Bab 15~[Kerajaan Nova]


No one's POV

Tiga hari berlalu. Ternyata perjalanan ke kerajaan menjadi lebih singkat berbanding perjalaan ke kampung tempat Kazu berkhidmat.

Kazu menjeling pada Schwi yang terlentok-lentok dek mengantuk.

Pandangan matanya beralih pada rambut gadis itu. Warna hitam rambut si gadis semakin pudar. Warna kelabu lebih banyak dan terdapat juga helaian berwarna putih.

Hati lelai itu disapa kehairanan.

Tiba-tiba derap langkah kuda terhenti.

Kazu terus mengalihkan pandangannya ke hadapan.

"Kita dah sampai," kata Keir lalu tersenyum.

Mereka kini berada di hadapan sebuah gerbang utama untuk memasuki Bandar Besar Kerajaan Nova.

"Wah! Besarnya." Schwi berkata penuh kagum. Mata gadis itu bersinar-sinar tatkala melihat gerbang yang tinggi di depan mata.

Gerbang itu tiba-tiba terbuka dengan perlahan. Bunyi gemercing lagaan rantai mengilukan pendengaran.

Setelah gerbang terbuka luas, barulah mereka menapak masuk ke kota utama itu.

Sekali lagi Schwi disapa dengan rasa kagum.

Susunan bandar yang teratur, tingkah manusia yang kelihatan sopan dan baik, semuanya memukau hati si gadis.

Semua yang dilihatnya membuatkan Schwi terlalu teruja. Terlalu suka untuk menjelajah kota utama yang besar itu.

Kanak-kanak yang berlari di kaki lima kedai melambai mesra ke arah mereka tatkala mereka melintasi kumpulan kanak-kanak itu.

Schwi membalas lambaian mereka dengan mesra.

Geram dia melihat anak-anak manusia yang comel-comel, saling berkejaran.

"Kazu! Nanti kita jalan-jalan keliling kota ni boleh?" Suara Schwi agak kuat apabila bertanya pada Kazu yang ada di sebelah.

"Saya akan bawa awak nanti." Keir memintas Kazu.

Kazu mendengus perlahan. Geram apabila lelaki itu memintas kata-katanya sebelum sempat dia bersuara.

"Terima kasih Keir!" Schwi tersenyum suka. Terlalu suka!

Kazu memandang Schwi sekilas.

Dari tepi, dia dapat melihat sinar kegembiraan yang terpancar di mata dan wajah gadis itu. Senyuman tidak lekang dari terus terukir di bibir kecilnya.

Kazu tersenyum kecil. Dia tak mahu sesiapa pun terlihat senyumannya itu.

Beberapa minit menunggang, mereka berhenti di hadapan sebuah lagi pintu gerbang yang menempatkan istana diraja.

Dari jauh, sudah terlihat binaan istana yang tinggi mencakar langit.

Binaan mencakar langit itu terdapat empat buah. Ia seolah-olah mengelilingi istana dan dihujung setiap satu dari bangunan itu, terdapat sebuah permata yang berkilau tatkala terkena pancaran matahari.

Gerbang dibuka dari dalam.

Mata mula disapa dengan pemandangan indah yang menghiasi laman istana.

Sepanjang laluan hendak ke pintu utama istana dihiasi oleh rimbunan bunga-bungaan yang pelbagai warna, di kiri dan kanan laluan.

Di sebelah kanan juga terdapat sebuah kolam yang dipenuhi dengan bunga teratai berwarna putih.

Beberapa orang pekebun kelihatan sedang menggubah pokok-pokok berdaun yang menghiasi laman tersebut.

"Tenangnya." Schwi berkata perlahan. Matanya terpejam rapat menghayati suasana indah itu.

"Schwi." Kazu menyapa si gadis yang leka.

Schwi berpaling. Senyuman terlakar di bibirnya.

"Kenapa?"

Kazu menggeleng. Tak jadi dia hendak bertanya dan mengganggu gadis itu, setelah melihat senyuman ceria yang terlakar di bibir si gadis.

Schwi lekas berpaling.

Langkah kuda berhenti di hadapan lorong utama hendak ke pintu masuk istana.

Seoang demi seorang turun dari tunggangan.

"Schwi."

Kazu menghulurkan tangan hendak membantu gadis itu turun.

Schwi menyambutnya lalu turun dengan bantuan Kazu.

Pintu istana terbuka luas. Beberapa orang pengawal melangkah keluar dan dibelakang pengawal itu, terdapat beberapa orang dayang istana.

"Selamat pulang Keir." Seorang dayang istana yang cantik rupanya menyapa Keir.

"Terima kasih kakak." Keir tersenyum pada wanita itu.

Kuda tunggangan mereka dibawa ke bangsal oleh para pengawal yang keluar tadi. Manakala barangan seperti beg diambil oleh dayang istana.

"Marilah masuk. Tuanku raja sudah menanti di ruang menghadap." Dengan suara yang lemah-lembut, wanita itu mempelawa mereka masuk.

Mereka semua membuntuti langkah wanita cantik itu.

"Siapa dia? Kenapa kau panggil dia kakak?" Schwi yang beriringan dengan Keir mula bersoal.

Keir tersenyum mendengar soalan Schwi.

"Dia kakak saya. Harla namanya. Dia salah seorang dayang di istana dan telah berkhidmat selama 5 tahun."

"Ooo..." Terangguk-angguk Schwi mendengar.

Keir menyembunyikan senyumannya.

Mereka tiba di hadapan satu lagi pintu.

Pintu dibuka oleh dua orang pengawal yang berkawal di hadapannya.

Mereka mula melangkah masuk ke ruang luas itu.

Ruang menghadap itu hanya dihiasi dengan dua buah lampu chandelier yang tersusun selari di atas siling.

Di kiri dan kanan ruang itu pula dihiasi dengan tingkap berkaca yang berwarna.

Tengah ruang di hujung sana, sebuah takhta yang gah dan diduduki oleh seorang lelaki, iaitu raja kerajaan tersebut.

Melihatkan suasana di ruang menghadap itu, Schwi mula menggigil kecil. Dia gemuruh dan takut.

Di matanya, dia terbayang-bayangkan takhta di kerajaan lamanya. Takhta yang diduduki oleh seorang wanita yang kejam.

Tangan tiba-tiba digenggam kemas oleh seseorang.

Schwi memandang ke sisi.

"Aku ada. Jangan takut," katanya dengan riak wajah yang serius.

Schwi mengangguk perlahan.

Mereka menghadap si raja.

Sebelah lutut mencium lantai. Kepala ditunduk tanda hormat.

"Kami pulang membawa tetamu yang diundang oleh tuanku." Keir bersuara penuh hormat.

"Bangkitlah kalian semua. Beta ingin melihat wajah tetamu beta."

Semua berdiri.

Keir dan rakan-rakannya berdiri di sisi kiri dan kanan Kazu dan Schwi. Mengapit dua tetamu raja.

"Jadi, yang mana satu antara kalian berdua merupakan perawat yang dikatakan itu?" Si raja memandang Kazu dan Schwi silih berganti.

"Saya, tuanku." Kazu bersuara lalu menapak ke hadapan sedikit.

Si raja berdiri. Dia melangkah turun dari takhta lalu menghampiri mereka semua.

Langkah terhenti di hadapan Kazu.

Matanya meneroka riak wajah Kazu yang hanya memaparkan kekosongan.

"Betulkah kamu perawat itu? Beta tak yakin." Jelas keraguan terpapar di wajah si raja.

"Benar tuanku." Keir membenarkanya.

Raja itu seolah-olah tidak percaya.

Wajah Kazu dipandang sekilas sebelum keluhan meniti di bibir.

"Baiklah, beta percaya. Tetapi sekiranya anakanda beta tidak sembuh juga, lelaki ini akan beta hukum." Tegas si raja lalu berpaling menaiki takhtanya semula.

Schwi yang mendengar, terus terkedu. Dia menunduk memandang lantai. Kukunya yang pendek dimain bagi menghilangkan perasaan takut.

"Harla. Bawa mereka ke bilik tetamu. Kemudian sediakan bahan-bahan untuk rawatan," arah si raja pada Harla yang berdiri agak jauh dari mereka.

"Tak mengapa tuanku. Barang-barang untuk merawat semua sudah saya bawa sendiri." Kazu memberitahu.

Dia tidak gemar menggunakan barangan orang lain. Tidak selesa dan memerlukan penjagaan.

Raja itu mengangguk.

"Baiklah. Jika begitu, kalian pergilah berehat. Malam ini beta mahu kamu rawat anakanda beta."

Kazu menunduk hormat.

Harla datang menghampiri.

"Mari. Saya tunjukkan bilik tetamu," sapa Harla penuh sopan.

Kazu dan Schwi mengekori langkah Harla. Manakala Keir dan rakan-rakannya masih berdiri menghadap si raja.

"Buat kalian belima, beta berikan cuti. Berehatlah sepuasnya."

"Terima kasih, tuanku," ucap mereka serentak, lalu menunduk hormat.

"Tinggalkan beta sendirian."

Mereka akur lalu berlalu keluar dari ruang menghadap.

Raja Cser duduk di atas takhtanya. Keluhan meniti di bibir. Riak wajahnya lesu tidak bermaya.

"Harap kali ni berhasillah."

Dalam diam, dia menaruh harapan yang tinggi pada Kazu. Berharap agar lelaki itu mampu menyembuhkan puteri kesayangannya.

★★★

Schwi's POV

Setelah Harla menghantar aku ke bilik, aku terus merebahkan badan yang kepenatan.

Tilam yang empuk dan lembut membuatkan aku terubai-buai untuk mengembara ke dunia mimpi.

Mata aku pejamkan kejap.

"Aku nak mati."

Aku terus membuka mata dengan luas.

Tersentak dek suara yang baru saja menyapa di minda.

Aku duduk bersila di atas katil.

Duduk termenung memikirkan siapakah pemilik suara tadi.

Tiba-tiba aku berpaling. Memandang ke arah pintu yang memisahkan antara bilik dan ruang balkoni di luar sana.

Langsir yang menutup pintu itu berkibar perlahan, seolah-olah ada angin yang meniupnya. Walhal, pintu itu tertutup rapat dan berkunci.

Aku mengesot turun dari katil.

Langkah perlahan aku atur ke arah pintu itu.

Kain langsir aku singkap sedikit lalu aku mengintai suasana di luar sana.

Mata aku membulat.

Seseorang yang amat aku kenali sedang berdiri di balkoni bilik.

Dia menghadap aku. Senyuman sinis terlakar di bibirnya.

Matanya memandang tepat ke arah aku, seolah-olah dia tahu bahawa aku sedang mengintainya.

Sayapnya dilebarkan lalu dikibas kuat.

Pintu kaca berderai lalu serpihannya terkena pada wajah aku.

Wajah aku terluka dan darah mengalir dari luka itu.

Leher dicengkam erat. Tubuh aku diangkat sehingga tidak menjejak lantai.

Dada berombak laju. Aku cuba menggapai udara yang semakin sesak di pernafasan.

"Aku akan bunuh kau, Cassia!" katanya dengan nada suara penuh amarah.

Cengkamannya pada leher aku dikuatkan lagi sehingga muka aku mula memucat tidak cukup udara.

"Schwi."

Suara Kazu menyapa deria dengar.

"Schwi."

Aku terus mencelikkan mata secara mengejut.

Mata aku lirikkan pada Kazu yang duduk di sebelah aku.

"Kau kenapa ni? Meracau tak tentu arah. Risau aku." Kerutan terlakar di wajah Kazu.

Aku duduk sambil memicit-micit kepala yang sakit.

Ah! Mimpi rupanya.

Tanga mengusap leher yang terasa perit.

"Tak ada apa. Jangan risaulah." Aku berkata tanpa memandang wajahnya lagi.

Otak ligat memikirkan maksud mimpi yang baru saja aku alami sebentar tadi.

"Aku nak segarkan badan. Kau keluar ya," kata aku lalu turun dari katil dan menyelongkar beg yang terletak di sisi katil.

"Baiklah. Nanti aku datang balik."

Kazu akur lalu dia meninggalkan aku sendirian di dalam bilik.

Aku mengeluh.

Pandangan aku alihkan pada pintu kaca yang memisahkan bilik dan balkoni.

Detak jantung aku berubah laju. Dengan segera, aku melarikan diri masuk ke dalam bilik mandi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top