15| The evil inside him

First of all,

My reader sorry for making u guys waiting 😢 and for the apologize, i give u all an update ❤

*

Jungkook berjalan kembali ke rumah hana setelah berjumpa dengan ji hyo si kekasih hati. Dia tersenyum sendiri tatkala dapat mendengar suara gadis itu.

Siapa saja tidak rindu kalau sudah lama tak bertemu?

Langkah di berhentikan. Bayangan ji hyo yang sedang tersenyum mula berlegar-legar di benak fikiran. Sesaat dia mula terbayangkan benda lain.

Dia terbayang ji hyo mulai menciumnya sambil tangan gadis itu menjalar menyentuh tubuhnya. Aduh! Bukan itu saja malah perlahan-lahan dia mula terfikirkan bentuk badan ji hyo yang ingin di sentuhnya.

Her body perfectly fit right in my hand.

Bahaya

Dia gila.

Ya terlalu gilakan song ji hyo.

Oh Tidak, Tidak, Tidak

Dia sangat obses dengan gadis itu.

Jungkook tersenyun sendiri. "My baby, will always be mine. No one can touch her." dia kembali berjalan.

"Only me."

Sesampai di rumah hana, dia memandang rumah itu sebelum cuba untuk membuka pintu bersama kunci pintu. Setelah terbuka, jungkook masuk ke dalam dan pintu terus saja di tutup.

Belum sempat dia nak melangkah naik matanya menangkap serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai akibat jendela rumah itu pecah.

Serta merta matanya membulat besar. Segera kakinya di bawa laju naik ke tingkat atas. Pintu berwarna coklat di tolak kasar.

"Sial!" Jeritnya. "Siap kau hana! Pasti lelaki sial itu yang datang. Saya patut bunuh saja kau supaya kau boleh terus cari nenek kau yang sudah mati tu."

Cermin bilik itu di tumbuk berkali-kali hingga pecah sampaikan tangan yang berdarah tak di endahkan.

"SIAL!! DIA PASTI AKAN ROSAKKAN SEGALANYA! TAK SAYA AKAN BERTINDAK CEPAT. HAHAHAHA."


*

Jae masih lagi setia menunggu di ruangan bilik pembedahan. Tak putus putus dia berdoa berharap hana selamat. Tiba-tiba telefonnya berdering.

Hello jimin

...

Saya ambil cuti.

...

Saya ok ja la.

..

Nak jumpa? Sekarang?

...

Hmm ok kejap lagi saya sampai.

Panggilan di matikan. Dia berbelah bagi sama ada perlu tunggu atau pergi berjumpa dengan jimin.

Kebetulan waktu itu ada seorang nurse lalu jadi dia buat keputusan untuk meminta bantuan dari nurse tersebut.

"Maafkan saya, " dia mengeluarkan kad polisnya lalu di tunjuk ke arah nurse tersebut, "saya jae polis dari seoul."

Nurse itu mengangguk sambil tersenyum mesra, "ya boleh saya bantu?"

"Sebenarnya saya perlu ke suatu tempat sekarang ni tapi saya takut masa saya keluar adik saya dekat dalam tu dah selesai di bedah. Jadi kalau boleh saya nak minta tolong dekat nurse kalau doktor yang bedah adik saya sudah keluar dari bilik boleh beritahu dia untuk telefon saya?"

Kad yang terdapat nombor telefon jae di serahkan pada nurse itu. "Baik lah. Nanti saya sampaikan."

"Terima kasih. Kalau begitu saya gerak dulu."

*


Bunyi lagu jazz pop berkumandang di dalam cafe yang di hiasi pelbagai jenis perhiasan. Kelihatan cantik dan tenang.

Jae berjalan masuk ke dalam cafe kemudian mencari kelibat jimin. Kelihatan jimin sedang melambai tangan ke arahnya dengan senyuman yang manis.

Segera lelaki itu ke arah teman baiknya. "Sorry buat kau tunggu." jae meminta maaf.

Trafik sesak, tambahnya lagi.

"Tak apa la." jimin masih tersenyum. "Btw saya ada benda nak bagitahu."

"Kes tentang irene tu," Jimin mulai membuka bicara, "Pembunuh dia sudah di tangkap. Tapi sayang irene tak dapat di selamatkan."

Hampir terbeliak mata jae mendengar kata kata jimin. Tak kan la?! Dia cuba meminta kepastian dan jimin hanya mengangguk.

"Saya tak rasa dia pembunuh." terang jimin. Air kopi yang di order tadi untuk mereka berdua telah sampai. Pekerja itu terus berlalu setelah meletakkan gelas di atas meja. "Mungkin dia ni—"

Percakapan jimin tergantung akibat bunyi deringan telefon jae. Lelaki itu meminta maaf sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

"APA?!"

Hampir nak tercabut jantung jimin mendengar suara jae yang seakan menjerit itu. Tak ada angin, mahupun ribut tiba-tiba saja menjerit. Wajah jae juga kelihatan agak terkejut.

"Okay saya datang sekarang." panggilan di matikan. Wajah jimin di pandang, "maaf la jimin, kita cerita lain kali la ya. Saya perlu ke suatu tempat ni."

"Kau—" tak sempat jimin nak bertanya jae telah pun berlari keluar menuju ke keretanya. Jimin mengeluh. Kenal sangat gaya kawan dia tu.

*

Ji hyo mencapai hair dryer lalu wayarnya di sambung pada suis. Setelah di hidupkan dia mula aktiviti mengeringkan rambut. Maklumlah malam nanti dia ada date dengan jimin.

Kering saja rambut, dia mula mengenakan sedikit make up agar kelihatan lebih cantik. Sebanyak sedikit dia mulai menyukai jimin. Apabila siap, dress berwarna peach dipakainya dengan mengenakan heels yang juga berwarna peach buatkan dia nampak menarik dan comel.

Dia memakai rantai berbentuk matahari. Yakin dengan penampilan diri, gadis itu terus mencapai perfume kegemarannya lalu di sembur pada tubuhnya.

Wangi.

Bunyi ketukan kedengaran. Senyuman terus saja terukir apabila jimin telah tiba. Harap lah jimin menyukai penampilannya.  Dia segera mencapai beg tangannya lalu berlari ke bawah untuk membuka pintu.

"Jimi— jungkook?" Di sangka jimin, rupanya jungkook yang kini memandang wajah ji hyo yang baginya sangat cantik malah lebih cantik. "A-apa awak buat dekat sini jungkook?"

Jungkook tersenyum manis, "berjumpa dengan kau lah sayang."

Ji hyo terkejut. Perasaan takut mulai menyerang dirinya. "A-awak ke-kenapa jungkook." tergagap ji hyo apabila jungkook mulai melangkah masuk ke dalam dan mendekati dirinya.

"Aww sayang takut ke? Cantik sayang malam ni. Nak goda saya ke?"

"Jungkook. Tolong jangan macam ni. Awak dah kenapa? Saya perlu berjump— argh!"

Tubuh ji hyo di tolak kasar menyebabkan dia terjatuh di lantai. Ji hyo menjadi lebih takut dan tak keruan apabila jungkook mula merapatkan jurang antara mereka. Kini lelaki itu berada di atasnya.

"Saya cintakan kau ji hyo. Kenapa kau buat saya macam ni? Setelah family kau hantar saya ke hospital sakit mental."

Terdiam ji hyo mendengar luahan jejaka itu. Takkan lah kedua ibubapanya berbuat demikian. Mereka tahu bahawa ji hyo dan jungkook amat mencintai satu sama lain dulu.

"Kau tahu kenapa omma dan appa kau masukkan saya ke dalam hospital itu?"

"Mereka tahu saya gila. Gilakan kau sayang. Obses. Mereka takut saya cederakan sayang tapi mana mungkin saya nak cederakan gadis saya betul tak?"

"Sebenarnya kebakaran tak pernah pun berlaku. Saya kena tahan di hospital. Omma dan appa kau yang buat saya macam ni. Diorang nak pisahkan kita sayang."

Jungkook tertawa kecil. Sakit hatinya apabila terkenangkan kembali peristiwa hitam itu.

"Hina sangat ke saya di mata dorang?" gumam jungkook namun dapat di dengari oleh ji hyo. "Saya cuma nak kau sayang. Itu saja. Tak lebih pun. Kenapa dorang tak paham?"

Ji hyo sudah mengeluarkan air mata apabila mendengar kata kata jungkook. Dia tak tahu nak kata apa.

Jungkook yang melihat air mata itu segera mengusap. "Shush sayang don't cry. It hurt me."

"Please jungkook. You hurt me when you do this."

Jungkook bengang. Dia mula mencium ji hyo dengan agresif. Rontaan ji hyo tidak menggangu aktiviti jungkook. Semakin ji hyo meronta, semakin kuat lah cengkaman jungkook pada tangannya.

Ji hyo mengigit bibir jungkook hingga berdarah. Akibat perbuatan ji hyo itu, ciuman terlerai. Dia mengambil kesempatan melarikan diri namun jungkook lagi tangkas. Dia menarik ji hyo kuat menyebabkan ji hyo lagi sekali jatuh.

"Sial kau!" muka ji hyo di tampar kuat. Terteleng wajah ji hyo ke tepi. Tak sangka dia di tampar dan ini juga merupakan pertama kali dia di tampar sedemikian rupa.

Jungkook mula mencium leher ji hyo buatkan gadis itu menangis dalam ketakutan. Dalam hatinya tak berhenti berdoa agar ada yang datang menyelamatkan dirinya.

Tangan jungkook mula mencapai zip dressnya. Ji hyo bertindak memukul jungkook namun apakah daya apabila kekuatan jungkook lagi kuat darinya.

Teriakan ji hyo di biarkan saja. Jungkook menarik zip itu ke bawah namun belum sempat dia membukanya, tubuh jejaka itu terbuang ke tepi.

Ji hyo melihat gerangan yang menolongnya, dia tersenyum bahagia akhirnya dia selamat dari jungkook. Segera dia berlari ke arah yang menolongnya.

Jungkook berdecit. Musnah rancangan akibat lelaki itu. Kesempatan itu, dia melarikan diri dari situ.

"Awak—"

Tbc°

Wuu siapa yang selamatkan ji hyo? Jimin ke taehyung?

Maaf hambar dan late update 🙏💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top