21 | The evil inside him
Keadaan dari tadi sangat sunyi. Tiada siapa yang mahu membuka mulut. Hanya lagu di radio saja berkumandang dan bunyi aircond kereta saja yang menyapa di pendengaran mereka.
Di pandang wajah kawannya di sebelah. Sedih dan rasa kesian. Itulah yang dia rasakan apabila tahu keadaan temannya itu.
Kereta di hentikan apabila tiba di rumah jimin. Di pandang wajah jimin sebelum lengan lelaki itu di goyang sedikit bagi menyedarkan lelaki itu.
Jimin tersedar. Di pandang di luar nampaknya sudah sampai.
"Thanks. Nak masuk?" ajak jimin sambil membuka tali pinggang keselamatan. Jae sekadar mengangguk.
Mereka berdua berjalan masuk ke dalam lalu menuju ke ruang tamu. "Duduk la dulu. Btw kau nak apa? Saya buatkan."
Jae menahan jimin. "Tak apa. Saya dah minum tadi. Kau duduk ja rehatkan minda kau."
Jimin akur. Dia duduk di atas sofa sebelum dia bertindak untuk baring saja. Jae hanya perhatikan saja jimin itu.
Dia tahu jimin sedang kecewa, marah dan banyak lagi. Dia sendiri pelik dengan perangai ji hyo.
"Jae, kalau kau di situasi saya... Apa yang kau akan buat?" soal jimin tanpa memandang kawan baiknya itu. Dia hanya menatap siling rumah.
Jae diam. Berfikir hendak jawab apa. Dia bukannya mahir sangat bab percintaan ini. "Kalau saya sudah pasti akan bagi ruang untuk dia dan untuk saya juga. Bagi masa untuk masing-masing berfikir." jelas jae.
Jimin memejamkan mata. "Saya—"
*
Ji hyo duduk bersandar di sofa. Dia mula rasa serba salah buat jimin seperti tadi. Dia tahu jimin hanya bagi nasihat namun entah kenapa dia boleh berkelakuan biadap.
Nafas lemah di lepaskan. Baru saja dia ingin mendail nombor jimin satu pesanan ringkas dari taehyung terpapar di skrin telefon.
Hey wanna meet up?
Ji hyo berfikir sejenak. Dia akhirnya bersetuju untuk bertemu dengan taehyung di tempat biasa. Niat untuk telefon jimin di batalkan.
*
"Sorry awak." ji hyo meminta maaf. Bangku di tarik sebelum dia duduk di atasnya. Wajah kacak taehyung di pandangnya.
"Hey chill la. Saya ok. Nak makan apa?"
"Tak pe saya tak lapar." ji hyo tersenyum sebelum dia perasan akan sesuatu.
Kenapa wajah dia ni seperti familiar? Kenapa aku rasa macam pernah nampak wajah v ni?
Namun ji hyo tersedar apabila taehyung melambaikan tangannya di hadapan ji hyo. "Eo?"
"Kau ok tak ni? Dia tanya kau nak minum apa." kata taehyung diikuti senyuman manis.
Ji hyo memandang waiter yang mengambil pesanan itu sebelum order minuman kegemarannya.
Apabila waiter itu berlalu pergi, taehyung mula membuka cerita. "Nampak sedih ja?"
Ji hyo mengalihkan pandangannya ke arah taehyung. "Saya tak rasa nak teruskan rancangan ini lah v. Saya tak nak sakitkan hati dia lagi."
"Saya dah nampak yang dia betul-betul sayangkan saya v."
Taehyung tertawa. "Lah takkan setakat ni ja. Kita kalau nak uji seseorang bukan setakat seminggu or sebulan. Kena ambil masa lama. Kalau benar dia sayang kan kau pasti apa kau buat dia takkan marah malah dia akan support kau." jelas taehyung.
Ji hyo mengalihkan pandangan ke tepi. Dia sebenarnya tiada niat pun , semua ni rancangan yang taehyung buat untuk lihat sejauh mana jimin sayangkan dia.
Taehyung mengusap kepala ji hyo lembut. "Ok lah kalau kau rasa macam tu... Kita stop okay. Tapi satu ja saya nak kata. "
Mereka berdua berpandangan, “Don't trust anyone, sweetheart. People easily change. Mostly the person you think they were nice.”
Bisik taehyung tepat pada telinga kiri ji hyo.
Ayat itu
Dia mulai rasa seram. Taehyung kembali tersenyum seperti tiada apa apa yang berlaku sebelum menjamah makanan yang di order tadi.
*
Malam menjelang tiba. Tidak banyak kereta pada waktu malam jadi tak la memakan masa yang lama untuk ke rumah jimin.
Niatnya untuk berbaik dengan jimin di teruskan. Dia tak sanggup nak lukakan hati jejaka baik itu.
Dia menarik nafas sebelum loceng rumah di tekan. Dia dapat menangkap bunyi tapak kaki sedang berjalan. Aduh berdebar lah pula.
Buka saja pintu, terlihat lah wajah jimin yang kacak. Dengan hanya mengenakan seluar pendek tanpa baju.
Habis merona pipi ji hyo melihatnya. Agak mengejutkan kerana ji hyo datang ke rumahnya. Dah lah sudah lewat malam begini. Namun dia tetap gembira walaupun dia masih kecewa dengn sikap ji hyo itu.
"Tak nak bagi saya masuk ke?" kata ji hyo namun matanya memandang bawah.
Kepala yang tak gatal di garu sebelum menyuruh gadis itu masuk. Mereka berdua ke ruang tamu.
"Nak minum? Saya buatkan?"
"Eh tak apa. Saya tak haus." tolak ji hyo lembut saja.
Jimin bertambah pelik. Eh cara percakapan ji hyo juga sudah kembali seperti biasa.
"Hmm Jimin..."
"Ya?"
"Tu..." bibir di juih ke tubuh jimin yang tak mengenakan apa apa pakaian, "pakai lah baju awak dulu."
Jimin melihat ke bawah. Aduh! Malunya!!! Dia segera meminta maaf sebelum berlari naik ke bilik mengambil baju.
Ji hyo menutup pipinya yang merah menyala. "Tak sangka dia abs." sempat lagi ya.
Setelah lengkap berpakaian jimin menghampiri ji hyo. Dia mengambil keputusan untuk duduk di hadapan ji hyo.
"Ada apa awak nak jumpa ni? Kan esok ada masa. Sekarang ni dah agak lewat." tutur jimin lembut.
"Sebenarnya saya—"
Dari jauh lagi taehyung yang bersandar di pintu kereta mewahnya itu sudah tersenyum sinis.
“nampaknya saya terpaksa lakukannya sweetheart . Kau yang pilih jalan tu so let's start it.”
Tbc°
See ya ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top