07| The evil inside him

Chapter seven: Handsome guy?

Agak panjang -


*

Jiyeon menghidangkan minuman yang baru saja di bancuhnya tadi. Gelas yang kosong sudah pun di isi dengan air teh.

Jiyeon duduk menghadap orang itu sambil berpeluk tubuh. "Amboi ingatkan dah lupa."

Orang itu tertawa. "Hey, saya tak lupa lah. Kau tau kan kerja inspektor ni macam mana."

Jiyeon menggelengkan kepala. Memang ada betul nya juga. "Jimin jimin. Tak berubah betul perangai kau ni kan. Kerja lagi penting."

"Btw apa hal datang rumah saya ni? Kau rindu saya eh? Baik ngaku." usiknya pula. Lama dah tak bergurau ni.

"Ya saya rindu sangat dekat kau. Kau lah cousin saya yang paling annoying. Rindu pula nak kacau kau."

Jiyeon mencebik. Annoying pula kena label. Penumbuk di tayang ke arah jimin buatkan jejaka itu bertambah ketawa.

"Yah hajima jangan ketawa!" marah jiyeon. "Ada jap lagi saya halau ni."

Jimin menyeka air mata yang masih bersisa. "Sorry sorry. Okay dah berhenti dah."


















"Apa pula problem kau kali ini? " soal jiyeon. Dia tau kedatangan lelaki ini pasti ada sebabnya. Kalau tanpa sebab hmm memang haram la tak pernah nak jenguk-jenguk orang.

Jimin tersenyum, "tau tau ja."

"Mesti lah tau wahai jimin. Kau takkan datang jumpa saya tanpa sebab. Pasal omma kau lagi?" teka gadis itu.

Jimin menganggukkan kepala.

"Tak settle kan lagi?"

"Tak."

Jiyeon mengangkat kedua-dua tangannya ke udara tanda menyerah. "Saya tak dapat tolong. Lagipun aunty park juga ada call baru baru ni menyuruh saya menasihati kau untuk turuti permintaan dia."

Membulat mata jimin tak percaya. "What omma saya call kau? Wah dia memang benar kali ini."

"Kau ikut saja lah apa omma kau kata tu. Tak susah pun."

"Tak susah? Memang lah tak susah. Tapi ini soal masa depan saya."

Jiyeon menjongket bahu. Tak tahu dan malas nak campur tangan dalam hal keluarga orang.

*

Jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Ji hyo melihat ke luar rumah. Nak tegur ke tak?

Kimchi yang ommanya beri tempoh hari di pandang. "Beri dia sikit la."

Senyuman terukir tatkala dia memasuki kimchi tersebut ke dalam container kecil. Cukup lah untuk jirannya itu. Lagipula dia berseorangan.

*

"Jiyeon, saya balik dulu la." jerit jimin kerana jiyeon berada di dapur. Mendengar sahutan dari gadis itu, jimin terus keluar dari rumah.

"Eleh, cousin nak balik bukan nak hantar keluar. Sibuk sangat dengan biskut tu. Dah lah nak minta satu pun tak boleh. Kedekut." bebel jimin sendiri.

Jejaka itu berjalan menuju ke kereta miliknya yang di parking di luar kawasan perumahan. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh yang dia kenali.

Serta merta senyuman terbit di bibir. Perlahan dia mengorak langkah menuju ke arah orang itu.

"Hey!"

*

Ji hyo yang selesai memasukkan ke dalam bakul itu segera melihat dirinya di cermin. Di betulkan sediri penampilan nya.

"Ok dah cantik dah." pujinya siap dengan senyuman.

Dia segera keluar menuju ke rumah jirannya untuk di beri kimchi buatan ommanya.

Senyuman masih lagi melekat di bibir. Berdebar-debar lah pula. Sedang dia berjalan,

"Hey!"

Ji hyo menoleh. Eh kejap macam kenal ja? Ni kan lelaki hari tu. Ya dia Lelaki kacak!

"Oh awak lelaki hari tu kan?"

Jimin tersenyum buatkan ji hyo turut membalas senyuman lelaki itu. Sebenarnya dia tersenyum sebab tercuit dengan aksi comel dari gadis itu.

"Awak buat apa dekat sini?" soal ji hyo.

"Nak berjumpa dengan awak." gurau jimin yang mana berjaya buatkan pipi ji hyo merona. Jimin perasan akan perubahan pipi ji hyo buatkan jimin nak ja cubit pipi gadis itu. Tapi dia batalkan saja nanti apa kata orang pula? Dah lah tak rapat ada hati pula nak sakitkan anak dara orang.

"Gurau jer." jimin menyeluk poket seluarnya. Mata jejaka itu menangkap bakul yang di bawa oleh ji hyo. "Tu, apa itu?"

"Ni?" bakul di tangan di tunjuk. "Ni kimchi omma saya buatkan. Saya nak beri dekat jiran depan."

"Kimchi? Wah saya suka makan kimchi." terang jimin siap menepuk tangan. Memang kesukaan dia tu.

"Awak nak?" soal ji hyo.

"Mesti lah nak."

"Nah. Awak ambil la."

Jimin terkejut. "Eh, awak nak bagi saya? Bukan ni untuk jiran awak tu?"

Ji hyo tersenyum manis buat kan hati jimin tak senang tiba-tiba. Degupan jantung yang laju buatkan dia terasa pelik. "Takpe saya boleh beri dia nanti. Lagipun masih banyak lagi dekat rumah."

Bakul di hulurkan. "Awak ambil la."

Pada mulanya jimin hanya sekadar bergurau tak sangka pula yang ji hyo akan beri dia betul-betul.

"Te- terima kasih." kini bakul tersebut bertukar tangan. Malu la pula.

"Sama-sama." balas ji hyo. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. "Oh awak belum beritahu nama awak siapa."

Jimin tertawa, "yeke?"

"Iyalah. Awak hari tu main blah macam tu ja. Dah tu terima kasih pun tak ada." bebel ji hyo. "Nasib saja la kacak." ucapnya perlahan.

Jimin tersenyum. Kalau disangka yang dia tidak mendengar ji hyo adalah salah sama sekali kerana dia mendengar semuanya termasuk la pujian ji hyo itu.

"Jimin, park jimin..." kata jimin. "And thank you beautiful lady sebab pukul muka ini sampai bengkak."

Ji hyo menjeling, "ini perli ke apa ni."

Ayat ji hyo mencetuskan ketawa jimin. Aduh ji hyo ni comel betul. Terusik jiwa raga jejaka itu.

*

Taehyung yang dari tadi asyik merenung tepat ke arah dua orang manusia yang sedang berbual di depan rumahnya dengan wajah sukar di tafsir.

"Kacau betul lelaki itu." omel taehyung sendiri. Dia melihat senyuman gadis itu buatkan dia menggengam tangan nya erat.

"Sial!" gelas yang dia pegang di gengam kuat sebelum dilempar ke lantai. Habis pecah gelas itu buatkan serpihan kaca bertaburan di permukaan lantai.

Taehyung benci tengok orang gembira. Dia bencikan nya. Dia nka tengok orang merana!

Sebabkan malas nak tengok taehyung segera mengorak langkah menuju ke katil. Kaki yang terpijak serpihan kaca itu langsung tidak membuatkan dia rasa sakit. Darah di biarkan saja dan kaca juga turut di biarkan melekat pada telapak kaki.

Semua itu tidak sesakit apa yang hati dia rasakan. Dia tak boleh nampak orang gembira. Tak boleh!

Tubuh di rebahkan di atas tilam. Wajah yang tadinya marah kini beransur-ansur bertukar kepada tenang. Dia tersenyum namun bukan senyuman kegembiraan tapi sebaliknya senyuman sinis.

"Bergembira la kamu kerana kejap lagi kim taehyung akan musnahkan semuanya."

Jari jemari di layang ke atas sebelum di genggam erat.

"And that girl will be mine soon."


Tbc°

Author tak buat yang kejam dulu sebab nak korang simpan marah korang dulu. Supaya nanti korang boleh la marah,mencarut dan seangkatan dengannya dekat watak si tae tu.

Btw Maaf hambar.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top