CHAPTER 16-Stigma
Villa itu masih tegak berdiri di depan matanya walaupun ia sudah buruk dimamah usia.Villa itu juga turut sama menggamit kenangan manis dan pahit ketika dia pernah menatap di dalamnya suatu ketika dahulu.Tidak sangka..villa milik keluarga Davidson itu masih lagi utuh berada di kawasan itu.Dia masih ingat lagi...selepas kematian Stella,dia keluar dari villa itu dan pergi meninggalkannya bertahun lama.Dan hari ini dia kembali ke villa itu kembali untuk menuntut haknya yg telah diambil oleh Madam J iaitu anak lelakinya.
Lamunan Tuan Kim terhenti seketika.Dia terus mengatur langkah ke dalam villa tersebut.
"Aku akan balas dendam terhadap apa yg kau lakukan pada aku dulu,J"bisiknya.
* * * *
Madam J melebarkan senyuman sinis di bibir memandang lelaki separuh abad itu.Dia bingkas bangun dari duduk dan menghampiri Tuan Kim.Tuan Kim dipandang dari atas sampai bawah.Langsung tiada perubahan yg berlaku pada lelaki itu.Raut wajahnya tetap sama seperti dulu.Kali pertama mereka bertatap mata.
"Tak sangka,kau ingat lagi villa Davidson ni."kata Madam J membuka tirai bicara.Yein yg berada di sebelah Madam J sekadar menjadi pemerhati.
"Aku takan pernah lupa.Aku juga ahli keluarga Davidson,so villa ni sentiasa berada di ingatan aku."balas Tuan Kim.Madam J sedikit tergelak kecil.Davidson.Sebut saja nama tu...dia pasti geli hati untuk ketawa.
"Setahu aku...hanya dua orang sahaja ahli Keluarga Davidson yg masih hidup.Yang lain dah mati kan!"Kata kata Madam J kali ini membuatkan Tuan Kim naik angin.Dia menarik Madam J dan mencengkam rahang wanita itu kasar.Yein ingin bertindak menyerang Tuan Kim tetapi di halang oleh Madam J.
"Perempuan sundal mcm kau ni sepatutnya dah lama aku bunuh dulu sebelum kau hancurkan keluarga Davidson."Tuan Kim mengugut.Madam J sekadar beriak selamba.Langsung tidak terkesan.
"Dah kau tahu aku ni parasit...kenapa kau tak bunuh aku.Sebaliknya kau jatuh cinta dengan aku pula!"
Rahang Madam J dilepaskan.Berbirat kesan jemari Tuan Kim pada wajahnya.
"Aku jadi bodoh sebab kau asyik goda aku.Kau sanggup jadi perempuan simpanan aku sebab kau nak balas dendam pada Stella kan."
Madam J mengangguk mengiakan kata kata Tuan Kim tadi.
"Memang tu pun rancangan aku.Kalau bukan disebabkan Stella,aku dah warisi seluruh harta Keluarga Davidson dan villa ni juga akan jadi milik aku."
"Jadi..kau yang bunuh Stella!"Tuan Kim menyeol.Kes pembunuhan isterinya,Stella Davidson menjadi misteri.Disebabkan pihak polis tidak mempunyai sebarang bukti mengenai pembunuh isterinya,kes tersebut terpaksa ditutup.
"Memang aku benci Stella,tapi bukan aku yang bunuh dia.Kau takde bukti nak tuduh aku."Dia berterus terang.Memang bukan dia yg membunuh Stella Davidson.
"Habis tu siapa?Aku datang sini bukan nak berbual kosong dengan kau.Aku nak kau pulangkan balik anak aku.Pulangkan Kim Taehyung."tengkin Tuan Kim.Kesabarannya mula menipis.Dia mengeluarkan pistol daripada poket seluarnya dan mengacukan ke arah Madam J.Wanita itu dijadikan tebusan.Yein mula gambra.
"Baik kau pulangkan Kim Taehyung sebelum peluru pistol ni tembus pd kepala kau."ugut Tuan Kim.
"Yein...pergi panggil Taehyung sekarang!!!"arah Madam J.Dia tiada pilihan lain.Bila bila masa sahaja Tuan Kim boleh menembaknya.
Cepat cepat Yein keluar dari situ dan pergi mendapatkan Taehyung.
* * * *
Taehyung memandang Tuan Kim dengan pandangan kosong.Langsung tidak gembira mahupun menangis kerana bertemu kembali dengan appanya.
"Anak appa dah besar rupanya."Tuan Kim terus memeluk anaknya itu erat.Dia betul betul rindukan Taehyung.Taenyunglah satu satunya anak yang dia ada.
"Appa sayang Taehyung.Kembali pada appa.Appa tak nak lagi kehilangan kamu."Teresak esak Tuan Kim menangis.Taehyung hanya membisu.Sepatah pun tidak membalas kata kata appanya.Yang lebih mengejutkan lagi...dia menepis pelukan Tuan Kim dan menjauhkan diri daripada lelaki itu.
"Aku takde appa.Appa aku dah lama mati!"balasnya memberi satu tamparan kuat buat Tuan Kim.
"Apa kamu cakap ni?Kamu anak kandung appa."Tuan Kim cuba meraih simpati Taehyung tetapi gagal.Hati Taehyung seperti telah tertutup untuk menerima Tuan Kim sebagai appanya.Tuan Kim memegang tangannya dan dia bertindak menolak lelaki itu sehingga jatuh terlentang di atas lantai.
"Sanggup Taehyung buat appa mcm ni.Appa salah appa?"
"Banyak.Salah kau terlalu banyak pada aku.Kenapa baru sekarang kau nak mengaku yg aku ni anak kau.Dulu tak pernah pun.Kau siap hina aku lagi.Perlu ker aku mengaku kau ni appa aku!"balas Taehyung.Dia betul betul benci dan jijik melihat wajah Tuan Kim.
"Tak,appa sayang kamu.Cuma..."
"Cuma apa?Disebabkan aku cacat...kau pulaukan aku.Kau dan Stella sama jer."Taehyung menengkin.Tuan Kim terpinga pinga.Dia tunduk mencium kaki Taehyung,memohon maaf atas kesilapannya dulu.
"Maafkan appa!Appa tahu appa salah.Appa datang sini sebab nak bawa balik kamu.Appa nak tebus dosa yg appa lakukan pada kamu dulu.Kembali pada appa!"Tuan Kim merayu dgn linangan air mata.Madam J sedikit terhibur melihat keadaan lelaki itu.Yein dan Jin pula hampir menitiskan air mata.
"Ingat senang ker aku nk maafkan kau.Kau lupa,dulu kau pernah cuba nak bunuh aku.Manusia macam kau ni,patut dah lama mati!"
Tubuh Tuan Kim ditendang menjauhinya.
"Untuk pengetahuan kau,aku takan sesekali pun ikut kau pulang.Aku dah bahagia di sini.Aku ada keluarga aku sendiri."Dia memberi kata putus.Dia melangkah ke arah Madam J dan memeluk wanita itu.
"Omma dan appa aku adalah Madam J dan bukannya kau dan Stella!!!"
Madam J tersenyum.
* * * *
Aku tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang bapa dan ibu.Setitis pun tidak pernah.Aku dianggap pembawa malang dan keaiban dilahirkan di dunia ini.
Omma dan appa aku benci gila pada aku sebab aku cacat.Aku anak istimewa.OKU.Sepatutnya aku dilindungi dan disayangi tetapi aku lagi dibenci dan diseksa.Apa salah aku?Adakah kecacatan aku ini merupakan kesalahan terbesar yg pernah aku lakukan?
Tapi bukan kehendak aku untuk jadi cacat.Itu semua takdir.
"Stella tak nak anak ni.Dia bukan anak Stella.Dia cacat!Stella tak nak anak cacat mcm ni."
Aku selalu dihina oleh omma aku.Dia buat aku mcm anak binatang.Dia langsung tidak pandang aku.Semasa aku dilahirkan...setitik pun tidak pernah aku merasa susu dada omma aku.Omma aku abaikan aku.Aku hanya dijaga oleh Madam J.Tabiat aku masa kecil ialah,aku suka sangat tengok omma berhias.Pakai make up sana sini.Omma cantik.
Pernah sekali aku masuk ke dalam bilik omma untuk bermain.Bila omma terserempak dengan aku di dalam biliknya...omma pukul aku habis habisan.
"Kau nak mencuri eh!"
Omma tuduh aku nak mencuri duit dan barang kemasnya.Padahal...tidak terlintas pun di fikiran aku untuk berbuat demikian.Aku budak baik.Tidak cukup dengan tu...omma kurung aku selama 3 hari dalm stor.Dia tak bagi aku makan dan minum.Aku hampir mati kelaparan.Omma kejam.Terlalu kejam.
A
ppa aku seorang polis.Aku bangga ada appa yg kuat dan berani mcm tu.Tapi...rasa bangga itu lenyap di hati.Appa aku sama jer dengan omma aku.Bila tertekan jer,appa aku akan dera aku habis habisan.Dia tampar aku.Libas aku dengan tali pinggang.Boleh dikatakan tubuh aku ini penuh dgn parut libasan itu.
"Appa,Tae nak pergi main kat taman.Bawalah Tae ke sana!"
Aku teringin sangat nak bermain di taman.Di taman ada banyak permaian.Tapi..tidak pernah sekali pun aku dapat menjejakkan kaki ke sana.Jadi,aku buat keputusan keluar dari rumah tanpa pengetahuan appa dan omma.Aku pergi ke taman.Seronok sangat.Dapat main buaian,jongkang jongket dan banyak lagi.Aku betul betul seronok.Aku bebas.
"Adik,nah hyung ada belikan adik aiskrim.Ambillah!"
Aku ada seorang kawan nama Loki.Loki baik.Dia selalu bagi aku aiskrim.Aku selalu mengadu pada Loki pasal omma dan appa aku.Loki cakap dia akan hapuskan omma dan appa.Tapi aku halang dia sbb aku sayang mereka.
Waktu malam baru aku pulang ke rumah.Ketika tu omma balik awal dari pejabat...bila dia tahu aku keluar tanpa kebenarannya...dia pukul aku.Dia hantuk kepala aku pada dinding.
Dan pada ketika itu,Loki datang selamatkan aku.Aku tengok dia bawa pisau dan tikam omma aku.Madam J pula bawa lari aku keluar dari rumah tu utk melarikan diri dari Loki.Mungkin dia ingat Loki jahat.
Tak,Loki baik.Dia pelindung.
* * * *
Bersambung....
Apa kaitan Loki dengan Taehyung?Misteri betul.Author harap korang faham mengenai chapter Stigma yg banyak kekeliruan ni.
Vote and comment.Sila tunggu dan baca Chapter seterusnya untk mengetahui siapakah sebenarnya Loki.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top