14| The evil inside him

Sedang ji hyo menonton drama kegemarannya, ketukan dipintu menarik perhatian nya. Dia segera meletakkan remote control di atas meja lalu berjalan menuju ke hadapan pintu rumah untuk di buka.

"Ya...?" Mata ji hyo hampir terkeluar akibat terkejut dengan kehadiran orang yang tak di duga.

"Jungk—"

"Ya ini saya jungkook."

Jungkook berdiri di hadapan pintu rumah ji hyo dengan senyuman manis. Senyuman yang sentiasa dia beri pada gadis itu pada suatu masa dulu..

Ji hyo di buat mati kata. Dia tak percaya dengan apa yang terjadi. Adakah dia sedang bermimpi?

*

Jungkook dari tadi tak lepas matanya memandang ke arah wajah cantik ji hyo. Semakin cantik. Sungguh dia rindu kalau bukan sebab hal dulu itu, pasti dia hidup bersama gadis ini.

Ji hyo rasa tak selesa apabila jungkook asyik memandangnya.

"Kau makin cantik ji hyo."

Pujian jungkook sebanyak sedikit buatkan dia membalas pandangan jungkook. Jujur dia rindukan lelaki ini. Sangat rindu kalau boleh sekarang juga dia nak berlari dan peluk jungkook.

Tapi di batalkan saja.

Jungkook sentiasa tersenyum dan senyuman itu lah yang menjadi kegilaan ji hyo. Lelaki itu langsung tak berubah.

"How are you?"

"Good." ji hyo menjawab. "Jungkook..."

"Hmm?"

"Bukan kah awak sudah mati beberapa tahun yang lalu?"

Terus saja senyuman jungkook mati. Cis! Jadi orang yang dia cintai mengharap dia mati juga? Wajah di paling ke tepi malas nak tengok muka ji hyo.

Ji hyo terdiam. Aku salah tanya ke?

"Saya selamat. Ada orang selamatkan saya." jawabnya tanpa memandang wajah ji hyo.

Jungkook berura- ura nak berdiri segera di tahan ji hyo. Tangan jungkook di pegang menyuruh lelaki itu untuk duduk semula.

"Maaf kalau soalan saya mengganggu awak, " ji hyo berjeda, "saya minta maaf."

Jungkook menghela nafas lemah. "Kenapa kau tak cari saya ji hyo? Kenapa?"

Ji hyo diam.

"Saya tunggu kau setiap hari di hospital. Tapi... Kau tak datang. Kau janji akan bersama saya."

"Saya cintakan kau ji hyo! Saya rindukan kau, sayang." akhirnya jungkook menangis di depan ji hyo.

Terkejut ji hyo apabila jungkook mula menangis. Dia tak boleh nak peluk lelaki itu. Tipu lah kalau dia tidak sedih dan tentang perasaan dia juga masih sama. Dia masih cintakan lelaki ini tapi dia tak boleh sebab dia bakal berkahwin dengan jimin.

"Maaf," Jari jemari jungkook di pegang, "saya bakal berkahwin jungkook."

*

Jae segera memandu kereta menuju ke rumah hana. Dia tak boleh biarkan jungkook terlepas! Dia kena segera. Takut nanti ada mangsa yang menjadi sasarannya.

Sesudah sampai, tanpa buang masa dia berlari keluar lantas menuju pintu rumah hana di ketuk bertalu-talu.

Hampa! Langsung tiada tanda tanda yang pintu ini bakal di buka. Tapi ini tak mematahkan semangat jae. Dia berlari pula ke arah belakang rumah dan hasilnya tetap sama berkunci.

Nak tak nak dia terpaksa pecahkan jendela rumah. Setelah pecah, segera dia memanjat naik untuk masuk ke dalam.

Gelap dan sunyi saja. Nama hana di jerit berkali-kali. "Mana pula dia ni?" Tangga di naik cepat. Setiap pintu bilik di buka.

"Hana!" terkejut lelaki itu melihat keadaan hana yang terbaring lemah di atas lantai dengan berlumuran darah.

Pantas tubuh gadis itu di angkat. "Hana! Bangun hana! Apa yang terjadi?!"

Segera jae mengangkat hana membawa ke hospital yang terdekat. Gadis ini perlu selamat!

"Tak guna kau jungkook!" Jae memukul stereng kereta kuat. Tubuh hana yang lemah di pandang sekilas. "Tolong bertahan. Kita akan sampai kejap lagi."

*

Jungkook sudah bersedia memakai kasutnya. Jihyo di pandang sayu.

"Terima kasih."

Ji hyo sekadar tersenyum. Dia tak boleh beri harapan pada jungkook lagi. Walaupun dia masih terkejut dengan kehadiran jungkook yang selama ini di sangka mati, tapi dia tetap bersyukur yang jungkook selamat.

"Hati- hati balik."

Selepas bayangan jungkook hilang di pandangan mata, ji hyo berjalan menuju ke dalam rumah semula.

Namun terhenti langkahnya saat bunyi enjin kereta menyapa telinganya. Dia menoleh untuk melihat gerangan itu.

Kelihatan jimin dengan berpakaian segak keluar dari perut kereta. Dia tersenyum saat wajah bakal isteri kelihatan di muka pintu.

Ji hyo menghampiri jimin, "kenapa datang? Bukan tadi kata ada mesyuarat?"

Jimin mengosok belakang tengkuk leher. Aduh! Dia cuba tersenyum. "Cancel tadi." ikutkan hati mana lah dia nak pakai baju ala ala pejabat ni. Dia lebih selesa berpakaian biasa.

Ji hyo menganggukkan kepalanya tanda faham. Segera dia menjemput jimin masuk ke dalam rumah.

Ketika jimin dan ji hyo hendak masuk, ji hyo terasa seperti di perhati. Segera dia menoleh. Kosong.

"Perasaan saya kot." di tepis semua perasaan yang tak bagus.

"Ji hyo, boleh saya tanya?" jimin duduk di sofa lalu meletakkan bungkusan yang dia sempat beli di restaurant untuk mereka makan bersama di atas meja, "Siapa lelaki tadi?"

Ji hyo terkejut. Dia nampak jungkook ke? "Oh tadi tu kawan saya." bohong ji hyo.

*

Selepas saja bayangan orang yang di perhatinya tadi hilang, lelaki itu tersenyum sinis. Nampaknya game kali ni banyak gangguan.

Langsir di tutup kembali. Biliknya terus saja menjadi gelap akibat tiada sebarang cahaya yang menerangi bilik itu.

Dia menuju ke suatu sudut lalu mencapai pisau yang masih mempunyai kesan darah. Di usap hujung pisau yang tajam itu lalu kesan darah yang melekat pada jari di jilat.

Terbit satu senyuman di bibir yang kelihatan sinis dan agak menyeramkan.

"The game will start soon just wait and see."

Tbc°

Maaf hambar

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top