Bab 13~[Mimpi dan Ujian]


Barang-barang yang hendak dibawa diletakkan di sisi kanan dan kiri kuda.

"Dah siap, Schwi?"

Kazu menjengah keadaan Schwi dari luar bangsal.

"Sikit lagi."

Ikatan pelana diperketatkan lagi.

"Kau pandai ke..."

"Ya. Aku pandai tunggang kuda. Kau tak payah nak ambil kesempatan sangat," kata Schwi dengan nada suara yang dingin. Malas nak melayan sikap Kazu yang semakin gedik!

"Okey. Cepatlah. Semua dah tunggu tu."

Schwi mengangguk.

Si gadis terus naik ke belakang kuda coklatnya.

Tali pemacu dilibas sedikit. Kuda itu berjalan keluar dari bangsal.

"Semua dah ada, kan?" Keir bersuara dari atas kudanya. Matanya tidak lepas dari memandang Schwi yang baru tiba dan agak ke belakang sedikit dari kumpulan.

"Semua ada."

Han menghampiri Keir.

"Perempuan tu pun ada. Jangan risaulah," bisik Han pada Keir.

"Jangan nak mengarut boleh tak?" Keir menjeling Han. Tak sudah-sudah hendak mengusik dirinya.

"Kita gerak sekarang, ya. Lambat sampai pula nanti," Kazu mencelah lalu menghentikan perbualan antara Keir dan Han.

Han dan Keir mengangguk serentak.

Masing-masing mula bergerak meninggalkan perkarangan klinik.

◀▶◀▶

Lysda's POV

"ARGH!"

Barang yang tersusun elok di atas meja solek aku tolak sehingga jatuh ke lantai.

Botol-botol kaca seperti minyak wangi, berderai di atas lantai. Cecair minyak wangi membasahi lantai sebelah meja solek itu.

"Menyusahkan!" Meja solek aku hentak dengan buku lima.

"Lys, kenapa tu?"

Ketukan bertalu-talu diiringi dengan suara si permaisuri, langsung aku abaikan.

Perasaan marah yang terbuku ini lebih penting daripada perempuan tua di luar sana.

Aku mengangkat wajah. Pantulan diri sendiri pun aku rasa menyampah.

KRAK!

Buku lima aku berdarah. Cermin di hadapan aku retak seribu.

Walaupun begitu, rasa sakit ini masih juga tidak hilang.

KLAK!

Pintu terbuka luas.

Argh! Perempuan tua tu, ada saja caranya hendak menceroboh masuk bilik aku ni!

"Kau dah kenapa? Gila? Meroyan tak tentu pasal ni kenapa?"

Suara tu bukanya suara si permaisuri. Tetapi suara anak kutip yang bernama Elyz.

"Kau diam sebelum aku..."

"Apa? Kau nak campak aku macam kau campak Cassia dulu? Heh! Aku tak takutlah. Lagi aku suka adalah. Aku pun malas nak duduk di bawah pemerintahan kaulah!"

Aku berpaling ke arah Elyz.

Remaja itu kelihatan bongkak dan langsung tidak gerun akan aku.

Aku ingin menghampirinya, tetapi terbantut niat saat adik pungut aku yang lelaki pula datang.

"Bonda panggil minum petang." Sekilas saja dia berkata sebelum melangkah pergi.

Argh! Ada aku kisah semua tu? Aku tak perlukan anak-anak pungut bonda untuk hidup.

"Lagi satu aku nak beritahu kau ni. Cassia masih hidup. Jadinya, bergembiralah sementara kau masih di atas. Aku tak sabar nak tengok kau tersungkur." Elyz melakar senyuman sinis.

Dia berlalu meninggalkan bilik aku tanpa sempat aku membunuhnya!

Ya, suatu hari nanti, aku akan bunuh perempuan tu. Biar aman hidup aku tanpa kata-kata sinisnya yang menyakitkan hati.

◀▶◀▶

"Macam mana dengan kerajaan?" Si raja, iaitu ayahanda angkat aku bertanya.

"Hmmm..." Air panas aku cicip perlahan.

Bila agaknya orang tua ni nak mampus? Aku tak sabar nak tengok saat-saat tu.

"Lingkup."

Argh! Suara itu lagi. Menyakitkan hati betul.

"Apa maksud kamu ni, Elyz?" Si raja bertanya pada si bongsu.

"Tak ada apa, ayahanda," dia menggeleng lalu membuang pandang ke arah lain.

Aku menjeling dia dengan rasa tidak puas hati.

Tangan aku genggan kemas.

Entah kenapa, tangan ni terasa gatal sangat. Rasa macam nak cekik saja budak itu sampai mati.
Tiba-tiba si permaisuri berdiri. Dia berlalu meninggalkan meja tempat kami berkumpul.

"Huh! Bonda pun tak mahu semeja dengan kau."

Seorang demi seorang berdiri dan berlalu meninggalkan meja makan.

Dan kini, tinggallah aku dengan si raja tua saja.

"Apa yang sedang berlaku ni?" Raja itu bertanya pada aku.

Aku sekadar mengangkat bahu.

Kau fikir aku tahu ke?

"Lysda... Ayahanda nak tanyalah."

"Tanya je lah. Tak perlu nak berdalih bagai."

"Sejak..."

"Kalau ayahanda nak bertanya tentang Cassia, tak payah la. Lys tak tahu apa-apa."

Aku berpeluk tubuh dan belakang badan aku sandarkan pada kerusi. Mata memandang tepat pada si raja yang semakin berkedut wajahnya dek dimamah usia.

Raja itu menunduk sejenak.

Mungkin sedang mencari topik untuk dibualkan dengan aku.

"Ada apa-apa lagi? Kalau dah tak ada apa-apa, Lys nak minta diri dulu.

"Err... Yelah. Kamu mesti banyak kerja kan. Pergilah."

Aku mengangguk lalu berdiri dan segera meninggalkan meja itu.

Aku pun malas nak menghadap si tua tu.

Biadap? Lantaklah semua nak aggap aku ni sebagai apa! Asalkan aku bahagia.

Bahagia?

Argh! Hal itu pun aku malas nak ambil peduli. Aku hanya akan bahagia jika perempuan tu mati saja.

Kau tunggu aku Cassia. Aku akan bunuh kau sekejamnya suatu hari nanti.

◀▶◀▶

Schwi's POV

Aku terjaga secara mengejut.

"Kau okey ke ni?" Kazu yang menunggang di sebelah aku menegur.

"Ya. Aku okey," wajah aku raup dengan sebelah tangan.

Mimpi apa tadi tu?

Aku memegang kepala yang berdenyut hebat.

Argh! Mungkin sebab aku tertidur di atas kuda berjalan. Tu sebab aku sakit kepala sehebat ini. Mungkin.

Aku termenung sejenak sebelum segalanya berderai dek titisan air yang jatuh pada pipi aku.

Wajah aku sentuh.

Aku... Menangis ke?

Tapi kenapa?

"Hei, kenapa dengan kau ni?"

Suara Kazu yang kerisauan aku abaikan.

Tangan laju menyapu pergi air mata yang semakin galak membasahi pipi.

Kenapa dengan aku ni?

Esakan kecil aku semakin kuat sehinggakan menarik perhatian yang lain.

Langkah kuda terhenti.

"Schwi." Kazu menyentuh bahu aku.

"Aku tak tahu kenapa... Tiba-tiba je jadi macam ni."

Air mata masih mengalir.

Kazu turun dari kudanya lalu berdiri di sebelah kuda aku.

Dia menepuk peha aku. Mengarahkan agar aku turun.

Aku turun dengan bantuannya, memandangkan pandangan aku sudah kabur dek air mata yang memenuhi ruang mata.

Tubuh kecil aku terus ditariknya ke dalam dakapan.

"Kita berhenti sekejap," pinta Kazu sambil menepuk perlahan belakang badan aku.

"Baik," Keir bersuara lalu mengarahkan rakan-rakannya menambat kuda mereka di tepi lorong hutan itu.

Aku didudukkan di bawah sebatang pokok, sementara Kazu menambat kuda kami berdua.

"Schwi."

Aku memandang Keir. Mata masih digenangi dengan air mata, tetapi aku masih mampu nampak kerisauan yang terlakar di wajahnya.

Tangan kasarnya mengesat air mata yang mengalir di pipi aku.

Aku tersentak. Wajah terus dijauhkan dari tangan lelaki itu.

Perubahan riak wajah Keir langsung aku tak ambil peduli.

Aku tak suka disentuh sesuka hati oleh lelaki yang tidak aku kenali. Aku dah serik.

"Schwi."

Kazu memanggil dari arah yang bertentangan.

Aku berdiri lalu berjalan perlahan ke arah Kazu. Meninggalkan Keir yang masih menghadap pokok tadi.

"Tak habis lagi?" air mata aku dikesatnya dengan sehelai sapu tangan.

Sapu tangan itu aku ambil dari tangannya lalu dilap pada seluruh muka.

Ah! Pasti hodoh wajah aku sekarang ni. Malunya!

"Jom. Dekat hujung sana ada aliran sungai. Basuh muka dekat sana, ya."

Tangan aku digenggamnya kejap.

Wah! Kau amat memahami aku. Ni buat aku rasa sayang ni.

Eh?

Aku mengangguk perlahan.

"Korang nak ikut tak? Dekat dalam hutan sini ada sungai. Manalah tahu kut boleh tangkap ikan untuk makan malam ni."

"Bagus jugak. Dah lama aku tak tangkap ikan ni."

Entah siapa yang menjawab tu pun aku tak tahu.

Wajah pun aku tutup dengan sapu tangan Kazu.

"Jom, Schwi," tangan aku ditarik lembut. Aku hanya mengikut langkah Kazu.

"Janglah tutup muka tu. Kalau kau tersungkur langgar akar pokok nanti, aku juga yang susah," suara Kazu kedengaran marah pada pendengaran aku.

Ah! Ni yang buat aku nak merajuk ni. Dah la aku tengah sedih, kena marah pula. Bencilah!

Aku mengintai dari balik sapu tangan.

Melangkah dengan penuh berhati-hati, memandangkan Kazu tarik aku seolah-olah aku ni baik-baik saja.

Deruan air kedengaran semakin jelas.

Tenang. Dah lama aku tak berasa tenang.

Sapu tangan dialihkan dari muka.

Mata aku bersinar apabila terlihat sungai yang berada di sana. Tak jauh dari kami.

Tiba-tiba Kazu melepaskan pegangannya pada tangan aku.

Aku pula, dengan rasa terujanya, terus berlari ke arah sungai itu. Langsung tak berfikir apa lagi.

Larian aku tiba-tiba terhenti saat aku keluar dari balik hutan itu.

Mata aku terbuntang luas.

Tiga ekor harimau sedang menikmati seekor rusa.

Masing-masing menderam antara satu sama lain. Merebutkan bahagian berdaging rusa itu.

Tiba-tiba seekor harimau berpaling.

Matanya bertemu dengan mata aku.

Aku dapat merasakan yang lutut aku menggigil kecil saat berdepan dengan makhluk pemangsa itu.

Kepala aku palingkan ke arah hutan.

Semua tiada.

Kazu, Keir, Han, malah semua. Mereka tidak ada di dalam sana.

Mana mereka? Kenapa tinggalkan aku sendirian? Apa yang perlu aku lakukan sekarang ni?

Sumpah... Aku akan bunuh kau, Kazu! 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top