23| The evil inside him
Sebab lama tak update so double update la ni hari huehuehue ❤
Perlahan-lahan kelopak matanya di buka. Kepala yang terasa sakit di pegang.
"Urghh..." di toleh kiri dan kanan apabila dia menyadari tempat ini kelihatan asing baginya.
Dinding rumah berwarna ash grey itu di pandang pelik. Tempat apa ini? Ji hyo cuba berdiri kemudian berjalan menghampiri pintu bilik. Namun pintu itu terkunci. Berkali kali dia cuba nemulas tombol pintu itu semuanya hanya sia sia.
Hatinya mulai berdetak laju. Dia berjalan menghampiri jendela pula. Tabir yang menutup jendela itu di tolak.
Ada gril?!
Di teliti kawasan luar, "dekat mana ini?" semuanya hanya menampakkan pokok pokok yang agak besar dan tinggi seperti di hutan saja.
Cuba di ingati apa yang berlaku pada dirinya. "V eh tak ta-taehyung?!"
Dia sudah ingat! Terakhir sekali sebelum dia pengsan dia nampak adalah taehyung. Jadi bermakna dia—
Klak
Pintu di buka menampakkan taehyung membawa segelas susu dan roti bakar dengan wajah yang tak berperasaan.
Ji hyo menjadi takut. Tubuhnya seakan batu yang tak mampu bergerak. Taehyung memandang ji hyo sekilas.
"Makan itu. Saya tak mahu kau mati kelaparan." kata taehyung dingin.
Ji hyo menelan air liur. Sekarang ini taehyung perlahan-lahan menunjukkan dirinya yang sebenar.
Ji hyo hanya berdiri di situ langsung tiada tanda dia hendak berganjak dari situ. Anggukan juga tiada.
Taehyung menoleh ke tepi di tempat ji hyo berdiri. Wajah takut gadis itu sudah boleh di lihat. Tawa halus kedengaran di bibir jejaka itu namun kedengaran sinis.
"Kau mau secara paksa atau—"
"Tak! — Ok.. Okay saya makan sendiri." potong ji hyo. Mana la dia mahu.
"Good girl. Kalau saya tahu kau cuba lakukan sesuatu," senyuman jahat terhias di bibir, "kau pasti akan menyesal."
*
Jae menghubungi telefon jimin berkali kali namun gagal di sambungkan. Hanya operator yang menjawab "ke mana kau ni jimin."
Dia risau, rasa menyesal dan serba salah. Menyesal sebab pergi meninggalkan ji hyo sendiri dan rasa bersalah sebab kalau dia tak tinggalkan ji hyo pasti ji hyo selamat.
Telefon ji hyo yang dia jumpa di kamar tidur ji hyo dia genggam. "Maafkan saya ji hyo..."
Dia menangis lagi sekali kerana gagal. Dia rasa diri dia gagal.
*
Edward serta pekerja bawahannya memberi satu tanda hormat buat jimin dan tuan jung.
"I'll see you tomorrow morning. I need to check back my data about him."
Jimin sekadar tersenyum. Setelah bayangan edward dan yang lain hilang, jimin mengeluh. Rasa rindu pula nak dengar suara sang kekasih hati.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Apabila skrin dinyalakan, tertera la nama jae yang mana sebanyak 20 kali menelefon dia. Agak terkejut juga la .
"Wuish tak pernah dia telefon saya begini banyak. Patut la tak dengar saya mutekan."
Dia menghubungi balik kawan baiknya itu. Baru saja dia mau beri salam jae segera memotong dengan nada yang panik.
Jimin! Ji hyo min!!
Kenapa dengan ji hyo?
Dia kena culik!!! Dia—
Belum lagi jae habiskan ayatnya, telefon bimbit jimin sudah terlepas dari tangan. Dia rasa dunianya berhenti berputar. Dia yakin semua ini hanya gurauan. Mana mungkin—
*
Di sebuah bilik yang gelap, hanya bertemankan satu mentol lampu berwarna kuning kelihatan seorang lelaki terduduk lemah di atas permukaan yang kotor dan berdarah.
Wajahnya kelihatan agak teruk kesan luka di badan juga tidak kalah hebatnya. Dia kelihatan lemah dan tak berdaya.
Kakinya di gari begitu juga tangannya. Taehyung membuka pintu lalu berjalan menuju ke arah lelaki itu.
Dia mencangkung menyamakan ketinggian dia dengan lelaki itu. Di pandang wajah lelaki itu sebelum dia tertawa.
"Kau lemah jungkook."
Ya jungkook lah lelaki itu.
"Kau bermain dengan orang yang salah." kepala jungkook di tolak buatkan lelaki itu mengerang kesakitan.
Jungkook memandang taehyung sinis. "Saya tak kesah lah sial!"
Aduh jungkook, jungkook. Masih tak sedarkah? Sudah macam ini masih lagi mau berlagak? Taehyung buat muka.
Rahang lelaki itu di cengkam kasar, "dengar jungkook, gadis pujaan kau ada dengan saya sekarang ni." mata jungkook terbeliak mendengar apa yang di katakan oleh taehyung. Takkan dia maksudkan ji hyo? Tak tak mungkin.
"Kenapa tak percaya?" boleh di teka apa yang jungkook fikirkan hanya melalui reaksi wajahnya. "Kejap lagi saya bawa dia jumpa kau. Biar dia tengok kematian kau macam mana. Dia akan jadi saksi kau mati."
"Lepaskan dia la sial! Jangan berani kau sentuh dia!"
"Oh ya? Sekarang ni kau nak jadi hero la?" taehyung berdiri. Selepas itu satu tendangan hinggap di perut jungkook buatkan lelaki itu terjerit kesakitan.
"So why not kau cuba lepaskan diri kau dulu then baru kau selamatkan dia?"
"Jangan buat lawak bodoh. Selamatkan diri sendiri juga tidak mampu."
Taehyung tersenyum sinis. Dia tahu apa dia nak buat dekat ji hyo. Jungkook yang kelihatan menahan sakit itu di biarkan saja. Dia terus keluar tanpa memandang lelaki itu.
Jungkook membuang ludahnya ke tepi. Sial darah lagi! Dia tak boleh biarkan ji hyo di sentuh oleh mana mana lelaki. Tak hanya dia saja!
Sekarang ini dia berfikir macam mana hendak buka benda sial yang sudah rantai kaki dia ni.
*
Jimin segera mendapatkan jae yang duduk termenung di atas katil dalam bilik ji hyo. Ya dia masih di situ.
"Macam mana hal ini boleh berlaku. Bukan kah baru sekejap tadi hisk..." jimin tak mampu teruskan lagi. Dia terjatuh melutut. Lemah saja bila dia lihat keadaan tempat itu.
Semuanya berselerak. Pasti ada pergelutan hingga semua benda jatuh di atas lantai. Jae mengetap bibir. Dia rasa yang dia patut di persalahkan.
"Maafkan saya jimin. Kalau saya tak tinggalkan dia sorang sorang pasti—"
"Tak apa jae. Bukan salah kau. Saya yang salah. Saya gagal lindungi orang yang saya sayang buat kali kedua. Kali kedua jae. "
Suasana senyap seketika. Masing masing melayan perasaan sendiri.
*
Taehyung melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang mana ji hyo di tempatkan. Kelihatan gadis itu sudah tertidur. Pasti dia penat.
Langkahnya di bawa ke arah gadis itu. Dia memandang kosong wajah ji hyo. "Dia terlalu cantik... "
Tapi sayang untuk punya perasaan cinta sudah tak ada dalam diri taehyung. Semuanya hanya keinginan untuk membunuh, dan lain-lain.
Rambut gadis itu di usap. "Something gonna happen tomorrow morning. Prepare for the gift sweetheart." bisik taehyung seraya mencium pipi ji hyo.
Dia tersenyum sinis apabila memikirkan rancangannya.
Setelah taehyung keluar, ji hyo membuka matanya. Dia bukan tidur sebenarnya, siapa saja dapat tidur dalam keadaan begini. Sudahlah dia takut sekarang ini di tambahkan lagi apa yang di katakan oleh lelaki itu.
"Jimin saya rindu awak... Cepat datang dan selamatkan saya."
Tbc°
See ya ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top