Bab 10~[Angel vs Si Bodoh]
Schwi's POV
Seminggu berlalu.
Selama seminggu juga, banyak pekara yang aku ni belajar dari lelaki bernama Kazu.
Seminggu juga aku belajar satu sisi lain yang tersembunyi di dalam diri lelaki itu.
Siapa sangka, lelaki yang pada awal pertemuan kami adalah lelaki yang dingin dan menyakitkan hati, kini berubah kepada seorang yang ceria dan murah dengan senyuman.
Tutur teguran lelaki itu juga semakin lembut tatkala berbicara dengan aku.
"Hei, Schwi! Seorang je? Mana Kazu?" Seorang pak cik penjual ikan menjerit dari gerainya. Tangannya melambai, menyapa aku untuk mendekat.
Aku menghampiri lelaki separuh umur itu.
Sejak bekerja dengan Kazu, aku telah mengenali ramai manusia di perkampungan kecil itu. Mereka semuanya peramah dan menyenangkan. Bukanlah seperti yang sering didengariku semasa di kerajaan lama dulu.
"Kazu pergi merawat dekat rumah orang." Aku membalas lalu membelek ikan-ikan yang tersusun elok mengikut jenisnya.
Lelaki itu mengangguk.
"Pilih la ikan mana yang kamu nak. Hari ni pak cik belanja."
Aku mendongak. Aku dapat rasakan sinaran yang terpancar di dalam mata aku. Teruja apabila pak cik itu nak belanja ikan.
"Betul ni?"
Pak cik itu mengangguk.
Terus aku memilih beberapa ekor ikan laut dan ikan sungai yang kelihatan segar di mata aku.
Ikan-ikan yang aku pilih dimasukkan ke dalam sebuah bakul sebelum pak cik itu memasukkannya ke dalam plastik. Lalu plastik berisi ikan itu dihulurkan kepada aku.
"Terima kasih." Aku tersenyum suka. Suka apabila dapat ikan percuma!
Ikan itu dimasukkan ke dalam bakul yang aku bawa. Bakul yang berfungsi untuk mengisi barang-barang yang aku beli.
"Saya minta diri dulu." Aku menunduk sedikit sebelum berlalu pergi. Lambaian diberikan buat pak cik itu.
Dia membalas.
Aku berjalan girang. Ingin pulang ke klinik dengan segera sebelum Kazu pulang.
Di saat aku berjalan, ekor mata aku terpandang akan sekumpulan lelaki berotot meredah masuk ke dalam sebuah kedai.
Gaya mereka amat mencurigakan, tetapi aku langsung tidak sambil pusing. Aku malas nak tahu siapa mereka.
Baru beberapa langkah dibuka, telinga aku menangkap bunyi kaca pecah. Dengan segera aku menoleh.
Seorang wanita tua sedang melutut di hadapan kumpulan lelaki tadi.
Bunyi pecah tadi mungkin datangnya dari tembikar tanah liat yang berderai di hadapan wanita tua itu.
Wanita tua itu kelihatan seperti sedang merayu-rayu.
Aku memandang sekeliling.
Manusia-manusia yang menyaksikannya langsung tidak berhenti untuk membantu wanita itu.
"Lelaki bengap mana pula yang buat kecoh ni?" Aku mulai berang. Bengang dengan kumpulan lelaki tidak beradab itu.
Langkah aku atur ke arah mereka bertiga. Termasuk mak cik tadi, maknanya empat lah kan.
"Mak cik tak ada duit. Tolonglah jangan buat macam ni," rayuan itu menyapa telinga aku saat aku semakin menghampiri mereka.
"Ah! Jangan nak beralasan!" Lelaki itu berang lalu menyepak serpihan tembikar tanah liat yang dihempaskan di atas tanah sebentar tadi.
Serpihan pasu itu melanting lalu menghiris wajah tua mak cik tadi.
"Hoi!" Muka aku merah padam menahan marah apabila melihat layanan biadab mereka.
"Kau siapa? Jangan nak masuk campurlah!" Bahu aku ditolaknya sehingga terundur-undur aku dibuatnya.
Aku menoleh dan mencangkung di hadapan mak cik itu. Abaikan sekejap lelaki mereng itu.
"Mak cik masuk dulu. Nanti saya akan menyusul. Luka ni basuh dengan air dan tekapkannya dengan ais." Sehelai sapu tangan ungu aku keluarkan dari dalam poket lalu ditekap lembut pada luka di pipi berkedut itu.
"Terima kasih, nak." Terkial-kial mak cik itu berdiri. Menggigil lututnya menahan diri dari jatuh.
Aku segera membantunya berdiri.
Setelah itu, mak cik itu berjalan sendiri. Masuk ke dalam kedainya semula.
Aku kembali menghadap tiga lelaki itu.
"Dekat mana kita tadi?" Aku bertanya. Senyuman sinis terlakar di bibir.
"Jangan nak biadab dengan kami lah perempuan!"
"Kau atau aku yang biadab sekarang ni?" Aku berpeluk tubuh. Wajah tiga ekor monyet itu aku tenung dengan rasa marah yang terpendam.
"Kau ni..." Leher baju aku terus direngkuhnya kasar. Terjingkit sedikit aku kerana direngkuh sebegitu.
Bertambah baran apabila diri ini diperlakukan seperti orang bodoh.
Tangan lelaki itu aku tepis. Lengannya aku cengkam dengan kuku yang panjang.
Kaki diangkat, lalu aku menyepak dada lelaki itu dengan tapak kasut.
Terundur si lelaki. Dadanya yang perit ditekan.
Kesan tapak kasut melekat pada baju kelabu lelaki itu.
Aku nak tertawa, tetapi tahan dulu. Tak ada masa nak berlawak.
Dua lagi yang mungkin anak buahnya hanya memandang aku dan bosnya silih berganti. Buntu lah tu! Huh!
"Apa bodoh sangat korang ni! Kerjakanlah perempuan tu!" Jerkah si ketua yang sesak di dada.
Seorang lelaki yang lebih kurus menerpa ke arah aku. Pisau tersemat kemas dalam genggamannya.
Tangannya yang memegang pisau aku tepis. Pisau terjatuh lalu aku mengambilnya dengan pantas.
Badan aku pusingkan sehingga aku berada di belakang lelaki itu.
Belakang badannya aku hiris dengan pisau. Sepanjang mana tulang belakangnya, sebegitu panjanglah hirisan yang aku 'lakarkan' di belakangnya.
Lelaki itu meraung kesakitan lalu tergolek-golek di atas tanah.
Seorang lagi menerpa ke arah aku. Dia hanya bertangan kosong.
Aku pun membaling pisau itu jauh. Nak bagi perlawanan antara kami adillah katakan.
Dia menghayun buku lima dengan pantas.
Aku mengelak dan dalam masa yang sama, aku merendahkan badan. Di saat ternampak peluang terbuka, aku terus menumbuk bawah dagu lelaki itu.
Lelaki itu terundur.
Dia meludah air liur yang sudah bercampur darah.
Mungkin tergigit lidahnya tadi. Padan muka!
Dia berlari ke arah aku. Mungkin masih tidak berpuas hati.
Aku membuat half flip, di mana kaki aku di udara dan tangan aku di bawah.
Saat dia menghampiri, kaki terus aku daratkan di atas bahunya. Tekanan diberikan sedikit agar aku dapat menjatuhkan lelaki itu.
Ternyata aku berhasil.
Leher lelaki itu aku kepit dengan kaki.
Menggelupur lelaki itu ingin melepaskan diri.
Semakin dia meronta, semakin kuat aku kepit kepalanya.
Wajahnya semakin membiru. Tak cukup nafas mungkin.
Tiba-tiba aku bergolek ke sisi. Lelaki tadi terlepas. Nafasnya tercungap-cungap menggapai oksigen.
Aku mencangkung. Mata tajam memandang ke arah si ketua yang berparang.
"Perempuan tak guna." Dia bertindak tanpa berfikir.
Aku tersenyum sinis.
Dia semakin hampir.
Masa seakan perlahan.
Aku mengangkat kaki dengan sokongan tangan yang menapak elok di atas tanah. Sisi perut lelaki itu aku tendang sekuatnya.
Lelaki itu tertunduk mengerang kesakitan. Parang masih tersemat kemas dalam genggamanya. Malah kelihatan semakin erat.
Aku berdiri.
'Tsk.... Aku perlu dapatkan parang tu.'
Laju langkah aku menerpa ke arahnya.
Si lelaki menghayunkan parangnya.
Sekali lagi, masa seakan perlahan.
Aku menunduk. Mengelak dari terkena libasan parang itu.
Pelipat siku si lelaki aku sepak.
Parang dalam genggaman tangan kiri terlepas.
Dengan pantas aku mendapatkannya dan menghayun laju.
Lelaki itu jatuh melutut.
"AAARGGHH!"
Menjerit lelaki itu kerana sakit dek tetakan aku yang tepat pada sikunya.
Aku memandang lelaki itu tanpa perasaan. Memandang lengan kiri yang hampir terpisah dengan bahagian atas lengan.
"Berambus." Aku dapat rasakan pandangan kosong aku pada mereka. Langsung tiada simpati buat mereka.
Si lelaki yang luka di belakang tubuhnya berdiri dengan perlahan dan segera mendapatkan si ketua.
Seorang lagi tu sudah memapah ketuanya yang sakit.
"Kau akan terima balasannya," kata lelaki yang sesak nafas tadi.
Mereka berlalu.
Aku mencampak parang itu jauh dari aku.
"Baju aku dah kotor." Baju yang berdebu dan terdapat sedikit percikan darah aku kibas dengan tangan.
Tiba-tiba gegendang telinga aku disapa dengan bunyi tepukan ramai.
Aku mendongak.
Orang yang menyaksikan perlawanan aku tadi menepuk tangan buat aku. Mungkin itu sebagai tanda penghargaan buat aku yang berjaya menghalau si bodoh itu tadi.
Buat seketika, aku terasa seperti disayangai semula. Disayangi seperti berada di Aquilla dulu.
•••
Setelah merawat mak cik tadi, aku diberikan sedikit sagu hati sebagai tanda penghargaan.
Bersungguh aku menolak pemberian wanita itu, tetapi dia tetap berkeras hendak memberikan hadiah itu.
Dan kini, pada pergelangan tangan aku, terpakai elok seutas rantai tangan berwarna silver dengan buah kunci berbentuk sepasang sayap.
Jujur aku katakan, aku amat menyukainya!
Langkah terhenti.
Aku memandang pada lima ekor kuda yang sedang berehat di tepi lorong masuk ke klinik Kazu.
Aku menghampiri seekor kuda yang berwarna hitam.
Tubuhnya aku usap.
"Siapa yang bawa kau ke sini? Kau bawa tetamu ke?" Aku bertanya seolah-olah kuda itu mampu memahami aku.
Aku melangkah pergi meninggalkan kumpulan kuda itu. Berjalan perlahan sepanjang lorong masuk itu.
Suara sekumpulan lelaki merungut jelas kedengaran.
Aku semakin hampir.
Sekumpulan lelaki yang lengkap beruniform berwarna ungu gelap, membelakangkan aku.
Setiap seorang dari mereka tersisip sebilah pedang di sisi pinggang.
Mereka terjengah-jengah memandang sekeliling klinik.
"Maaf." Aku menyapa.
Seorang demi seorang dari mereka menoleh.
Lima orang jejaka itu menghadap aku.
Satu persatu wajah mereka menjadi tatapan aku.
"Ada urusan apa ya sampai ramai-ramai macam ni?"
Dahi aku berkerut.
"Err... Kazu ada?" Lelaki yang berdiri tepat di hadapan aku bertanya.
"Kenapa cari dia?" Soalan dijawab dengan soalan.
Lelaki itu menggaru kepala. Gayanya seperti teragak-agak.
Aku menggeleng.
"Aku Schwi. Pembantu Kazu." Aku berjalan melepasi mereka. Segugus kunci aku keluarkan lalu pintu dibuka dengan kunci itu.
"Masuklah dulu. Kazu akan pulang sekejap saja lagi."
Aku melangkah masuk. Langsung tidak mempedulikan lima jejaka yang masih tercegat di luar.
"Kalau tak nak masuk, aku tutup je pintu tu." Aku menjerit dari dalam.
Telinga aku mendengar derap kaki yang kelam kabut melangkah masuk ke dalam klinik itu. Aku tersenyum sendiri.
Sebuah cerek aku tenggekkan di atas dapur.
Tetamu perlu dilayan, bukan?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top