Bab 12.

"Zeen, kamu tak bosan ke?" tanya Mak Mah.

"Kalau saya bosan pun, Mak Mah boleh buat apa? Bukannya bos Mak Mah tu bagi saya keluar rumah pon." balas Zien dengan suara yang lemah.

"Ehhh... Siapa kata kita keluar rumah? Mak Mah cuma ajak kau pergi menghendap je.. Nak tak??"

"Ish.. Apa Mak Mah ni? Kalau Afieq tahu nanti macam mana? Mampus kita."

"Alah.. Zeen tu bukannya tahu apa-apa pun, dah 4 tahun aku buat kerja ni, tak jadi ape-ape pun.."

"Apa maksud Mak Mah?." Entah kenapa tiba-tiba ayat Mak Mah tu macam pelik pulak. Sengaja dia tanya lagi sekali, nak minta kepastian.

"Ehh.. Takde papelah.. Dahlah jom!."

"Yelah-Yelah, kalau tertangkap jangan salahkan saya pulak."

"Ish budak ni! Aku tahulah, dah memang ini je kerja aku dekat rumah ni. Kau apa tahu. Jom!"

Dengan lagak seperti pencuri, Zeen dan Mak Mah menuju ke arah bilik bacaan yang terletak di aras dua banglo tersebut.

"Mak Mah, bukan ke bilik ni jenis yang kebal suara. Macam mana Mak Mah nak curi-curi dengar?"

"Alahai.. Bos tu.. dia bijak sikit, dia mana pernah kunci pintu bila masuk bilik tu. Kita bukak slow-slow, dia tak akan perasan punya."

"Owh..."

"Dah senyap jom dengar apa benda yang dia tengah bincangkan dari tadi."

Sejurus selepas itu Mak Mah terus membuka pintu bilik bacaan tersebut. Suara dari dalam bilik tersebut mula kedengaran sayup-sayup di telinga mereka berdua.

"Maaf bos, kami dah siasat tadi.. and, kami dapat tahu yang.. penyamar tu sebenarnya ialah.. orang gaji bos sendiri, Mak Mah."

"Alamak... Matilah aku.." bisik Mak Mah perlahan, tetapi masih dapat didengari Zeen kerana suara Mak Mah yang memang dah semula jadi kuat.

"Siapa tu? Zeen? Mak Mah? Man, kau pergi tengok siapa yang ada dekat luar tu." Arah Afieq dari dalam bilik.

'Aik! Tak tutup ke pintu ni tadi..?' gumam Man dibalik pintu. Serentak dengan itu pintu tersebut dibuka dengan lebih luas sehingga menampakkan Zeen dan Mak Mah yang nyata masih terpaku dihadapan muka pintu bilik bacaan.

"Just at time, come in. Mak Mah. Zeen." sampuk suara Afieq dari dalam.

"Er.. Tuan, sss.. ssa.. yya.. saayyaa.." tergagap-gagap Mak Mah cuba mencari alasan bagi mengaburi niat jahatnya.

"Saya, saya. Saya apa?!!. Aku tak sangka, selama ni orang yang aku sangka baik, boleh buat benda terkutuk macam ni. Kau fikir kau tu siapa? Nak main-main dengan aku. Eh! Ini Afieq lah, semua orang takut dengan aku. Sekarang ni, aku nak kau bagitau dekat aku, jantan keparat tu ke yang upah kau?"

"Ermm.. Sss..sebenarnya.. Ermm.."

"Aku tanya tu jawab jelah cepat!!! Sebenarnya, sebenarnya." Lantas tangan Afieq dilihat membuka laci meja dan mengeluarkan senjata Pistol Desert Eagle.

Pistol yang sangat mematikan ini merupakan buatan Israel. Dengan kecanggihan yang dimilikinya, senjata pistol ini mampu untuk membuat objek sasarannya tertusuk dan meledak. Peluru 325 gram-nya memang boleh diandaikan sebagai penghancur yang sangat mematikan. Walaupun pistol ini hanya mampu menampung 7 buah butir peluru saja, tetapi daya hancur setiap pelurunya mencapai 3 hingga 4 daya hancur peluru pistol biasa.

"Kau tahu apa benda ni? Aku rasa kau mesti tahu sebab ini benda favourite aku. Kau nak tak jadi perasmi untuk minggu ni? Aku dah seminggu tak lepas gian aku."

"Jjj..jannggannn.. Orang yang upah Mak Mah tu cuma guna nama samaran dia je.Mak Mah tak pernah jumpa dia depan-depan pon, kami biasanya berurusan dengan telefon pakai buang." balas Mak Mah takut-takut.

"Apa nama samaran dia??" tanya Afieq dengan nada tidak puas hati.

"Blood hunt"

****

A/n : please press the cute little star button.. It means so much to me..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top