19 | The evil inside him
Lampu lampu kian bernyala dan lagu juga masih berkumandang menunjukkan lagi kemeriahan taman tema itu. Langit malam kian gelap di penuhi pula dengan bintang bintang.
Ji hyo dan taehyung kelihatan masih lagi bermain permainan yang ada di situ. Tiada tanda tanda yang mereka akan berhenti.
"Wah!!!" mata ji hyo bersinar sinar pabila melihat anak patung yang lebih kurang sebesarnya masih berbungkuskan plastik. Dia tahu patung itu adalah hadiah untuk sesiapa menang main permainan menembak.
Taehyung perasan akan tingkah ji hyo lantas turut melihat ke arah yang di pandang oleh gadis itu. Dia mula tersenyum.
Tangan gadis itu di pegang buatkan ji hyo memandang terus ke arah taehyung. "V, kena-"
"Jom kita ke sana." taehyung memotong laju. Dia membawa ji hyo ke tempat di mana anak patung itu berada. Terkejut juga ji hyo apabila taehyung membawa di ke situ.
"Kau nak anak patung tu kan." taehyung mengujar.
Wait what?! - dia perasan ke? Muka aku ni nampak sangat ke?
"Awak... Macam mana awak tahu?" Pipi yang mulai merah di tutup guna telapak tangan, "nampak sangat ke?" gumam ji hyo perlahan namun dapat di dengari taehyung.
Tercuit hati taehyung melihat telatah ji hyo. Dia mengusutkan rambut ji hyo, "nampak dengan jelas sayang."
Ji hyo terkedu. Dia panggil sayang ke tadi? Gais aku tak salah dengar kan?
"Pak cik! Berapa bayaran nak main game ni?" soal taehyung ke arah owner kedai permainan tersebut.
"Hanya tiga ribu won saja anak." ujar pak cik itu.
Taehyung mengangguk tanda paham. Di pandang sekilas wajah ji hyo yang kelihatan seperti membatu di sebelahnya sebelum tawa kecil terhasil di bibirnya.
"Hey, kau kenapa?" Taehyung menyiku lengan ji hyo, menyedarkan dia kembali ke alam nyata. Segera dia menjawab yang dia okay.
Pak cik itu menghulurkan senapang yang kelihatan real namun itu hanyalah sekadar permainan. Di terangkan segalanya pada taehyung cara cara menggunakan senjata itu namun siapa tahu bahawa lelaki itu tersangat lah mahir.
"Saya akan dapatkan anak patung itu untuk kau." taehyung berkata tanpa memandang wajah gadis itu. Sibuk dia mengisi peluru yang berbentuk seakan-akan guli.
Hati ji hyo terus saja berbunga-bunga. Aduh kenapa pula lelaki ini sangat baik? Dia teringatkan kembali betapa bodohnya jiyeon kerana melepaskan lelaki yang baik dan kacak seperti taehyung.
"Teman wanita kamu?" soal pak cik itu. Yelah nak juga tahu.
Mereka berdua melihat sesama sendiri lantas taehyung mengangguk. "Ya teman wanita saya pak cik. Cantikkan dia."
Ji hyo lagi sekali terkedu. Aduh hati tolong lah ingat yang kau tu punya jimin. Jangan nak perasan sangat.
Pak cik itu mengiyakan juga. Dia sependapat dengan taehyung. "Memang nampak sepadan."
Taehyung tertawa manakala ji hyo malu lah.
"Hey v, " panggil ji hyo seakan berbisik. "Awak memang yakin nak main ni?" risau ji hyo. Tak nak lah dia jadi orang yang suka habis kan duit orang.
Aduh, soalan ji hyo ni. "Sayang, tak perlu risau sebab teman lelaki kau yang kacak ni akan dapatkan anak patung tu hanya dengan satu kali shot ja."
Senyuman sinis terukir di hujung bibir jejaka itu tanpa sesiapa pun sedar.
*
Jimin mengemas semua kertas kerjanya dan kemudian menyimpan ke dalam beg. Jam di dinding juga di pandangnya sekilas, 9:58 malam.
Agak lewat juga dia berada di pejabat hinggakan terlupa hari sudah agak lewat malam. Terasa lapar la pula.
Kunci kereta di capai sebelum bergerak pergi menuju ke perkarangan parking kereta. Namun terlebih dahulu dia akan menutup semua suis maklumlah tak nak membazir.
Dia berhenti di tepi jalan raya. Dia melihat ke arah rumah ji hyo yang masih lagi gelap tak berlampu. Pelik juga setahunya, ji hyo belum tidur jam begini. Kalau iya pun dia tidur sudah pasti hanya lampu bilik sahaja terpejam. Ni tak semua lampu tak berpasang bagaikan tiada elektrik.
Telefon bimbit di capai lalu di dail nombor ji hyo. Beberapa minit berlalu namun tiada tanda tanda yang panggilan dia bakal di sambut.
Dia cuba lagi sekali dan hasilnya tetap sama. Keluhan lemah di lepaskan.
*
Taehyung mula mensasarkan sasaran. Mata kirinya mula di pejam agar sasaran menjadi lebih tepat. Hujung bibir ternaik serta merta.
"This game will be fun."
Bbangg!
Hanya sekali tembak saja dia berjaya tumbangkan kesemuanya. Kacang ja semua ni. Ji hyo dan pak cik itu terkejut dan pada masa sama kagum dengan lelaki itu.
"Wah! Kamu memang sangat berbakat!" pak cik menepuk tangan. "Nah hadiah kamu."
Patung yang ji hyo inginkan kini berada dalam pelukan gadis itu. Gembiranya tak terkira. Di pandang wajah taehyung lalu satu pelukan di beri.
"Thanks awak!" langsung tak sedar akan tindakannya. Telefonnya yang dari tadi bergetar tak kedengaran kerana terlalu gembira mendapat anak patung. Lagi lagi bunyi lagi yang kuat serta jeritan orang ramai.
Taehyung agak terkejut dengan tindakan ji hyo itu namun beberapa saat kemudian dia membalas pelukan gadis itu.
"Untuk gadis saya, semuanya tak menjadi masalah."
*
Jimin masih setia menunggu di depan rumah ji hyo. Hatinya mulai risau begitu juga otaknya yang asyik berfikir tentang perkara buruk yang mungkin berlaku pada kekasih nya itu.
Dah agak lewat malam malah dia tahu ji hyo bukan lah jenis yang suka keluar malam.
Bunyi enjin kereta menarik perhatian jimin. Segera dia melihat siapa yang datang. Kelihatan ji hyo keluar dari perut kereta sambil tertawa lagi.
Jimin menjadi pelik apabila dia terdengar suara lelaki. Kejap lelaki? Cuba di intai namun tidak begitu jelas mungkin sebab cerminnya agak gelap di tambahkan lagi sekarang waktu malam.
"Bye v! Kalau ada masa datang lah melawat."
Apabila kereta berjenama mewah itu beransur pergi, ji hyo menapak masuk ke dalam rumah namun terhenti apabila wajah jimin yang menyapa di tepi pagar.
Dia menelan air liur apabila memandang wajah jimin.
Tbc°
See ya
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top