09 | Ulat Bulu Naik Daun

Tengah hari itu, Syifa datang lagi ke rumah Cik Babe. Tujuannya hanya untuk menghantar lauk saja sebenarnya. Tapi lain pula jadinya bila Cik Babe ajak dia berbual tentang drama Korea.

Memandangkan kedua-duanya sedang marathon drama yang sama, semakin rancak perbualan antara mereka berdua itu.

"Syifa tak suka betul bila watak cucu orang tua tu muncul. Dia ada bau-bau perempuan gatal!" Ujar Syifa dengan nada tidak puas hati.

"Maksu pun tak berapa suka. Tapi Jang Uk tu pun satu. Kenapalah dia layan semua perempuan rata. Cubalah beku sikit dengan perempuan lain," sambut Cik Babe pula. Mereka berdua sama-sama sedang menyusun pinggan di meja. Dari nak hantar lauk terus kepada makan tengah hari bersama-sama.

"Kan bagus kalau Jang Uk tu macam anak maksu. Kerek aje memanjang. Barulah special siapa jadi isteri dia nanti," ujar Syifa sambil tersengih. Cik Babe punya hanya tergelak saja apabila anak terunanya itu dikaitkan dengan drama Korea.

"Anak maksu tu terlebih dingin pula sampai sorang pun tak berani nak melekat," ucap Cik Babe sambil menggelengkan kepalanya.

"Adalah. Siapa kata tak ada perempuan berani dengan dia."

Cik Babe terus berkerut dahinya. "Siapa?"

"Tu si Qasrina anak Cik Melah tu. Maksu tak tahu ke yang dia tu selalu cari abang kat kebun? Gigih dia hantar bekal," laju mulut Syifa bercerita.

"Tapi Abang Harith tetaplah Abang Harith. Dia tak pernah ambil makanan yang Qasrina masak. Semuanya dicampak pada pekerja-pekerja dia," tambah Syifa lagi. Tangannya mencedokkan nasi ke dalam pinggan sebelum dihulur pada Cik Babe.

"Maksu tak tahu pun," ujar Cik Babe.

"Seriuslah maksu tak tahu? Mungkin Abang Harith rasa benda tu tak penting. So dia malas cerita dekat maksu," ujar Syifa.

Cik Babe hanya diam saja menghadam cerita yang disampaikan oleh anak saudaranya itu.

"Tapi maksu jangan risau. Anak maksu tu kebal. Dia tak cair langsung," ujar Syifa sambil tergelak perlahan. Kelakar pula bila teringat cerita yang Qasrina kena tegur dengan abang sepupunya.

Berasap saja telinganya apabila mendengar cerita dari kawannya tentang apa yang berlaku di tempat kerja Harith. Tak kan lah perempuan tu tak malu bila kena reject berkali-kali? Kental betul hati dia.

"Maksu nak ke kalau si Qasrina tu jadi menantu maksu?" Soal Syifa tiba-tiba. Cik Babe yang baru saja hendak menyuap nasi ke dalam mulut serta-merta terhenti.

"Maksu tak kesah pun siapa pilihan Harith. Kalau dia dah suka, takkan maksu nak halang dia pula, kan?" Jawab Cik Babe santai. Dia melanjutkan menyuapkan makanan. Dari dulu, dia memang tidak pernah memaksa Harith dalam soal jodoh dan perkahwinan. Dia tahu. Semuanya perlu masa dan keinginan.

"Hish maksu ni. Kalau Syifa, Syifa tak berkenan dengan dia. Lebih baik Kak Fiza," ujar Syifa sambil melumatkan nasi. Bukan dia tak kenal dengan perempuan bernama Qasrina itu. Kenal sangat.

Tapi entah. Dia memang tak berkenan dengan perempuan yang hanya tua beberapa tahun dari dia itu.

"Tak baik mengutuk orang depan rezeki. Tak berkat," tegur Cik Babe. Tidak mahu gadis itu terlalu leka mencela orang lain.

"Assalamualaikum." Suara seseorang memberi salam dari arah depan.

"Siapa datang tu, maksu?" Soal Syifa sambil kepala cuba menjengukkan ke arah depan. Tapi mana lah nampak.

"Entah," jawab Cik Babe sambil menuju ke arah sinki. Tangannya yang kotor dicuci sebelum melangkah ke arah pintu depan. Tangannya memulas tombol pintu dan figura seorang gadis menyapa pandangannya.

"Assalamualaikum mak cik," ujar gadis itu seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Waalaikumussalam," jawab Cik Babe sambil meneliti gadis itu dari atas ke bawah. Dia kenal gadis ini.

"Abang Harith ada?" Soal Qasrina sambil kepala menjenguk ke dalam rumah.

"Harith? Kamu cari Harith ke?" Soal Cik Babe sambil mengerutkan dahi.

Qasrina serta-merta terus tersenyum lebar sambil mengangguk laju. Cik Babe sempat menangkap bekas Tupperware yang ada di tangan gadis itu.

"Harith tak ada. Mak cik pun tak tahu dia pergi mana. Kenapa cari Harith?" Soal Cik Babe lagi.

Qasrina yang mendengar jawapan wanita itu terus mempamerkan reaksi kecewa. Bibirnya memuncung sedepa.

"Mana Abang Harith pergi? Kenapa dia tak kasitahu Qas apa-apa?" Ujar Qasrina sambil merengek sedikit. Terus terkebil-kebil Cik Babe melihat gadis itu.

Ini dah kenapa? Kena sindrom sotong ke? Meliuk-liuk macam kena tiup angin.

"Apahal pulak dia nak kena cakap dekat kau? Kau fikir kau siapa?" Suara Syifa menyampuk dari arah dalam. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati maksunya.

Atas bawah dia pandang sosok Qasrina. Dengan kebaya hitamnya. Apa tak panas ke tengah-tengah hari buta pakai baju kebaya sendat macam tu? Dah lah warna hitam.

"Yang kau nak menyibuk kenapa? Suka hati aku lah," jawab Qasrina sambil menjelingkan matanya. Menyampah pula bila gadis mentah itu menyampuk.

Membulat mata Syifa melihat pandangan yang dilemparkan oleh Qasrina. Memang bala betul perempuan ni datang sini. Buat tambah dosa aje.

"Jeling-jeling. Aku korek biji kau baru tahu. Bagi anjing Abang Harith makan," ucap Syifa dengan pedas. Entahlah kenapa. Setiap kali melihat Qasrina, darahnya rasa nak meluap aje. Rasa nak mengamuk aje. Mulut yang terjaga selama ini pun boleh musnah serta merta.

"Syifa!" Membulat mata Cik Babe mendengar perkataan yang keluar dari mulut gadis itu.

"Cik Babe! Tengok budak ni, Cik Babe..." Qasrina sudah menayangkan wajah sedih dengan mulut tercebik-cebik. Syifa yang melihat terus saja menjulingkan mata ke atas.

Ewww kenapa dengan ulat gatal ni?

"Sudah Syifa, Qasrina. Jangan bergaduh macam budak kecil. Malu lah orang tengok," ujar Cik Babe sambil menahan perasaan. Matanya memandang tepat ke arah wajah Syifa.

"What?" Soal Syifa apabila Cik Babe masih tidak mengalihkan pandangan. 

"Minta maaf? Ewww tak nak lah Syifa. Raya tahun depan jelah Syifa minta maaf," balas gadis itu. Tidak menunggu lama, dia terus angkat kaki dari situ. Makin lama duduk dekat Qasrina, makin bertambah dosa dia.

Cik Babe hanya menggelengkan kepalanya saja melihat tingkah laku anak saudaranya itu. Keras kepala.

Matanya beralih pula pada Qasrina yang masih berdiri tegak di depannya. "Qasrina ada hal apa nak jumpa Harith? Mana tahu nanti mak cik boleh sampaikan dekat dia."

Semakin lama gadis ini di sini, makin tak selesa pula dibuatnya. Namun, dia masih menghargai kedatangan Qasrina sebagai tetamu.

"Hmm tak ada hal penting pun. Qas cuma nak kasi kuih seri muka ni je kat Abang Harith," ujar Qasrina sambil menghulurkan bekas Tupperware berwarna pink itu. Cik Babe menyambut huluran itu dengan sengaris senyuman.

"Erm lagi satu. Tolong kirim salam dekat Abang Harith boleh tak, mak cik? Cakap dekat Abang Harith, Qasrina rinduuu sangat dengan abang," ucap Qasrina sambil ketawa kecil. Tangannya naik menutup wajah.

Tercengang Cik Babe apabila mendengar kata-kata gadis itu. Terkebil-kebil dia cuba menghadam ayat Qasrina. Biar betul perempuan ni? Urat malu putus kah? Berani mati betul cakap dengan mak orang macam tu.

"Qas balik dululah, ya. Byeee mak cik." Qasrina melambaikan tangan sambil melenggang pergi. Tidak lupa juga payung di tangan dibuka sebelum melangkah masuk ke dalam kereta Axia miliknya.

Cik Babe hanya menghantar kepergian gadis itu dengan rasa yang tak mampu diungkapkan.

"Ragu-ragu pula aku kalau si Harith tu berkenan dengan dia," ucap Cik Babe sendirian sambil menggelengkan kepala. Bekas yang berisi kuih tadi dibawa masuk bersama.

***

Sejak 15 minit yang lalu, Harith berdiri di pondok ini bersama beberapa orang penjaga lain. Hari ini dia perlu menjemput Syahid, sepupunya yang paling kecil merangkap adik bongsu Syifa.

Tidak lama kemudian, beberapa orang murid mula keluar dari kelas masing-masing. Mata Harith fokus memerhatikan setiap murid lelaki yang berjalan ke arah pondok.

Dari kejauhan, matanya menangkap Syahid yang sedang melambai laju ke arahnya. Bibirnya melorek segaris senyuman.

"Hai Abang Harith!" Tegur Syahid dengan ceria. Wajahnya terukir senyuman yang lebar.

"Assalamualaikum Syahid," ucap Harith. Makin melebar mulut kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun itu.

"Waalaikumussalam Abang Harith," jawab Syahid sambil mendapatkan tangan Harith. Syahid memang manja dengan Harith seperti abang kandung.

"Jom," ujar Harith seraya menarik tangan Syahid ke arah kereta. Pintu penumpang dibuka untuk memudahkan Syahid masuk.

Tangannya menarik tali pinggang keledar dan Syahid turut berbuat hal yang sama.

"Macam mana belajar hari ini?" Soal Harith sambil memandu meninggalkan kawasan sekolah. Perlahan saja dia memandu memandangkan sekolah rendah ini betul-betul di tepi jalan dengan keadaan yang sesak sekarang.

"Ok je." Jawab Syahid.

"Hari ini belajar apa?" Soal Harith lagi. Mulut Syahid mula berceloteh menceritakan setiap subjek yang dia pelajari hari ini. Sempat juga dia mengadu yang subjek matematik susah.

"Alah math Syahid dalam bahasa melayu kan? Rilek lah. Abang dulu belajar math dalam bahasa Inggeris tau," cerita Harith dengan bangga. Padahal ada 2 bahasa. Bahasa melayu kat atas, bahasa inggeris kat bawah. Memang pejam mata lah nak tengok arahan dalam bahasa Inggeris.

Syahid sedikit mencebik dengan cerita lelaki itu. Tiba-tiba otaknya teringat sesuatu.

"Abang Harith tahu tak-"

"Tak."

"Ish abang ni. Dengar lah dulu. Macam mana nak tahu kalau tak dengar cerita sampai habis," bebel Syahid dengan dahi berkerut. Harith tergelak kecil mendengar omongan anak kecil itu. Mesti belajar membebel dengan Syifa ni.

"Ok ok fine. Sorry. Haa ceritalah," balas Harith.

Syahid tersenyum bangga sebab dapat buat abang sepupu dia tunduk dengan arahan dia. Muahaha.

"Hari ini ada teacher baru. Comelll sangat. Teacher tu ajar kelas kita tau," ujar Syahid dengan bersemangat. Terbayang wajah guru baru yang akan menggantikan Teacher Silawati yang garang nak mampus tu.

Seronok aje bila teringatkan suara comel teacher baru tu.

"Amboi kau. Bukan main lebar senyuman. Kau tu budak lagi lah," ujar Harith sambil menjeling sekilas kanak-kanak lelaki itu. Bukan main happy benar tengok muka tu.

"Syahid suka sebab teacher tu baik. Lepastu teacher tu cantik sangat!" Kali ini dah dua kali budak kecil ni ulang yang teacher baru dia cantik. Cantik sangat ke?

"Teacher tu ajar apa?" Soal Harith sekadar mahu melayan cerita anak kecil itu.

"Kalau dah kita panggil teacher. Mestilah ajar BI. Apalah abang ni," balas Syahid. Harith sekali lagi melemparkan pandangan side eye pada budak kecil itu. Nasib baik sayang. Kalau tidak, memang dihumbannya budak ini dalam parit depan sekolah.

Tidak lama kemudian, Harith tiba di kawasan rumah Syahid. Sempat Syahid menyalami Harith sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

Belum sempat Harith memandu pergi, muncul figura Syifa di ambang pintu. Gadis itu mengisyaratkan agar dia menunggu seketika.

Syifa terkocoh-kocoh turun untuk menghampiri kereta Harith.

Tok! Tok!

Dua ketukan di cermin berjaya membuatkan lelaki itu membuka cermin keretanya. Keningnya terangkat sedikit tanda bertanya kepada Syifa. Apa?

"Tadi abang pergi mana?" Soal gadis itu.

"Pergi mana mana? Mana pergi mana-mana," jawab Harith. Berbelit-belit betul jawapannya.

"Dahtu apahal si ulat tu tak jumpa cari abang? Sampai ke rumah dia cari abang," cerita Syifa sambil mencebikkan bibir. Berkerut dahi Harith apabila mendengar ucapan gadis itu.

"Ulat? Ulat apa?" Soal Harith dengan keliru. Ada ke ulat yang berdendam dengan dia sampai cari di ke rumah? Tak kan ulat sayur yang dia sembur guna racun rumput tu berdendam sampai bawak geng?

"Hish abang ni. Ulat mana lagi kalau bukan si Qasrina gedik tu," jawab Syifa dengan geram.

"Hah?" Soal Harith dengan terkejut.

"Iya. Tak payah nak hah hah sangat. Tadi si Qasrina tu datang rumah. Bawakkan kuih seri muka untuk abang," cerita Syifa.

"Lebih parahnya, hari ini dia bercakap dengan maksu. Dia flirt abang depan-depan maksu. Mahu tak tercengang maksu dengan perangai gatal dia tu," tambah Syifa lagi. Harith pula sudah meraup wajahnya. Ada saja masalah perempuan ini.

"Dahtu, mak cakap apa?" Soal Harith dengan suara dingin.

"Err.. maksu tak cakap apa-apa pun. Cumanya maksu cakap, macam mana lah abang boleh kenal dengan perempuan tu," jawab Syifa teragak-agak. Kali ini dia pula yang seram nak cerita. Sebab muka Harith sudah berubah.

"Perempuan ni melampau lah." Wajah Harith tiada senyuman langsung. Syifa perlahan menelan liur.

"Err... abang. Apa kata abang cakap dekat si Qasrina tu, janganlah buat macam tu. Syifa yang sama-sama perempuan pun malu tau. Takkan dia tak malu cakap macam tu dengan maksu..." Berhati-hati Syifa menuturkan kata-kata.

"Hmm. Abang balik dulu," ujar Harith dan terus masuk ke dalam kereta. Syifa hanya melihat saja kereta yang dipandu Harith meluncur keluar dari kawasan rumahnya.

"Bala bala," ujar Syifa sambil menggelengkan kepala. Dia kembali masuk ke dalam rumah semula.

***

Setibanya di rumah, Harith memakirkan kereta di depan. Sebentar lagi dia nak keluar semula sebab ada hal yang perlu diselesaikan.

Matanya sempat memandang ke arah rumah sebelah. Hatinya terdetik.

"Kereta siapa pula tu?" Soal Harith sendirian. Sempat juga dia jenguk beberapa kali. Kot kot nampak tuan rumah. Tapi pintu pun tertutup rapat saja.

Akhirnya dia hanya menghiraukan saja. Dia melangkah masuk ke dalam rumah sembari mencari keberadaan emaknya.

"Ya aku tahu. Satu masa nanti aku akan cakap dengan dia." Suara emak seperti sedang berbual. Harith mendekatkan telinganya di pintu bilik. Bukan niat untuk mencuri perbualan tapi sekadar nak tahu hehe.

"Nanti aku telefon kau balik," sejurus itu suara emak sudah tiada. Mungkin perbualan sudah ditamatkan.

"Eh Harith. Bila balik?" Soal Cik Babe. Harith mencapai tangan emaknya dan dikucup perlahan.

"Baru je." Keduanya melangkah ke arah dapur.

"Mak bercakap dengan siapa tadi?" Soal Harith. Tangannya mencapai pinggan di kabinet.

"Hah? Ohh dengan kawan lama," jawab Cik Babe bersahaja.

"Mak tak nak makan lah. Tadi mak dah makan dengan Syifa. Kenyang lagi ni," ucap Cik Babe tatkala anak bujangnya itu mahu mencedokkan nasi ke dalam pinggan.

"Pulak dah. Ok," jawab Harith seraya meletakkan kembali pinggan. Tangannya mencapai ikan keli masak lemak cili padi. Tidak lupa juga beberapa ulam-ulaman lain turut dicapai. Fuhh sedap dooh!

Tangannya ditadahkan sebelum membaca doa makan. Cik Babe hanya tersenyum saja melihat anaknya yang seronok menjamu selera.

"Tu ada kuih seri muka," ucap Cik Babe tiba-tiba. Bibirnya menjuih ke satu arah. Harith hanya melihat sekilas. Dia tak minat dengan kuih seri muka. Tak makan pulut.

"Siapa bagi? Mak makanlah. Harith bukan makan pun," jawab Harith sambil mengunyah makanan. Tangannya mencapai sudu untuk mencedok kuah.

"Budak Qasrina yang hantar tadi. Katanya dia masak sendiri," beritahu Cik Babe. Serta merta terhenti tangan Harith yang sedang menggaul nasi. Terhenti seleranya apabila nama gadis itu meniti di bibir emaknya.

"Dia cakap apa dengan mak?" Soal Harith.

Cik Babe hanya tersenyum saja. "Dia kirim salam. Plus rindu yang menggunung."

Harith yang mendengar jawapan emaknya serta-merta menayangkan wajah jelik. Ewww sangat menjengkelkan.

"Nauzubillahi min zalik," ucap Harith dengan bersungguh. Cik Babe yang mendengar jawapan itu terus tergelak.

Bukan dijawab salam. Malah minta dijauhkan dari bala pula. Hahaha hailah anak.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top