CHAPTER 25

The Devil's Game:LEVEL 1

Player List:
*Kim Taehyung
*Jeon Jung Kook
*Min Yoongi
*Kim Namjoon
*Kim Seok Jin
*Jeong Yein
*Kim Jong Kook(Tuan Kim)

Game bermula.Mereka sudah bersiap sedia.Masing masing telah diberikan senjata berupa pisau utk melindungi diri.Mereka memasukki sebuah bilik kosong.Di dalamnya,terdapat berpuluh puluh cermin yang pelbagai saiz dan bentuk.Ada yang kecil,serdahana dan besar.Dari atas syiling,tepi dinding dan atas lantai dipenuhi dengan cermin.

"Tempat apa ni?" soal Jin.Dia menyentuh salah satu daripada cermin cermin tersebut.Sedikit pelik kerana cermin tersebut berwarna hitam gelap dan tidak mempamerkan refleksinya.Yang lain pula berlegar di sana sini.

Tiba tiba sahaja,satu tangan berlumuran darah terjulur keluar melalui cermin yang disentuh oleh Jin tadi.Tangan itu menarik tangannya,memaksa dia masuk ke dalam cermin.Jin mula cemas.Dia menjerit meminta tolong.Serentak dengan itu juga,cermin cermin lain pun turut mengeluarkan tangan tangan berlumuran darah dari semua arah menyerang mereka semua.

"Jung Kook,tolong Hyung!" Tubuh Namjoon hampir ditarik masuk ke dalam cermin.Nasib baik Jung Kook cepat bertindak dengan memotong tangan tersebut menggunakan pisau.Tangan itu putus.Namjoon terselamat.Mereka yang lain pun turut melakukan perkara yang sama.

Tetapi,apabila tangan tangan tersebut dipotong....ia bukannya berkurang malah tumbuh dengan semula.Semakin banyak keluar dari cermin cermin tersebut.Agak sukar bagi mereka utk menyelamatkan diri.

"Yein,hati hati!"Suga cepat cepat memotong tangan tangan yang cuba menyentuhi Yein.Yein sedikit terkejut dengan tindakan lelaki itu.Sanggup membahayakan diri sendiri semata mata utk menyelamatkannya.

" Kau tak sepatutnya berada di sini."kata Yein.Mereka berganding bahu,cuba menghapuskan tangan tangan tersebut walaupun tidak berhasil.

"Aku pilih kau.Dan sekarang aku terpaksa tempuhi cabaran ini utk selamatkan.Aku cintakan kau Yein.Aku dah tinggalkan Hara demi kau." balas Suga.Bodoh!Sangat bodoh!Bodoh gila!Dia ingat dengan tinggalkan Hara...dia boleh bersama Yein balik.Hati Yein telah tertutup.Berkunci rapat rapat utk lelaki bernama Min Yoongi.Mian...aku dah tak nak kau hadir dalam hidup aku!" Kata kata daripada Yein itu membuatkan Suga hampir pengsan.Kus semangatnya!

Keadaan menjadi semakin teruk.Segala usaha menghapuskan tangan tangan tersebut tidak berhasil.Ruangan bilik itu sudah pun dipenuhi dengan tangan.Semakin cepat dan banyak ia membiak keluar dari cermin cermin tersebut.Mereka mula buntu Mati akal utk mencari jalan penyelesaian

"Macam mana kita nak hapuskan benda ni?" Taehyung menyoal.

"Aku dah letih nak kerat tangan tangan tu.Bukannya benda tu berkurang,makin banyak adalah!" Jin pula sudah hampir mahu mengalah.Yang lain pun sama.Semua memandang ke arah Yein.

"Aku ada satu idea.Tapi,aku tak pasti idea ni akan berhasil ker tak!" Yein sememangnya bijak.Dia mengeluarkan sesuatu daripada begnya.Satu objek berbentuk bulat.Bom!

"Kau nak buat apa dengan bom tu?Kau nak bom tempat ni?" Jin menyampuk.Belum apa apa lagi dah tunjuk pandai.Tak pasal pasal kepalanya diluku oleh Taehyung.

"Aku harap idea ni akan berjaya.Dengar baik baik,aku nak korang bagi kerjasama.Pertama sekali,siapa yang sudi pegang dan nyalakan bom ni nanti?" Semua hanya diam tak terkutip.Tidak berani utk menawarkan diri menjadi sukarelawan.Bom.Bukan benda sebarang!

"Kalau korang tak nak....nampaknya aku jugak yang kena!"

Tiba tiba sahaja Suga mengangkat tangannya.Dia mara beberapa langkah ke hadapan,menuju ke arah Yein.

"Biar aku yang buat!"Tidak teragak agak dia berkata demikian.Bom bertukar tangan,diserahkan kepada Suga.

"Baiklah,Taehyung,Jin dan Jung Kook....aku nak korang bertiga serang tangan tangan tu.Buat laluan ke pintu masuk.Memandangkan Namjoon cedera teruk,Tuan Kim akan pimpin dia keluar bersama sama korang.Dan Suga pulak akan nyalakan bom.Korang mesti cepat cepat keluar dan lari dari sini sebelum bom meletup." Yein memberi arah.Semua mengangguk kepala tanda setuju dan faham.

"Suga...aku doakan kau selamat!"Agak susah utk Yein mengungkapkan kata kata itu pada Suga.

"Kau pun sama.Jaga diri baik baik.Kalau aku mati,jangan lupa aku." Suga membalasnya dengan senyuman.Manis di bibir!

* * * *


Seperti yang dirancang,Jung Kook,Taehyung dan Jin mula menyerang tangan tangan tersebut.Mereka sedaya upaya cuba memotong tangan tangan itu sepantas yang mampu sebelum ia tumbuh kembali.Tuan Kim pula mengekori mereka dari belakang,sambil memimpin Namjoon berjaya.Yein berada di posisi belakang.Berjaga jaga sekiranya ada tangan tangan yang datang menyerang mereka dari belakang.

Rancang mereka hampir berjaya.Mereka sampai di pintu masuk.Yein mengangkat tangannya ke udara,memberi isyarat kepada mereka supaya segera melarikan diri sebelum Suga menyalakan bom.Mereka akur terhadap arah tersebut.Bergegas gegas berlari sejauh yang mampu utk memcari tempat yang lebih selamat.

Manakala pula,Yein masih berada dalam bilik tersebut bagi membantu Suga menyalakan bom.

"Ready?"

"Nae!" Pemetik dihidupkan.Api yang keluar dihalakan pd sumur bom.Bom berjaya dinyalakan.

"Lari!" Mereka segera melarikan diri ke arah pintu masuk.Malangnya,kaki Suga telah dipegang oleh tangan tersebut,serta merta mematikan langkahnya.Masa sudah suntuk.Yein cuba utk membantu Suga.Tetapi gagal.Tangan tangan itu memegang tangan,kaki dan tubuh Suga.Tiada harapan utk dia membebaskan diri.

"Aku akan tolong kau lepaskan diri.Kau akan selamat!" Yein cemas tika itu.Air jernih mengalir keluar dari tubir mata.

Suga masih mampu tersenyum.Dia mengusap pipi Yein dan air matanya yang membasahi pipi.

"Tinggalkan aku di sini Yein.Biar aku mati.Biarpun jasad aku hancur...namun cinta aku takan pernah lenyap pada kau.Saranghaeyo Jeong Ye In." bibir Yein dikucup.Dia menolak Yein menjauhi tubuhnya.

"Suga!"

"Lari!Aku cakap lari sekarang!" Suga menjerit.Dengan berat hati,Yein berlari keluar dari bilik tersebut.Dia menuju ke tingkat atas.Di situ lebih selamat.

"Bommmm!" Bunyi letupan jelas kedengaran menggegarkan villa.Bilik tersebut hancur.Hancur bersama Suga!

Min Yoongi
[die]

* * * *


Mereka terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan.Disebabkan letupan td,mereka telah terpisah antara satu sama lain.

* * * *

The Devil's Game:LEVEL 2

Player List:
*Kim Taehyung
*Kim Seok Jin
*Jeon Jung Kook

"Jung Kook,kita nak buat apa sekarang ni?"

Bila disoal,Jung Kook hanya diam.Naik pelik juga Taehyung dengan Jin.Sejak dari tadi lagi Jung Kook tidak bersuara.
Selalunya,maknae itulah yang selalu banyak cakap.

Taehyung dan Jin hanya mengekori saja langkah Jung Kook sehingga mereka sampai di ruangan dapur.

"OMG!" Terkejut Jin bila melihat dapur berwarna pink kesayangannya habis bersepah.Lantai berlumuran dengan darah menutupi jubin yang bercorak Hello Kitty.Kuali,senduk,sudu habis bertaburan.Sakit mata Jin melihatnya.

"Wei Jung Kook,kita nak buat apa kat sini."Giliran Taehyung pula menyoal.

Senyap.Bisu ker apa Jung Kook ni!Lebih menyakitkan mereka apabila selamba badak saja Jung Kook melangkah pergi meninggalkan mereka di dapur.Mereka ingin mengekori Jung Kook,tetapi dengan sekelip mata sahaja lelaki itu menghilang.Pelik!

Pannggg!,bunyi sesuatu telah jatuh ke lantai kedengaran menyapa gegendang telinga mereka.Taehyung berkalih memandang Jin.Bunyi itu datang dari arah almari yang berada berdekatan mereka.

"Jin,kau pergilah tengok makhluk mana yang buat bunyi tadi."Taehyung arahkan Jin.Mulanya Jin menolak tetapi bila diugut paksa dengan Taehyung mengenai kecomelannya,cepat cepat lelaki itu pergi ke arah almari.

Kelihatan begitu takut takut dia ingin menguak pintu almari.Berpeluh satu tubuh dengan keadaan tangannya yang terketar ketar.

"Bukak jelah!"

Tanpa banyak soal,terus saja ditarik pintu almari itu.Satu figura manusia kelihatan sedang duduk meringkuk di dalamnya.

"Bambam!" jerit Jin.

* * * *

"Macam mana kau boleh ada kat sini?"

"Tadi,Madam J arahkan tetamu yang lain termasuklah aku berkumpul di ruang tamu." Bambam menarik nafas panjang sebelum menyambung ceritanya.

"So,apa yang jadi pada diorang semua!"Bertubi tubi dia disoal oleh Jin dan Taehyung.

" Madam J bunuh diorang semua beramai ramai.Lepastu,dia tukarkan mayat mayat diorg menjadi makhluk makhluk pelik.Aku pulak pergi menyorok kat dapur utk selamatkan diri!"panjang lebar Bambam memberikan keterangan.Jin mengoyakkan bajunya dan membalut luka luka yang terdapat pd tubuh Bambam.Merah menyala muka Jin bila terpandangkan abs milik Bambam yang berketul ketul timbul di bahagian perutnya.Bambam mengubah posisi tubuhnya dalam keadaan berbaring menyebabkan muka Jin tersembam pd dada lelaki itu.

* * * *

The Devil's Game:LEVEL 3

Player List:
*Kim Namjoon
*Kim Jong Kook(Tuan Kim)

Namjoon dan Tuan Kim agak cuak.Dua susuk tubuh milik Jimin dan Hoseok dipandang tidak berkelip.

"Tak mungkin!Korang bukannya dah mati!" Seperti berada di dalam mimpi.Namjoon seakan akan tidak percaya tentang apa yang dilihat olehnya itu.

Jimin dengan tubuhnya tiada kulit.Menggelupas isinya menampakkan tulang putih.Bebola matanya tiada.Wajahnya begitu buruk.Berlubang lubang di sana sini dan dipenuhi dengan ulat ulat.

Hoseok pula dalam keadaan merangkap.Kepalanya terteleng ke atas.Usus ususnya terburai keluar dari perut.Lidah sepanjang 1 meter terjelir keluar dari mulutnya bersama sejenis cecair berwarna hitam.Busuk.Menjijikan.Seram.

"Kau bukan Jimin dan Hoseok.Korang dah mati!" Namjoon mengundur beberapa tapak ke belakang apabila Jimin dan Hoseok mara ke arahnya.Tuan Kim berada di hadapan,melindungi Namjoon sekiranya mereka diserang.

"Hyung,tolong Jimin!"

"Hyung,tolong Hoseok!"

"Bebaskan kami dari sini.Roh kami terseksa.Jasad kami merana!" Nada suara yang kedengaran sedikit sayu.Seakan akan Jimin dan Hoseok sedang menangis.Mereka mula menyerang Namjoon dan Tuan Kim.

Hoseok membelitkan lidahnya pd leher Tuan Kim.Jimin pula menggigit bahagian perut lelaki itu.Dia meraung kesakitan.Jimin mengoyakkan perut Tuan Kim dan memasukkan kepalanya ke dalam.Usus usus Tuan Kim bersama organ organ dalaman yang lain seperti jantung,hati,hempedu diratah oleh Jimin dengan begitu nikmat sekali.Berselera!

Namjoon pejamkan matanya rapat rapat.Tak sanggup utk melihat.Terlalu ngeri baginya.Dia termuntah disebabkan bau hanyir darah yang memenuhi ruang udara.

Tuan Kim rebah.Perutnya berlubang.Terkulai layu tubuhnya di situ dengan lumuran darah.

"Hyung,tolong kami!Tolong kami!Kami nak bebas dari sini.Tempat ni bukan tempat kami." Jimin dan Hoseok selangkah demi selangkah mendekati Namjoon.

"Jangan kacau aku.Aku takde kena mengena dengan kau."

Namjoon berundur ke belakang.Lagi dan lagi sehingga tubuhnya menghimpit dinding.Jalan mati.Jimin dan Hoseok semakin menghampirnya di hadapan.

"Tunaikan apa yang pernah Hyung janji pada kitorang dulu.Semadikan kitorang dengan tenang."

Janji?Janji apa?Namjoon bingun.Mesti ada sesuatu yang tidak kena.

"Ya,hyung janji akan bebaskan korang dari sini.Hyung janji akan tenangkan roh korang.Hyung janji!Hyung janji!" Akhirnya dia berani juga bersuara.

"Terima kasih Hyung.Kitorang pegang janji Hyung!Kalahkan Madam J.Selamatkan dunia ni.Walaupun jasad kitorang sudah mati,namun roh kitorang akan sentiasa hidup bersama sama dengan hyung!Janji!" Cecair berwarna hitam mengalir keluar dengan begitu banyak sekali dari mata Jimin dan Hoseok.Air mata.Mereka sedang menangis.Namjoon menuju ke arah mereka dan memeluk tubuh mereka tanpa rasa jijik dan geli.

"Hyung sayang kamu semua!"

"Kitorang pun!" Tubuh mereka serta merta hilang.Lenyap!Keadaan Tuan Kim menjadi seperti sedia kala.Tiada sebarang luka ataupun kecederaan.

Bersambung....

Ff ni dah nak habis.Tinggal 3 chapter lagi.

Vote and comment!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top