04 | Ego dan Senyuman

Sedar tak sedar, sudah hampir seminggu Hafiza menjadi penduduk tak rasmi Kampung Wak Saliman. Ini bermakna beberapa hari lagi Ramadan akan meninggalkan umat Islam dan diganti dengan kehadiran Syawal.

Hubungan dia dengan Cik Babe pun makin lama makin rapat. Rajin betul mak cik itu datang ke rumahnya semata-mata untuk berbual. Hafiza layankan saja memandang dia pun suka bercakap.

Harith pula selalu melemparkan senyuman kepadanya. Setakat yang dia kenal, lelaki bernama Harith Ardhan itu memang bermulut emas. Berbicara bila perlu.

Hari ini, dia nak ke bandar. Nak cari baju raya.

Sedih kan bunyinya? Biasanya tiap-tiap tahun, baju raya mesti mama yang sediakan. Dia hanya tahu sarungkan di tubuhnya tanpa banyak soal sebab pilihan mama selalu cantik.

Tapi tahun ini berbeza. Dia kena cari baju raya sendiri. Dia kena bangun sahur sendiri. Dan dia berbuka dengan keluarga orang lain.

Kadangkala dia terfikir. Adakah dirinya terlalu dimanja dengan kemewahan? Tiga hari pertama di kampung asing ini cukup membuatkan Hafiza homesick. Tiap-tiap malam menangis rindukan rumah.

Tapi bila dia kenang semula wajah papa yang beriya-iya nak jodohkan dia dengan anak kawan bisnes papa, terus dia kentalkan hati. Dia tak akan balik rumah. Dia sedang merajuk.

Hafiza mengenakan solekan ringkas di wajahnya. Setelah berpuas hati, pintu biliknya ditutup. Kunci kereta di belakang pintu dicapai dan segera memandu pergi.

Sampai saja di bandar, puas jugalah Hafizah berpusing-pusing untuk mencari kedai pakaian. Akhirnya matanya tertacap pada signboard 'Butik Kamilah'. Stereng dipusing dan memakirkan kereta di depan butik itu.

Masuk saja ke dalam butik, Hafiza disapa ramah oleh seorang pekerja.

"Selamat datang, cik. Ada apa yang boleh saya bantu?" Soal gadis bertudung hitam itu dengan ramah. Hafiza sempat jumpa melemparkan kembali segaris senyuman.

"Saya nak cari baju kurung. Untuk raya," jawab Hafiza. Pekerja itu mengangguk perlahan dan mengajak Hafiza untuk mengikutinya.

Sampai saja di bahagian baju kurung, gadis itu membiarkan Hafiza memilih sendiri pakaian yang kena dengannya. Dalam diam Hafiza memuji tindakan gadis itu.

Bagus bagus. Tak mengekor. Barulah pelanggan selesa nak memilih.

Tanpa membuang masa, Hafiza membelek satu persatu baju kurung yang ada. Bermula dengan yang plain. Kemudian yang ada renda. Ada juga yang ada berlapis-lapis lace.

"Dah macam baju pengantin pun ada," ujar Hafiza sendirian sambil tersenyum kecil. Tangannya terhenti pada sepasang baju kurung berwarna pink lembut.

Tangannya menarik pakaian itu dan dibawa ke arah cermin. Dia mencuba meletakkan pakaian itu dan ditilik sama ada sesuai dengannya atau tidak.

"Macam tak sesuai. Kulit aku tanned sikit. Tapi baju ni soft sangat," ucap Hafiza sendirian. Nafasnya dihela kasar.

Dia nak baju ni. Tapi kalau dia pakai nanti, apa pula orang cakap? Mesti orang kata ton warna tak sesuai dengan jenis kulit dia. Nanti mesti orang ejek dia sebab tak pandai pilih baju.

Stop!

Hafiza memejamkan matanya. Dia berusaha untuk tidak melayan suara-suara yang bergema di mindanya. Suara-suara itu hanya membuatnya semakin kurang percaya diri.

Hafiza menghembuskan nafasnya. Baju kurung tadi dipegang semula. Hatinya sudah ditekadkan.

Persetankan apa yang orang nak cakap. Ini badan dia. Ini diri dia. Sampai bila nak ikut persepsi orang lain, Hafiza?

Hafiza membawa baju kurung tadi bersama. Sekarang ni nak cari selendang pula. Dia lebih gemar memakai selendang berbanding bawal. Sebab kalau dia pakai bawal, ada saja yang tak kena.

Gelembung lah. Kedut lah. Salah gosok lah. Paling penting, bila dia pakai bawal, automatik mukanya nampak kembang. Benci!

"Cik dah siap pilih?" Suara gadis yang menyambutnya di awal tadi kembali menyapanya.

"Oh belum lah awak. Saya nak cari shawl satin lah. Ada tak kat sini?" Soal Hafiza sopan.

Gadis itu hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Jarinya menunjuk ke suatu arah dan Hafiza segera ke sana. Hafiza betul-betul rambang mata melihat deretan selendang yang tergantung elok di hanger. Sudah lah corak cantik-cantik. Harga pun ok.

Tidak lama kemudian, Hafiza memilih selendang print yang berwarna senada dengan baju kurungnya tadi. Matanya melirik pula pada deretan tudung sarung.

Tiba-tiba otaknya terfikirkan Cik Babe. Rasanya tak salah kalau belikan tudung sepasang dua untuk wanita itu. Tambahan pula, Cik Babe banyak berjasa dengannya.

Setelah selesai memilih, baju dan beberapa tudung yang dia sudah pilih tadi diletakkan di kaunter bayaran.

"Semua sekali RM 220, cik. Cash or card?" Soal jurujual itu.

"Card," jawab Hafiza seraya menghulurkan kad debit di tangan. Setelah selesai urusan pembayaran, Hafiza menyambut beg kertas itu dengan senyuman lebar.

Yeay! Dah ada baju raya!

Masuk saja ke dalam kereta, Hafiza tidak segera memandu pergi. Otaknya ligat berfikir ke mana lagi dia harus pergi. Jam di dashboard dikerling. Jam 4 petang.

Sekejap lagi asar. Lebih baik dia balik ke rumah. Nanti lepas solat dia akan keluar semula untuk mencari juadah berbuka puasa.

Hafiza menukar gear. Kakinya menekan minyak perlahan sebelum bergerak dari situ. Tangan kirinya menekan-nekan butang radio. Apabila keluar saluran kegemarannya, barulah dia berhenti.

Sesekali bibirnya menyanyi kecil mengikut alunan muzik. Kepalanya juga digerakkan ke kiri dan kanan. Dasar perempuan! Orang puasa patutnya banyakkan berzikir. Ini tidak.

Apabila hampir tiba di kawasan kampung semula, tiba-tiba Hafiza ternampak figura yang tidak asing di perhentian bas. Dahinya sedikit berkerut apabila melihat Harith sedang duduk bersendirian.

"Motor dia rosak ke?" Soalnya sendirian. Dia mahu meneruskan pemanduan tanpa berhenti. Tapi jiwanya melarang keras.

'Oh kau. Tak kenang jasa ek. Mak dia hari-hari masakkan makanan sedap untuk kau. Ini anak dia dalam kesusahan kau tak nak tolong,' Hafiza menggenggam erat stereng keretanya apabila suara akalnya saling bergaduh dengan suara hatinya.

Akhirnya Hafiza memutuskan untuk patah balik semula. Ya. Dia tidak boleh selfish!

Keretanya diperlahankan apabila hampir tiba di perhentian bas itu.

Dahi Harith sedikit berkerut apabila Honda Civic putih itu berhenti betul-betul di depannya. Bukan dia tak kenal dengan kereta ini. Tapi apa Hafiza buat kat sini?

Cermin kereta diturunkan. Tersembul wajah manis Hafiza yang dihiasi senyuman.

"Kenapa awak duduk sorang-sorang? Tak takut kena culik ke?" Soal Hafiza. Harith pula yang terkedu mendengar soalan gadis itu. Apa punya soalan lah tu. Dia fikir Harith budak 7 tahun ke?

Harith terus tersenyum. "Saje nak duduk sini. Bosan duduk kat rumah," jawab lelaki itu. Hafiza yang mendengar jawapan lelaki itu hanya mencebikkan bibirnya saja. Pandai loyar buruk rupanya.

"Motor rosak ke?" Soal Hafiza semula. Pandangannya jatuh pada Yamaha LC milik Harith. Harith tidak menjawab. Dia hanya mengangkat keningnya sedikit.

"Jom lah balik dengan saya. Kesian awak tunggu kat sini. Panas ni," ujar Hafiza. Jarinya sudah menekan unlock.

Terdiam Harith mendengar pelawaan gadis itu. Biasanya kalau dalam drama, lelaki yang akan offer perempuan. Tapi dalam kehidupan mereka, Hafiza yang offer Harith. Haih Harith. Poor you, man.

"Tak apalah Fiza. Saya tak nak susahkan awak," balas Harith lembut. Dia tidak mahu menyusahkan gadis itu. Terus berkerut dahi Hafiza mendengar jawapan lelaki itu.

"Apa yang susahnya? Bukannya saya kena pikul awal sampai rumah," balas Hafiza sambil tergelak perlahan. Harith hanya tersenyum saja. Dia masih kukuh dengan pendiriannya. Segan lah balik tumpang perempuan. Jatuh ego dia.

"Tak apa Fiza. Balik lah dulu. Saya tunggu orang bengkel datang ambil motor saya. Nanti saya balik dengan diorang," jawab Harith lagi. Nampaknya Harith sungguh-sungguh tak nak terima bantuan dia.

"Ok lah kalau macam. Saya balik dulu," ujar Hafiza seraya menaikkan kembali cerminnya. Orang dah tak nak, jangan beria. Gerak terus!

Harith terkebil-kebil memandang kepergian gadis itu. "Dia tinggal aku macam tu je? Serius lah?!"

Apa masalah kau ni, Harith Ardhan? Tadi Hafiza banyak kali offer kau tapi kau ego. Bila perempuan tu dah pergi, kau tak percaya pula yang perempuan akan tinggal dia macam tu saja. Gila!

Nampaknya, terpaksalah dia makan angin sampai orang bengkel sampai. Dah lah haus!

***

Jam 5.30 petang.

Hafiza bercadang mahu keluar lagi untuk membeli kuih. Segan lah jugak kalau hari-hari menebeng kat rumah Cik Babe makan free aje. Tapi kalau dia tak datang, Harith pula yang akan datang panggil dia. Kata Harith, mak panggil makan sama-sama.

Tapi, baru saja dia menuruni tangga rumah, figura Cik Babe betul-betul baru sampai di halaman rumahnya. Resah saja wajah tua itu.

"Assalamualaikum Fiza," ucap Cik Babe.

"Waalaikumussalam Cik Babe. Kenapa ni? Ada masalah ke?" Soal Hafiza prihatin.

"Kamu ada nampak Harith tak? Dari pagi dia tak balik rumah," ucap Cik Babe dengan nada cemas. Dahi Hafiza sempat berkerut sekejap.

"Tadi masa Fiza baru balik bandar, Fiza ada terserempak dengan Harith. Itupun Harith duduk kat bus stop," jawab Hafiza jujur.

"Hah? Dekat bus stop? Buat apa dia kat sana? Dia nak tinggalkan Cik Babe ke?" Soal Cik Babe cemas. Terus kejung Hafiza mendengar soalan wanita itu.

"Ehh bukan Cik Babe, bukan. Fiza rasa motor dia rosak lah. Takkan lah dia nak tinggalkan Cik Babe," berhati-hati Hafiza mengucapkan kata. Ini kalau salah cakap, mahu meraung mak cik ni kat depan dia. Tapi nak gelak pun ada. Tak kan lah anak emas dia nak tinggalkan dia.

"Ya Allah budak ini. Dah tu Fiza tak tegur dia?" Soal Cik Babe pula. Untung kau Harith. Mak kau sayang gila dengan kau.

"Fiza dah pelawa dia balik dengan Fiza. Tapi dia tak nak. Fiza pula tak tahan nak berak. So Fiza terpaksa balik dulu. Sorry Cik Babe," ujar Hafiza serba salah. Kalau bukan sebab perut dia tiba-tiba memulas, boleh saja dia tunggu sampai orang bengkel ambil motor Harith.

"Cik Babe nak minta tolong boleh tak?"

Hafiza setia menanti. Sepertinya dia sudah boleh mengagak.

"Tolong jemput Harith. Kalau dia menangkan ego dia, cakap Cik Babe yang suruh. Tolong ya, Fiza?" Pinta Cik Babe dengan bersungguh-sungguh. Hafiza hanya tersenyum saja. Tangannya naik mengusap bahu wanita yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya itu.

"Jangan risau Cik Babe. Fiza akan tolong. Nanti Fiza bawak balik anak teruna Cik Babe dalam keadaan selamat dan kacak. Ok?" Tergelak Cik Babe mendengar kata-kata gadis itu. Setelah itu, Hafiza berpamitan untuk menjemput anak teruna Cik Babe tercintah.

***

Sampai saja di kawasan perhentian bas tadi, Hafiza mula perlahankan keretanya. Dan ya. Figura Harith masih duduk di situ. Kepala Hafiza sempat tergeleng-geleng sedikit. Ego betul lelaki ni.

Harith hanya menundukkan kepalanya sejak tadi. Rasa menyesal pun ada sebab tolak pelawaan Hafiza tadi. Tapi takkan dia nak naik kereta perempuan pula, kan?

Tiba-tiba dia mendengar suara tapak kaki mendekatinya. Harith mengangkat kepalanya dan terus memandang ke arah kanannya.

"Jom balik," dua patah kata saja yang terbit dari mulut Hafiza. Harith pula masih terkejut dengan kehadiran gadis itu. Macam setan. Tiba-tiba muncul, tiba-tiba hilang.

"Cik Babe kata jangan ego. Kalau tak Cik Babe kejar awak dengan menyapu lidi," ujar Hafiza. Saja dia tambah. Padahal Cik Babe tak cakap macam tu. Biar laki ni takut sikit. Sakit tau kena sebat dengan penyapu lidi.

Harith masih mendiamkan diri. Sungguh, sekarang ni dia rasa macam dia tu hero yang lemah. Apa barang heroin tolong hero! Tak macho!

"Motor saya macam mana?" Soal Harith sambil memandang motosikalnya.

"Awak call bengkel lagi sekali. Tanya dia bila dia nak sampai. Kalau dia tak jawab, awak lock jelah. Pastu awak tiup tiup sikit kat motor awak supaya siapa curi nanti bontot dia berkurap tujuh keturunan," balas Hafiza panjang lebar. Harith sempat terkedu sebelum tertawa perlahan dengan gurauan yang diselitkan oleh gadis itu.

Setelah panggilannya tidak disahut, akhirnya Harith pasrah. Tangannya mengunci motosikal kesayangannya itu dan memandang dengan pasrah.

"Siapa curi motor Harith Ardhan, bontot dia kurap. Fuhhh," gadis itu meniup ke arah motosikal milik Harith. Harith hanya tergelak saja melihat gelagat gadis itu. Ada ada saja perangai gadis bernama Hafiza ini.

Setelah itu, Harith mengekori Hafiza ke arah kereta. Jujur, dia masih berperang dengan egonya. Tapi bila mengenangkan emak yang risaukan dirinya, dia turutkan saja.

Harith sempat menangkap ungkapan basmallah keluar dari mulut Hafiza. Gadis itu memandu dengan keadaan tenang.

"Awak kerja apa, Harith?" Soal Hafiza tiba-tiba. Sengaja dia bertanya untuk membuang suasana janggal antara mereka.

"Saya kerja kampung je. Uruskan sawit mak," jawab Harith bersahaja.

"Wow! Mesti orang kaya ni, kan? Dahlah kerja tu bukan senang," ujar Hafiza sambil tersengih. Harith hanya tersenyum saja melihat reaksi gadis itu.

"Tapi awak janganlah assume saya mata duitan pulak. Saya memang mata duitan, tapi saya tak hadap duit jantan," selamba Hafiza menuturkan kata. Lebih baik dia cakap awal-awal daripada Harith cop dia pisau cukur.

"Tak ada lah. Saya tak cakap apa-apa pun," balas Harith.

"Awak pula kerja apa? Ke awak anak raja? Lama betul awak bercuti kat sini," soal Harith kembali. Hafiza hanya menayangkan susunan giginya yang rata.

"Saya kerja ok. Tapi saya ambil cuti tanpa gaji. Alang-alang tu sambung cuti sampai raya hehe," balas Hafiza dengan sengihan.

"Kerja apa?" Soal Harith lagi. Berminat pula dia hendak mengetahui tentang gadis ini.

"Cikgu."

"Hah? Awak cikgu? Biar betul?" Soal Harith tidak percaya. Hafiza terus melemparkan pandangan tajam ke arah lelaki itu apabila suara tawa lelaki itu mula bergema di dalam kereta ini.

"Wah wah wah. Sedap kau gelakkan aku ya? Apa muka saya ni tak mencapai spek jadi cikgu ke? Muka saya ni muka penyayang ok," ujar Hafiza menegaskan fakta dengan raut wajah yang dimaniskan. Namun Harith masih galak mentertawakan dirinya.

Apa masalah jantan ni?

"Saya tak sangka perempuan banyak mulut ni jadi cikgu. Macam mana lah anak didik awak dengar celoteh merapu awak tu," ucap Harith sambil tergeleng-geleng.

"Itu memang natural talent saya ok. Sebab tu jugalah budak-budak senang dengar cakap saya. Kitorang kamceng woo," jawab Hafiza dengan bersemangat. Tanpa Hafiza beritahu pun, Harith boleh agak yang perempuan ini memang ada aura yang lain. Aura yang orang akan mudah jatuh sayang dengan dia. Contohnya macam aku--. Ok tak.

"Mesti awak jadi cikgu favourite kan?" Ujar Harith tiba-tiba. Bersungguh-sungguh betul lelaki ni ketawa sampai mengalir air mata dia.

"Of course lah. Ini Teacher Hafiza kesayangan ramai ok," ucap Hafiza angkat bakul. Harith hanya menggelengkan kepalanya saja.

"Awak jangan sakan sangat gelakkan saya, Harith. Satu hari nanti kalau saya dapat mengajar anak awak, memang habis lah budak tu saya kerjakan," ucap Hafiza seraya tertawa jahat pula. Kali ini Harith pula yang kejung di tempatnya.

Anak awak.

Bibirnya menyembunyikan senyum. Entah kenapa dia berharap yang frasa anak awak akan bertukar kepada anak kita.

Argh! Kau gila Harith!

"Hafiza. Terima kasih untuk kek batik haritu. Sedap," ucap Harith tiba-tiba. Hafiza yang mendengar ucapan lelaki itu serta-merta terkedu.

Sedap? Nak menangis Hafiza bila ingat balik rasa kek batik tu. Dah lah keras. Coklat pun pahit semacam.

"Awak kalau nak perli saya pun agak-agaklah. Saya rasa kalau saya baling kek tu dekat anjing, memang mampus anjing tu." Naik segan dia bila ingat balik keyakinan dia untuk berkongsi kek batik yang mengecewakan itu. Entah di manalah disauk keyakinan itu.

Harith hanya tersenyum saja. "Saya hargai apa yang awak bagi. Tak apa. Ada masa lagi kalau awak nak belajar. Maybe next time saya rasa lagi sekali dah sedap. Kita mana tahu kan."

Hati Hafiza serta mata hangat. Terharu dia dengan ucapan Harith yang lembut. Susah betul nak jumpa spesies manusia begini di era kemodenan ini.

"Ok. Awak punya pasal, nanti saya belajar sampai jadi," ucap Hafiza penuh semangat.

Harith sekali lagi tersenyum.

Awak punya pasal...

Comel.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top