Bab 11~[Keir and the Gang]
Keir's POV
"Maaf."
Suara seorang perempuan menyapa kami berlima.
Hampir serentak kami berpaling menghadap empunya suara.
Aku terkedu saat menoleh. Jarak aku dan dia telalu dekat.
Niat di hati hendak berundur menjauhi si gadis, tetapi kaki seolah-olah tergam di tempatnya.
"Ada urusan apa ya sampai ramai-ramai macam ni?" Dia bertanya dengan kerutan di dahi.
Aku memandangnya dari atas ke bawah.
Baju birunya yang terdapat tompokan merah seperti darah agak mengganggu fikiran aku.
"Err... Kazu ada?" Teragak-agak aku bertanya.
"Kenapa cari dia?" Si gadis bertanya lagi.
Aku pula sudah tidak senang duduk apabila si gadis asyik bertanya.
Kepala yang tak gatal aku garu.
Tiba-tiba si gadis menggeleng. Aku menangkap senyuman kecil yang terlakar di bibirnya.
"Aku Schwi. Pembantu Kazu."
Dia memperkenalkan diri sebelum berjalan melepasi kami.
Tangannya menyeluk masuk ke dalam bakul yang dibawanya. Segugus kunci dikeluarkan lalu pintu dibuka.
Aku hanya memerhati tingkah si gadis.
"Perempuan ni nampak mencurigakan lah." Han berbisik pada aku.
Aku langsung diam. Tak nak bersangka buruk terhadap gadis tadi.
Gadis itu melangkah masuk tanpa mempedulikan kami yang terpacak di luar rumah.
"Gila lah... Dia biarkan je kita dekat luar ni? Langsung tak pelawa masuk " Henry merungut tidak puas hati.
"Kalau tak nak masuk, aku tutup je pintu tu!" Gadis itu menjerit dari dalam.
Macam tahu-tahu saja yang Henry merungut tentang 'kebiadapan' gadis tadi.
Terkocoh-kocoh kami melangkah masuk.
Kami mengambil tempat di sofa yang terletak elok di tengah ruang tamu.
Mata aku meliar memandang sekeliling. Aku kagum dengan susunan yang kemas dan teratur di bahagian ruang tamu ini.
Klinik itu langsung tak serupa klinik. Malah lebih kepada sebuah rumah yang dijadikan sebagai klinik.
"Maaf buat semua menunggu." Gadis tadi menghidangkan sedulang minuman sebelum duduk di sofa satu.
Han pantas mengambil gelas kaca itu, tetapi tiba-tiba pegangannya terlepas.
Gelas kaca itu terhempas ke lantai.
Semua terkejut.
Aku menepuk dahi. Malu dengan sikap cuai Han.
"Maaf. Maaf." Han berdiri dan menunduk-nundukkan tubuhnya di hadapan gadis itu.
"Tak apa... Air tu panas sangat. Sebab tu kau terlepas tadi. Duduk saja. Aku akan kemaskan semua ni."
Si gadis yang baru duduk, kembali berdiri dan berlalu ke dapur.
PAK!
Belakang kepala Han aku tepuk. Geram!
"Sakit lah!" Han mengusap kepalanya. Bibirnya terkumat-kamit memaki aku.
Aku menunduk. Kaca yang berterabur aku kutip lalu mengumpulkannya di dalam dulang.
"Eh! Tak payah." Pantas si gadis tadi menegah aku saat sekembalinya ke ruang tamu.
Aku disuruhnya untuk duduk semula dan aku terpaksa akur.
Setelah beberapa minit membersihkan bekas kaca dan air tumpah, si gadis muncul semula dengan segelas air yang baru.
Gelas itu diletakkan di hadapan Han sebelum dia duduk.
"Maaf sebab dah menyusahkan awak." Aku jadi serba salah.
Yang lain menayang riak selamba. Mencicip minuman panas tanpa mempedulikan aku yang sakit hati dengan apa yang telah berlaku.
"Tak ada apalah." Dia masih tersenyum.
"Siapa nama cik ni tadi?"
"Schwi Cassia. Panggil saja Schwi." Dia tersenyum mesra.
Aku terpesona seketika.
"Oi!" Han menepuk peha aku.
Aku terkejut. Pandangan aku masih tertancap pada Schwi.
"Err...Boleh saya tanya satu soalan?" Teragak-agak aku meminta kebenaran darinya.
"Ya?"
"Baju awak tu, kesan darah ke?"
Pantas Schwi menunduk memandang baju birunya.
"Oh! Errr... Ni..."
"Schwi... Siapa yang datang ni?" Suara seorang lelaki kedengaran dari muka pintu.
Semua menoleh.
Si gadis berdiri lalu segera mendapatkan lelaki yang aku rasa, itu lah Kazu.
"Eh? Pengawal kerajaan." Kazu kelihatan terkejut. Dia menghampiri kami lalu duduk di tempat yang diduduki oleh Schwi tadi.
Si gadis yang tadinya menghilang, muncul semula di ruang tamu. Dia duduk di lengan sofa Kazu.
"Schwi... Kau berbau darah." Kazu menegur dengan suara yang perlahan, tetapi aku tetap dapat mendengarnya.
Gadis itu mendengus. Dia berlalu dari ruang tamu. Masuk ke dalam sebuah bilik yang berada di belakang.
"Maaflah. Dia tu baru lagi."
Aku menggeleng.
"Tak apa. Lagi pun tadi kami dah banyak menyusahkan dia."
"Jadi, ada apa pihak kerajaan menghantar kamu semua ke sini." Kazu terus bertanya tanpa berdalih. Riak wajahnya serius sehinggakan aku berasa seram nak memberitahu utusan si raja.
"Raja menjemput kau ke istana." Joe berkata bagi pihak aku. Mungkin dia tahu yang aku sedang gugup.
"Kenapa?"
"Tuan puteri sedang sakit. Dah berpuluh-puluh orang, Raja jemput untuk merawat tuan puteri. Tapi tiada seorang pun yang dapat merawat tuanku puteri." Han pula bercerita. Aku diam membisu. Sudah hilang suara agaknya.
"Kalau berpuluh orang datang merawat pun tak sembuh juga, kenapa kau begitu yakin yang Kazu mampu memulihkan dia?" Schwi yang sudah menukar bajunya datang menyampuk.
Dia menghampiri Kazu lalu duduk di lengan sofa.
Kazu mengangguk. Bersetuju dengan kata-kata Schwi.
"Kami cuma nak mencuba. Apa salahnya kan?" Aku pula yang mencelah. Tak mahulah berdiam saja. Tak seronok.
Schwi dan Kazu berbalas pandangan.
Aku pula yang gelisah menantikan kata setuju dari mereka berdua.
Schwi dan Kazu berpaling pada kami semula.
"Apa kata kau semua berehat dulu untuk hari ni. Esok kami akan berikan keputusannya." Schwi berkata bagi pihak Kazu.
"Tapi kami tak mahu berlengah. Nanti macam-macam boleh berlaku pada tuan puteri." Aku tak setuju untuk menetap di klinik itu.
Schwi menggeleng.
"Kami tak akan izinkan kalian pulang." Kazu berkata pula.
"Kenapa pula?" Aku berasa tidak puas hati. Berani mereka menghalang kami dari pulang ke istana.
"Sebab..."
Bunyi rintik air jatuh di atas bumbung membuatkan aku dan budak-budak aku memandang ke luar tingkap.
Masing-masing menghela keluhan.
"Hari nak hujan." Sambung Schwi lalu berdiri.
"Alamak! Kuda kita!" Henry kelihatan gelabah. Dia risau terhadap kuda kelabunya.
"Jangan risau. Aku dah bawakan mereka semua ke bangsal belakang klinik ni." Kazu memberitahu dengan tenang.
"Schwi, kau balik malam ni. Temankan Lina dekat rumah. Aku nak temankan tetamu dekat sini."
Schwi mengangguk akur.
"Eh! Aku nak beritahu kau sesuatu ni."
Mereka berdua berbual sesama sendiri tanpa mempedulikan kami tetamunya.
"Tadi aku nampak beberapa orang lelaki ni. Biadap sangat. Seorang mak cik ni sampai terluka pipinya sebab terkena serpihan tembikar." Schwi bercerita dengan bersungguh-sungguh.
Comel saja gayanya bercerita.
Eh?!
"Biar aku teka... Kau belasah mereka semua kan? Sebab tu baju kau berdarah-darah. Darah mereka." Kazu meneka dan Schwi tersenyum seakan-akan mengiakan kata-kata lelaki itu.
"Ehem..." Han berdehem.
Terhenti perbualan mereka berdua. Pandangan dialihkan pada Han.
"Kami nak tidur dekat mana ya?" Selamba saja Han bertanya.
Aku menyiku sisi perut lelaki itu. Sakit hati! Malu aku apabila dia bertingkah sebegitu.
"Dekat ruang tamu ni pun boleh. Kalau tak nak, boleh je tidur dekat dalam bilik tu. Ada enam katil. Cukup untuk kalian berlima." Schwi berkata lalu tertawa kecil. Seolah-olah memerli pun ada.
"Itu bilik pesakit, Schwi."
"Apa salahnya." Schwi tertawa lagi lalu berlalu ke ruang dapur.
Dari dapur, terdengar tawanya yang meletus kuat sehingga kami yang berada di ruang tamu pun boleh mendengarnya.
Kazu menggeleng.
◈◈◈
Seharian kami berbual.
Kazu asyik saja bertanya akan penyakit yang dihidapi oleh tuan puteri.
Aku dan yang lain menjawab dengan tenang.
Dalam masa yang sama, aku tercari-cari kelibat Schwi. Gadis itu langsung tidak muncul setelah mentertawakan kami tadi.
Mungkin dah balik.
Aku menghela nafas kecewa.
Han di sebelah menjeling aku yang seperti patah semangat.
"Dah lewat petang ni. Pergilah bersihkan diri dan berehat. Jam lapan nanti, aku akan panggil kalian semua." Kazu berdiri lalu berlalu masuk ke dalam sebuah bilik. Mungkin biliknya.
"Macam tu je?" Joe bertanya. Terkejut apabila kami ditinggalkan begitu saja di ruang tamu.
"Aku nak mandi." Aku berdiri. Meninggalkan semua yang masih kaku di sofa.
Buka saja pintu wad yang dikatakan Schwi pagi tadi, haruman lavender semerbak menusuk deria bau aku.
Tiba-tiba aku teringat.
'Ni bau wangian gadis tadi.'
Aku tersenyum sendiri.
Aku melangkah masuk. Beg sandang yang aku bawa sekali, diletakkan di atas sebuah katil pesakit yang paling hampir dengan pintu bilik mandi.
"Wah! Tak sangka betul. Tilam dekat klinik ni lembut dan empuklah!" Suara Han menyapa gegendang telinga.
Aku terkejut. Entah bila lelaki itu masuk pun aku tak tahu. Tiba-tiba saja menjerit seperti orang jakun.
"Oi! Jangan melompat atas katil tu lah. Ia buka kau punya." Aku memberi arahan tegas. Reaksi wajah sengaja aku buat serius.
Han berhenti melompat. Matanya tajam memandang aku.
"Kau ada hati eh dekat perempuan tadi? Apa nama perempuan tu? Aku lupa lah." Kepala diketuk-ketuk dengan jari. Han sedaya upaya cuba mengingati nama Schwi.
Nampaknya dia saja nak memancing tumpuan aku.
"Jangan nak merepek lah." Aku menepis tekaannya. Malas hendak melayan sikap Han yang mereng itu.
"Ala... Tak nak megaku pula." Dia masih mahu mengusik aku.
Tanpa aku mempedulikannya, aku terus mengeluarkan sehelai tuala dari dalam beg. Langkah diatur masuk ke dalam bilik mandi.
Dari dalam bilik mandi, aku dapat mendengar keriuhan suara mereka yang lain.
Menggeleng aku mendengar suara mereka. Seperti kanak-kanak riang saja.
Pancuran aku buka. Air membasahi kepala sebelum mengalir ke seluruh badan.
Aku menghayati setiap aliran air panas yang membasahi tubuh.
Terasa lega badan ni. Tiada lagi sakit-sakit pada sendi.
"Keir! Cepatlah mandi tu! Aku nak membuang ni!" Suara Han sekali lagi menghancurkan mimpi siang hari aku.
Mendengus aku melayankan kerenah Han.
Dengan segera aku membersihkan badan demi Han yang memekak mengetuk pintu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top