20 | The evil inside him
Ji hyo merehatkan tubuhnya setelah jimin pulang ke rumahnya. Nasib saja dia tak di marahi kerana balik terlalu lewat. Kalau family dia tahu sudah tentu dia di cuci telinga.
Flashback
"Jimin! Mian—"
Tubuh gadis itu di dakapnya erat. Jimin mengusap lembut rambut ji hyo. "Tak apa. Asalkan awak selamat sudah cukup. Saya cuma risau sebab awak lewat balik. "
Ji hyo terkedu. Kenapa jimin begitu baik? "Maafkan saya jimin." pelukan di balas.
End flashback
Teringat kembali di mana dia dan taehyung bergembira di taman tema. Jujur ini pertama kali dia merasa senang seperti itu.
"Tak tahu lah kenapa jiyeon sanggup tinggalkan v. Padahal v begitu baik dan ada rupa." dia menoleh ke tepi. Namun baru dia tersedar, lantas saja dia duduk di atas katil.
"Cakap pasal jiyeon, ke mana dia pergi? Last saya nampak waktu dia keluar bersama dengan v." dia menyoal sendiri. Lupa pula nak tanya jimin. Besok je la.
*
Kunci kereta di campak ke atas meja ruang tamu. Penat sudah tentu lah.
Dia membuka butang baju satu persatu hingga terserlah tubuhnya yang ada abs. Lantas dia baring di atas sofa.
Satu tawa kecil terbit di bibirnya. Terusik jiwa lelaki bila teringat kembali betapa gembira wajah ji hyo tadi. Tangan di rehatkan di atas dahi sebelum dia memejam mata.
"Wangian dia sangat memukau." taehyung berkata sendiri. Dia mula teringat macam mana lembutnya tangan gadis itu.
Dia mula terfikirkan cara untuk membuat ji hyo masuk ke dalam perangkap yang sudah dibuatnya.
"Step by step, you will come to my world sweetheart. You will see the world i'll create for you. That time i wanna see if you can smile like the way you give me."
Bisiknya sendiri. Namun di dalam sudut hatinya yang kecil terselit satu perasaan yang dia sendiri pelik.
Namun dia hiraukan saja. Malas nak berfikir panjang dia terus saja memejam mata dan masuk ke alam mimpi.
*
Jae dan jimin masih dalam misi mencari jungkook namun semua hasil pencarian mereka berakhir dengan jalan mati.
Jimin merebahkan tubuhnya di bangku kereta. Seat pemandu di jadikan tempat dia berehat. Penat.
Jae yang menyandar di tepi pintu memandang wajah jimin. Jelas terpapar wajah kecewa. Dia tahu sangat kawan dia ni macam mana.
"Sabar lah. Kita pasti akan dapat." jae memujuk.
Jimin membuka matanya, "saya tahu jae, but macam mana kalau dia muncul dan kacau ji hyo balik? Saya... " di pandang wajah jae kecewa, "saya takut waktu tu saya tak ada dengan dia. Saya sayangkan dia jae. Kau tau kan macam mana kerja kita ni. Lagipula misi saya—"
"Dah dah. Saya ada." jae berpeluk tubuh. Di pandang ke langit yang menunjukkan matahari kian terik. "Kita tak akan lepaskan jungkook. Dia takkan terlepas."
Jimin hanya senyum sayu. Dia gembira ada kawan yang baik macam jae. Dia bersyukur namun dalam hatinya siapa tahu. Tahap risau dia itu sudah mencapai tahap maximum.
Dia tak dapat ramal apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Flashback
Jimin di hubungi oleh tuan jung kerana ingin di bincangkan atas sebab kes yang di handle nya.
Langkah kakinya di bawa masuk ke dalam pejabat mesyuarat. Keadaan menjadi sunyi apabila tuan jung berdiri bersama beberapa orang pegawai polis.
Lihat dari pemakaian, pangkat pegawai polis itu lagi tinggi berbanding tuan jung. Rasanya macam kenal orang ni.
"Kenalkan ini Sir edward. Dia polis dari kanada yang mengurus kes kim taehyung." terang tuan jung.
Jimin menganggukkan kepala. Patut lah macam kenal. Jimin berjabat tangan dengan edward.
"Hello, i'm inspector Jimin. Park jimin."
"Nice to meet you inspector Jimin." Kata edward ramah, "enough for you to know my name edward."
Mereka meleraikan tangan mereka. Kerusi di tarik lalu mereka duduk sebelum mula membincangkan akan hal taehyung. Berjam jam lamanya mereka dalam bilik tersebut.
"So how?"
"Well i don't think that will be safe for us."
Edward tertawa kecil. "And that's how we work, jimin. Safe or not we must try or else we will lose him again."
Kelihatan jimin berfikir. Jujur dia kata dia agak risau. Wajah tuan jung di pandang sebelum tuan jung mengangguk kepala mengatakan semuanya akan ok.
"Are you sure it's him?"
"That's why we should find out. We need your cooperation. I already search him in my country but we didn't find him." Terang edward.
"Give me a reason why you think he actually here?"
"There's no reason for me. I just do what i should do. If you want to give a hand then come with us."
Jimin mengeluh kecil. Dia buntu. "Let me think first. I will let you know soon."
End flashback
"Jimin? Hey jimin?!"
Jimin terjaga dari lamunan. Di pandang wajah jae yang seakan risau itu sebelum bertanya ada apa.
"Kau asyik termenung sejak kebelakangan ini. Ada apa?" risau jae.
Jimin menggeleng, "saya okay. Just banyak fikirkan kes kita ni."
*
Tiga minggu sudah pun berlalu. Banyak keadaan yang berubah terutama sekali sikap ji hyo. Dia makin lama makin berubah.
Ji hyo berlari anak menuju ke depan pintu untuk membuka pintu. Terpapar lah wajah jimin dan jae di depan pintu.
Ji hyo mempelawa mereka masuk namun jae menolak.
"Tak apa saya perlu ke tempat lain lagi. Korang berborak lah." lembut saja jae berkata. Bahu teman baiknya di tepuk. "Kalau dah selesai nanti kau call jer. Saya ambil okay."
Jimin mengangguk kepala. Jae ni kalau tak melayan dia seperti seorang budak memang tak sah.
Apabila bayang jae hilang di sudut mata, pintu di tutup kembali. Ji hyo menuju ke dapur untuk membuat air.
Jimin duduk di sofa atas arahan ji hyo. Hatinya mula risau apabila dia mendapat tahu ji hyo kerap keluar malam. Dia bukan nak kongkong atau apa tapi tak manis kalau perempuan keluar malam. Lagi lagi bila dia tahu kawannya seorang lelaki.
"Kenapa awak datang?" soal ji hyo setelah menghidang teh buat jimin. Dia mengambil tempat di hadapan bertentang dengan jejaka itu.
"Ji hyo, look saya bukan— no saya actually tak suka bila awak keluar malam. Lagi lagi pergi berjumpa dengan lelaki lain."
Ji hyo terkejut. Macam mana dia tahu? Sedangkan dia yakin yang tiada siapa nampak dia keluar. Mesti jiyeon yang report ni. Dasar perempuan teruk!
"Jimin, saya just keluar dengan kawan. Tak lebih dari itu." terang ji hyo. Nada suaranya juga sudah kedengaran annoying.
"Awak macam kongkong saya jimin. Itu tak boleh ni tak boleh."
Jimin mengeluh. Dia tak nak hal macam ni berlaku. Dia sayangkan ji hyo. Dia nak nasihat kan saja namun nampaknya ji hyo salah paham.
"Bukan saya nak kongkong awak sayang. Saya just jaga air muka awak. Apa kata orang nanti. Tak manis kalau orang pandang." jimin masih lagi berlembut.
Ji hyo berpeluk tubuh. Mata jimin yang memandang tepat ke arahnya di balas kembali. "Macam mana awak tahu saya keluar dengan lelaki? Mesti jiyeon yang bagitahu kan? Dasar perempuan murahan. Sudah buang nak balik?" ji hyo tersenyum sinis.
Jimin bagaikan tak percaya dengan apa yang dia dengar keluar dari mulut gadis itu. Ji hyo seorang gadis yang selama ni hanya menuturkan kata-kata baik kini berubah. Sejak dia keluar dengan kawannya semua jadi serba tak betul.
"Ji hyo! Enough with this! Why libatkan jiyeon? Dia tak ada kena mengena dengan hal ini. Lagi pun saya nampak sendiri awak keluar dengan lelaki ji hyo." kata jimin nada suaranya juga sudah berubah cuma masih di tahankan marahnya.
Ji hyo sudah ketawa sinis. "Yela tu." seperti memerli pun ada.
Jimin mengetap bibir. Sabar. Hal boleh di bawa bincang.
"Please, saya tak tahu kenapa awak berubah sampai macam ni sekali ji hyo but please saya merayu awak jangan lagi bertemu dengan dia—"
"None of your business." ji hyo memintas.
Jimin terdiam seribu bahasa. Ji hyo dia sudah berubah. Ini bukan lah ji hyo yang dia kenal.
Tbc°
See ya ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top