CHAPTER 18-Chyper 3

Gila.Davidson memang gila.Lelaki itu sengaja buat aku macam ni.Padahal lelaki itu telah ambil segala galanya daripada hidup aku.Tetapi ini yang dia balas kepada aku.Damn it!Seluruh harta kekayaan milik Keluarga Charles Davidson diwarisi oleh Stella.Semuanya termasuklah beberapa buah syarikat milik Davidson samada di luar mahupun dalam negara dan villa ini juga turut menjadi milik Stella.Aku pula tidak mendapat sesen pun duit dan harta Davidson.Kalau beginilah jadinya,sia sia saja aku kahwin Davidson selama ni.Dia kata dia nak warisi seluruh hartanya untuk aku.Dia penipu!Penipu besar!

"Aku nak kau keluar dari sini!Keluar sekarang!Aku tak nak tengok muka kau lagi!!!"

Stella halau aku keluar dari villa tersebut.Tak boleh jadi ni.Kalau aku keluar dari situ...aku akan merempat nanti.Mana aku nak tinggal?Di kaki lima?Tak,Aku tak nak!Cukuplah masa kecil kecil dulu aku tidur di sana.

"Tolonglah.Bagi aku tinggal di sini!Aku merayu pada kau!Aku sanggup buat apa saja asalkan kau benarkan aku tinggal di sini!"

Aku merayu kepada Stella.Siap tunduk dan cium kaki busuknya lagi.Aku terpaksa buat macam tu demi kebaikan aku.Kalau aku keluar,bermakna aku sia siakan usaha aku selama ni untuk merampas harta kekayaan keluarga Charles Davidson.

"Ok,aku bagi kau tinggal kat sini...tapi kau tu sebagai orang gaji sahaja.Kau kena kemas rumah ni,masak,basuh baju dan banyak lagi kau kena buat."

Terpaksa jugak aku turuti syarat Stella.Janji kaki aku masih memijak lantai villa ini.Biarlah aku hidup susah dahulu menjadi seorang pembantu rumah.Bak kata orang "berakit rakit ke hulu,berenang renang kemudian....bersakit sakit dahulu,bersenang senang kemudia!"

Apa apa pun,aku akan pastikan harta kekayaan keluarga Charles Davidson akan menjadi milik aku suatu hari nanti.Walaupun lambat....tapi aku akan bersabar sehingga keinginan aku tercapai.

*    *    *    *

Kini,sudah masuk 3 bulan aku bekerja sebagai orang gaji Stella.Penat tu tak payah cakaplah.Memang penat gila!Langsung tiada masa untuk aku berehat malah labuhkan punggung sekejap di atas kerusi pun akan dimarahi oleh wanita itu.Memang teruk.Lebih lebih lagi aku bekerja tanpa bayaran gaji.Bagi Stella,tempat tinggal dan makan minum aku itu sudah dikira gaji.Bodoh.Takde otak ke apa setan betina tu.Aku kerja jadi pelacur dulu pun dibayar.Kerjanya pula taklah seteruk dan sepenat ni.Aku juga boleh berehat di waktu siang.Tapi bila bekerja dengan Stella,siang malam aku disuruh buat kerja.Jika kerja yang aku lakukan tidak memuaskan hatinya....terpaksalah aku kena buat lagi buat kali kedua.Katanya,lantai mesti licin tanpa sebutir pun habuk,baju mesti bersih tanpa sebarang kekotoran dan ia juga mesti dibasuh dengan tangan agak tidak mudah rosak,masakan mesti sedap dan menepati citarasanya....tapi nasib baiklah aku ni pandai jugak masak dan satu lagi yang paling aku tidak boleh terima adalah kena kemaskan biliknya yang bersepah mcm tokang pecah.Harap muka jer cantik,tebal dgn alat make up...tapi pemalas.Boleh dikatakan setiap hari aku kemaskan bilik dia.

Nasib baik aku masih boleh bersabar.Kalau tak...dah lama mampos Stella tu aku kerjakan.

Tidak lama lagi Stella akan berkahwin.Tulah yang paling aku tak suka.Semakin bertambahlah ahli Keluarga Charles Davidson jadinya.Sebelum aku jadi pewaris harta keluarga tu...aku mesti hapuskan mereka satu persatu biar aku sorang jer yang masih hidup.Tu pun kalau umur aku panjang.Apabila seluruh ahli Keluarga Charles Davidson sudah mati,pasti aku yang akan menjadi pewaris harta kekayaan itu.

Entah bagaimana Stella boleh jatuh hati dengan seorang anggota polis.Takde taste langsung.Setahu aku,Stella suka pada lelaki yang kaya raya dan berduit serta berpangkat jutaan.Tidak sangka pulak lelaki yang bernama Kim Jong Kook,berpangkat ketua polis Seoul menjadi pilihannya.Yang penting,lelaki tu pun kaya raya.Patutlah Stella nak!

Beberapa kali jugak aku sempat bertemu dgn Kim Jong Kook.Orangnya gagah perkasa,otot berketul ketul di badan.Setiap hujung minggu,Stella pasti akan jemput Kim Jong Kook makan malam di rumah tu pun kalau lelaki itu free.
Apa yang peliknya pada lelaki itu,dia selalu sahaja memandang aku tidak berkelip.Mungkin kerana aku lebih cantik daripada Stella.Hakikatnya memang betul pun.Kalau tak cantik...takanlh Davidson dok tergilakan aku.

Biarkan jelah.Lagipun,Kim Jong Kook tiada kena mengena dengan aku pun.

*    *    *    *

Bertarikh 5 April 2014,hari perkahwinan Stella dan Kim Jong Kook berlangsung.Majlis perkahwinannya sangat meriah dan mewah.Weeding of the year.Dihadiri oleh ribuan ahli koprat ternama dan ketua ketua polis Korea Selatan.Tetamu dari luar negara pun turut sama hadir.

Semestinya Stella berasa sangat gembira sekali.Dan aku pula langsung tidak mempunyai apa apa pun perasaan.Buat apa aku nak tumpang gembira atas kebahagian orang yang paling aku benci.

"Kau pakai baju uniform pembantu rumah ni.Kau tu cuma maid...jangan bermimpi nak pakai dress cantik cantik.Sedarlh diri tu sikit!"

Aku dipaksa memakai uniform pembantu rumah.Drees paras lutut berwarna hitam dan dihiasi dengan riben putih.Sungguh menjengkelkan.Lebih lebih lagi aku disuruh menjadi pelayan tetamu.Bagi tetamu yang mengenali aku....mereka ketawakan aku.Isteri kedua Charles Davidson menjadi orang gaji dan pelayan,bagi mereka itu perkara yang paling melucukan.

Mereka siap sindir aku lagi.Kata aku perempuan murahan yang Davidson kutip di tepi jalan.Yang paling teruk dan betul betul mengaibkan aku adalah....Stella beritahu mereka bahawa aku dulu merupakan seorang pelacur.Habis habisan aku kena kutuk dengan mereka.Aku betul betul malu dan maruah aku dipijak pijak seperti sampah!

"Jijiklah aku dengan kau.Dasar pelacur.Entah dari ceruk mana Davidson kutip kau!"

*    *    *    *

"Please J,tolong terima saya.Saya cintakan awak sejak kali pertama lagi kita berjumpa.Saya kahwin dengan Stella ni pun sbb saya nak bersama awak.Siang malam saya asyik terfikirkan awak.Awak dah curi hati saya.Kalau awak nak suruh saya ceraikan Stella pun saya sanggup.Asalkan awak jadi milik saya."

Aku terkejut sakan.Kim Jong Kook atau lebih mesra dengan panggilan Tuan Kim menserbu masuk ke dalam bilik aku dan...meluah perasaan cintanya pada aku.Biar betul!Aku betul betul tak percaya.Aku ingat ia adalah mimpi.Tetapi sebenarnya adalah realiti.Tuan Kim melutut di depan dengan sekuntum bunga rose merah dan sebentuk cincin,merayu rayu kepada aku supaya menerima cintanya.

Aku tidak tahu hendak terima atau tidak.Bilq difikirkan balik,Tuan Kim sedikit sebanyak dapat membantu aku melaksanakan rancangan aku nanti.Lelaki itu sangat berguna juga nanti.

"Baiklah,saya terima.Tapi saya tak nak awak ceraikan Stella sebab saya."

"Kalau macam tu,saya jadikan awak perempuan simpanan.Awak setuju tak?"

Aku mengangguk tanda setuju walaupun terpaksa menjadi perempuan simpanannya.Tuan Kim kelihatan begitu gembira.Aku tidak sangka...dengan rela hati sahaja lelaki itu menyerahkan dirinya pada aku utk diperalatkan.Kasihan!Lelaki memang macam tu.Percayalah...lelaki akan pasti kalah dengan kecantikan wanita.

Masa untuk aku balas dendam pada Stella.Hari aku telah tiba!

Bersambung....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top