Chapter 2

Dari tingkat 10, turun ke tingkat 1. Boboiboy berlari keluar dari kawasan banggunan rumahnya itu, ke pintu keluar.

"Hai Pak cik! Selamat tengah hari!"

Boboiboy melambai tangannya ke Pak Guard penjaga yang sedang duduk di post pengawalnya sambil minum teh tarik.

"Ah! Ya, selamat tengah hari, Boboiboy. Awal kamu nak pergi sekolah hari ni"

"Saja. Mak tengah cuti, jadi tak ada yang nak hantar Boboy"

Boboiboy membetulkan kasutnya yang sedikit longgar.

"Ok, bye Pak cik! Boboy kena pergi awal! Ada janji dengan kawan! Bye!"

"Hah, ya! Bye!"

Boboiboy pun menyambung lariannya. Sambil sambil lari, dia pegang pegang bahagian poket seluarnya, cek sekali lagi, takut tertinggal kad Touch-and-Go dia.

Sebab?

"PAK CIKKKKKKK!!!!!!!!"

Dengan jeritan sekuat bagai nak pecah anak tekak, Boboiboy melambai ke arah sebuah bas yang sedang menuju ke stesyen bas yang sama dia hendak pergi.

Pak cik bas itu melihat Boboiboy, dan sudah tahu yang Boboiboy mahu menaiki basnya.

Dia pun berhenti di stesyen bas itu.

Sebaik sahaja pintu bas terbuka, Boboiboy terus berlari naik memasuki bas, dan terus meng-scan kad Touch-and-Go dia.

"Hah, nak gi mana dik?"

"Hantar saya ke sekolah depan tu Pak cik"

Boboiboy menunding ke arah sekolahnya berada, dan melihat sahaja lencana sekolahnya yang berada di bajunya, Pak cik bas itu terus tahu sekolah yang dimaksudkannya.

"Ok, baiklah! Duduk baik baik"

"Terima kasih Pak cik!"

Boboiboy pun membawa dirinya ke belakang dan mengambil kerusi kosong.

Well, memang dia sahaja penumpang di dalam bas itu.

Boboiboy menanggalkan beg sekolahnya, dan meletakkannya di sebelahnya di atas kerusi kosong.

Sepanjang perjalanan, dia hanya memandang ke luar tingkap sahaja, tanpa berkata apa apa.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bas itu tiba di stesyen tidak jauh dari sekolah Boboiboy.

"Terima kasih Pak cik! Saya pergi dulu!"

Boboiboy pun terus turun dari bas itu, tanpa menunggu balasan dari Pak cik bas itu, dan mula melintas jalan menuju ke arah sekolahnya.

Jalan punya jalan, dia tiba di depan pintu pagar sekolahnya.

Di sana, kelihatan dua orang lelaki seumuran Boboiboy berdiri di sana, seperti menunggu kedatangannya.

Salah satu dari mereka yang bertubuh sedikit gempal, perasan akan kehadirannya.

"Hah, tu pun kau Boboiboy! Penat kitorang tunggu! Dah lah panas terik nak mati ni!"

Seperti tertera di name tagnya, nama budak lelaki itu adalah Gopal. Budak lelaki berbangsa India.

Walaupun Tua setahun dari nya, dia tetap satu tingkatan dengan Boboiboy kerana waktu daftar sekolah dulu, bapak dia lupa dia lahir tahun bila, jadi termasuk lewat setahun. Dia pi masuk darjah 1 pulak. Waktunya darjah 2.

Di sebelahnya pula, seorang budak lelaki berbangsa cina dengan rambut pacak macam landak dan memakai cermin mata, bernama Fang.

"Kan kita dah janji nak jumpa pukul 12 tepat?! Sekarang dah nak pukul 12 setengah kau tahu tak?!"

Wuuuu, garang.

"Alah, sorry lah! Aku kejar adik sepupu aku sebab dia curi buku aku! Lepas tu aku kena naik bas sebab mak aku tak boleh hantar aku sepanjang bulan ni!"

"Hmp! Alasan"

Gaduh pulak dua ekor ni.

"Hah, dah dah, jangan gaduh! Lebih baik kita masuk sekolah dulu dari berdiri lagi bawah matahari terik ni"

Mereka berdua pun terpaksa akur dengan arahan Gopal sebab Gopal lebih tua dari mereka.

"Hah, Boboiboy. Nama kau mana? Karang kena soal dengan cikgu pulak nanti kenapa tak pakai"

Gopal menunjuk ke arah baju Boboiboy, yang tiada name tag.

"Oh, sorry sorry! Selamat kau ingatkan aku!"

Boboiboy mengeluarkan name tagnya dari dalam begnya, dan mengpinkan name tag yang tertera nama "Khairul" ke bajunya.

"Ok, dah siap! Jom pergi Perpustakaan!"

"Jom!"

.
.
.
.
.

"Assalamualaikum Cikgu!"

Boboiboy memberi salam ke seorang Cikgu yang menjaga perpustakaan itu, sementara dua ekor lagi kawannya memilih tempat duduk mereka.

"Waalaikumusalam. Oh, Khairul! Awal kamu hari ni. Hah, ni mesti kamu nak minta mainan lagi kan?"

Dia adalah Cikgu Waimunah. Cikgu memang kenal sangat Boboiboy dan kawan kawannya sebab memang muka diorang je yang muncul dekat Pusat sumber sebab kerja nak main je.

Alah, biasalah, budak budak.

"Hehe, macam lah Cikgu tak tahu~" Boboiboy memberi senyuman kerang busuk nampak sangat niat dia dapat dibaca.

"Hm, yelah. Hah, nak main apa? Congkak? Kayu? Monopoli?"

"Congkak jelah Cikgu. Diorang pun nak main Congkak jugak"

"Hah, nah. Main baik baik. Jangan sampai ada guli yang hilang pulak"

Cikgu pun memberikan congkak dan guli kepada anak murid bertuah dia itu.

"Terima kasih Cikgu!"

Boboiboy pun berjalan ke arah kawan dia dua orang itu semula, dan meletakkan congkak besar gaban itu di atas meja di depan mereka berdua.

"Hah, nah. Siapa nak mula dulu?"

"Aku! Eh?" Gopal dan Fang berkata serentak dan memandang satu sama lain.

"Aku lah dulu Fang! Pleaseeeee!" Gopal mencuba membuat muka kesian untuk dapat simpati Fang.

"Ah! Tak de tak de! Aku yang rancang nak main Congkak ni, jadi aku yang main dulu!"

Hah, tak pasal pasal gaduh pulak dua ekor ni.

Boboiboy hanya mampu menggeleng melihat perangai dua kawan dia itu.

Gopal dan Fang tahu ke pasal rahsia Boboiboy? Yang ada tanda bunga ros di tangannya itu?

Jawapannya tak.

Boboiboy berjumpa dengan Gopal dan Fang baru tahun lepas sahaja.

Boboiboy simpan ketat rahsia itu dari mereka berdua kerana takut mereka akan bencikannya sama macam semua pelajar ketika dia sekolah rendah dahulu.

Even when ambil wuduk dekat sekolah, dia selalu ambil paling last, dan di tempat tersorok, dan terus balut kembali tangannya.

"Dah dah. Korang berdua main jelah sama sama. Kan Congkak kena main dua orang"

Mereka berdua memandang Boboiboy dengan wajah seperti tidak percaya dengan apa yang dia katakan.

Nampak sangatlah yang mereka mahu bermain dengannya, bukan satu sama lain.

Sampai tersweatdrop budak Boboiboy tu dibuatnya.

"Alah, tapi aku nak main dengan kau Boboiboy! Bukan dengan landak ungu ni!"

"Landak ungu kau panggil aku?!"

"DIAMMMMM!!!!"

"Erk?!"

Hah, tak pasal pasal Cikgu Waimunah mengamuk.

Mereka pun minta maaf ke Cikgu sebab dah bising dalam Pusat Sumber.

"Korang main jelah satu sama lain dulu. Aku nak cari buku nak baca" kata Boboiboy sambil berjalan ke rak buku.

"Rajin kau nak baca buku. Tahu lah kau Kelab Sastera" kata Fang, separuh mengejek.

"Suka hati aku lah" kata Boboiboy, sebelum menghilang di sebalik rak buku, meninggalkan dua ekor kawannya itu mula bermain congkak.

Boboiboy pun mulakan misi pencariannya mencari buku yang best untuk dibaca.

.
.
.

"Yang ni ke, yang ni?"

Masalah jugak dia ni, sebab semua buku bukan ilmiah dan bergenre fantasi memang menarik minatnya, tak tahu dari mana nak mula.

Last last dia ambil dua dua terus, dan terus duduk di meja berdekatan dengan rak buku itu, malas nak berjalan ke arah kawan dia semula.

Memang dia nampak macam budak nerd sikit, tapi apa boleh buat, dia dah terbiasa.

Disebabkan kes ketika di sekolah rendah, dia selalu bersendirian.

Sampaikan walaupun akhirnya sudah ada kawan ni, dia masih rasa lebih selesa berseorangan.

Dia bahkan selalu mengurung dirinya di dalam bilik.

Kalau bukan disebabkan maknya, kemungkinan besar dia ada dalam bilik tu seminggu tak keluar keluar.

Helai demi helaian diselak, membuatkan Boboiboy tenggelam ke dalam cerita yang dia baca.

Bagi seorang ulat buku, ini perkara biasa bagi korang kan?

Bukan apa, dia gunakan buku untuk lari dari realiti, daei semua cacian dan makian yang dia dapat selepas tanda bunga ros itu muncul di tangannya.

Kalau boleh, dia mahu lari masuk ke dalam buku itu, dan tinggal di sana selamanya.

Tetapi itu hanyalah sebuah hayalan yang tidak akan menjadi kenyataan.

Sedar tak sedar, dan habis dua buku tebal dia baca tanpa henti.

"Huh..... tak puas pulak baca dua buku je. Ada buku lain yang menarik tak?"

Boboiboy pun bangun dari duduknya, dan menyimpan kembali buku yang dia telah baca itu.

Dia kemudian mencuba mencari buku yang baru dia boleh baca

Tapi, tiada satupun buku yang dapat menarik minatnya.

"Hmm...."

Satu persatu buku dia tarik untuk lihat muka depannya. Tetapi ianya hanyalah buku ilmiah atau yang tidak menarik minatnya.

"Alah, tak ada buku baru yang best ke?"

Rasa kecewa jugaklah.

Dia kemudian berjalan ke rak buku lain, tetapi hasilnya nihil.

Sudah 5 rak penuh dia cari, tetapi tak ada satu pun yang buatnya mahu membacanya.

"Haih..... hm?"

Tiba tiba, ada satu buku yang menarik perhatiannya.

Rak terakhir, yang paling belakang sekali di dalam pusat sumber itu.

Hanya ada satu buku sahaja di sana, terbaring tanpa sesiapa menyentuhnya.

Boboiboy berjalan mendekati rak buku itu.

Buku itu tebal, dan kelihatan lama.

Berhabuk juga. Penuh rak itu dengan sarang labah labah seperti tidak pernah diusik sama sekali.

Boboiboy mengambil buku itu. Tetapi, baru sahaja dia menyentuh buku itu, tanda bunga ros di tangannya menyala di sebalik pembalut tangannya itu.

"E-eh?!"

Dia melepaskan buku itu.

Punya terkejut dia, nasib baik sempat kawal suara.

Tetapi, dalam sekejap, cahaya itu hilang.

"A-apa dah jadi?"

Dia sendiri tak tahu kenapa perkara itu terjadi, sebab tak pernah berlaku sebelum ini.

Dia memandang ke sekeliling, takut ada sesiapa yang melihat perkara itu berlaku tadi.

Tetapi selamat, tiada sesiapa yang berdekatan dengan dia.

Boboiboy kembali menghadap buku itu, merasakan ianya disebabkan oleh buku itu.

Boboiboy memegang buku itu sekali lagi.

Tetapi, tiada apa apa yang berlaku kali ini, membuatkan Boboiboy pelik.

"Macam mana cahaya tu muncul tadi?"

Dia meniup habuk yang ada di atas buku itu.

"Uhuk! Uhuk!"

Habis habuk itu membuatnya batuk.

Dia sapu ketepi kotoran yang tinggal, menampakkan tajuk pada buku itu.

"Ahli Sihir Jahat Pulau Rintis"

Terkejut lah dia dibuatnya.

Kerana itu adalah tempat tinggalnya yang tertera pada tajuk itu. Pulau Rintis.

"Kenapa Pulau Rintis pulak?"

Dia menatap agak lama kulit buku yang berwarna hitam lusuh itu. Entah mengapa, buku itu membuat dia tertarik mahu mengetahui lebih dalam tentangnya.

Tiba tiba, Fang memanggilnya, membuatnya tersedar dari lamuannya.

"Boboiboy! Cepat lah weh, sesi petang dah nak mula dah ni! Karang kena marah pulak dengan Cikgu sebab lambat beratur!"

"Ah! Ya ya, aku datang lah ni!"

Boboiboy berlari ke arah dua kawan nya itu, yang dah bersedia untuk berlari ke tapak perhimpunan.

Tetapi, sebelum Boboiboy pergi ke arah mereka, Boboiboy pergi ke Kaunter dahulu, dan meletakkan buku tadi di atas meja kaunter itu.

"Cikgu! Saya nak pinjam buku ni! Sebulan!"

"Wuish. Lama bebenor kamu nak pinjam Khairul. Tapi yelah. Nah"

Cikgu Waimunah mencop buku itu, sebelum memberi semula ke anak muridnya itu.

"Terima kasih Cikgu! Saya pergi dulu!"

Boboiboy pun pergi semula ke arah kawannya, dan mereka pun berjalan keluar dari perpustakaan sekolah itu.






























1683 perkataan

Ohok-

Author lukis cover baruuuu :v

Continur or nah?

Bye- *lesap*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top