Bab 1~[Schwi Cassia]


"Argh!" Si gadis terjaga lalu terbangun daripada pembaringan secara mengejut.

"Bisinglah kau ni." Si lelaki menegur dengan dinginnya.

"Aku dekat mana ni?" Si gadis bertanya.

"Tak payah tahu," jawabnya.

Si gadis memuncung.

"Dah! Aku nak keluar. Bila aku balik nanti, aku tak nak tengok muka kau lagi dekat sini, faham!"

Si lelaki terus meninggalkan si gadis.

"Fikir aku nak sangat ke tinggal dekat sini?! Tak inginlah!" jawab si gadis setelah lelaki itu pergi.

Gadis itu turun daripada katil.

Dia berlalu keluar daripada bilik rawatannya lalu menuju ke ruang utama.

Kelihatannya, pintu utama ternganga luas, tidak bertutuplah semestinya.

"Hoi! Pintu tak tutup. Orang masuk nanti tak memasal je."

Si gadis keluar daripada rumah itu. Sempat juga dia mengunci pintu terlebih dahulu.

"Nak ke mana, ya? Aku bukannya tahu jalan dekat dunia manusia ni."

Dia memandang laluan yang kosong dan dipenuhi pokok yang rendang di kiri dan kanan.

"Argh! Apakah?! Kenapa ada tiga laluan ni?!" Dia membentak geram. Serabut!

"Langkah jelah! Aku malas nak fikir!" Dia mengambil laluan pertama di sebelah kiri.

※※※

Si lelaki melangkah ke pekan.

Entah apa yang terjadi pun dia tidak tahu sehinggakan ada seorang penduduk kampung yang datang padanya pada awal pagi, semata-mata ingin dia melihat sesuatu. Tahu tak orang masih mengantuk!

"Kazu! Lambatlah kau ni!" Seorang lelaki separuh umur mencapai tangan lelaki bernama Kazu.

"Apa jadi ni?"

"Tengok sajalah."

"Aku tengah mengantuk ni."

"Hish! Kau ni sabarlah. Orang kampung perlukan kau. Kau kena tengok ni."

"Yelah." Kazu terpaksa mengalah.
Lelaki separuh umur itu berhenti melangkah. Kazu turut menghentikan langkahnya.

"Malam tadi, ada sesuatu rempuh bangsal ni. Ajaibnya, semua kuda selamat dan tidak ada satu pun yang mati kerana rempuhan tu."

Kazu agak terkejut melihat bangsal yang musnah teruk.

"Mana kuda-kuda tu?"

"Orang kampung dah pindahkannya dekat bangsal yang lain."

Kazu mengangguk.

"Boleh aku masuk dalam?"

"Masuklah."

Kazu melangkah masuk. Pintu bangsal sudah tiada, jadi tak payah susah-susah nak buka pintu.

Di tengah bangsal terdapat kesan rekahan yang besar dan berkawah serta terdapat kesan seretan yang panjang dari luar bangsal sehinggalah ia terhenti pada kesan rekahan itu.

Kazu mencangkung berdekatan dengan kesan rekahan itu.

Kesan rekahan disentuh perlahan.

Di matanya, dia terlihat seorang perempuan berlari keluar daripada bangsal dan perempuan itu adalah punca segalanya.

Perempuan berambut hitam berkilau seperti langit malam yang dipenuhi bintang.

Kazu terus menarik tangannya. Dia terkejut.

Segera dia berdiri dan berjalan pantas keluar daripada bangsal itu.

"Eh?! Kazu, kau nak ke mana tu?" Lelaki itu menegur apabila melihat Kazu berjalan laju tanpa menoleh.

"Aku nak balik sekejap. Ada benda nak buat sikit."

"Habis tu..."

"Nanti aku sambunglah."

Tak! Tak ada masa untuk dia melihat keadaan bangsal itu. Dia ada sesuatu yang lebih penting hendak diuruskan.

Langkah yang laju berubah larian.

'Tak guna!' Marahnya dalam hati.

※※※

Langkah si gadis terhenti. Dia terkaku ditempatnya.

Jantungnya berdegup kencang tatkala melihat sekumpulan lelaki sedang memasang khemah. Ada juga kumpulan yang sedang mabuk dek penangan minuman keras yang berbotol-botol tersusun di sebelah mereka.

Gadis itu mengundur setapak demi setapak. Perlahan saja langkahnya agar kehadirannya tidak disedari mereka.

"Hoi!"

Gadis itu tersentak. Langkahnya terhenti. Dia mendongak dan pandangannya menangkap wajah seorang lelaki yang lebih tinggi daripadanya.

Dia membalikkan tubuh lalu menghadap lelaki itu.

"Nak ke mana?" Lelaki itu melangkah menghampirinya.

Suara lelaki itu telah menarik perhatian mereka yang lain.

Si gadis mengetap gigi.

Lelaki itu mencengkam leher baju gadis itu. Tubuh si gadis terangkat tidak menjejak tanah

Lelaki itu membawa gadis itu ke dalam kumpulannya.

"Lepaslah!" Tangan lelaki itu ditumbuk-tumbuk.

Tubuhnya terus dicampak ke tanah di tengah-tengah kumpulan itu.

"Berseronoklah kita malam ni," kata salah seorang daripada mereka.

Tanpa menunggu lagi, si gadis terus berdiri.

"Tak guna! Aku terpaksa berlawan dengan mereka."

Dia berdiri gaya sedia untuk berlawan.

"Melawan rupanya perempuan ni." Suara lain pula berkata.

"Mari aku ajar sikit perempuan yang macam ni." Seorang lelaki mara dengan sebilah parang di tangan. Parang dipusing-pusingkan penuh lagak.

Dia berlari maju ke arah si gadis.

Gadis itu mengelak lalu menangkap tangan si lelaki. Parang ditepis sehingga terlepas dari pegangan si lelaki.

Tangan lelaki itu dikilas ke belakang. Tubuhnya dijatuhkan ke tanah. Lutut si gadis ditekan pada tangan yang dikilas sekuat mungkin sehingga si lelaki mengerang kesakitam.

Parang yang terjatuh tidak jauh darinya terus dicapai.

"Jangan cari pasal dengan aku!" katanya.

Parang ditusuk pada betis lelaki itu lalu membenamkan ia pada tanah.

"AARGHH!" Menggelupur lelaki itu kerana kesakitan yang melampau.

Si gadis berdiri semula. Bersedia untuk serangan yang seterusnya.

Penumbuk dikepal dan diangkat. Darah menitis pada buku limanya.

"Tak guna kau!"

Semua lelaki mara melawan gadis itu.

Pelbagai senjata digunakan sekumpulan lelaki itu tetapi si gadis membalas serangan itu dengan mudah dan hanya berlawan dengan tangan kosong.

Bermacam-macam gaya si gadis gunakan untuk berlawan. Tetapi semasa dia sedang melompat tinggi di udara...

BANG! BANG! BANG!

Lima das tembakan dilepaskan.

"Argh!" Si gadis terjatuh ke tanah.

Empat das tembakan terkena padanya. Dua di perut dan dua lagi di kedua belah kakinya.

Dia terbaring kesakitan. Tangan ditekap pada perut.

"Berani kau buat kacau pada anak buah aku." Seorang lelaki bersuara garau berkata dengan marah.

Si gadis memandang lelaki itu. Lelaki itu hanya berbaju singlet. Tubuhnya tegap dan bertatu pada kedua belah lengannya.

"Kau tak boleh dimaafkan."

Kaki si gadis dicengkam.

"Jangan sentuh dia!" Satu tenaga menolak lelaki itu jauh daripada gadis itu.

Lelaki itu terpelanting sehingga merempuh sebuah khemah.

Beberapa orang lelaki cuba menyerang Kazu yang menyerang ketua mereka.

Tetapi malang sekali, nasib mereka turut sama seperti ketua mereka. Terpelanting sehingga ada yang termasuk ke dalam lumpur yang tidak jauh dari kawasan itu.

"Mari." Kazu membantu gadis itu untuk memeluk erat lehernya.

Kazu mencempung si gadis di belakangnya lalu berlari pantas meninggalkan kawasan itu.

※※※

"Apa kau buat dekat sana hah?! Nak mati ke?!" Kazu melepaskan rasa marah sambil membersihkan luka pada kaki gadis itu.

"Manalah aku tahu yang jalan tu akan membawa aku kepada mereka semua," jawab si gadis dengan rasa tidak bersalah.

Betul apa! Bukan salahnya tersilap ambil laluan.

"Lain kali jangan nak sesuka hati je ikut laluan yang bukan-bukan!"

"Hei! Aku mana tahu laluan dekat kawasan ni. Lagipula, kau juga yang halau aku dan kononnya tak nak tengok muka aku lagi dekat sini." Perli gadis itu.

"Diamlah." Luka gadis itu ditekan.

"Argh!! Sakitlah gila!" Jeritnya kesakitan.

Kazu tersenyum sinis.

"Siapa nama kau?" Kazu bertanya ingin tahu juga.

"Schwi. Schwi Cassia."

Kazu mengangguk.

"Kau pula?"

"Kazu Ereki. Orang sini panggil aku Kazu."

"Ooo... Kazu." Schwi menyebut nama Kazu dengan perlahan.

Kazu yang mendengarnya hanya buat tak tahu. Dia tekun membersihkan luka pada kaki Schwi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top