Bab 12~[Frust and Love]
Aku menggosok mata yang terasa pedih. Langkah malas aku atur ke dapur.
"Ikut lah aku. Aku perlukan peneman."
Suara Kazu di dapur membuatkan langkah aku terhenti.
Aku mengintai dari balik dinding.
"Habis tu, kau nak aku tinggalkan je Lina macam tu? Kesianlah dekat dia." Schwi membalas.
"Ala... Dia dah biasa keseorangan. Lagipun kita bukannya pergi lama mana pun. Seminggu je." Kazu merayu lagi pada Schwi.
'Mereka berdua ni ada apa-apa hubungan ke?' Hati aku berbisik ingin tahu.
Aku terus menjadi pendengar saja. Nak tahu juga apa punca yang menyebabkan mereka bertingkah awal-awal pagi sebegini.
"Ikut eh? Aku risau nanti ramai dayang istana jatuh cinta dekat aku."
"Hahaha." Schwi tertawa kuat.
Mendengar Schwi ketawa, aku turut ingin ketawa sama.
Mulut segera ditekup. Aku tak mahu mendedahkan keberadaan diri ini.
"Wei! Sejak bila kau pandai fikir benda-benda macam tu?" Schwi menyeka air mata.
"Sejak aku dapat tahu yang kau dah jatuh cinta pada aku."
Aku terkejut mendengarnya. Mata memandang perubahan reaksi pada wajah Schwi.
Gadis itu berkerut dahi.
"Apa kau merepek ni?"
Wajah Schwi sudah merah padam.
Aku pula yang beria ingin tahu kebenaran. Apakah perasaan Schwi terhadap Kazu dan apakah hubungan mereka berdua?
Argh! Boleh gila aku! Aku perlu hentikan perbualan ini. Aku tak sanggup mendengar kebenarannya.
Aku berdiri tegak. Belum pun sempat aku mengatur langkah, seseorang melintasi aku.
"Selamat pagi." Han meredah ke ruangan dapur tanpa mengendahkan Schwi dan Kazu.
Dua orang itu terus terdiam. Masing-masing berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Aku pun dengan selambanya melangkah ke ruang dapur. Duduk di sebelah Han yang sedang meneguk segelas susu.
"Macam mana malam tadi? Lena tidur?" Schwi bertanya sambil menyediakan sarapan pagi.
Aku memandang belakang badannya.
"Selesa! Malam tadi agak sejuk, tapi lena betul aku tidur. Tilam tu empuk gila." Han menjawab. Kedengaran agak kurang beradab ayatnya itu.
Aku pula yang sakit hati mendengarnya.
"Baguslah."
Aku melihat segaris senyuman di wajah gadis itu. Entah mengapa, senyuman gadis itu selalu saja aku dambakan sejak pertemuan kami semalam. Kalau boleh, aku ingin melihat senyuman itu setiap hari.
Eh?! Gila!
"Kau tenung apa ni?" Peha aku ditepuk dari sebelah.
Wajah aku palingkan. Memandang wajah Han dengan rasa tidak puas hati.
Rasa nak cekik je lelaki di sebelah aku ni. Geram!
"Tak payah sibuklah." Aku mendengus sebelum berpaling semula.
Mata membulat.
Schwi duduk berhadapan dengan aku. Gadis itu tersenyum saat mata kami bertemu.
"Mana yang lain?" Kazu mencelah. Sekali lagi, mimpi siang hari aku berderai. Aiseh!
"Tidur lagi." Han menjawab. Dia menguap sekali.
"Tutup mulut tu." Schwi menegur tegas. Wajahnya berkerut seperti marah.
Han mengangguk. Lelaki itu terus menikus apabila melihat reaksi marah Schwi.
'Hai... Dengan Schwi takut. Dengan aku tak takut pula.' Ketidakpuas hatian hanya diluahkan di dalam hati.
"Hmmm... Tak apalah kalau macam tu. Kita sarapan dulu." Kazu terus menghulurkan pinggannya pada Schwi.
Schwi menjeling Kazu sebelum menyambut pinggan itu.
Aku hanya memerhati tingkah mereka.
Tiba-tiba aku teringat ayat Kazu sebentar tadi.
"Sejak aku dapat tahu yang kau dah jatuh cinta pada aku."
Kepala terus digelengkan. Aku tak mahu ingat kata-kata tu.
"Hoi! Kenapa sampuk ke?!" Han menepuk belakang kepala aku.
Aku berhenti menggeleng. Pandangan diangkat lalu aku menatap wajah Schwi.
Riak gadis itu kelihatan risau.
"Kau okey tak ni?" Dia bertanya.
Aku tersenyum saja. Malu!
"Keir... Kita bertolak petang ni tau." Han berbisik pada aku.
"Tapi..."
"Kami akan ikut." Kazu menjawab seolah-olah faham kegalauan hati aku.
"Kami?"
Kazu mengangguk.
"Kan aku dah cakap tadi, aku tak nak ikutlah." Schwi mengeluh.
Aku dan Han hanya diam mendengar.
"Tolonglah. Bukan selalu pun. Kali ni je."
Schwi berdiri.
"Bagi aku masa untuk berfikir."
Gadis itu terus meninggalkan meja makan.
Kazu tersenyum kemenangan.
Aku pula yang sakit hati tak tentu pasal.
♥♥♥
No one's POV
Schwi mengemas meja makan setelah selesai bersarapan.
Keir yang baru lepas mengemas barang-barangnya, masuk ke dapur.
"Tak habis lagi membasuh?" Keir berdiri di sebelah Schwi.
Schwi tersenyum lalu menggeleng.
"Korang makan terus tinggal pinggan kotor dalam sinki. Bukan reti nak basuh. Aku juga yang kena buat semua ni." Schwi merungut. Terjuih-juih mulutnya merungut.
Keir tertawa kecil melihat tingkah Schwi.
"Nak aku tolong?"
"Tak payah. Dah nak siap dah ni."
Schwi membasuh dua buah pinggan yang terakhir.
Setelah itu, tangan dilap pada sehelai kain kering yang terselit di dalam poket apronnya.
Schwi berpaling menghadap Keir.
"Siapa nama kau? Sehari setengah kau dekat sini, aku tak berkesempatan lagi nak bertanyakan nama kau dan kawan-kawan kau yang lain."
"Err... Aku Keir Zeros."
Schwi mengangguk.
"Keir... Sedap nama tu."
Keir termalu sendiri.
"Schwi." Kazu masuk ke ruang dapur dan terus menuju ke arah Schwi.
"Apa?" Schwi bertanya geram.
Kazu senyum tayang gigi.
"Dah kemas pakaian kau?"
Schwi tidak menjawab terus. Jelingan maut dihadiahkan buat lelaki itu.
"Janganlah buat muka macam tu." Pipi Schwi dicucuknya.
Keir berlalu pergi. Tak mahu mengganggu dan tak mahu terus berasa... Cemburu?
"Janganlah." Schwi menepis tangan Kazu.
"Dah atau belum. Jawab je soalan mudah aku tu."
"Dah!" Schwi sedikit menjerit. Dengan segera si gadis berlalu meninggalkan Kazu.
Kazu tertawa senang. Gembira dapat membuli Schwi.
♥♥♥
Keir menghempaskan tubuhnya di atas katil.
Tangan kanan diletakkan di atas dahi. Mata dipejam rapat. Tak mahu terus melayan perasaan yang mula menguasai diri.
"Kau ni kenapa? Nampak tertekan je." Henry datang menyapa Keir.
Keir menggeleng. Dia tak mahu berkongsi perasaan yang terbuku di dalam hati.
"Keir tengah patah hati tu. Janganlah kacau dia."
Keir terus membuka mata. Kepala menoleh pada Han yang bersuara tadi.
Pandangan tajam diberikan buat lelaki itu, tetapi ternyata Han langsung tidak mengendahkan pandangan Keir.
Ada dia kisah!
"Patah hati? Sejak bila pula kau pandai bercinta ni, Keir? Apa kau dah jatuh cinta dengan budak perempuan tu? Apa namanya? Aku lupa lah." Roux turut sama ingin mengusik ketuanya itu.
"Diamlah!" Bantal baring dibaling ke arah Roux.
Roux menyambut bantal itu.
Mereka semua sepakat mentertawakan Keir.
Lucu melihat wajah memerah Keir.
Malulah tu!
Suasana diam sejenak sebelum...
"Kazu!!!"
Jeritan Schwi membuatkan lima orang jejaka itu terkejut.
Keir laju saja turun daripada katil dan menuju ke arah pintu.
Pintu dibuka sedikit.
Lima jejaka itu mengintai keluar.
"Bencilah!"
Schwi mengesat bibirnya.
Si gadis memuncung dengan wajah yang memerah.
Kazu tertawa.
Entah apa sajalah yang berlaku antara mereka berdua, menjadi tanda tanya buat lima jejaka itu.
"Terlepas peluanglah kau nampaknya, Keir." Han mengusik. Saja nak melihat reaksi sahabatnya itu.
DBUK!
Mereka terjatuh. Pintu terbuka luas.
Kazu dan Schwi terkedu melihat mereka semua.
Semakin memerah wajah Schwi apabila berfikir yang mungkin mereka dah ternampak apa yang dilakukan Kazu pada dirinya sebentar tadi.
"Bencilah!" Schwi menekup wajahnya sebelum berlari ke arah dapur.
Bunyi pintu belakang dihempas membuatkan semua terhinjut bahu. Terkejut.
"Schwi... Schwi..." Kazu menggeleng lalu tertawa kecil.
Lelaki itu berlalu ke biliknya. Langsung tidak mempedulikan lima lelaki yang masih terdampar di atas lantai.
"Agak-agaknya, apa yang berlaku tadi ya?" Joe bertanya. Dia ingin tahu.
Semua menggeleng tak tahu.
"Aku syak Kazu cium perempuan tu lah." Han berkata tanpa mengendahkan hati yang dah terluka mendengarnya.
Kier diam saja.
♥♥♥
Schwi merempuh pintu rumah. Dia meluru laju terus ke dapur dan menghampiri sinki.
Lina yang berada di dapur terkejut dengan kehadiran Schwi.
"Kenapa ni kak?"
Schwi tidak menjawab. Kepala pili dipulas sehingga air yang deras mengalir keluar dari kepala paip.
Bibir dibasuh dengan air.
Tak cukup dengan itu, Schwi berkumur pula beberapa kali.
Lina berkerut dahi melihat telatah Schwi.
Pili ditutup. Air berhenti dari terus mengalir.
"Wei! Rasa ni tak hilang lah!"
Schwi menjerit lalu menghampiri peti sejuk pula.
Pintu peti dibuka kasar.
Sekotak jus epal dikeluarkan dan tanpa menggunakan cawan, Schwi meneguk air itu.
Lina setia menunggu Schwi untuk menjawab soalannya.
Kotak jus dihempas di atas meja. Habis kemik kotak itu dikerjakannya. Nasib baik dah habis isinya.
"Kenapa kak?" Lina bertanya lagi.
Schwi memandang Lina dengan pandangan marah.
"Abang kau calit tiga jenis sos dekat bibir aku!"
Lina menahan tawa. Kembung pipinya menahan diri dari tertawa.
Schwi memandang Lina dengan pandangan maut.
"Okey... Ehem..."
Jeda sejenak.
"Sos apa tu?" Lina bertanya ingin tahu. Nak tahu juga, mengapa Kazu berperangai gila sebegitu.
"Sos cili, sos tomato dengan sos lada hitam! Pedih bibir aku! Ni rasa pedas tu tak hilang lagi kau tahu tak!"
Lina tertawa terbahak-bahak.
Tak sangka Kazu melakukan semua itu.
"Kazu demam apa sampai begitu sekali? Lina rasa saraf dalam kepala Kazu tu dah rosak lah."
Lina tertawa seperti tidak mahu berhenti.
Schwi tidak mengendahkan Lina.
Peti sejuk dibuka dan sekotak jus oren pula diambilnya.
Jus itu diteguk pula.
"Adui... Sakit perut ni..." Lina mengesat hujung matanya.
Schwi sekadar menjeling. Geram dengan remaja itu.
"Kau, kalau aku cili mulut tu dengan sos yang sama, padan muka."
Lina mengangkat tangan.
"Tak nak... Tak nak... Menderita Lina sesorang nanti."
Lina tertawa lagi tetapi tidak segalak tadi.
Schwi memandang Lina. Segaris senyuman dilakar pada bibir.
"Lina."
"Ya kak." Sekali lagi Lina menyeka air matanya.
"Jaga diri ya sepanjang pemergian kami." Schwi mengulangi pesanannya.
"Akak." Lina menghampiri Schwi.
Tangan kakaknya itu dicapai lalu digenggam kejap.
"Lina dah biasa bersendirian. Lagipun, tak lama mana pun kan? Seminggu je." Lina memujuk Schwi dan dalam masa yang sama, memujuk hatinya sendiri.
Ikutkan hati, dia tak mahu Schwi pergi bersama Kazu. Dia dah terlalu biasa dengan kehadiran Schwi di rumah itu.
Rajuk tawanya, Schwilah yang layan.
Tetapi apa saja yang dia mampu buat. Sudah biasa mendengar arahan Kazu. Mana mungkin dia berani hendak membantah.
Walaupun Kazu tidak pernah berkasar dengannya, lelaki itu sudah diaggapnya sebagai ayah. Bukannya abang!
Schwi mengusap kepala Lina.
"Aku janji, lepas kerja kami selesai, kami akan terus balik."
Lina mengangguk. Suka apabila dimanjakan oleh Schwi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top