17| The evil inside him
Dua minggu telah pun berlalu. Kejadian yang menimpa ji hyo juga sudah berada dalam siasatan polis. Bercakap berkenaan tentang itu, Jungkook juga sudah tidak pernah munculkan diri selepas kejadian hari itu.
Jae juga sudah memberitahu jimin, bahawa jungkook lah yang telah membunuh polis hari tu. Bukan itu saja malah dia lah juga yang membunuh nenek dan hana cucu nenek itu.
Sekiranya jungkook di tangkap dia akan di kenakan hukuman sebatan sebanyak 3 kali dan hukuman gantung sampai mati kerana tertuduh melakukan jenayah membunuh, mendera serta melarikan diri dari hospital sakit jiwa.
Berita tentang jungkook juga sudah tersebar luas di media. Kini dia menjadi buruan polis.
Tv yang menyiarkan berita tentang jungkook di pandangnya sedih. Sebanyak sedikit dia teringatkan kenangan mereka bersama.
"Jungkook, kenapa kau berubah." gumam ji hyo. Dia sedih melihat jungkook begitu. Dulu dia sangat baik. Baginya jungkook seorang lelaki yang penyanyang. Tapi selepas apa yang berlaku...
Bunyi enjin kereta kedengaran. Ji hyo segera menutup tv. Remote di letakkan di atas meja lalu berjalan ke luar rumah untuk membuka pintu pagar.
"Oh omma! Appa!"
"Ji hyo!!!" Puan song berlari keluar dari perut kereta lantas memeluk tubuh anak perempuannya. Di belek belek tubuh ji hyo takut ada yang cedera.
"Kamu ok kan sayang. Lelaki itu tak buat apa apa pada kamu kan?" resah saja nada suara puan song.
"Omma, ji hyo ok lah. Jom masuk." ji hyo membawa puan song masuk ke dalam rumah. "Appa jom!"
Kedua anak beranak itu masuk ke dalam rumah meninggalkan tuan song bersendirian di luar rumah.
Tuan song hanya menggeleng melihat karenah dua orang wanita itu. Dia juga risau takut anak perempuannya di apa apakan. Ayah siapa yang tak risau kan? Tapi saja tak di tunjukkan.
Terasa seperti ada sesuatu dia menoleh ke belakang apabila menyedari ada seseorang berdiri di situ. Memang benar ada seseorang berdiri. Tuan song mengecilkan matanya untuk melihat jelas gerangan itu.
"Ya? Anak ini siapa?"
*
Rancak saja kedua anak beranak itu berborak sampaikan tuan song masuk tidak di sedari.
Ahem
Mereka berdua terhenti. Huh?
"V? Awak buat apa dekat sini?" soal ji hyo pelik. Setahunya sudah agak lama dia tak bertemu dengan taehyung.
Taehyung tersenyum petak. "Saja melawat. Nah." buah tangan yang di beli tadi di beri pada ji hyo.
"Susah susah saja." ji hyo tertawa namun buah itu tetap di ambilnya. "Duduk lah dulu saya buatkan air."
"Anak ni kenal dengan ji hyo anak mak cik ke?" soal puan song. Agak terpegun puan song apabila melihat wajah kacak taehyung. Maklum kalau kacak siapa pun pasti memuji.
Taehyung mengangguk, "ya mak cik. Kami berjiran."
Kedua orang tua itu sekadar meng oh kan saja. Lihat dari penampilan pastinya seorang yang baik. Desis puan song.
Ji hyo kemudian datang membawa minuman buat tetamunya. Di hidang juga makanan ringan seperti roti untuk mereka kunyah. Biasalah minum petang takkan lengkap tanpa kuih mahupun biskut bukan?
"Dah lama saya tak nampak awak." ji hyo bersuara. Di pandang wajah taehyung yang sedang menghirup air buatannya, "awak sibuk ke?"
Gelas di letak semula di atas meja lalu di hadiahkan satu senyuman yang mana mampu mencairkan mana mana wanita.
"Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini tapi tak apa la. Lagipun rindu nak balik rumah sini." jelasnya.
Ji hyo mengangguk faham. Puan song mula menyiku lengan anak perempuannya apabila taehyung sedang bercerita dengan suaminya.
Ji hyo menoleh. Di pandang wajah ommanya yang seakan sedang mengusik dirinya. "Apa?"
"Lelaki tu, si v tu... Dia kacak kan." bisik puan song perlahan takut di dengari dua orang lelaki itu. Ji hyo tergelak kecil. "Kamu berdua ada apa-apa?" mata di kecilkan.
Lantas ji hyo menggeleng. "Omma!"
"Gurau je la. Omma tau kamu dengan jimin tu macam—"
"Omma!"
Sebabkan suara ji hyo agak keras telah menarik perhatian kedua orang lelaki itu.
Tuan song menyoal apa yang berlaku namun ji hyo hanya berkata tiada ada apa-apa pun. Di jeling puan song yang sudah ketawa terkekeh-kekeh.
*
Jimin masuk semula ke dalam pejabatnya setelah selesai mesyuarat yang agak lama. Di rehat tubuhnya pada kerusi kerja. Baru saja mata nak di pejam, pintu biliknya di ketuk.
"Ya?"
Kelihatan jae melangkah masuk. Jimin sekadar tersenyum sebelum menyuruh jae duduk di sofa.
Jae memandang ke arah jimin yang sedang menutup mata. Tahu sangat lah dia yang jimin ni tengah penat. Mana taknya ulang alik ke seoul, gwangju, dan ilsan atas urusan kerja tuan jung.
"Jimin..."
"Hmm?"
Senyap. Jae seakan seperti sedang berfikir. Terlalu lama senyap, jimin akhirnya membuka mata lalu di pandang wajah jae.
"Ada apa jae?"
Kedengaran keluhan lemah meluncur keluar dari bibirnya. "Tak ada apa la. Cuma terfikir pasal kes jungkook."
Mereka berdua kembali senyap. Teringat akan masalah yang mereka hadapi. Jimin memandang sayu ke arah frame gambar gadis kesayangannya, ji hyo yang dia letak di atas meja.
Dia risaukan sesuatu.
*
"Omma dan appa balik dulu tau. Kamu jangan nakal-nakal." pesan puan song sebelum masuk ke dalam kereta. "Bukan nak mengorat anak teruna orang paham."
Ji hyo mencebik. Ada ada saja ommanya itu kalau dalam usik mengusik. Tahu menyakitkan hati je. Setelah kereta tuan song meluncur keluar dari kawasan rumah ji hyo dia menoleh ke tepi.
Hampir terlupa, "v, awak tak balik lagi? Sebelum tu maaf tentang omma saya tu. Dia tu memang tak reti nak diam."
"Ok ja." Taehyung ketawa. "Awal lagi ni." jam di pergelangan tangan di pandang sekilas sebelum wajah ji hyo di pandang semula.
"Jom kita ke fun fair? Nak tak?" ajak taehyung. Senyuman masih tak lekang di bibirnya.
Aduh kenapa lah dia nampak kacak?
Ji hyo berfikir sejenak. Actually dia memang nak ke taman tema sebab baginya sudah agak lama dia tak ke situ namun nak ajak siapa? Jimin sudah tentu sibuk.
"Saya belanja." tambah lelaki itu.
Ji hyo tersenyum, "hmm lain kali lah ya. Lagipun saya dah janji dengan jimin—"
"Jimin, Boyfriend kau?" riak wajah taehyung berubah sedih. Ji hyo mula rasa serba salah. "Takpe la. Mungkin lain kali saja. Lagipun saya takkan balik sini dah."
Senyuman yang sentiasa ji hyo lihat terhias di bibir jejaka itu. Rasa serba salah kian meninggi. Nak ke tak nak? Tapi jimin?
"Maaf—"
Tbc°
Maaf hambar dan lama tak update
See ya 💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top