Chapter 1

Kenapa setiap cerita perlukan sang hero?

Kenapa setiap cerita perlukan penjahat?

Penghianat?

Terlupakan?

Tersakiti?

Kenapa setiap watak dalam cerita itu tidak boleh hidup bahagia?

Kenapa mesti ada yang sengsara atau mati?

Atau......

Kenapa watak jahat terjerubus ke dalam lubang kejahatan mereka?

Aku tertarik.

Aku mahu tahu.

.
.
.

"MAKKKKK!!!! SAIFUL CURI BUKU BOBOY LAGI!!!!"

Kedengaran suara jeritan yang datang dari tingkat 2 sebuah rumah apparterment. Ianya datang dari seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

"Saiful! Bagi balik barang abang sepupu kamu tu!"

Seorang ibu ibu berusia dalam kalangan 40-an keluar dari dapur tingkat bawah rumah itu.

Dia adalah Puan Aishah, Mak kepada remaja lelaki tadi, yang bergelar Boboiboy.

"Alaaaaa tak best lah Mak Lang dengan Abang Boboy ni!"

Seorang kanak kanak lelaki berusia 9 tahun, berlari turun dari tingkat atas, sambil memegang sebuah buku tebal di tangannya.

Budak itu bernama Saiful, adik sepupu kepada Boboiboy, anak kepada Mak Long, kakak kepada Puan Aishah.

Saiful dihantar ke rumah Boboiboy disebabkan Mak Long dan Pak Long nya sedang sibuk berkerja untuk seminggu itu. 3 abang Saiful sedang sekolah, jadi, tiada sesiapa yang boleh jaga Saiful kecuali keluarga Boboiboy.

Saiful tak sekolah sebab darjahnya sedang cuti untuk memberi laluan kepada pelajar UPSR.

Puan Aishah bukan tak berkerja. Dia bukan suri rumah tangga. Dia bekerja sebagai Cikgu Biologi di sekolah Boboiboy, tapi dia sedang ambil cuti 2 minggu dikeranakan Puan Aishah terseliuhkan tangannya selepas cuba halang sebuah bola sepak yang melulu terus ke anaknya semasa berjalan jalan sekeliling sekolah bersama Boboiboy.

"Saiful!!! Bagi balik buku Abang!"

Boboiboy pun turut berlari turun dari tangga dan mengejar Saiful.

"Kejarlah Pul kalau Abang dapat!!! Ahahahaha!!!"

"Ish!!! Mari sini kau!!!"

Puan Aishah hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat telatah 2 ekor jantan bertuah itu.

"Haih, apalah nak jadi dua bebudak ni"

Masuk ke dalam kes, Puan Aishah dengan sesenangnya mengambil buku itu kembali dari Saiful.

"Alaaaaaaa!!! Tak best lah Mak Lang ni!!!"

"Sudah, Saiful. Ni buku abang Boboy. Bukan buku kamu"

Puan Aishah pun berjalan ke Boboiboy dan memberi buku itu kembali ke Boboiboy.

"Terima kasih Mak!"

Gembira habis budak tu bila mak dia bagi balik buku dia tu ke dia semula.

"Sama sama. Ni buku yang kamu tulis cerita kamu tu kan?"

Tanya Puan Aishah selepas melihat buku tebal itu tidak terljhat seperti buku cerita, mahupun kamus.

"Haah. Cikgu cakap pertengahan tahun depan nanti ada pertandingan tulis cerita untuk kelab sastera Boboy"

Boboiboy memasukkan kembali bukunya ke dalam beg sekolahnya. Sementara itu pulak Saiful dah sesat pergi tengok TV.

"Dah nak pergi dah ke? Masih awal 1 jam lagi ni sebelum sesi sekolah kamu tu mula"

Puan Aishah melihat jam dinding rumah mereka, masih pukul 12:13 tengah hari. Sepatutnya jam persekolahan anaknya itu bermula padaa pukul 1:30 petang.

"Ala, saja je datang awal Mak. Kawan Boboy yang suruh datang awal. Kitorang nak main dekat perpustakaan sebelum sekolah mula"

Boboiboy memberi sengihan nakal ke maknya. Puan Aishah pula hanya mampu terketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya mendengar niat anaknya itu.

"Hm, yelah sayang"

Puan Aishah melihat pakaian sekolah anaknya itu, dan terlihat lengan panjang baju anaknya itu terlipat sedikit ke atas, melihatkan pegelangan tangannya.

Terlihat sesuatu garis hitam bercorak di tangan anaknya itu.

"Sayang. Tangan kamu terlihat tu"

"O-oh..."

Dengan cepat, anaknya menurunkan kembali pengelangan tangan anaknya itu. Dia kelihatan memegang erat pegelangan tangannya itu, seperti risau akan sesuatu.

"Hm.... Boboy. Sini"

Puan Aishah memanggil anaknya itu ke dapur rumahnya. Dia kelihatan mengambil satu kain putih bergulung dari dalam laci dapurnya.

Boboiboy menghulurkan tangannya ke maknya, dan maknya menaikkan lengan baju Boboiboy, menampakkan seluruh lengannya.

Terdapat garisan garisan hitam dan merah di lengannya, yang membentuk bunga mawar, bermula dari pegelangan tangannya, sehinggalah ke bahunya.

"Tch......"

.
.
.

Boboiboy POV's

Namaku Boboiboy. Mungkin kalian sudah mengenaliku.

Aku hanya budak biasa.

Dilahirkan oleh keluarga yang biasa, di dunia yang biasa, dengan kehidupan persekolahan yang biasa.

Ya, itu apa yang aku boleh katakan.

Sehinggalah, 4 tahun lalu berlaku.

Entah bagaimana, di sekolah, ketika sedang melakukan kerja sendiri, sesuatu berlaku pada lenganku.

Mula mula, ianya terasa gatal sahaja, jadi aku tidak menghidaukannya.

Sehinggalah ianya mula rasa memanas. Bila aku meggulung lengan bajuku, aku terlihat corak corak bunga mawar ini tiba tiba timbul di lenganku.

Jangan tanya aku, aku sendiri tidak tahu bagaimana ianya muncul.

Rakan meja sebelahku perasan akannya, dan terus reportkannya ke guru kelas aku, kata yang aku ada tattoo di tanganku.

Apa lagi, aku pun terima masalah lah jawapnya.

Aku dimarah teruk oleh cikgu aku, kata yang aku baru 10 tahun dah ada tattoo kat tangan aku.

Aku cuba untuk bagitahu cikgu yang aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh ada benda ini di tangan aku, tapi cikgu aku tak mahu dengan sikit pun apa aku nak kata.

Bila aku dibawa pulang, nampaknya bukan aku sahaja yang ada benda ini.

Rupa rupanya, mak aku pun ada juga, bahkan, di wajahnya. Tapi, tidak sebanyak aku. Mak tutup tanda mawar itu dengan make up, jadi, selama jni aku tidak tahu.

Sekarang pun korang boleh lihatnya di bawah mata mak, dengan make upnya yang sedikit menghilang di bawah matanya.

"Sampai bila saya kena macam ni, mak?"

Aku benci tanda ni.

Benci.

Benci.

Benci.

Kenapa semuanya berubah sejak tanda ni muncul?

Kenapa mula ramai mula benci aku?

Aku dikutuk.

Aku dimaki.

Kenapa?

Kenapa?

Kenapa?

Benci.

Benci.

Benci.

Satu hari tu, aku pernah dibuli sekali, membuat aku kehilangan kesabaran aku.

Aku pukul mereka.

Aku tak tahu macam mana aku buat.

Mereka semua termelayang kebelakang, sehingga ada dari mereka yang kehilangan gigi mereka.

Aku tak tahu mengapa.

Kekuatan aku seperti meningkat 2 kali ganda tanpa aku sedar.

"Sampai mereka boleh terima Boboy dengan tanda ni seadanya"

Boboiboy POV's End.

.
.
.

Puan Aishah mengkucup dahi anak semata wayangnya itu, sebelum membelai lembut kepalanya.

"Boboiboy pergi sekolah dulu mak!"

"Waalaikumusalam"

Boboiboy berlari keluar dari rumahnya, dan mula masuk ke dalam lift banggunan itu. Dia pun turun ke tingkat bawah.



























969 perkataan

Entahlah. Korang nak Author sambung ke?


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top