16| The evil inside him
Hai gaiss 💜
*
Segelas teh panas di bawa ke ruang tamu lalu gelas itu kemudianya di letak di atas meja. Di pandang sayu gadis yang berada di depannya itu. Jelas kelihatan sedih. Dia rasa serba salah.
"Kau minum lah ni." gelas di tolak lembut ke arah gadis itu. Ji hyo tersenyum tawar sebelum mengangguk perlahan.
Keadaan kembali senyap. Dia melihat ke arah ji hyo lalu mula berbicara bagi menghapuskan suasana yang kekok.
"Saya jae, kawan jimin." jae memperkenalkan dirinya.
(Ada yang teka dengan betul ke?) - author 💜
Ya jae lah yang menyelamatkan ji hyo. Macam mana dia tahu? Sebab dia mengekori jungkook. Dan macam mana dia tahu akan ji hyo sebab jimin pernah tunjukkan gambar ji hyo padanya.
"Maaf sebab tak selamatkan kau lebih awal. Kalau lah saya bertindak awal pasti kau—"
"Tak apa. Saya berterima kasih sebab awak datang selamatkan saya. Kalau awak tak ada sudah pastinya saya..." dia tak dapat menghabiskan ayatnya apabila terkenang kembali peristiwa yang menimpa dirinya. Air mata mulai mengalir.
Bahunya terhinjut hinjut di gengam hujung dress. Dia tak percaya jungkook sanggup lakukan begitu padanya.
Jae diam. Dia tahu gadis ini pasti sedih. Siapa saja tidak sedih kan. Malahan dia juga sedih akan apa yang berlaku.
+flashback
"Doktor! Macam mana keadaan—"
"Maafkan saya en. Jae. Kami sudah cuba sedaya upaya namun adik encik banyak kehilangan darah. Lukanya juga sangat dalam dan besar menyukarkan kami untuk merawatnya. Mungkin adik encik boleh selamat kalau hantar lebih awal."
Jae terdiam. Lututnya menjadi lemah. Kalau lah saja dia dapat bertindak lebih cepat.
+ end flashback
Jae menghela nafas. Di pandang wajah ji hyo sebelum dia beralih ke bahu ji hyo yang agak terdedah. Ada kesan luka pasti sebab jungkook.
"Saya sudah menghubungi jimin, kejap lagi —"
"Jae! Ji hyo!" jimin berlari ke arah mereka berdua. Nafasnya juga naik turun. Jimin memandang ji hyo.
Baru saja cakap pasal dia, jimin telah pun sampai. Kejap baju dia ni...
"Sabar bro. Ji hyo ok. Kau duduk lah dulu." jimin duduk di sebelah ji hyo. Wajah ji hyo di tenung sayu. Dia kecewa akan dirinya. Dia tak mampu selamatkan seorang gadis yang telah mencuri hatinya.
"Maaf ji hyo. Kalau lah saya datang awal. Pasti ini takkan berlaku." di usap puncak kepala ji hyo, lembut. Ji hyo cuba tersenyum.
"Saya lelaki yang tak guna." ucap jimin.
Ji hyo menggeleng. "Awak... Jangan kata macam tu." tutur ji hyo lembut. "Terima kasih dekat kawan awak sebab dia lah saya selamat. Ini semua mungkin sudah takdir tuhan."
Jae sekadar memerhati di tepi. Dia memberi ruang untuk kedua pasangan ini. Di sudut hatinya, dia masih marah akan dirinya. Kalau lah dia cepat pasti ji hyo tak akan lalui semua itu. Dan sebab dia lambat juga la jungkook terlepas.
"Jae, thanks sebab kau bakal isteri saya selamat." ucap jimin bersungguh.
Jae sekadar tersenyum. "No hal la."
Jam di pergelangan tangan di pandang sekilas. Dia meminta diri untuk pulang ke apartment nya kerana hari sudah agak lewat.
*
Jungkook merengus geram. "Shit! Kalau jantan tu tak datang pasti saya dah dapat miliki ji hyo."
Dia menolak semua barang yang berada di atas meja. Plan dia musnah sebab lelaki tak guna itu. Teriakan kemarahan bergema di seluruh bilik itu.
"Saya tak akan biarkan semua ini berlaku. Kalau saya tak dapat ji hyo, tiada siapa akan dapat ji hyo juga. Termasuk lah kau jantan!" teriak jungkook.
Dia tertawa psycho, "jadi dia lah hero kau ji hyo? Dia lah bakal suami kau? Huh dasar lelaki sial."
Pintu rumahnya kedengaran di ketuk. Dia memandang tajam ke arah pintu itu sebelum tersenyum sinis. Pasti lelaki itu yang datang.
Jungkook berjalan untuk membuka pintu. Belum sempat pintu di buka, gerangan itu bertindak menolak kasar lalu wajah jungkook di tumbuk kuat.
Tersungkur jungkook akibat tumbukan itu. Wow! Jungkook tertawa sinis. Darah yang mengalir di tepi bibirnya di jilat.
"Kau kenapa sial?"
Gerangan itu tertawa sinis. Tumbukan kedua buatkan jungkook mengerang kesakitan.
"Kau tu yang sial."
"Kau apa hal datang tanpa di undang terus saja tumbuk muka orang."
Gerangan itu berdecit. "Sedar sikit jungkook. Kau dengan saya jauh berbeza."
Kali ini jungkook pula tertawa sinis. "Oh ya? Kau lagi teruk dari saya taehyung. Setidaknya saya mempunyai kehidupan yang bagus tak macam kau—"
Lelaki itu menendang pula perut jungkook. "Tak perlu berlagak depan saya. Kau belum kenal saya lagi. Saya taehyung yang menjadi nightmare seluruh dunia."
Jungkook meludah ke tepi membuang ludah darah yang berada dalam mulutnya. Lelaki itu berdiri sebelum menghadap muka taehyung yang sedang memandangnya sinis.
Lepas satu, satu datang.
"Jadi kenapa? Kau ingat saya takut?"
Taehyung tersenyum suka. Dia suka akan suasana ini. Dia tak terasa tercabar pun sebab jungkook ni bukan lah lawannya.
"Then show me how strong you are."
*
Ji hyo dan jimin duduk berhadapan antara satu sama lain. Ji hyo cuba tersenyum dan menyakinkan jimin yang dia sudah okay.
"Jimin, saya ok dah. Jangan lah risau." ji hyo mengujar.
Jimin geleng laju. "Tak saya tetap risau."
Keadaan senyap sebelum jimin memecahkan kesunyian itu.
"Bukan kah dia lelaki hari tu?"
Ji hyo tak perlu berbohong lagi. Jadi semuanya dia ceritakan tentang kisah jungkook dan dia pada jimin.
Setelah mendengar cerita ji hyo, jimin mengeluh. Rupanya lelaki itu psycho. Dia perlu di tangkap segera!
"Btw jimin, kenapa awak pakai seragam seakan polis?" soal ji hyo. Dia baru perasan yang jimin tak mengenakan pakaian pejabat. "Bukan awak ceo?"
Jimin di buat mati kata. Dia tak tahu sama ada perlu jujur ataupun berbohong?
Ji hyo setia menanti jawapan jimin.
"Sebenarnya... Saya bukan lah CEO tapi seorang inspektor." jimin berterus terang. Tak mampu dia nak pandang wajah ji hyo kali ini.
"Kenapa awak berbohong?"
"Saya dengar dari omma song, awak tak suka polis. Sebab itu lah keluarga saya menipu. Lagipula saya juga tak nak orang tahu pekerjaan saya."
Ji hyo berdiri lalu berjalan ke arah jimin sebelum dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan jejaka itu. Jari-jemari jimin di usapnya, "itu dulu. Sekarang tak lagi. Lagipun saya benci polis dulu sebab mereka tak dapat cari jungkook."
Mereka berdua tersenyum. Betapa bahagianya jimin kerana bakal isterinya sangat baik. Dia bersyukur sangat bersyukur.
*
Ji hyo tertidur lena di atas katil dalam biliknya di temani jimin di tepi. Jimin duduk di tepi katil ji hyo sambil itu dia mengambil peluang untuk menilik wajah cantik ji hyo.
Dia tersenyum bahagia. Perlahan matanya beralih ke bahu gadis itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati kesan luka. Baru dia sedar.
Hal itu buatkan dia makin marah dekat jungkook. Bukan kah lelaki itu sukakan ji hyo? Kenapa sakiti orang yang dia sayang?
"Ji hyo, awak sabar ya. Saya akan tangkap jungkook."
Tbc°
Sorry hambar idea.. Idea haritu hilang sbb kena padam oleh wattapad huhu so mood pun hilang
see u 😭💕
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top