CHAPTER 24-Chayper 4

Pintu bilik kurungan berjaya dibuka setelah hampir separuh mati Namjoon dan Yein bertarung dengan pengawal pengawal Madam J.Jin pun turut sama membantu.Nasib baik mereka berjaya.Cepat cepat mereka membebaskan Jung Kook,Suga,Taehyung dan Tuan Kim.Masa sudah semakin suntuk.Mereka harus segera keluar dari villa ini sebelum terlambat.

"Kita mesti cepat keluar dari sini sebelum Madam J hapuskan kita semua." Namjoon memberi arahan.Walaupun keadaan dia cedera teruk...tetapi mental dan staminanya masih kuat.Jung Kook berasa kasihan melihat Namjoon dan membantu lelaki iti utk berjalan.Mereka bergegas keluar dari kawasan bilik kurungan.Tetapi malangya sesuatu telah berlaku.Keadaan di dalam villa telah berubah.Habis semua pintu masuk dan tingkap hilang.Hanya tinggal dinding yang kosong sahaja berserta dengan suasana yang gelap gelita.

"Arrgghh!"Tiba tiba sahaja Yein menjerit melepaskan geram.Dia menumbuk dinding berkali kali.Agak pelik.Habis tangannya luka.Suga cuba menghentikan perbuatan Yein itu.Dia memeluk Yein,mematikan pergerakan tangannya.

"Kita dah terlambat.Madam J telah mulakan permainan The Devil's Game."

Mereka sedikit pelik dengan bicara Yein.

"The Devil's Game?Apa maksud kau Yein." soal Jung Kook.

"Kita mesti main permainan ni.Ni bukan permainan sebarangan.The Devil's Game melibatkan nyawa antara hidup dan mati."terang Yein lagi.

"Maksud kau....kita kena main game ni dan keluar sini." sampuk Namjoon pula.Yein mengangguk.

"Jika kita kalah...kita akan hancur dan dunia ni juga turut sama akan dilenyapkan oleh Madam J.Game ini kesemuanya mempunyai 5 level.Aku harap korang akan tabah apabila terpaksa berlawan dengan makhluk makhluk pelik dlm game ni.Jika kita berjaya kalahkan Madam J...bererti dunia ni akan selamat.Dan tak semestinya salah seorang drpd nyawa korang semua akan terkorban.Aku betul betul perlukan kerjasama korang utk tumpaskan Madam J." panjang lebar Yein memberi penjelasan.Nampaknya semua bersetuju utk memberi kerjasama.

Jung Kook menghulurkan tangannya ke arah Yein.Diikuti oleh Taehyung,Jin,Tuan Kim dan akhir sekali Suga.Yein kelihatan sedikit janggal dengan kehadiran Suga.

"Kitorang akan bersama kau utk selamatkan dunia ni dan kalahkan Madam J."janji mereka kepada Yein.

* * * *

" J...aku nampak benda tu.Dia selalu ikut aku dari belakang."Tulah yang selalu Loki katakan pada aku.Naik muak rasanya mendengar cerita daripada Loki.Setiap hari dia akan bercerita tentang makhluk berwarna hitam yang sering mengekorinya.Mulanya aku tak percaya.Tapi lama kelamaan aku mempercayai tentang apa yang dikatakan oleh Loki.Loki ni sepupu aku.Anak kepada mak saudara gila aku tu.Lokilah kawan yang aku ada.Bila mak saudara aku tak bagi aku makan...Loki akan senyap senyap pergi ke dapur dan ambil makanan untuk aku.Loki sangat baik.Dia seperti pelindung.

"J...aku takutlah.Makhluk hitam tu cuba nak cederakan aku bila aku tak nak jadi kawan dia." Loki mengadu lagi.Jelas aku dapat lihat yang terdapat kesan cakaran yang cukup panjang pd tubuh Loki.Tiga cakaran.Beerti tu cakaran makhluk alam lain.

Perangai juga Loki agak pelik.Dia sering bermain,bercakap dan ketawa seorang diri.Loki kata dia dah terima makhluk tu jd kawan dia.Loki dah tak hiraukan aku lagi.Loki sering berkurung di dalam bilik.Mak saudara aku pun sudah naik pelik dengan perangai ganjil Loki tu.Mereka menganggap Loki mempunyai masalah mental.Pernah beberapa kali jugaklah mak saudara aku bawa Loki ke hospital.

Dan ketika Loki tiada itulah...aku senyap senyap pergi mengendap masuk dalam bilik Loki.Terkejut perut aku bila tengok bilik tu dipenuhi dengan kepala manusia.Ada juga kepala yang sudah menjadi tengkorak.Bukan setakat itu saja....bilik tersebut berlumuran dengan darah dan berbau busuk.Patutlah Loki larang bila mak atau aku nak masuk kemaskan bilik dia.Memang dah gila Si Loki ni.

"Aku tahu kau masuk dalam bilik aku bila aku takde hari tu.Dia yang bagitahu aku.Awas!Kalau kau bagitahu omma,kepala kau jugak pun akan jadi koleksi simpanan aku." Loki pegang tangan aku.Aku terkedu mendengar ugutan daripadanya.Jadi ketika aku selongkar bilik dia...makhluk setan tu yang sedang perhatikan aku.Shit!!

Suatu malam....mak dan bapa saudara aku risau sebab Loki tak balik ke rumah.Waktu dah malam.Jarum jam pun sudah berada di angka 12.Lama mereka menunggu kepulangan Loki di muka pintu dengan harapan anaknya itu akan pulang.Tidak pernah Loki buat perangai macam ni.

Dan aku pula.....menjadi mangsa keadaan mak dan bapa saudara aku yang tertekan disebabkan Loki.Aku dipukul.Sebabnya tak jaga Loki elok elok.Gila ker apa?Ingat Loki tu anak aku nak kena jaga 24 jam.Mereka salahkan aku.

"J....baik kau cakap mana Loki pergi!"

"J tak tahu!" Jawapan itu menyebabkan aku ditampar mereka berkali.Takde otak.Orang lain buat salah aku yang kena.Sebenarnya aku tahu mana Loki pergi.Saja aku tak nak bagitahu mereka.Kalau aku bagaitahu pun mereka bukan percaya pada aku.Budak tu pergi keluar bunuh orang.Lepas tu bawa balik kepala orang ke rumah.Aku dah lama tahu perkara tersebut apabila aku sering kali mendengar pintu masuk rumah akan dikuak oleh seseorang pada lewat malam.Siapa lagi kalau bukan Loki.

Disebabkan tidak tahan dipukul dam diseksa....aku pergi ke dapur.Ambil pisau pemotong daging.Pergi balik ke ruang tamu.Dan kelar leher mak dan bapa saudara aku.Puas hati aku bila diorang mati.Pada ketika itu....Loki pulang ke rumah.Dia sedikit terkejut apabila melihat kepala omman dan appanya bertaburan di lantai ruang tamu.Tajam dia memandang aku seperti hendak diterkam.

"Kau bunuh omma dan appa aku!"

Aku tergelak.

"Kenapa?Kau marah!Aku dah tak sanggup nak hidup dengan mereka.Lebih baik mereka mati.Dan aku pun akan bunuh...kau jugak Lee Loki." Loki seakan akan tahu apa yang berada di fikiran aku.Dia ingin melarikan diri.Namun aku lebih cepat bertindak dengan menarik tangannya.

"Aku tahu kau ada kuasa tu Loki.Takan kau tak nak berkongsi dengan aku.Kuasa The Devil's Master tu sepatutnya menjadi milik aku." Pisau dihalakan ke leher Loki.Ditarik ke kiri dan kanan.Serta merta kepala Loki terpisah dari badan.

Tiba tiba sahaja berkepul kepul asap hitam keluar dari tubuh Loki.Asap itu berkumpul di ruang udara mula masuk melalui rongga hidung aku.

The Devil's Master telah bersatu dengan tubuh aku.Aku berkuasa!Sebenarnya...The Devil's Master adalah roh yang dipuja terun temurun oleh nenek moyang aku.Setelah pemiliknya mati....The Devil's Master akan beralih mencari Tuan yang lain.Aku pernah juga beberapa kali melihat nenek melakukan aktiviti pemujaan The Devil's Master.Dia sangat berkuasa.Dia berhasrat utk menakluki dunia dengan kuasa tersebut tetapi disebabkan dia gagal mengawal The Devil's Master dengan betul....makhluk itu telah memakan dirinya sendiri.

Dan aku pula pewaris yang seterusnya.

Kepala Loki bergerak.Bercantum kembali dengan lehernya.Kelopak matanya yang terkatup tiba tiba sahaja terbuka luas.Loki bangun.Dan terus lenyap dengan sekelip mata.

* * * *

Lelaki.Makhluk yang paling aku benci.Lelaki sama saja perangainya.Jujur aku katakan lelaki tidak pernah setia bahkan pendusta.

Lebih 3 bulan Aku menjadi perempuan simpanan Tuan Kim.Pelikkan.Perempuan simpanan tinggal serumah dengan isteri.Stella masih lagi tidak mengesyaki hubungan aku dengan suaminya.Kalaulah dia tahu...mampos aku.

Paling aku tidak boleh terima apabila Stella disahkan mengandung.Perkara nilah yang aku tak nak.Bila anak Stella lahir nanti...dah sah yang budak tu akan jd pewaris harta Davidson.Ni Tuan Kim punya pasal.Kalau dia tak sentuh betina tu....takan ada pembawa sial kepada aku dalam perut Stella tu.Tak cukup ker selama ni aku jadi pemuas nafsu dia.Lelaki.Satu mana cukup.

Aku cuba lakukan sesuatu utk gugurkan kandungan Stella.Aku tolak Stella sehingga jatuh,bubuh racun dalam makanan dia.Tetapi gagal.Susah sangat budak tu nak mati.

Selepas 9 bulan,Stella melahirkan anaknya.Tapi kelahiran budak tersebut tidak diterima oleh Stella dan Tuan Kim sebab dia cacat.Jadi,Stella serahkan anaknya itu kepada aku.Tuan Kim pun sama jugak.Tak nak mengaku yang budak tu anak dia.Dasar bodoh.Mulanya aku nak jer bunuh budak tu.Tetapi disebabkan kasihan....aku jaga dan pelihara dia sampai besar panjang.Aku bagi nama dia Kim Taehyung.Panggilan manjanya pula Tae atau V.Tapi aku lebih gemar panggil dia V.Taehyung sudah menganggap aku seperti ommanya sendiri.Dia membesar dengan kasih sayang aku.Dan juga dia turut membesar dengan kebencian Stella dan Tuan Kim.
Aku ingatkan aku jer yang jahat.Rupanya ada lagi yang lebih jahat daripada aku.

Hidup Taehyung memang terseksa.Sejahat jahat aku pun...aku ada belas kasihan apabila melihat Stella dan Tuan Kim dera Taehyung.Lebih teruk lagi,mereka langsung tak bagi Taehyung keluar dari rumah takut jiran jiran yang lain nampak.Mereka akan malu besar apabila jiran jiran mereka tahu yang mempunyai anak OKU.

"Omma,boleh tak Tae nak pergi taman.Tae teringin nak main permainan di sini." Berkali kali jugak Taehyung merayu pada aku supaya bawa dia ke taman.Aku tunaikan permintaan Taehyung itu memandangkan Stella dan Tuan Kim tiada di rumah.Aku tengok Taehyung gembira sakan dapat bermain jongkang jongket,gelongsor dan banyak lagi.

* * * *

Ternyata Taehyung sudah pandai keluar senyap senyap dari rumah tanpa pengetahuan aku.Aku pun mula risau takut takut Stella dan Tuan Kim akan tahu perkara tersebut.Masak budak tu nanti.

"Tae pergi mana?Kenapa keluar tak bagitahu omma?"

"Tae bosan duduk kat rumah.Tae keluar pergi taman.Jumpa kawan Tae!"

Kawan?Biar betul budak ni.Sejak bila dia ada kawan?Patutlah setiap kali Taehyung pulang ke rumah,tentu dia akan bawa balik makanan.

"Saper bagi aiskrim ni pada Tae!"

"Kawan Taelah.Nama dia Loki.Loki baik.Dia selalu teman Tae main.Bila Tae kena kacau dengan budak budak nakal....Loki akan lindungi Tae."

Terjekut sakan aku bila Taehyung sebut nama Loki.Gila!Dunia ni memang gila.Buatkan aku pun jadi gila.Orang dah mati mana boleh hidup balik bodoh!

Loki dah lama mati.Tak mungkin dia hidup balik.Tak mungkin.

* * * *

Loki sering muncul dalam mimpi aku.Boleh dikatakan setiap malam aku pasti akan mimpikan Loki.Apa dah jadi pada aku ni?

* * * *

Malam tu,Stella pulang awal dari tempat kerja.Mengamuk sakan betina tu bila dia tahu Taehyung tiada di rumah.Bercekak pinggang dia menunggu Taehyung di muka pintu.

Bila Taehyung balik saja,dia terus pukul budak tu.Dirotan dengan penyapu,disepak terajang dan ditampar berkali kali.Taehyung hampir mati dikerjakan.Pada ketika itu juga,seseorang telah menceroboh masuk ke dalam rumah tersebut.Terkejut perut aku apabila melihat Loki membawa pisau dan membunuh Stella.Tubuh Stella dikerat kerat.Darah berlumuran di lantai ruang dan memercik ke syiling.Mata dan kepala aku menjadi saksi bahawa Loki masih hidup.Dia belum mati.

"Aku datang sebab aku nak rampas balik apa yang kau dah ambil dari aku,J"

Loki cuba bunuh aku pula.Nasib baik aku berjaya melarikan diri, membawa Taehyung bersama.

Kes kematian tersebar di seluruh dada.Dan aku telah menjadi buruan polis atas tuduhan membunuh Stella dan menculik Taehyung.Disebabkan Stella dah mati.....seluruh harta Davidson telah jatuh ke tangan aku.

Aku buat keputusan utk pergi ke luar negara dan mulakan hidup baru di sana sebagai Madam J.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top