16 | Curhat
"Bukan yang tu lah, kak. Yang ini," ucap Syifa sambil menunjuk ke satu arah.
"Bukan lah. Yang ni," balas Hafiza tak mahu kalah. Sejak tadi mereka berdua bergaduh sebab nak pilih jenama santan kotak. Seorang nak santan Ayam Brand, seorang lagi nak yang santan Kara.
Harith yang sejak tadi setia dengan troli hanya menggeleng perlahan. Pelik dia dengan dua ketul perempuan ini. Sekejap kamceng nak mati sampai dipalau dirinya. Sekejap bergaduh. Haih...
"Dah dah. Ambil je yang Kara tu. Mak suka jenama tu," ucap Harith seraya mengambil beberapa kotak santan itu. Hafiza yang senang dengan ucapan itu terus saja memberi senyuman yang sangat lebar. Bangga dia apabila Harith menyebelahinya.
"Haaa ambillah. Ambil. Bumi ni memang korang berdua punya. Syifa ni cuma menumpang aje!" Ucap Syifa dengan geram. Terus pandangan tajam diberikan kepada dua makhluk di depannya itu.
Harith yang mendengar itu sekali lagi menggelengkan kepalanya. Rasanya ini kali terakhir dia akan bawa dua perempuan ini shopping sekaligus. Tak menang tangan dia nak layan dua-dua.
"Syifa nak tengok coklat tak? Jom weh," ucap Hafiza tiba-tiba.
"Coklat? Jom kak!" Terus saja tangan Hafiza disambar dan meninggalkan Harith sendirian. Terkulat-kulat lelaki itu cuba menghadam situasi.
Kan dah cakap tadi.
"Wanita memang aneh," ucapnya sendirian sambil menggelengkan kepala. Troli yang sudah penuh dengan pelbagai jenis bahan masakan ditolak ke arah bahagian tisu pula.
"Pandai-pandailah dua orang tu cari aku nanti," ucapnya sambil mengambil beberapa kotak tisu dan pinggan plastik.
"Akak suka coklat apa?" Soal Syifa. Matanya mengitari pelbagai jenama coklat yang ada di situ. Naik rambang matanya apabila semua coklat kegemarannya ada di situ.
"Random. Tapi akak tak minat coklat yang ada mix kacang," jawab Hafiza sambil mencapai Toblerone.
"Ehh kenapa? Sedap lah ada mix kacang," soal Syifa tidak puas hati.
"Ke akak alergi dengan kacang?" Tambahnya lagi.
Hafiza terus menggelengkan kepalanya. "Tak pun. Entahlah. Akak cuma tak minat je. Rasa macam ada pengganggu dalam mulut. Like tak seronok lah tengah menikmati manisnya coklat, tiba-tiba tergigit kacang. Benda tu tak satisfy langsung."
"Aik, mix dengan biskut boleh pulak?" Soal Syifa laju tatkala Hafiza mencapai Cadbury Oreo dan Chips More.
"Mix biskut lah sedap. Crunchy crunchy gitu," balas Hafiza sambil mata mengitari Hershey's Kisses pula.
Syifa tak faham. Tapi, dia tetap mengangguk. Haih, pelik-pelik aje crush Abang Harith ni.
"Erm kak. Syifa nak tanya sikit boleh tak?" Soal Syifa setelah lama diam. Hafiza yang belum habis memilih coklat itu terus berpaling memandang Syifa.
"Amboi. Bunyi macam serius je. Nak tanya apa, Syifa?" Soal Hafiza sambil melemparkan segaris senyuman.
"Akak percaya tak dengan cinta?" Soal Syifa. Hafiza yang tiba-tiba saja diajukan soalan itu terus terkedu.
"Randomnya soalan. Kenapa tanya akak macam tu? Syifa sedang dilamun cinta ke?" Soal Hafiza sambil melorek senyuman. Syifa hanya mengangkat bahunya.
"Maybe."
"Wuuuu. Adik akak sedang dilamun cinta lah. Tell me, who is that lucky guy?" Soal Hafiza dengan sengihan sambil jari mencucuk-cucuk perlahan lengan gadis itu.
Syifa hanya menggelengkan kepalanya saja dengan senyuman tawar.
"Syifa tak cakap pun Syifa suka dia. Maybe Syifa cuma minat dia je kut. Lagipun, dia cuma kawan debate Syifa je. Kenal pun sebab satu team debate," balas Syifa. Dia bergerak ke arah coklat Beryls pula.
"I see. So, what is the problem?" Soal Hafiza. Nampaknya dia kena jalankan tugas dia sebagai doktor cinta ke ni?
"Baru-baru ni dia ajak Syifa couple. Terperanjat kita, kak. Besides, benda tu keep bothering me. Like I'm still a teen, bruh. I have many others commitment. Bila dia ajak Syifa couple, Syifa rasa macam semua kekaguman tu hancur melebur macam tu je. Syifa tak expect lah dia pun sama je macam lelaki lain," luah Syifa. Sekarang ini, mereka berdua sudah seperti adik-beradik yang saling curhat masalah hidup.
"Faham. You expect more from him but he gave you less. I know that feel," balas Hafiza sambil mengusap bahu gadis remaja itu. Dia faham dengan dilema gadis seumuran Syifa. Antara cinta dan cita-cita.
"Apa yang akak boleh cakap, keep focus on your dream, dik. Akak tak payah cakap pun, rasanya Syifa sendiri tahu apa hukum couple, kan? Lagi pula korang muda lagi. Komitmen nak kahwin tu bukan senang, dik."
"Ujian Allah tu datang dalam macam-macam bentuk. Maybe Allah nak uji Syifa dengan datangkan lelaki yang Syifa kagum but at the end of the story, dia tetap lelaki biasa. Lelaki yang tak lari dari dosa dan kelalaian," ujar Hafiza panjang lebar. Syifa tersenyum segaris. Tak sangka Hafiza pandai kasi comfort words.
"So kalau macam tu, akak percaya cinta lah kan?"
"Erm tak jugak. Akak ni bukan type orang yang mudah percaya orang lain. Maybe Syifa tengok akak boleh get in dengan sesiapa saja, tapi akak actually have trust issues," balas Hafiza.
"Maksudnya, kalau ada lelaki yang nak akak, dia kena pecahkan tembok tu dululah? Baru dia boleh masuk ke dalam hati akak?" Soal Syifa sambil tersenyum penuh makna.
Hafiza sekadar menjungkitkan bahunya. "Maybe."
Syifa tersengih saja. Ok noted. Dia kena cakap dekat Harith supaya usaha lebih lagi.
"Dahlah. Cepat pulih nak yang mana. Tak pasal-pasal bising pula abang sepupu ko tu," ujar Hafiza. Setelah itu Hafiza mencapai beberapa jenis coklat seperti Cadbury Oreo, Cadbury Chipsmore dan Hershey's.
Baru saja dia mahu bertanya kepada Syifa, matanya terpandang sesuatu yang janggal.
Rasanya ini bukan kebetulan. Sejak awal tadi, Hafiza perasan ada seseorang yang memerhati gerak geri mereka. Entah siapa yang orang itu perhatikan. Tapi apabila melihat figura itu berhampiran di sini, dia yakin yang sama ada dia atau Syifa yang sedang diperhatikan.
Hafiza cuba mengecam figura itu namun sangat terbatas. Tapi apa yang dia boleh simpulkan, figura itu mungkin lelaki.
"Syifa dah siap?" Soal Hafiza. Matanya masih lurus memandang ke arah belakang Syifa.
"Err dah," jawab gadis itu. Hafiza yang peka terus mengambil coklat yang sejak tadi diperhatikan oleh Syifa.
"Ambil ni sekali," ujar Hafiza sambil meletakkan Milo Nugget di tangan Syifa. Dia perasan sejak tadi Syifa berulang kali menekan kalkulator di telefon pintar miliknya.
"Err tak payahlah kak. Duit Syifa tak cukup lah," jawab Syifa perlahan.
"Ambil je. Akak belanja," ujar Hafiza. Matanya melihat sekali lagi ke arah letaknya lelaki misteri tadi. Namun keberadaannya sudah tiada. Mungkin dia dah perasan yang Hafiza sedar akan kewujudannya.
"Tak nak lah kak. Syifa segan," tolak Syifa. Serba salah pula dia mahu menerima pelawaan wanita itu.
"Amboi ko. Sejak bila kau tahu segan dengan akak? Rileks sudahlah. Bukan selalu akak keluar dengan Syifa," balas Hafiza. Kalau nak tunggu budak Syifa ni respon, sampai tahun depan tak siap. Hasilnya beberapa paket Milo Nugget bersaiz besar diambil olehnya.
Membulat mata Syifa melihat itu. "Ambil sekali untuk adik-adik Syifa."
Mendengar kata-kata itu, serta-merta hati Syifa disapa rasa hangat. Memang tak salah lagi. Harith memang kena kawin dengan Kak Fiza secepatnya. Hafiza baik sangat!
Setelah itu, mereka berdua bergerak mencari kedudukan Harith. Kasihan lelaki itu terpaksa menunggu lama.
Di sebalik susunan rak, seorang lelaki berjaket hitam sedang memerhati Hafiza yang sedang meletakkan coklat di dalam troli yang dibawa oleh Harith. Matanya menangkap jelas senyuman lebar yang terbit di bibir wanita itu.
"Hafiza... Harith... " Bibirnya mengukir senyuman sinis. Tangannya digenggam erat laksana menggenggam dendam yang bersarang.
***
"Jom makan!" Ajak Hafiza dengan teruja. Mereka kini berhampiran dengan medan selera.
Harith dan Syifa hanya mengikuti saja kehendak gadis itu. Memandangkan mereka juga sudah mula rasa haus, diikutkan saja langkah Hafiza. Harith pula masih setia dengan troli di tangannya.
"Nak makan apa?" Soal pelayan yang sedang mengambil pesanan mereka.
"Tomyam ada?" Soal Hafiza. Remaja lelaki itu terus saja mengangguk.
"Nasi putih for sure. Tomyam putih semangkuk. Lepastu nak ayam goreng tepung bahagian dada. Air pula nak ais kosong je," ujar Hafiza dengan senyuman. Budak lelaki itu hanya mengangguk saja sambil mencatat pesanan di tablet.
"Bang? Order?"
Harith hanya memesan secawan kopi panas. Dia tidak ada selera lagi untuk menjamah apa-apa makanan. Syifa pula hanya memesan sirap limau dan nasi goreng kampung.
Sementara menunggu pesanan tiba, Hafiza membuka telefon pintar miliknya. Manalah tahu ada orang dm ajak berkenalan ke. Tapi kalau ada yang mahu berkenalan pun, dia tak nak. Sebab Harith yang ada di depan mata pun dah lebih dari cukup. Auch!
"Amboi kak. Senyum-senyum tu kenapa? Boyfriend chat ke?" Soal Syifa. Matanya melirik ke arah Harith. Dan ya. Lelaki itu terus memandang ke arah Hafiza.
"Huish. Boyfriend datang mana? Akak bercinta pun tak pernah," balas Hafiza sambil menggeleng laju.
"Ya ke?" Soal Syifa tak mahu kalah. Bibirnya mengukir senyuman mengusik.
"Sungguh Syifa. Crush tu lain cerita lah. Tapi boyfriend? Erm maybe next time je kut. Akak tak suka dengan komitmen," balas Hafiza. Rasanya dia cakap dekat budak ni tadi.
"Yihhhh kenapa reason akak dengan Abang Harith sama? Tak nak komitmen," ucap Syifa sambil menggerakkan jarinya di udara. Perkataan komitmen ditekan.
Hafiza terus memandang ke arah Harith. "Awak tak pernah bercinta juga, Harith?"
"Hah? Erm tak. Mak tak bagi," jawab Harith. Terkejut dia apabila dia tiba-tiba disoal begitu.
"Eeee comel lah ko ni, Harith." Ujar Hafiza dengan teruja. Entah kenapa gembira pula hatinya apabila mengetahui yang hati lelaki itu tidak pernah dihuni oleh mana-mana nama.
Syifa yang melihat Harith malu-malu terus saja menghamburkan tawanya. Ketara sangat tu bang. Sampai naik merah telinganya.
Kak Hafiza pun tak tahan-tahan. Terus direct to the point.
Tidak lama kemudian, pesanan mereka pun tiba. Pelayan itu betul-betul telah menyelamatkan Harith dari situasi yang boleh membuatnya tak tenang. Ekstrim betul si Hafiza ni ya. Tak tenang jantung Harith dibuatnya.
Hafiza melihat satu-persatu menu diletakkan di depannya. Terus tersenyum lebar dia. Sempat juga dia mengucapkan terima kasih kepada remaja lelaki itu.
"Saya makan dulu!" Ucap Hafiza dengan teruja. Tangannya segera menadahkan doa dan mula menjamah masakan asal Thailand itu.
"Sedap sangat..." Ucapnya dengan terharu. Tak sangka makanan kat sini menepati seleranya.
Harith yang melihat sinaran yang terpancar di mata wanita itu seketika terpegun. Wajah Hafiza... yang sedang tersenyum gembira itu... sangat cantik.
Bahkan lebih cantik dari sinaran purnama yang dia tengok malam tadi. Tapi perlu ke nak jiwang tiba-tiba? Haih parah kau ni Harith.
Mata Hafiza jelas bersinar tiap kali dia menjamah kuah tomyam. Dan ketika itu juga Harith gagal untuk melarikan pandang. Namun, renungan itu serta-merta terbuyar apabila kakinya diinjak kuat oleh Syifa.
Syifa menjengilkan matanya ke arah abang sepupunya itu.
'Jaga mata!' ucap Syifa tanpa nada. Sempat juga garfu di tangannya diangkat tinggi. Mata liar betul si Harith ni! Cucuk baru tahu!
"Kenapa Syifa?" Soal Hafiza kepada gadis itu. Garfu yang sepatutnya diguna untuk makan kini digenggam erat oleh Syifa. Sudahlah hala ke atas.
"Hah? Oh tak ada apa-apa. Tergigit cili je hehe," balas Syifa sambil tersengih. Hafiza hanya membalas dengan anggukan sebelum kembali fokus pada makanannya.
Sekali lagi Syifa memberi amaran kepada Harith sebelum menyuap nasi ke dalam mulut. Harith yang melihat jelingan tajam Syifa terus saja mengalihkan fokusnya memandang skrin telefon.
Lantaklah bukak galeri pun. Yang penting dia kena elakkan diri daripada usyar Hafiza lagi. Tak pasal-pasal kena tangkap free je dengan budak Syifa tu.
Malu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top