22 | The evil inside him
Hubungan ji hyo dan jimin sudah mula berbaik. Mereka menjalani hari hari biasa. Tidak lama lagi mereka bakal berkahwin hanya setelah tugas jimin selesai.
"Ji hyo?" jimin yang berada di dapur memanggil nama gadis kesayangannya. "Sayang? Dah jom masuk kita breakfast dulu."
Ji hyo yang sedang sibuk menanam pokok bunga di luar mengalih pandangan ke arah pintu rumah. Kelihatan jimin dengan pakaian seragam kerja sudah berpeluk tubuh.
Dia sekadar tersenyum sebelum mengangguk faham. Pokok bunga yang terakhir di selesaikan cepat lalu dia berjalan ke arah jimin.
"Maaf buat awak tunggu." ji hyo meminta maaf. Dia membawa diri ke dapur untuk mencuci tangan.
Di pandang pula meja yang ada banyak jenis makanan. "Awak masak semua ni ke jimin?" Gila! Banyak juga.
Jimin tertawa, "saya ajak jae sekali makan sama dengan kita, tak mengapa kan?"
Ji hyo menggeleng kepala. "Eh tak apa! Boleh je kalau dia nak join sekali. Lagi ramai lagi bagus."
Selang beberapa minit bunyi enjin kereta kedengaran. Tahu sangat lah tu si jae.
Mereka berdua menjemput jae dengan mesra bagai suami isteri je kalau di sudut pandangan jae. Rasa kekok pula kacau moment orang nak bersweet ni.
*
Edward dari tadi duduk menghadap computer miliknya yang di bawa dari Canada. Segala kes dan maklumat tersimpan di dalam situ. Jadi ia amat penting sekali.
"Taehyung kim you can't hide from me."
Bunyi ketukan di pintu membuatkan dia mengalihkan pandangan ke arah pekerjanya.
"Yes?"
"Sir are we really gonna just wait here without doing anything? We should go outside and start to find kim." kata perkerjanya.
Edward berdehem. Ada betulnya juga. Namun dia tak boleh nak bertindak melulu kerana dia tak berapa tahu selok belok dekat sini. Tambahan pula, pihak polis seoul juga belum bagi maklumat atau tanda tanda nak beri kerja sama.
"We wait for a few days more if they won't give any sign then we will start the mission."
Mendengar saja arahan dari sir edward pekerja itu sekadar mengangguk. Di beri hormat sebelum dia keluar dari bilik edward.
*
Taehyung duduk di luar rumahnya. Mata di pejam bagi merehatkan sedikit mata serta tubuhnya.
Dia baru saja selesai bersenam untuk menguatkan lagi tubuhnya itu kerana dia tahu sekarang ni dia dalam buruan. Lagi-lagi polis dari canada.
Tak sangka mereka kejar aku sampai ke korea. Cis.
Peluh menitik diwajahnya nafas juga kedengaran berat. Tiba- tiba bayangan di zaman kecil bermain di minda. Seakan nyata.
Dia tak nak hidup seperti ini namun kerana seorang wanita dia tak lagi kenal erti kebahagiaan.
Dia nak rasa gembira, hidup aman tapi kalau bukan sebab perempuan sial itu pasti dia akan hidup seperti orang lain.
Dia tertawa sinis. "Saya tak pernah menyesal lakukan semua ini."
Tiba tiba saja wajah ji hyo belayar di fikiran. Gadis itu buat dia tenang. Rasa gembira.
Patut kah aku berubah?
*
Ji hyo menghabiskan cucian pinggan mangkuk yang mereka gunakan tadi. Jae hendak menolong namun jimin segera menghalang katanya tetamu tak perlu lakukan apa apa.
Setelah selesai, ji hyo menuju ke ruang tamu untuk turut serta mereka. Namun langkahnya terhenti sebaik saja dia mendengar perbualan mereka berdua.
"Apa kau yakin?"
"Ya jae saya yakin dengan keputusan saya. Lagipun ini tugas saya dan saya kena jalankan nya."
"Tapi jimin... Taehyung tu berbahaya."
"Saya tahu. Kalau saya mati... Saya nak kau tengokkan ji hyo untuk saya."
"Jimin... "
Panggilan ji hyo buatkan mereka berdua menoleh melihat ji hyo dengan mata berkaca. Terkejut jimin dibuatnya.
"Ji hyo!" jimin terus berdiri apabila ji hyo sudah pun berdiri di depannya. Wajah gadis itu di pandang.
"Please jimin jangan tinggalkan saya. Awak dah janji nak bersama saya."
"Tapi ji hyo—" jimin berjeda apabila air mata gadis itu semakin mengalir laju. "Okay saya janji akan selamat. Lepas selesai saja, kita terus kahwin yer."
Di peluk tubuh gadis itu untuk ditenangkan. Jae hanya menjadi penonton. Aduh jeles pula.
*
"Ok lah jae, saya kena gerak jumpa dengan sir edward dulu. Kami ada perbincangan sedikit." kata jimin seraya memandang wajah jae yang berdiri di samping ji hyo.
"Ji hyo, saya janji tidak akan ada berlaku apa apa." tambahnya.
Ji hyo hanya tersenyum tawar. Jimin takut ji hyo di apa apakan. Mana tidak risau, jungkook saja belum lagi di jumpai.
Apabila kereta jimin meluncur keluar dari perkarangan rumah kini hanya tinggal dia dan jae saja. Di toleh ke tepi.
"Awak dah nak balik?"
Jae mengangguk. "Saya juga perlu habiskan kes saya."
Masing-masing senyap sebelum ji hyo kembali bersuara. "Jae tunggu."
Niat untuk masuk ke dalam kereta terhenti. Wajah ji hyo yang seperti hendak bertanya itu di tatap.
"Boleh saya tahu siapa taehyung?"
*
Edward tersenyum lebar apabila jimin dan yang lain bersetuju hendak berkerjasama dengan mereka.
"Thank you for joining us inspector park. I appreciate that."
Jimin berjabat tangan dengan edward. Dia yakin dengan pilihannya.
"Welcome sir."
Ji hyo bagaikan patung yang tak bernyawa. Terduduk di bangku dan langsung tak bergerak. Mindanya pula asyik terfikirkan akan tadi.
Flashback
Jae menerangkan serba sedikit yang dia tahu tentang taehyung. Ji hyo yang mendengar hanya mengangguk kepala.
"Dia tu memang berbahaya ke?"
Jae tertawa kecil sebelum satu anggukkan di beri. "Ya ji hyo. Taehyung itu sangat berbahaya."
"Boleh tak kalau saya nak tengok rupa dia?"
Telefon pintar di keluarkan dari poket seluar. Lalu di cari sesuatu di dalamnya.
"Nah." kini telefon berpindah tangan. Ji hyo melihat gambar yang terpapar di skrin telefon jae.
End flashback
Ji hyo mengetap bibirnya. Tak mungkin taehyung tu adalah v? Tak aku rasa mungkin kembar serupa. Ya! Aku yakin!
Dia cuba berfikir positif namun semakin dia cuba semakin dia risau. Dia risau kalau memang benar v adalah taehyung.
"Patut kah saya tanya dia?"
Bunyi deringan telefon buatkan dia tersentak. Di jeling ke tepi melihat telefon nya. Tertera nama v di skrin. Dia menelan air liur.
Tangan tiba tiba saja terketar. Terbawa bawa kali perasaan takutnya. Skrin telefon menjadi gelap semula. Bibir di ketap.
Kali ini satu mesej masuk dalam telefonnya.
Hye, saya dekat depan rumah kau ni.
Ji hyo terkejut setelah membaca mesej dari taehyung itu. Dia berjalan menuju ke jendela biliknya. Di tolak sedikit langsir untuk melihat jika benar dia berada di situ.
Benar. Dia tengah berdiri di situ. Taehyung mendongak memandang ke arah ji hyo buatkan ji hyo terkejut.
“Kalau nak tahu itu taehyung... Dia ada tahi lalat dekat hidung, bawah bibir dan bawah kelopak mata.”
Taehyung melambai ke arah gadis itu sambil tersenyum.
“Kalau nampak dia terus telefon saya tau. Lelaki ni boleh jadi baik untuk menipu mangsanya.”
Ayat jae berputar bagaikan pita rakaman. Ji hyo mengundur kebelakang. Dia yakin bahawa v itu adalah taehyung. Ya kini dia percaya.
Jadi selama ini dia berkawan dengan seorang penjenayah!
Ji hyo menghidupkan telefon nya lalu cuba mencari nombor telefon jae. Sekarang dia perlu beritahu jae akan perkara ini.
"Tolong la jawab! Tolong la jawab!" kata ji hyo cemas.
“hello ji hyo? Ada apa—”
“Jae! V... Ani taehyung dia ada di sini—”
Bukk!
Pintu bilik ji hyo di buka kasar buatkan ji hyo lantas menoleh. Terkejut gadis itu apabila orang yang di buru polis kini berdiri di tepi pintu biliknya.
Taehyung tersenyum sinis memandang ke arahnya. "Well look like you know me already baby girl."
“Ji hyo!!! Tunggu saya datang!”
Ji hyo tak mampu bersuara. Dia terlalu takut, mulutnya juga bagaikan terkunci. Setapak lelaki itu melangkah , setapak juga dia mengundur.
"Welcome to my world ji hyo."
"Arghhhh TOLONGG!!!!"
Tbc°
Oho nampak ji hyo da tahu
See ya ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top