06|The evil inside him


Chapter six : not taehyung?

Enjoy ❤

Ji hyo menyiram pokok-pokok bunga yang berada di luar halaman rumahnya. Jiran sebelah kelihatan juga sedang melakukan hal yang sama.

"Selamat pagi jiyeon!" sapa ji hyo ramah.

Jiyeon yang mendengar nama nya di sebut lantas menoleh. Senyuman manis dia hadiahkan.

"Morning ji hyo." balas gadis cantik itu.

Ji hyo menutup paip air setelah selesai menyiram pokok bunganya. Dia berjalan menghampiri jiyeon yang juga turut selesai menyiram.

Jiyeon yang menyedari akan kehadiran ji hyo menjemput gadis itu untuk menyertai dia minum pagi di ruang luar halaman rumahnya.

"Awak baru beli ke bunga matahari tu?" soal ji hyo memulakan bicara.

Jiyeon mengangguk. "Iye saya baru beli dekat pasar gyeongju tadi. Ada potongan harga so saya beli la. Ada juga penambahan koleksi bunga saya."

Ji hyo tergelak. Bunga juga ada potongan harga? Ingat barangan yang di jual di kedai saja ada potongan harga. "Tak sangka ada juga potongan harga ya."

Jiyeon turut tergelak. Ada lucunya juga. "Kan saya sendiri tak sangka."

"By the way, ji hyo awak dah tegur dengan jiran baru yang duduk dekat depan tu?" soal jiyeon sambil bibir dijuih ke rumah yang di katakan olehnya.

Ji hyo menggeleng kepala. "Tak lagi. Awak dah?"

"Sama lah kita. Saya juga belum menegurnya. Maybe petang ni saya akan bagi dia cookies yang saya buat nanti sebagai tanda pengenalan." jiyeon tersenyum. "Lagi pula dengarnya orangnya kacak."

Ji hyo mengohkan saja. Aku pun lah nak beri dia sesuatu. Tapi apa ya? Soal ji hyo sendiri.

*

Taehyung menghempaskan tubuhnya ke atas katil bersaiz king miliknya. Bunyi jam berdetik mengisi ruangan bilik jejaka itu.

Dalam otaknya sudah mula memikirkan cara untuk menarik mangsa masuk ke dalam perangkap.

Taehyung jenis yang berfikir sebelum bertindak. Dia akan menyusun cara memastikan semuanya akan berlaku tanpa gagal.

Dia tersenyum tatkala membayangkan wajah gadis itu apabila menjerit meminta pertolongan. Wah indah sungguh!

Deringan telefon telah mengganggu dirinya. Dengusan kasar di lepaskan. Ada saja yang nak menganggu orang.

Nama si pemanggil di pandang. Rupanya pekerja dia. Dengan malas dia menyambut.

Ah ada apa?

...

Tak perlu bersihkan. Saya nak kau hantar pergi rumah saya petang ni.

...

Bagus, nanti saya tambah upah kau.

Panggilan tamat.

Dia tertawa sendiri tapi kedengaran seperti psycho. "Irene mati. Wajah cantik namun sayang sekali hayat kau untuk hidup sungguh singkat."

bukan kah kau yang menamatkan nyawanya?

Taehyung memandang tangannya yang sememangnya sudah kotor dengan dosa.

"Ya saya. Kenapa? Sebab mereka tidak layak hidup. Mereka semua sampah. Perempuan adalah sampah." kata taehyung. Senyuman jahat sentiasa melekat pada bibir jejaka itu.

"Tiada siapa dapat lari dari Kim taehyung. Tak akan ada siapa pun yang berjaya kerana mereka tahu pengakhiran hidup mereka bagaimana."

Kau masih lemah!

crashh

Barang di atas meja di jatuhkan dengan sekali tolakan. "Tak! Saya tak lemah!" ketawa jahat memenuhi ruang bilik.

*

Kereta di parking dalam garaj. Enjin di matikan dengan penatnya dia keluar dari perut kereta.

Jimin melangkah masuk ke dalam rumahnya. Kasut di buka lalu di susun dalam rak. Penat sungguh hari ini.

Dia membawa diri ke dapur untuk minum kerana tekak terasa kering namun belum sempat dia tiba di dapur bunyi deringan mesej masuk menghentikan langkahnya.

Dia membaca mesej tersebut.

From : omma 💛

Kamu sudah ke tempat yang omma suruh?

Alamak! Jimin menepuk dahi. Dia terlupa. Terlalu sibuk dengan kerja pencarian sampaikan apa yang di suruh puan park dia terlupa.

To : omma 💛

Sorry omma jimin terlupa. Tadi jimin terlalu sibuk. Tuan jung meminta jimin melakukan sesuatu. Omma kenalkan perangai tuan jung tu macam mana. Jimin harap omma mengerti.

Mesej di hantar. Dia berharap ommanya akan paham.

*

Ting!

"Yeay akhirnya siap!" gadis itu menguntum senyuman. Cookies yang di buat tadi akhirnya siap.

Di buka pintu oven lalu di keluarkan cookies perisa coklat. Di letak di atas meja bagi memudahkan kerjanya nanti.

Kemudiannya di biarkan sejuk untuk beberapa jam.










Setelah yakin cookies itu sudah sejuk balang berwarna merah jambu di ambil. Di isi masuk dalam Balang tersebut hingga penuh.

Senyuman tak lekang di ukir. Dia harap rasa cookies ini sedap.

"Harap dia suka biskut ini."

Ding dong

Bunyi loceng kedengaran. "Ya kejap!" jeritnya.

Balang yang penuh itu di tutup, apron yang di pakai kini di buka. Di pastikan wajah tak kotor dan pakaian kemas.

Pintu di buka. Dia terkejut apabila seorang lelaki menyapa dirinya.

"Hai jiyeon."

*

Jae terdiam. Kes yang jimin minta dia kendalikan itu buatkan dia berfikir.

"Dia bukan kim taehyung. Bukan dia yang bunuh." katanya sendiri. "Kalau begitu siapa yang bunuh polis tersebut?"

"Jae?"

Bahu dia di sentuh buatkan jae terkejut. Lantas dia menoleh memandang si gerangan yang menyentuh bahunya itu.

"Oh en lee. Ada apa?"

"Ini ada kes untuk awak." sampul berwarna coklat perang di hulur. Walaupun pelik, jae tetap menyambut.

Sampul di buka. Isi di dalam di keluarkan lalu di baca. Hmm.

"Kenapa dia boleh di bunuh?" soal jae yang masih lagi meneliti kertas tersebut. Beberapa keping gambar turut di selitkan bagi memudahkan pihak polis tahu.

"Saya sendiri tidak mengetahui nya."

"Tak ada kah saksi yang nampak kejadian ini?"

"Hmm kata mereka tak ada pula."

Jae mengangguk. "Kes ini pasti sukar untuk di selesai kan di tambahkan lagi tak ada saksi untuk kes ini."

En lee sekadar bersetuju.

"Kalau begitu saya gerak dulu lah jae. Harap awak dapat selesai kes ini. Kes dekat sebelah gwangju juga masih belum selesai." kata en lee.

Jae memandang en lee terkejut. Belum di temui lagi? "Apakah masih belum di temui lagi mangsa itu?"

En lee menggeleng, "Tak. Gadis itu masih belum di jumpai. Kami dalam usaha memperluaskan lagi pencarian mencari gadis itu."

"Saya harap en lee dapat menemui gadis itu. Lagipula gadis itu saya dengar yang dia masih lagi muda." Ucap jae. "Tak silap irene namanya benar?

"Ya benar. Irene dan gadis itu masih muda. Harap gadis itu selamat." setuju en lee.

"Apa pun terima kasih. Beritahu inspektor park, kes dekat pohang sudah di ambil alih oleh pegawai im." tambahnya lagi sebelum beredar.

Apabila bayangan en lee sudah hilang, kertas di tangan di pandang. "Kenapa sekarang ni banyak kes penculikan, mangsa hilang tanpa jejak, pembunuhan berlaku serentak?"

"Takkan kim taehyung? Tak belum ada bukti yang menunjukkan dia berada di korea. Jadi kalau begitu siapa yang buat semua ini?"

Dan banyak lagi persoalan yang bermain di minda jae.

Tbc°

Siapakah yang datang ke rumah jiyeon?

Dan ada pembunuh lain selain kim taehyung? Ataupun sebenarnya semua itu semua hanya la cara taehyung untuk mengelirukan pihak polis?

Kali ni no kejam..

And

Maaf hambar. 🙏

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top