02 | Cik Babe!
Lena Hafiza terganggu apabila kicauan burung betul-betul ada di tepi telinganya. Dah kenapa burung-burung ni buat sarang tepi dia? Dia fikir rambut aku ni sarang ke?
Tangan Hafiza bergerak sedikit untuk menghalau burung itu. Tapi hasilnya sama saja. Suara kicauan burung masih bergema di gegendang telinganya.
Perlahan-lahan matanya dicelikkan. Siling berwarna putih menyapa penglihatannya. Aik, sejak bila papa tukar siling bilik dia? Seingat dia siling bilik dia ada lampu bulat-bulat.
Otaknya seakan lambat untuk mencerna keadaan. Setelah menyedari sesuatu, tangannya menepuk kuat dahinya.
"Haah lah. Ni bukan rumah aku," ujar Hafiza dengan mamai. Telefon pintar yang masih setia mengalunkan bunyi kicauan burung turut dicapai. Tangannya menggesek pada permukaan telefon dan alarm dimatikan.
Hafiza mengeliat seraya meregangkan beberapa urat. Fuh lega betul dapat mengeliat puas-puas macam ni.
Setelah itu, Hafiza termenung.
Mindanya kembali memutar satu-persatu kejadian yang berlaku sehingga akhirnya bagaimana dia boleh terdampar di kampung asing ini.
Dia lari rumah.
Ya, Hafiza lari dari rumah sebab ada konflik dengan keluarga besarnya. Dia memutuskan untuk memandu tanpa tujuan. Akhirnya malam tadi, selepas maghrib dia tiba di Kampung Wak Saliman.
Niat asalnya hanya mahu menumpang solat di masjid kampung ini. Tapi matanya sempat perasan dengan banner yang tergantung di pintu pagar masjid.
'Tiada tempat tinggal? Perlukan homestay?
Marilah singgah di Rumah Tumpangan Rembulan. Sila hubungi 012-345678 untuk tempahan.'
Tanpa menunggu lama, Hafiza terus mendail nombor telefon yang tertera. Setelah berbincang sedikit dengan tuan rumah, akhirnya dia berjaya mendapat sebuah rumah tumpangan. Bijak betul owner tu buat marketing. Digantung banner tu depan pintu masjid biar musafir senang nak nampak. Ish ish bijak.
Hafiza syak owner rumah ni mesti minat gila dengan drama Hotel Del Luna. Tak pun minat IU. Sebab tu letak nama homestay pun ada kena mengena dengan bulan. Unik.
Bunyi perut Hafiza yang berkeroncong mematikan lamunan Hafiza. Tangannya naik menyentuh perut.
"Kesian anak cacingku kelaparan. Nasib kau lah cing lapar. Aku pun lapar juga ni," omel Hafiza sendirian. Sudahlah dia tak bangun sahur tadi. Semuanya gara-gara terlajak tidur akibat terlalu penat. Itupun subuh lagi 5 minit nak habis barulah dia bangun.
Lepas solat subuh, Hafiza tewas sehingga jam 2 petang.
Setelah kesemua nyawanya terkumpul, Hafiza bingkas menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Tadi bangun sebab nak solat subuh. Sekarang bangun sebab nak solat zuhur pula.
Memang sikit lah pahala puasa kau, Fiza!
Setelah usai mandi, telekung yang terdampar di kerusi dicapai dan segera menunaikan solat zuhur.
***
Petang itu, Hafiza memutuskan untuk keluar rumah. Apabila hari siang, barulah dia dapat melihat dengan jelas kewasan perumahan ini. Semalam dia hanya memandu berdasarkan alamat yang diberi oleh pemilik rumah.
Di kiri dan kanan homestay yang di duduki, ada juga rumah-rumah lain. Entah lah ini homestay juga atau rumah penduduk kampung.
"Boleh tahan orang kampung sini. Rumah besar-besar. Mesti suka tanam sawit ni," ujar Hafiza sambil matanya melilau memandang semua rumah yang ada. Majoriti rumah di sini rumah batu dan cantik.
Rumah yang Hafiza diami sebaris dengan rumah lain menjadikan kawasan perumahan ini seperti taman perumahan. Tapi bukan. Kat Kampung Wak Saliman tiada taman perumahan ya kawan-kawan.
Hafiza melabuhkan duduk di kerusi batu yang ada di bawah pokok mangga.
Tenang.
Hafiza tenang dengan situasi ini. Bunyi unggas yang bergema langsung tidak mengganggunya. Cahaya matahari juga tidak terlalu terik. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar kulit wajahnya.
Seronoknya duduk sini!
"Assalamualaikum," suara seseorang mematikan keasyikan Hafiza. Matanya yang terpejam terus saja terbuka.
Hafiza melihat seorang wanita berusia awal 60-an sedang berdiri tegak di sampingnya. Dahi Hafiza sedikit berkerut sambil melihat ke kiri dan kanannya. Yelah, mana tahu acik ni sebenarnya tengah cakap dengan orang lain. Mana kita tahu.
"Waalaikumussalam. Ya kenapa mak cik?" Soal Hafiza sopan. Wajahnya cuba dimaniskan dengan senyuman.
"Nama mak cik Habibah. Boleh panggil Cik Babe," ujar wanita itu seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Hafiza segera menyambut tangan tua itu. Sempat hatinya berdetik, 'bukan kaleng-kaleng mak cik kampung ni punya nama panggilan.' Memang habis gempak dah tu. Babe!
"Saya pula Hafiza, cik. Boleh panggil Fiza ke, Iza ke, Fiza Cantik ke- eh hahahaha," Hafiza dan Cik Babe sama-sama tergelak dengan lawak bodoh yang dibuat gadis itu.
"Pandai kamu berlawak," ujar Cik Babe dengan sisa tawa. Hafiza hanya tersenyum saja. Dia turut mempersilakan wanita itu duduk di kerusi batu tersebut.
"Kamu ni dari mana? Cik Babe rasa Cik Babe tak pernah nampak kamu kat sini," soal Cik Babe. Gadis bertudung sarung di depannya ini manis saja.
"Oh kita dari Johor Bahru, cik. Baru sampai semalam," jawab Hafiza dengan senyuman tak lekang dari bibir.
Wanita itu terangguk-angguk. "Kamu anak siapa? Ada keluarga ke kat sini?" Tambah Cik Babe lagi.
Perlahan Hafiza menggelengkan kepala. Bibirnya mengukir senyuman janggal. "Mak ayah saya bukan orang sini. Kebetulan aje saya sampai sini."
Cik Babe hanya tersenyum saja mendengar jawapan gadis itu. Dia tahu, gadis ini menyembunyikan sesuatu. Jika gadis itu tidak terbuka untuk berkongsi, maka dia pun tidak akan mendesak. Hmm baik kan Cik Babe?
"Kalau kamu perlukan apa-apa, ketuk aje rumah sebelah kiri kamu tu. Cik Babe tinggal kat situ," ucap Cik Babe seraya menudingkan jari ke suatu arah. Hafiza mengikuti telunjuk itu dan terus mengangguk laju.
"Ok Cik Babe. Nanti kalau kita kebulur masa nak berbuka, kita ketuk pintu rumah cik. Boleh kan?" Soal Hafiza sambil tergelak halus. Cik Babe hanya tergelak saja dengan gurauan gadis itu.
"Boleh sayang. Nanti datang aje rumah Cik Babe. Tak payah malu-malu," jawab Cik Babe.
"Awww. Cik Babe panggil kita sayang. Blushing kita," ucap Hafiza sambil menutup separuh wajahnya. Semakin kuat tawa yang meletus dari mulut wanita lanjut usia itu. Terhibur dia dengan sikap selamba gadis ini.
Hafiza memang begitu. Kalah dia sudah selesa, dengan siapa pun dia boleh masuk.
"Haa dah lah Fiza. Cik Babe masuk dulu. Cik Babe nak masak untuk berbuka sekejap lagi," ucap Cik Babe seraya bangun. Hafiza turut bangun sambil tersenyum manis.
"Ok cik Babe. Hati-hati jalan. Byeee!"
Hafiza hanya menghantar wanita itu dengan pandangan mata. Sempat juga Cik Babe membalas lambaiannya. Sporting betul mak cik sorang ni.
Memikirkan juadah berbuka puasa, Hafiza termangu sendiri. Mana dia nak cari makanan? Sah sah lah dapur tu kosong, kan?
Hafiza bingkas bangun dan melangkah kembali ke rumah. Tidak lama kemudian, dia keluar bersama dompet dan kunci kereta. Tak salah rasanya nak pusing-pusing kampung sekejap. Mana tahu boleh jumpa bazar.
***
الله اكبر الله اكبر
Laungan azan bergema mengisi kesunyian maghrib di Kampung Wak Saliman. Hafiza meraupkan tangan ke wajah setelah membaca doa berbuka puasa. Dia mencapai cawan yang berisi air masak dan diteguk perlahan.
"Argh! Alhamdulillah lega," ucapnya sambil memejamkan mata penuh nikmat. Betullah Allah kata, Dia akan memberi 2 kebahagiaan kepada orang yang berpuasa. Pertama, saat hamba-Nya berbuka puasa dan kedua kebahagiaan di akhirat kelak.
Hafiza mencapai pula kuih akok. Entah lah. Dia pun tak yakin nama kuih ni apa. Tapi rasa macam akok. Kok kok petok! Tiber.
Gigitan pertama. Hmm not bad. Tak manis sangat. Rasa telur. Next time boleh beli lagi kot.
Dia tidak menyangka yang kampung ini ternyata meriah dengan macam-macam kedai kuih. Keluar saja ke jalan besar, deretan khemah berada di sepanjang jalan. Kalau macam ni, baik tak payah susah-susah ke bazar.
Setelah usai menjamah air dan kuih, Hafiza termenung seketika. Ingatannya tiba-tiba melayang mengingatkan keluarganya di Johor Bahru.
Bibirnya tersebik menahan tangis. Matanya juga sudah berkaca-kaca. Tunggu masa saja nak mengalir.
"Tahan Fiza. Jangan menangis, Fiza. Tahan," ujar Hafiza kepada dirinya sendiri. Sedaya upaya dia tahan daripada air mata jatuh bercucuran. Tapi dia tidak mampu. Akhirnya dia tewas.
Mutiara jernih menuruni pipinya dengan sangat laju. "Huhuhu."
Hafiza menangis dengan bersungguh-sungguh. "Sampai hati mama dengan papa tak cari Fiza," ujarnya dalam tangisan. Tangan kirinya cuba mengesat air matanya untuk dihentikan namun gagal. Mutiara halus itu masih setia menuruni wajah mulusnya.
Sedih hatinya apabila teringat mama dan papa di Taman Mutiara. Setiap tahun dia akan berbuka bersama mama dan papa. Mama pun mesti masak macam-macam masakan. Tapi harini, dia berbuka air kosong dengan kuih aje. Sedih!
"Tapi ni salah mama dengan papa. Fiza tak nak kawen lagi," ujar Hafiza sendirian sambil masih menangis. Dia hanya membiarkan saja air matanya turun.
Setelah beberapa ketika, barulah tangisannya reda. Hingusnya disedut kuat-kuat. "Srottt!"
Apabila sudah agak tenang, Hafiza berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk dan segera menunaikan solat fardu maghrib.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top