membantu apa yang patut.
"Menarik," kata seorang gadis yang sejak tadi memerhatikan tingkah 7 orang jejaka itu dalam diam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top